Saturday, February 4

FIL -Sepuluh-


                AKU mengambil fail projek pembangunan di Johor untuk diperbaiki semula.  Segala laporan yang tertera pada fail tersebut perlu aku susun semula agar ia teratur dan tidak terlalu serabut sangat kalau nak baca nanti.  Lagipun, projek ni adalah projek usahasama syarikat dengan syarikat Encik Raykal jugak.  Aku bangun dari tempatku dan berjalan menuju ke bilik yang menyimpan kesemua maklumat yang berkaitan dengan projek yang bakal bermula tak lama lagi.  Cari punya cari.. bongkar punya bongkar.. dapat jugak apa yang nak dicari, lama jugaklah aku bertapa dalam bilik tu, siap bukak heels aku ni lagi. 
Nak buat proposal punya pasal, kenalah ada maklumat yang berkaitan dan lengkap. 
            Mata sibuk membaca maklumat pada dokumen tanpa aku sedar aku terlanggar seseorang yang bertentangan denganku.  Adeh.. tulah.. khusyuk punya pasal.  Bersepah dah fail-fail yang aku bawa dari bilik ‘kebal’ tadi. 
            “Sorry, tak sengaja langgar.  Salah saya,” ucap maafku pada orang yang dah buat aku langgar ni.  Dia pun turut tolong aku ambil semua fail yang bersepah kat atas lantai. 
            “It’s okay.  I pun ada buat salah jugak tadi.  I jalan tak tengok depan,” balas suara tersebut.  Memanglah aku tak perasan dengan siapa aku langgar.  Bila dah dengar suara tadi, baru aku sedar yang aku sebenarnya dah terlanggar Encik Raykal.  Aduii..
            “Maafkan saya, Encik Raykal.  I’m too careless about this,” ucapku sambil memberi tanda maaf ala-ala orang Korea dengan Jepun tu.
            “It’s okay,” balasnya lagi.  Betul-betul kalut aku hari ni, tak taulah kenapa.  Macam sengaja nak buat sibuk. 
            “Encik Raykal buat apa kat sini?” soalku.  Eh.. eh.. padahal soalan tu tak patut tanya pun.  Tapi, dah kalut punya pasal, tanya ajelah.
            “Hari ni kan I ada meeting.  Don’t you remember?” soalnya.  Aku menggaru kepala sambil tersengih macam kerang busuk.
            “Dah habis meeting ke?” soalku lagi sebab aku masih belum dapat lihat kelibat Encik Ikmal buat masa ni.  Yang aku nampak hanya Encik Raykal sorang je buat masa ni.
            “Ikmal tak join pun meeting tadi.  Only Harrizan, Farhan and I dalam meeting tadi.  Kan dia ada lunch meeting.  Takkan you tak tau?” tanyanya lagi.  Memanglah hari ni merupakan hari blur aku. 
            “Jom kita pergi lunch.  Dah pukul 1 ni,” ajaknya lagi.  Aku mengerling ke arah jam tangan di tangan kiriku.  Jarum pendek sudah pun berada di angka satu.  Terasa nak tolak aje pelawaan dia ni, asyik keluar dengan dia aje.  Nanti bebudak ofis kata apa pulak. 
            “It’s okay.  Encik Raykal pergilah dulu.  Saya ada kerja sikit lagi nak dibuat,” balasku. 
            “Kerja tu takde lari ke mana pun.  Kerja tu takkan habis kalau you keep working on it.  Take a rest, badan you pun nak rehat, perut tu pun nak diisi jugak.  Dah, pergi letak fail tu dulu.  I tunggu kat sini,” arahnya.  Ishh.. nak jugak paksa aku ni, ape pasal?  Hah.. ni aje jalan yang terbaik.
            “Actually, saya dah buat McD Delivery.  Kejap lagi sampai,” kelentongku.
            “Oh.. really?  Tak apalah kalau macam tu.  I terus balik ofis ajelah macam tu.  Hmm..  by the way.  Kereta you macam mana?  Still under workshop?” soalnya.
            “Oh.. dah ok dah..  Thanks a lot,” ucapku.  Dia mempamerkan senyuman padaku.  Sikit tawarlah sebab aku dah tolak pelawaan dia untuk makan tengah hari.  Dia terus sahaja melangkah keluar dari pejabatku.  Pada masa yang sama, perutku sudah memulakan irama K-Popnya.  Aduss.. padan muka kau, dah ada orang nak belanja kau, ajak kau pergi makan, tapi kau pergi tolak.  Padan muka dengan kau, Cik Ja. 
            Kau tau tak, kau dah tolak satu pelawaan yang memang dapat menjimatkan duit kau pada waktu kemuncak macam ni.  Kau tau tak, duit kau tinggal berapa ringgit je??  Kad ATM kau pun tertinggal kat rumah.  Dalam dompet kau tu tinggal 10 ringgit aje, itupun nak buat isi minyak balik rumah nanti.  Kalau dah kira dengan duit minyak memang kau takkan lepaslah, Cik Ja oiii…
            Nampak gayanya, aku kena ikat perutlah sampai ke malam jawabnya.  Kriuuukkkk…! Alamak perut aku berbunyi bukan main kuat!  Haii.. perut.. janganlah kuat sangat.  Aku tau kau lapar, tapi….  Macam nak menangis tersedu-sedu pun ada jugak.  Salah aku jugak, entah macam mana aku boleh pergi tinggalkan kad ATM aku di waktu genting macam ni. 
            Aku meletakkan kepala di atas meja, mata menatap terus ke monitor komputer, mulut mencebik.  Buat-buat sedih pada diri sendiri, tapi takde siapa pun yang nak tengok!  Tanganku pula memegang perut yang dari tadi asyik mendendangkan entah lagu apa.  Dah tak macam lagu Korea pun ada jugak. 
            Untuk menghilangkan rasa lapar tu, aku bermain The Sims Social kat dalam Facebook tu.  Tapi, itu tetap tidak membuatkan perut aku untuk terus berhenti.  Dia buat bunyi lagi.  Adoi.. kenapa sadis pulak hidup aku untuk hari ni.  Takpe.. takpe.. Kita kena bersyukur, sekurang-kurang aku lapar untuk hari ni jika dibandingkan dengan rakyat yang ada di Somalia tu. 
            Tak lama kemudian, pintu bilikku diketuk, games The Sims Social dah aku minimize, buat-buat tengah ada kerja.  Padahal.. takde menda pun yang nak dibuat.  Yang aku nak tahan gelak, aku bukak fail projek kerjasama syarikat dengan syarikat milik Encik Raykal kat atas meja, tapi dalam komputer aku buka fail senarai nama bakal pekerja untuk ditemuduga minggu depan.     
            Aku terasa bau masak asam pedas yang begitu kuat menusuk hidung dan sudah pasti berbau kat dalam bilik aku sekarang ni.  Kemudian, sebuah polisterin sudah terletak di atas mejaku.  Aku merenung ke arah polisterin itu lama. 
            “I tau you lapar, you tak order McD pun.  Tapi, you sanggup tipu kat I yang you dah order makan.  I dah tanya Shikin kat bawah tu.  Takde siapa pun yang order McD pun hari ni.  I tau you tak ada duit nak beli nasi, kan?  I tak tau you suka makan apa, I just ambil apa yang I rasa you boleh makan kot.  I pun ada beli untuk I punya.  If you don’t mind, kita boleh makan sama.  Kat mana you selalu makan, eh?” kata-kata Encik Raykal tu memang membuatkan aku tersentap, sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulutku ni.  Macam tau-tau aje yang makanan kegemaran aku asam pedas.  Tak kisahlah ikan jenis apa, janji asam pedas.
            Aku bangun dan garu kepala, ikhh.. si mangkuk ni.. Ikhhh… Semua benda dia tau ni, apahal?  Dia ni pakai ilmu nujum pak belalang ke?  Dia dah pun ambil polisterin yang dia letak kat atas meja aku tadi.  Dia dah pun berdiri di muka pintu. 
            “Kita makan kat pantri ajelah,” cadangku.  Dia terus memberi laluan kepadaku untuk aku keluar  menuju ke pantri.  Dia terus mengikutiku dari belakang.  Sampai aje di muka pantri, langkahku terhenti.  Penuh!  Ala.. mana nak lepak ni?
            “Kenapa?” soal Encik Raykal.  Memang jelas dia tak nampak apa yang ada kat pantry sekarang ni. 
            “Hah, Meen.  Tak turun makan ke?” soal Ila padaku. 
            “Turun.  Ni nak ambil pinggan dengan mangkuk kejap,” kataku sambil melangkah menuju ke kabinet pinggan mangkuk. 
            “Aku tak nampak pun kau tuu… eh.. Encik Raykal?” balas Ila.  Dia dah nampak Encik Raykal kat belakang.
            “Hai,” sapa Encik Raykal pada Ila.  Aku terus aje mengambil 2 pinggan dan mangkuk untuk dibawa.  Mungkin bilik aku bakal menjadi tempat untuk makan tengah hari ni.
            “Encik Raykal lunch dengan Encik Ikmal ke?”         
            “Nope!  I lunch dengan Yasmeen,” jawab Encik Raykal.  Ikh… tak boleh simpan rahsia betul mangkuk tingkat ni.  Terangkat-angkat kening Ila dibuatnya.  Perlu ke dia beritahu kat Ila ni?  Ishhh….
            “Ada apa-apa ke?”
            “Ada… ada nasi,” selorohku.  Aku terus kembali berjalan menuju ke bilikku semula sambil membawa pinggan dan mangkuk. 
            “Okay, I’ve got to go.  Nice meeting you,” ucap Encik Raykal pada Ila.  Aku dah buat muka toya satu sen. 
            Encik Raykal pun ikut aku lagi sekali dari belakang.  Memanglah aku kena bahan tak lama lagi.  Aku masuk sambil meletakkan pinggan dan mangkuk kat atas meja aku.  Sebelum tu, aku kemaskan semua fail, dokumen, kertas-kertas yang bersepah kat atas meja.  Aku susun pinggan dan mangkuk kat atas meja. 
            “Nak letak kat mana ni?” soal Encik Raykal padaku. 
            “Meh sini,” polisterin itu bertukar tangan. 
            “Ambil air kat pantry,” arahku.
            “Air?” ulang Encik Raykal.  Ikh… boleh blur pulak mangkuk tingkat ni.
            “Air minumlah.  Nanti kalau tercekik termakan tulang ikan, siapa nak bertanggungjawab?” balasku. 
            “I ada.  I lah yang kena bertanggungjawab,” jawab Encik Raykal.
            “Itu kalau saya yang tercekik tulang ikan tu.  Kalau Encik Raykal yang tercekik tulang ikan tu?” soalku padanya. 
            “Youlah yang bertanggungjawab,” jawab Encik Raykal lagi.  Amboi-amboi dia ingat aku ni apa bagi dia?   Kalau tak ingat dia ni kawan baik Encik Ikmal, dah lama aku pijak-pijak dia ni.  Ikut sesedap rasa dia aje berkata-kata.  Tak tengok kiri-kanan langsung!
            “Dahlah, pergilah ambilkan air minum.  Biar saya susun ni dulu,” arahku lagi.  Makin lama aku layan makin sakit jiwa aku rasa.  Okey, nanti sepanjang makan, aku nak diam aje.


 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template