Wednesday, November 16

Kawan2... need for your cooperation please..


Salam..Kawan2.. need for your cooperation please..
but before buat survey, need to watch this video first..

http://youtu.be/W908tu3HYZY
MatLuthfi90

http://youtu.be/QYDa10BvLD4
AimanAzlan

http://youtu.be/k3RKJduQsYc
AnwarHadi

http://youtu.be/EbH8TTwOshU
Maria Elena/Shortnap

da habeh tengok video ni, buat survey ni ye...
but digalakkan tengok video yang lain selain di atas..



kalau nak scroll ke bawah, juz pegi scroll kat bahagian survey tuh..
tenkiu, aligatok, xiexie...

FIL - Sembilan -



              MATA memang tertancap ke arah skrin projektor yang terbentang luas besar lagi gah tu.  Dari jauh pun dah boleh nampak.  Tapi, otak ni penuh dengan keserabutan.  Keserabutan dengan kehadiran seorang ‘makhluk asing’ yang ikutkan hati bukannya kenal sangat dengan laki sorang ni.  Tapi, entah macam mana Jepah pun dok pegi ajak jugak mangkuk bertingkat tengok bola sekali pun aku kurang pasti.  Musykil aku, macam mana dia pun boleh ada jugak kat sini?  Apa motif Jepah ajak dia sekali ni?  Tau ke tidak si Jepah ni bahawa membawa mangkuk bertingkat menambahkan lagi kekusutan aku?
            Aku menyuakan ayam tandoori masuk ke dalam mulut, hmmm.. sedap!  Malam ni jugak, aku tak banyak cakap seperti sediakalanya, biasa akulah yang paling bising dan mesti nak bergaduh dengan Jepah tentang bola, kereta, motor dan macam-macam lagi.  Tapi, malam ni seolah-olah mulutku ni dah kena dengan sapu UHU aje.  Boleh bercakap lagi, belum sampai tahap kena bubuh Elephant SuperGlue itu.
“Ja.. Is dah balik,” kata Jepah yang memulakan bicaranya.  Matanya tertancap pada skrin projektor.  Aku berhenti sekejap dan mula berfikir. 
            “Is?! Is mana ni?” soalku.  Aku betul-betul tak ingat, Is mana yang Jepah maksudkan sekarang ni.  Isketambola ke Isketambatu?
            “Yelah.. Is.. Iskandar.  Berapa banyak Is yang kau kenal?” tanya Jepah padaku.  Aku tersedak sikit dan terus aje mencapai teh aisku lalu kuhirup.  Mau tak terkejut dibuatnya.  Iskandar.. satu nama yang dah terlalu lama aku tak dengar dan sudah lama terdelete dalam memori ingatanku.  Sebolehnya aku tak mau ingat lagi orang yang bernama Iskandar dalam hidup aku buat masa lalu, kini dan sampai bila-bila pun. 
            “Apa masalah kalau dia dah balik pun?” tanyaku.
            “Memang ada masalah untuk kau, Ja,” balas Jepah.
            “Aku tak kenal siapa Iskandar tu.  Nasi kandar aku kenallah,” jawabku pula.
            “Kau ni.. aku cakap betul-betul.  Kau main-main pulak!” marah Jepah lalu membaling tisu yang dah dikeronyok dan dah kotor pun kat aku.  Ish.. tak senonoh betul Jepah ni!
            “Wehh.. kotorlah!” marahku pula.  Aku nak makan, kau boleh pulak main baling-baling tisu kotor pulak kat aku!”
            “Betullah!  Aku cakap ni betul.  Memang ada bermasalah buat kau nanti.  Dia ada call aku semata-mata tanya pasal kau,” ujar Jepah.  Aku diam.  Malas nak ambil tau sebenarnya.
            “Dia nak jumpa dengan kau, Ja.  Dia kata, sejak dia pergi, kau tak pernah contact dia langsung,” pujuk Jepah supaya aku berjumpa dengan Iskandar itu.    Iskandar, satu nama yang memang aku dah lupakan, tiba-tiba muncul balik pada malam ni oleh Jepah. 
            Iskandar.. ish.. sebolehnya aku tak mau lagi dengar nama tu sampai bila-bila pun.  Buat serabut otak aku ajelah!  Iskandar tu.. lelaki yang pernah janjikan kebahagiaan untuk aku, konon-konon akan sentiasa bersama dan sanggup lakukan apa aje demi aku.  Konon-konon aku ni adalah wanita yang pertama dan terakhir yang akan dia jaga sepanjang umur hidup dia.  Alih-alih, sebaik aje dia sambung belajar, dia pergi cari perempuan lain.  Mangkuk putih pulak tu!
Kalau takat kawan biasa-biasa aje, aku tak kisah.  Ni siap upload gambar tu kat dalam facebook yang dia sakan gila berpeluk dengan minah salleh tu.  Cium pipi, sambil pegang air kencing nates, kiss-kiss pun ada jugak.  Pergh.. mahu tak terbakar hati ni bila tengok tu.  Bukan setakat tu, lagi aku bertambah benci dengan dia bila ada kejadian yang tidak diingini membuatkan aku rasa ada baiknya tak payah kenal dia sampai bila-bila pun tak apa. Lepas apa yang jadi, aku terus tak contact dia langsung sampailah sekarang. 
            Jepah aje yang tahu dari A sampai Z.  Jepah jugak yang menjadi posto-posto untuk Iskandar.  Aku pun bagi posto-posto kat Jepah, suruh beritahu kat Iskandar nasi kandar tu jangan contact aku lagi.  Lepas tu, ada jugak Iskandar call aku untuk buat penjelasan pasal semua tu. 
            Yang tak boleh blah tu, dia kata semua gambar tu superimpose.  Ada orang sabotaj, orang dengki kat dia.  Daa… orang sabotaj tak maulah upload gambar yang dah kena photoshop tu sampai berpuluh-puluh.  Rajin sangatlah orang yang sabotaj dia tu nak edit gambar banyak macam tu.  Serasanya, orang yang nak sabotaj tu pun macam tak ada motif je nak sabotaj dia, dia bukannya kaya macam Ananda Krishnan sangat, tapi boleh tahan juga kekayaan yang keluarga dia ada, lepastu dia tu  bukannya hensem sangat, bila dibandingkan, Encik Raykal yang kat depan aku ni lagi hensem dari nasi kandar tu.  Nak kata dia pandai, tak adalah pandai banyak mana.  Result SPM aku lagi bagus dari dia. 
            “Aku yang lost contact dengan dia ke, dia yang sebenarnya lost contact dengan aku?  Bagi information tu biar betul sikit, eh?  Jepah.. dah berapa kali aku nak beritahu dengan kau.  Aku rasa, perkataan ni dah banyak kali aku ulang sejak 7-8 tahun yang lepas.  Aku rasa, kau ni ada amnesia sikit.  Baik kau pergi periksa kat hospital,” kataku.
            “Ja, benda yang lepas tu biarlah lepas.  Kau tak boleh ke nak anggap pelawaan dia tu hanya sebagai kawan aje?  Aku tau apa yang pernah jadi kat kau dan Is dulu, tapi jangan letakkan emosi kau, perasaan benci kau pada dia tu membuatkan kau tak nak jumpa dengan dia lagi.  Walau macam jauh pun kau lari, nama Iskandar tu tetap ada dalam ingatan kau, meskipun ia sebagai kenangan lalu,” ujar Jepah.  Bukan main Jepah nak memujuk aku supaya berjumpa dengan nasi kandar tu. 
            “Jepah.. aku minta tolong kau sekali ni je.  Tolonglah jangan paksa aku dengan perkara yang aku tak suka.  Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat kat aku dulu?  Kau bukannya baru kenal aku semalam.  Aku harap kau faham,” balasku. 
            Jepah mengeluh.  Lama dia merenung pada air minumannya.  Dia kemudian mengacau-ngacau airnya itu dengan menggunakan straw.
            “Okeyla.. aku takkan paksa kau.  Roger aku bila kau dah bersedia nak jumpa dengan dia.  Terpulang pada kau,” kata Jepah, dia dah mula malas nak desak-desak aku lagi untuk berjumpa dengan nasi kandar. Sampai bila-bila pun aku tetap tak akan berjumpa dengannya, walaupun aku dah bersedia ataupun tidak.  Memang tak akan!  Aku memang nekad dengan diriku sendiri. 
            Encik Raykal pula lebih banyak diam daripada berkata-kata pada malam ni.  Matanya lebih tertumpu pada perlawanan bola sepak antara Liverpool dengan Manchester United pada skrin putih yang besar terpacak di hadapan restoran.
            “Once you’ve ready, I boleh temankan you jumpa lelaki tu,” tiba-tiba aje Encik Raykal bersuara.  Nyaris-nyaris aje air yang aku hirup tu tersembur kat depan muka Jepah.  Aku toleh ke arah Encik Raykal.  Matanya masih lagi tertancap pada skrin yang menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak antara Manchester United dengan Liverpool tu. 
            Betul ke tidak apa yang aku dengar daripada mulut mangkuk tingkat ni tadi?  Tiba-tiba aje nak tolong aku?  Aku ni bukannya rapat sangat dengan dia ni, dahlah tiba-tiba aje muncul dalam hidup aku, boleh pulak jadi member kamceng bos aku, iaitu Encik Ikmal.  Yang tak boleh blah tu, Jepah yang macam takde kena-mengena pun dah terjadi member dia, dan boleh pulak Jepah ni mengajak si mangkuk tingkat ni lepak-lepak dengan kitorang macam sekarang ni.  Entah macam manalah dia tau aku nak repair kereta aku kat bengkel Jepah. 
            “Encik Raykal tak perlulah nak ambil tahu hal ni.  Ni antara saya dengan kawan saya tu,” kataku, tak naklah aku, dah banyak sangatlah pulak dia ni tolong aku.  Entah ikhlas, entahkan tidak. 
            “No.  I ikhlas nak tolong you ni.  Kalau you nak jumpa dia, I boleh temankan you.  I boleh menyamar jadi boyfriend you,” cadang Encik Raykal.  Ish.. dah makin merepek-repek pulak aku rasa.  Aku terus menghabiskan sisa terakhir minumanku.
            “Aney!  Sini mari!  Kasi kira semua ni,” jeritku ke arah aney yang baru bergerak keluar ke tempat aku, Jepah dan Encik  duduk sekali sekarang ni.
“Eh.. tak payah.  I’ll pay for this,” kata Encik Raykal
“Eh… tak apalah.  Biar saya yang bayar.  Encik Raykal dah banyak tolong saya.  Saya tak nak terhutang budi, nanti tergadai dengan body pulak,” balasku lalu mengeluarkan not 50 ringgit tadi lalu ku genggam sebelum aney tiba di meja kami.
Baru aje aney sampai kat meja kami, Encik Raykal terus aje memberi sekeping not 50 ringgit tanpa ada banyak bunyi. 
“Keep the change,” jawab Encik Raykal ringkas pada aney.  Aku tak sempat nak suruh aney tu kira-kira kat makanan yang memang belum cecah 30 ringgit pun.  Pergerakanku untuk memberi aney duit makan untuk malam ni memang betul-betul terbantut.  Tak sempat aku nak keluarkan duit tu dari dalam poket jeans aku.
“Jom,” ajak Encik Raykal.  Jepah dah bangun dari tempatnya, aku pula masih lagi termangu kat tempat duduk.  Memanglah terpinga-pinga sekejap.
“Kau tak nak balik ke, Ja?” soal Jepah, dia memang tengok aku masih lagi statik di meja kami duduk tadi.  Soalan tu memang serta-merta menyedarkan aku dari lamunan, pantas sahaja aku mengambil plastik yang berisikan makanan untuk Along.  Kemudian, aku memasukkan semula tangan ke dalam poket untuk mengambil kunci skuter.
“You datang sini tadi naik apa?  Nak tumpang dengan I ke?” pelawa Encik Raykal sambil menekan alarm kunci keretanya yang entah mana. 
“It’s okay.  Saya bawak skuter je,” jawabku lalu menghampiri skuter Along yang aku pinjam waktu ni.  Aku meletakkan makanan Along pada pedal minyak, terus aje aku duduk di skuter dan menghidupkan enjin skuter.
“Oh.. kalau macam tu, biar I teman you sampai you sampai rumah.  I ikut you dari belakang, dah tengah malam ni,” cadang Encik Raykal.  Ikh.. kenapalah mangkuk tingkat ni nak ambil berat sangat pasal aku ni?  Musykil pulak aku rasa dengan mangkuk tingkat ni. 
Dah terasa serba salah pula aku nak beri jawapan.  Lagipun, aku masih lagi ragu-ragu sama ada dia ikhlas ataupun tidak nak teman aku balik rumah. 
“Tak apalah.  Lagipun rumah I dengan rumah you tak jauh mana pun.  Kita dah satu jalan, so, why not I temankan you balik.  Just want to make sure that you arrive safely,” cadang Encik Raykal lagi.  Ini dah namanya paksa-rela tau.  Terpaksalah merelakan dia nak teman aku balik walau dalam keadaan terpaksa. 
“Up to you,” jawabku.  Malas nak gaduh-gaduh dengan mangkuk tingkat ni tengah-tengah malam macam ni, di depan kedai mapley yang boleh tahan ramai pengunjungnya. Jepah… awal-awal lagi dah lesap, langsung tak nak ambil tau perbincangan antara aku dengan mangkuk tingkat ni. 
Aku terus aje memecut laju skuterku meninggalkan kedai mapley sebaik saja Encik Raykal dahpun menghidupkan enjin keretanya.  Okey.. malam ni dia guna kereta Mercedez-Benz.  Siri yang keberapa aku pun tak tau, tak nak ambil tau dan tak mau tau. 
Hanya kurang dari 10 minit sahaja aku telahpun tiba di rumah, aku terus memarkirkan skuter Along di tepi, skuter dikunci, jangan dilupakan.  Nanti, tak pasal-pasal aku pulak yang dipersalahkan.  Selesai kunci skuter, aku kembali ke pintu pagar untuk ditutup dan dikunci.  Kereta Mercedez-Benz milik Encik Raykal masih lagi tersadai di hadapan rumah.  Serta-merta cermin keretanya diturunkan dan terpacullah muka Encik Raykal yang memberikan senyuman padaku.  Perghh.. memanglah cair.  Ikh.. jangan..jangan.. godaan namanya tu!  Aku membalas senyumannya meskipun nipis. 
“Terima kasih sebab hantar saya sampai ke rumah,” ucapku.
“No big deal.  I just worrying you sebab you tu perempuan.  Nanti kalau jadi apa-apa kat you, macam mana, kan?  So, tomorrow I will go to your office to discuss more about our projects.  See you then,” balas Encik Raykal.  Aku berdiri di hadapan pintu pagar sehingga kereta milik Encik Raykal itu lenyap di pandangan mata, barulah aku masuk ke dalam rumah. 



 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template