Sunday, October 23

FIL - Lapan -


             TELEFON bimbitku berbunyi lagu dari kumpulan M To M,  Soundtrack dari drama Lie To Me, tanda ada mesej yang masuk.  Aku yang baru je usai Solat Isyak terus mencapai telefon bimbitku tu.  Mesej dari Jepah.

            Pukul 9 kat mapley biasa kita lepak.  Kawan kau pun ada sekali ni nak tengok bola dengan kita. 

            Aku berkerut dahi, musykil ni.  Kawan aku yang mana satu pulak ni?  Bukan ke kawan aku tu kawan dia jugak ke?  Aku dengan Jepah ni, kawan-kawan kami semua satu sekolah je.  Takde sangat yang kat luar-luar ni melainkan kawan universiti aku.  Tapi.. semua dah kahwin, gatal-gatal semua nak kahwin awal.  Iyelah, study kat overseas, macam-macam godaan kot.  Itu yang menyebabkan ada sebilangan kawan-kawan aku yang mula mengikatkan dengan tali pernikahan terus, tak mau tunang-tunang dah.  Tapi, ada juga yang tunang dulu, itupun bila kami semua dah berada di tahun akhir.  Haizzzz… jodoh aku tak sampai lagi untuk aku.  Aku jugak yang tak kahwin lagi. Tak apalah, muda lagi, bagi semua stabil dulu, baru fikir pasal kahwin.  Hmm.. takpelah.. abaikan saja.  Kita tengok sajelah siapa yang dimaksudkan oleh Jepah tu. 
            Aku terus menyarungkan jersi Manchester United tanda pada malam ni aku akan menyokong Manchester United habis-habisan.  Aku terus mencapai telefon bimbit, wallet nipis yang hanya sekadar boleh letak kad pengenalan, lesen memandu dengan sekeping not 50 ringgit, kot-kot malam ni aku nak makan besar, perut ni memang agak lapar jugak ni. 
            Okey, semua dah cun, rambut okey.  Baju okey, jeans pun okey, barulah aku keluar dari bilik dan turun ke bawah.  Nampak abah dok tengok berita yang hanya tinggal beberapa minit saja lagi nak habis tu.  Pasti kejap lagi nak tukar channel bola jugak tu sebenarnya.
            “Nak pergi mana ni?” soal abah sebaik sahaja kaki aku mencecah ke anak tangga yang terakhir.
            “Aik.. dah terang-terang orang pakai baju apa.  Sah-sahlah nak pergi main bola!” jawabku sambil memasukkan telefon bimbit dan kunci rumah dalam poket jeans aku.
            “Banyaklah kau nak main bola.  Pegang bola tu pun dok terketar-ketar, ada hati nak main!!” jawab Along yang baru aku perasan yang dia pun ada juga kat sofa tempat abah duduk.  Betul-betul bersebelahan dengan abah.
            “Pasal tulah bola tu disepak kat kaki.  Bukannya dipegang,” balasku pula.  Memang betullah pun, aku ni sekadar mampu untuk tengok.  Kalau nak ajak main, nanti bukannya aku sepak bola, tapi sepak angin lepastu terus jatuh terlentang.
            “Hurmmm.. apa-apa ajelah kau ni, Cik Ja.  Nanti jangan lupa, tapau sikit apa-apa yang patut.  Ayam Tandoori ke, teh tarik ke, apa-apalah,” pinta Along.  Wah.. penuh dengan demanding!  Mau tak berkerut-kerut dahi aku mendengarnya.  Bukan main kau ‘pau’ adik kesayangan kau ni!
            “Ish.. along ni… entah apa-apalah.. Macam orang ni banyak duit je pun…,” balasku.
            “Memang banyak pun tadi aku tengok kau bawak lima puluh seketul,”
            Ish.. macam mana pulak Along ni boleh tau aku bawak 50 sekeping ni.  Ni tak habis-habis nak ‘pau’ aku je.  Ish.. Dah kahwin pun nak ‘pau’ aku jugak!  Bini ada, pegilah pau kat bini sendiri.  Kerja pun lagi vogey-vogey daripada aku yang tak seberapa ni nak jugak ‘pau’ aku.
            “Tolonglah, Cik Ja.  Bukannya selalu aku nak pau kau macam ni.  Belanjalah sikit dengan abangmu ini,” rayu Along.  Buat ala-ala muka kawan Shrek yang kucing tu, Puss In The Boots tu.  Muka bersinar-sinar macam penuh dengan cahaya keimanan aje abang aku sorang ni.  Hensem sangatlah buat muka macam tu, tapi memang hensem pun!  Herkk.. puji abang sendiri pulak!  Tak heranlah Kak Long pun boleh cair dengan abang aku sorang ni.
            “Hish.. yelah-yelah!  Orang belikanlah apa-apa yang patut!”
            “Macam tak ikhlas je kau ni, Cik Ja.  Takpelah…,”
            “Pulak…..”
            “Orang belanja.. tapi dengan syarat,”
            “Amende?”
            “Pinjam skuter kau ek.. Malaslah nak naik kereta.  Kan kerajaan suruh berjimat-cermat, jangan membazir harta negara,”
            “Banyaklah kau membazir harta negaralah, apalah.. Aku dah agak mesti ada muslihat yang tak berapa nak sembunyi sangat.  Sudahlah kau..  Tu.. kunci aku kat tempat biasa, pergi ambil,”
            Ehehehehe…. Gumbira di hati ini dapat naik skuter kepunyaan Along, memang aku stok malas nak bawa kereta pun hari ni, lagipun nak cari parking kat situ bukannya senang macam petik jari je.  Lebih baik aku naik skuter Along ni je. 
***************************************************************************** 
AKU terus memarkirkan skuter kepunyaan Along berhadapan dengan kedai mapley yang selalu menjadi tempat lepak aku dengan Jepah bila ada perlawanan bola yang best-best macam malam ni.  Turun sahaja dari skuter dan terus mengunci skuter.  Aku mencari kelibat Jepah di kedai tersebut.  Kelihatan ada seorang lelaki melambai-lambai ke arahku dan aku amat cam wajahnya.  Jepah!  Aku terus menghampirinya. 
            “Dah lama ke kau sampai ni?” soalku sebaik sahaja melabuhkan punggungku.  Kunci kereta aku letak di atas meja tersebut. 
            “Takdelah lama sangat.  Tapi, kawan kau lagi lama tunggu kita,” jawab Jepah.  Kawan aku? 
“Kawan mana ni weh?? Aku betul-betul tak tau ni,”  balasku.  Aku terus duduk bertentangan dengan Jepah.  
“Kawan kau yang bayarkan repair kereta kau hari tulah, pun,” jawab Jepah lagi.  Kawan aku..kawan aku.. Yang mana satulah yang si Jepah maksudkan ni?  Aku tak dapat nak teka langsung buat masa ni.
“Siapa?”
“Aku bukannya kenal dia sangat.  Kau takkanlah tak kenal dia,”
“Kawan ofis aku ke?”
            “Hurmm…lebih kuranglah..,”
            “Lebih kuranglah?? Ish.. Encik Ikmal ke?”
            “Ish.. si Kemal tu aku tau sangatlah pun.  Tak payah aku bagitahu kat kau pun, aku dah tahu sangat.  Kalau dia, mesti dia dah inform kat kau pasal malam ni,” balas Jepah lalu menghirup teh tarik dia.  Ish… bukan Encik Ikmal?  Betul-betul aku tengah blur tahap gaban ni.  Kalau bukan Encik Ikmal, siapa pulak yang sudi sangat-sangat nak tolong aku bayarkan kereta aku tu dengan kesanggupan beliau untuk datang turun ke sini semata nak tengok Manchester United dengan Arsenal. 
            “Ye tak ye jugak.  Ish.. siapa ni?”
            “Apa-apa pun kau pergi orderlah dulu,”
            “Dia pergi mana?”
            “Tak taulah pergi mana.  Tadi dia kata nak pergi tandas, tapi ni dah lebih 10 minit dia pergi tandas ni.  Bola dah nak start ni,”
            “Aneyy!” jeritku.
            “Ye.. Cik Ja maniss.. apa mau?”
            “Macam biasa.. tambah air kosong eh,”
            “Haa.. tu dia,” tunjuk Jepah ke arah sorang lelaki yang boleh tahan hensem jugak dari jauh dan baju yang dipakainya pun sama dengan apa yang aku pakai sekarang ni.  Baju Manchester United tuhh…
            Aku menoleh.  Mau terbeliak jugak biji mata aku ni sebenarnya. 
            “Pakat-pakat pakai baju sama nampak?  Hermmm… aku keseorangan ajelah jawabnya ni.  Untunglah.. ada geng…,” rajuk Jepah.  Ishh.. takde maknanya aku nak pakat-pakat pakai baju sama dengan dialah.  Bukannya dapat untung pun!


 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template