Saturday, December 13

Falling in Love with You.. Again : 2

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kami sekeluarga menjalani ibadah puasa pada tahun ini tanpa gagal.  Yang membuatkan aku rasa terharu bila melihat Haikal yang baru saja menjalani ibadah puasanya pada tahun ini, nampak begitu bersemangat sekali.  Alhamdulillah, itulah yang aku harapkan dari semua anakku. 
            Seperti rutin biasaku, aku akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka puasa seawal jam lima petang lagi.  Nak sediakan bahan-bahan, sebolehnya, aku tak mahu hidangkan makanan untuk berbuka puasa yang sama ataupun yang hampir sama dengan juadah yang semalam atau yang kelmarin, biar ada kelainan sedikit.
            Sedang sibuk memotong bunga kantan, aku terdengar suara tangisan Mikail dari tingkat atas.  Sudah, apa kena pula dengan budak-budak ni kali ini?  Mesti ada bergaduh rebutkan sesuatu benda, lepastu adik mereka yang jadi mangsa keadaan.  Kaisara dan Haikal ni pantang sikit kalau nampak mainan, mulalah mereka berdua ni berebut tak hengat, si kakak, mentang-mentang dia dah besar, memang tak mahu beralah.  Yang si Haikal pula, dah memang dia anak lelaki, memang pantang untuk menyerah.  Si adik, duduk di tengah-tengah, konon-konon jadi pengaman bagi kakak dan abangnyalah tu.  Dah biasa sangat. 
“Abang, pergi tengok budak-budak tu kejap.  Meen tengah masak ni,” arahku sebaik saja aku memandang Raykal dengan sekilas saja bila dia merebahkan tubuhnya di atas sofa berangkai tiga di ruang tamu.  Riuh-rendah benar bila si Kaisara, Haikal dan Mikail bermain sekali. Memang menguji kesabaran aku betul dengan anak-anak aku ni, dalam bulan puasa pulak tu.  Si Raykal pulak, entah apa yang dia buat kat ruang tamu, takde bunyi menegur budak-budak tu pun.  Ish…. Serabut pulak!
            “Abang!” panggilku lagi.  Nak memasak pun hati tak tenang, jarum jam pun dah menunjukkan hampir 6.30 petang.  Sebaik saja aku memasukkan daun kesum dengan bunga kantan nak masak laksa hari ni, tiba-tiba ada budak menangis lagi.  Sudah!  Tadi dah elok-elok diam, senyap, ni berbunyi balik?
            “Abang!  Cuba tengok siapa yang nangis tu!”  jeritku.  Adui, tak keruan dibuatnya.  Senyap, tiada sahutan pun daripada Raykal.  Aduiii… Tak boleh jadi.  Dari sayup-sayup aku dengar, macam suara Mikail.   Aku mematikan saja api di dapur gas dan berlari ke ruang tamu. 
            Yang buatkan aku geram, si Raykal duk tersengih-sengih aje pada skrin telefon bimbit yang baru dia beli, okey, Blackberry Z3!  Sibuk dengan handphone baru, sampai anak menangis pun takkan tak perasan?!
            “Abang!  Meen suruh tengokkan budak-budak, main handphone je!” marahku pada Raykal, tapi Raykal tetap buat dek je.  Ya Allah, telinga kuali cap Astro ketebalan tahap mana yang dia pakai ni?!  Geramnya aku dah tahap giga dah ni!  Aku biarkan saja, malas nak ambil tau.  Aku berlari naik ke atas sebab aku dengar suara Mikail dari atas.  Aku nampak Mikail sudah kemerahan wajahnya menangis sejak dari tadi.
            “Kakak, apa dah jadi dengan adik ni?” soalku sambil kaki mengalihkan semua barang permainan milik mereka berdua ni yang bersepah di atas lantai.
            “Ekal tadi, main-main kat pintu, tak tau ada adik kat belakang,” tuduh Kaisara.  Budak ni, salahkan adik dia pulak! 
            “Kan ibu dah cakap, jaga adik!  Berapa kali ibu nak pesan?” marahku.  Aku bukan tujukan pada salah seorang daripada mereka berdua, tapi dua-dua sekali.  Sama-sama kepala batu.  Pening kepala dibuatnya, seminggu puasa dah jadi macam ni.  Aku tak tau macam mana nak hadapi lagi beberapa minggu ni, nak marah sangat nanti terbatal pulak puasa ni.
            “Kakak dengan Ekal kemas semua barang mainan ni, masukkan semula dalam kotak.  Satu mainan pun ibu tak nak nampak.  Lepas ni turun bawah, dah nak berbuka dah ni,” arahku.  Aku terus mendukung Mikail bawa turun ke bawah menuju ke ruang tamu.
            “Abang, jaga Mika ni,” pintaku.  Raykal masih lagi bermain dengan handphonenya.  Aku bengang betul, macam aku ni cakap dengan dinding.  Aku meletakkan Mikail di sebelah Raykal.  pun Raykal masih tak perasan lagi!
            “Abang, boleh tak pandang sini kejap?” soalku lagi.  Ni lagi sorang, bapak budak!  Tak faham betul!  Aku rampas handphone yang Raykal pegang dari tadi.  Raykal tersentak, benda yang dia pegang sejak dari tadi sudah tiada di dalam genggamannya.
            “Meen, abang tengah Whatsapp dengan kawan abang, tau tak!” marah Raykal. 
            “Abang ni lebih pentingkan benda alah ni sampai abang tak tau apa dah jadi kat Mika ni!” bebelku, tangan masih lagi memegang telefon bimbit miliknya.  Tangan mencekak di pinggang.  Apa nak jadilah dengan laki aku yang sorang ni.  Sibuk sangat main dengan telefon bimbit dia je sampai anak menangis pun buat dek aje.
            “Bagi balik handphone abang tu,” mintanya sambil menadah tangan nak telefon dia balik, jangan harap!  Tapi, kejap.  Dia dah pandang semacam je kat aku.  Eleh.. kisah pulak Mak Jah ni haa?
            “Meen takkan bagi selagi abang tak jaga Mika tu dulu,” tegasku.
            “Benda macam ni pun Meen nak ambil serius jugak ke?  It’s just a handphone!” bidasnya.  Pulak?  Habis yang dia dok tersengih-sengih kat skrin handphone tu apa?
            “Because it’s just a handphone, abang.  Mika tu anak abang, mana lagi penting?” soalku.  Raykal diam.  Buat muka cemberut dia.  Aku malas nak layan, banyak lagi kerja lain yang aku nak kena siapkan sebelum waktu berbuka puasa ni. 
            “Meen minta tolong abang sekejap je, sebelum waktu Maghrib ni.  Jaga budak-budak, Meen nak siapkan makanan untuk berbuka puasa ni.  Tak lama pun, kurang daripada sejam je lagi.  Tolonglah, bang,” pintaku.  Aku meluru ke dapur dan menghidupkan semula api untuk
            “Baru minta anak sorang jaga, dah buat muka.  Buatlah lagi, buat!  Nak anak ramai sangat, minta tolong jaga sekejap, tak nak!  Main handphone sampai tak hengat, boleh pulak!” bebelku sendirian.
            “Awak cakap apa tadi?!” suara Raykal dari belakangku mengejutkan aku.  Tak sangka pula dia ada kat belakang aku, ikut aku sampai ke dapur sambil mendukung Mikail. 
            “Apa?  Salah apa yang Meen cakap?” balasku pula.
            “Jadi, awak nak kata yang awak tak bersyukur dengan adanya anak-anak ni, macam tu?” soal Raykal pula.  Suara dia dah lain macam, tegas dan agak tinggi.  Aku menarik nafas panjang, aku ni kalau boleh tak mahu ada pertikaian ke, pertelingkahan ke apa, dah nak masuk waktu berbuka dah ni.  Apa pun tak siap hidang lagi.
            “Meen bukan maksudkan macam tu….”
            “Habis tu?  Awak nak kata anak-anak ni menyusahkan awak selama ni?” sedas lagi Raykal bagi kat aku sebelum aku habiskan kata-kataku tadi.
            “Abang…,”
            “Nak kata permintaan saya selama ni memang menyusahkan awak?”
            “Meen letih, Meen mintak tolong tengok anak-anak sekejap je.  Tapi, abang buat dek je, abang dok main dengan handphone abang tu.  Macam Meen ni cakap dengan tunggul je.  Lepas tu, abang cakap macam ni pulak,” balasku.  Aku cuba nak pertahankan perkara yang betul, tapi, takkan dia tak sedar lagi apa yang dia dah buat?  Aku penat panggil, tapi apa yang dia buat tadi?  Aku lalu depan dia, cakap dengan dia, apa yang dia respon?  Aku letakkan Mikail kat sebelah pun ada dia pusing tengok anak dia tengok menangis ke tidak?
            “Habis, abang ni tak letihlah?” soalannya tak sempat aku jawab, pantas Raykal keluar dari dapur.  Raykal meletakkan Mikail di atas sofa semula dan naik ke atas.  Ah, sudah!  Dia buat perangai pulak, orang dah nak berbuka puasa dah ni!  Si Mikail pula terpinga-pinga melihat papanya meletakkan dia semula di atas sofa sambil menggigit belakang tangannya.
            “Abang!”  panggilku.  Aku berpatah balik ke ruang tamu semula, aku nampak Raykal sudah mendaki anak tangga satu demi satu.  Aku dah mulai pening kepala, waktu-waktu beginilah pula dia ni nak buat perangai.  Aduiii!!
            Kurang lima minit aku nampak dia sudah bersiap-siap dengan t-shirt Polonya, berseluar jeans sambil memegang telefon bimbit yang baru saja aku rampas dari dia tadi.  Ah, sudah!  Dia berjalan menuju ke tempat letak kunci, diambilnya salah satu kunci kereta miliknya.  Aku pantas menghampirinya.
            “Abang nak pergi mana ni?” tanyaku pantas menghampirinya, aku cuba untuk menghalangnya.
            “Nak berbuka… kat luar,” jawabnya sambil membetulkan kolar t-shirt, tak pandang muka aku langsung.
            “Tapi, bang.  Kan dah nak masuk waktu berbuka ni.  Tak payahlah nak berbuka kat luar,”  pujukku.
            “Abang!”  panggilanku langsung dia tak endahkan.  Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta tersebut.  Terus saja dia memecut laju keluar dari perkarangan rumah.  Takkan nak kejar pulak, hidu ajelah bau asap kereta dia tu.  Aku… sedih, pedih, sebak sampai hati dia buat macam ni?  Aku bukan salahkan dia sebab perkara tu, tapi, cara dia yang lepas tangan macam tu je.  Tengoklah sekarang ni, walaupun waktu berbuka puasa sudah semakin hampir, dia boleh pergi macam tu aje. 
            “Ibu, papa nak pergi mana tu?  Kenapa papa tak ajak kita sekali?” tanya Kaisara yang baru saja menuruni anak tangga yang terakhir, dia ternampakkan aku yang berdiri di muka pintu rumah.  Air mata yang tanpa aku sedar mengalir di pipi, pantas aku kesatkan, aku tak nak mereka melihat aku menangis.
            “Papa pergi berbuka dekat masjid,” bohongku sambil membawa Kaisara masuk semula ke dalam rumah.
            “Nanti papa balik lagi ke, ibu?” tanyanya lagi.
            “Nanti papa balik lagi.  Dah jom kita masuk, dah nak masuk waktu ni.  Nanti kita makan kurma dan kuih dulu, lepas tu kita solat Maghrib,” ajakku pada Kaisara dan Haikal, mereka berdua menganggukkan kepala masing-masing.  Sebelum aku masuk ke dalam rumah, aku sempat lagi berpaling semula ke luar, mengharapkan Raykal akan berubah fikiran dan berbuka di sini. 
            “Habis, papa tak makan sekali dengan kita ke?  Nanti papa tak solat dengan kita sekali ke?”

            “Tak, sayang.  Papa solat kat sana,” bohongku, aku terpaksa!  Takkan nak bagitau kat diorang yang papa dia berkecil hati dengan aku hanya kerana anak-anak.  

IPC - Satu

HANNAH ZAFIRA berlari laju pulang ke rumah.  Dalam hati sambil mengenggam sekeping kertas dan melemparkan senyuman paling manis, puas hati katanya!  Ternyata usahanya selama ini memang berbaloi-baloi! Selepas ini, tidak ada sesiapa yang akan memandang rendah pada keluarganya yang daif itu.  Hidup yang hanya mengharapkan lampu minyak tanah, tidur berhimpit-himpit, berkipaskan angin semula jadi, guna kayu api untuk masak.  Tiada itu semua selepas ini. 
Keputusan SPM baru saja keluar pada hari ini dan dia mendapat 12A+ untuk kesemua mata 12 mata pelajaran yang dia ambil.  Dia juga dinobatkan sebagai pelajar cemerlang, bukan saja di peringkat sekolah, malah untuk peringat daerah juga.  Sudah pasti ibu dan ayah gembira dengan keputusan ini.  Yang pasti, dia akan menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi serta menerima tawaran tempat pengajian sama ada IPTA, mahupun ke luar negara masih belum pasti lagi.  Tapi, andainya dia menerima tawaran untuk ke luar negara itu sudah bonus baginya!
Sebaik saja kakinya menjejakkan di halaman rumah usangnya, ramai yang berkerumun di dalam dan juga di luar rumah.  Hannah Zafira terpempan.  Kakinya membatu saja, langsung tidak bergerak.  Semua orang yang berada di situ, memandang ke arahnya.  Semuanya sayu.
Perlahan-lahan dia menggagahkan langkahnya untuk masuk ke dalam rumah. Kelihatan wajah tua ibu yang terduduk saja bersandarkan pada dinding kayu yang sudah hampir dimamah usia seiring dengan usianya.
            Slip keputusan peperiksaan yang digenggamnya dari tadi terlepas begitu saja, jatuh di atas lantai kayu dan pada masa yang sama angina yang sepoi-sepoi menampar tubuh kecil itu turut membawa keluar semula slip keputusan peperiksaan itu keluar dari rumah.  Keputusan SPM yang dibawanya tadi langsung tidak memberi apa-apa makna lagi.  Apa yang lebih terkesan kini adalah sekujur tubuh kaku yang terbaring di hadapannya kini ditutupi dengan kain putih.
            “Akak…,” panggil Hazira kepada Hannah Zafira yang berdiri kaku di hadapan pintu rumah mereka.  Hazira terus memeluk tubuh kakaknya itu erat dan terus menangis teresak-esak.
            “Ayah dah takde, kak.  Ayah dah takde,” ucap Hazira berulang kali. 
            Sedaya upaya Hannah Zafira melangkah kaki untuk menghampiri jenazah ayahnya itu untuk ditatapnya buat kali yang terakhir.  Seluruh keluarganya tahu, sejak ayahnya ditimpa kemalangan di tempat kerja lebih kurang empat tahun yang lalu, separuh tubuh ayah lumpuh, ditambah pula dengan penyakit buah pinggang yang dialami oleh ayah tidak lama selepas itu, menambahkan lagi penderitaaan ayahnya.
            “Ayah…Hannah baru nak bagi result SPM Hannah kat ayah.  Hannah dapat dapat 12A, ayah.  Hannah dah kotakan janji Hannah nak ubah keluarga kita ni.  Lepas ni, kita tak payah hidup miskin lagi, lepas ni kita buat rumah cantik-cantik.  Bawak ayah pergi jalan-jalan pergi bandar, pergi Cameron Highlands, pergi Langkawi, tempat-tempat yang ayah nak pergi tu.  Ayah…”
            Panggilan Hannah Zafira itu langsung tidak berbalas.  Ya, ayahnya kini memang sudah tiada lagi.  Tiada lagi gelak tawa yang kedengaran daripada lelaki yang sudah terbujur kaku di hadapannya kini. 
            “Akak, sudahlah tu,” pujuk Hazira dan menarik tubuh kakaknya itu jauh daripada jenazah ayah mereka serta berusaha untuk menenangkan kakaknya itu.  Dia tahu, memang kakaknya memang rapat benar dengan arwah ayah sejak dari dulu lagi.  Pernah juga dulu dia cemburukan dengan kakaknya itu kerana arwah ayah selalu memuji kakaknya itu dari segi akademik.  Memang dia akui, kakaknya berusaha keras untuk mencapai keputusan yang telah dikecapinya pada hari ini.  Namun, tidak sempat untuk dia tunjukkan pada arwah ayah tentang keputusan membanggakan itu.  Tekad kakaknya untuk mengubah hidup keluarga ini memang jelas kelihatan terpancar di wajahnya. 
            “Ibu… ayah tidur tu.  Cepatlah kejutkan dia, akak nak tunjukkan result SPM akak ni kat ayah.  Ibu…,” kata Hannah Zafira sebaik saja dia melepaskan pelukan adiknya, Hazira itu.  Dia menggoncang-goncangkan pula tubuh ibunya yang sudah tersandar di tepi almari berhampiran.  Ibunya hanya diam membisu di situ. 
            “Akak.. kena sabar banyak-banyak.  Ayah dah takde,” pujuk Hamraa pula yang menghampiri Hannah Zafira dan ibunya, Hasnah.  Hannah Zafira terus memeluk tubuh yang sudah layu di tepi almari.  Hannah Zafira mula menangis teresak-esak di sisi ibunya.
            “Ibu….” Panggil Hannah Zafira dan memeluk erat lengan ibunya.  Dia tahu ibunya kini perlukan kekuatan buat masa ini. 
            Tidak lama kemudian, telefon di rumah berdering, tiba-tiba sahaja.  Perlahan-lahan, Haikal yang baru saja menghabiskan ayat terakhir surah Yasin terus bangun dan mengangkat gagang telefon.
            “Hello, w..waalaikumussalam.  Ya.. betul, ni rumah Encik Suhaimi.  Ya.. Hazim abang saya.  Saya Haikal, adik Hazim….,” ucap Haikal.  Hannah Zafira hanya mendengar saja perbualan telefon adiknya itu, nampak seperti serius saja.
            “I..ibu…. T..telefon,” panggil Haikal dengan teragak-agak.  Entah siapa pula yang menelefon untuk ibunya pada waktu-waktu yang begini.
            Pantas ibu mengesat airmatanya dan terus bangun menghampiri Haikal yang sedang memegang gagang telefon.  Gagang telefon tersebut kemudiannya bertukar tangan.
            “Hello,” ucap ibu kepada pemanggil itu.
            “Hazim?  Ya.. dia anak saya.  Saya ibunya.”  Kurang daripada setengah minit, gagang itu terus terjatuh dari genggaman ibu, tubuh ibu terus rebah, kakinya bagai tidak mampu lagi untuk berdiri.  Kesemua anaknya menghampiri ibu yang sudah terduduk itu.

            “Ibu!” jerit Hannah Zafira yang baru saja mahu mengambil buku Yasin yang terletak di dalam bakul di atas meja berhampiran telefon.  Ibu terus rebah di situ juga dan tidak sedarkan diri.
******************************************************************************

            HUJAN renyai-renyai membasahi bumi.  Di saat itu juga talkin dibacakan oleh imam Haji Sufi dari masjid berhampiran untuk kedua-dua pusara.  Ayahnya, Suhaimi meninggal kerana komplikasi jantung, manakala abang Hazim meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, sewaktu perjalanan pulang ke sini untuk menziarahi arwah ayahnya.  Menurut polis, cuaca di lebuh raya ketika itu baru saja hujan, arwah Hazim yang menunggang motor pada ketika itu menunggang di tepi lebuh raya, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan dan membawanya dalam kadar kelajuan yang telah ditetapkan. 
Ia disebabkan oleh sebuah treler yang cuba memotong sebuah kenderaan di lorong kiri dan mungkin juga terlalu laju, pemandu treler tersebut tidak dapat mengawal pemanduannya ditambah lagi dengan keadaan jalan yang licin.  Treler tersebut akhirnya melanggar pembahagi jalan dan turut mengheret arwah Hazim yang cuba mengelak.  Namun, disebabkan kecederaan parah di bahagian dalaman dan tulang rusuknya telah menusuk ke bahagian jantung, arwah Hazim tidak dapat diselamatkan.  Pemandu kereta yang dipotong oleh pemandu treler itu juga cedera parah dan meninggal sebaik saja tiba di hospital. 
            Kini, suasana pilu menyelebungi seluruh keluarga Hannah Zafira.  Tiada apa yang boleh diungkapkan lagi buat masa ini.  Hanya mendengar talkin yang dibacakan oleh imam Haji Sufi sejak dari tadi. 
            Sebaik saja imam Haji Sufi menghabiskan ayat talkinnya yang terakhir, kesemua yang berada di situ terus mengaminkannya dan ahli keluarga jenazah mengambil air jirusan yang berada di hadapan Ibu yang masih lagi lemah dengan pemergian kedua-duanya.
            Ibu kemudian dipapah oleh Hannah Zafira untuk menjirus kedua-dua pusara ayah dan pusara Hazim.  Hannah Zafira mengambil jag yang berisi air dan bunga-bungaan.  Kini, Hamraa yang mengambil alih untuk memapah Ibu manakala Hannah Zafira membantu Ibu untuk menjirus air di pusara ayah dan Hazim.
Setelah selesai menjirus air di pusara ayah dan pusara Hazim, ibu kembali duduk.  Kakinya bagaikan lemah, tidak berdaya lagi untuk berdiri, apatah lagi untuk berjalan.  Ia terpaksa dipapah oleh anak-anaknya.
“Ibu, jom kita balik.  Baju ibu pun dah basah kena hujan, jom balik,” pujuk Hamraa untuk meminta Ibu bangun dan menggagahkan diri untuk berjalan pulang ke rumah. Ibu hanya mengikut kata-kata Hamraa walaupun ikutkan hatinya, ingin saja dia duduk di situ dan jika boleh sampai bila-bila. 

Saturday, December 6

It's Vacay - Day 1 (Part 2)

Perjalanan kami dari KLIA2, Kuala Lumpur menuju ke Incheon International Airport, Seoul.  Wah.. pergi Korea kau, Jah!  Ah.. sudah!  

Aku pergi bukan mau pegi shopping-mopping sume!  Kalau semata-mata nak bershopping-mopping sume tu, baik aku naik LRT Putra pegi Avenue K lepas tu KLCC, masuk tunnel naik bridge sampai Pavilion, lepastu jalan lagi pegi Starhill Gallery kemudian ke Fahrenhite, masuk Lot 10, terjah Sungei Wang Plaza, masuk LowYat, dan balik melalui Berjaya Times Square guna KL Monorail.  Okey!  
Ni mingbai ma?
           
            Back to the story, perjalanan dari KL ke Incheon mengambil masa lebih kurang 7 jam.  Memang ye, naik flight tengah malam konon-kononnya nak tidur.  Kem salam arh!  Kau dengan spesis Mammoth tu dah lebih kurang sama.  (Kau faham2 ajelah)  Memang tak boleh nak tidur.  Tidur dengan sekejap-sekejap setakat dua jam, kemudian aku tersentak, taip citer tapi lebih banyak main game sebenarnya.  Lepas tu curi-curi tengok orang depan pasang laptop bukak drama Korea katanya.  (oh.. sangat Korea ini olang). 

            Dalam masa 5 jam perjalanan (aku bajet waktu tu flight baru melepasi China).  Aku bangun buat kesekian kalinya.  Kali ni memang tak boleh nak tidur sangat dah.  Tapi aku terlihat satu pemandangan yang menakjubkan.  Ya.. itu semua ciptaan Dia.  Bila Dia tahu bahawa niat kita untuk melihat dunia yang Dia cipta, pasti Dia berikan sesuatu yang cantik dan memudahkan kita.

   


Aku bajet tengok belah kanan tu adalah Jepun.  Haaa… selalu dipanggil dengan Negara Matahari Terbit kan.  Waktu ni jam baru menunjukkan 5.17 pagi.  Aku tau sangat, kalau waktu macam ni kau menganga bermimpikan Yong Hwa main pedang kat dalam citer Three Musketeers ataupun Rain tengah kejar korang macam dalam citer My Lovely Girl padahal perempuan tu sebenarnya Krystal.  Ekekekekek…

Cantik sungguh!  Selalu aku dah nampak gini, aku sambung tidur balik.  Memang pun!  Hahaha!  Lebih kurang dalam 7 pagi, kami sudah menghampiri ke Seoul, sudah tiba untuk bangun!  Yeah.. bangun anak-anak! Bangun, matahari dah terik sangat, dah tak boleh nak tidur.  Padahal belum 6.30 pagi dah terik pun! So, bangun ajelah walaupun belakang dah sakit, tangan dah lenguh, leher dah terkehel.

Alhamdulillah!
Sekitar pukul 8.15 pagi kami dah selamatpun mendarat di bumi Korea! 




Pic taken on 8.34 a.m.  Hah!  Beza masa di sini adalah sejam awal.  So, di Malaysia baru lagi pukul 7.34 pagi!  Waktu-waktu macam nilah aku melenggang kangkung nak pegi ofis lepas memaki-maki sume kereta di kiri kanan yang macam syaiton itu, padahal salah sendiri sapa suruh kuar lambat.  

Tren ini kami naik sebaik saja turun dari kapal terbang tadi.  Belum lepas imigresen lagi tau!  Haaa….

         
  

Apapun, alhamdulillah, imigresen pun lepas.  Udohler mata ni kuyu tahap giga sebab penat dan mengantuk dia suh aku bukak mata besau-besau sebab nak amik gambo, sabo jelah.  Lepas tu baru boleh amik luggage.  Mujur luggage takdak apa macam luggage Kak Ina dan Azhani yang terbuka, dan ada barang hilang.  Tapi nasib baik satu baju je, kalau beg tu berderai habis dah takleh pakai lagi beg tu, lagi nangih!

Keluar dari airport kena lintas jalan, sekali sabar jap!  Adesss sejuk pulak!  Berapa darjah Celsius nih!  Tengok kat hempong dia tulih 6 darjah Celsius.  First merasa sejuk selain sejuk dalam ofis dengan sejuk di Cameron Highlands.  Tu ajelah, terus amik troli dan bergerak keluar menuju terminal sebelah ambil AREX.  AREX sama macam KLIA Express.  Tiket?  Oh… awal-awal kena cari T-Money dulu!  T-Money sama macam kad Touch N Go.  Dalam perjalanan nak ke sana adalah mamat Korea ni tegur-tegur.  (Dorang ni memang peramah ke hapa?)

Meskipun umpama Itik bercakap dengan Kucing, angguk ajelah kepala dan senyum!  (Haihh.. kau kena bukak balik drama Korea lagi nih!)  Lepas tu dia cakap ‘Many-many Malaysian People come here, I like Malaysian’ (Sekali aku pandang dah macam ayat KwangSoo nak influence orang je).
            Lepas selesai beli T-Money, kami terus menaiki AREX sampai ke Hongik University. 



Kincir Angin, kat tempat kita takdak lagi rasanya. 

Guesthouse kami di area Hongik University di Hongdae.  Nama guesthouse tu adalah Ann Guesthouse.  Perjalanan dari airport ke Hongik University lebih kurang 50 minit.  Sampai je di stesen Hongik University, kami slack sikit pegi keluar dari stesen dan naik atas.  Sebab Kak Ayu lupa connecting way yang straight naik ke Guesthouse. 
            Apa-apa pun, kami tiba di Ann Guesthouse dengan selamat.  Ann Eommonim sangat-sangat okey!  Terus bawak kami ke unit apartment kami.  (APARTMENT OKEY!)






Apartment ni boleh memuatkan hampir 7 orang sebenarnya! (Tapi lebih daripada 8 pun boleh sebab sofa hujung tu boleh jugak buat tidur, haha!) Tingkat atas kena hati-hati sikit sebab siling dia rendah, aku dengan Hannis berapa kali terhantuk dah sebab kelibut sangat nak cepat.  Haha…



Pemandangan dari apartment kami.  Okey, apartment ni memang fully furnished!  Siap dengan washing machine sekali.   Internet memang tahap dinasour punya, laju sangat-sangat-sangat!  Dan tak hairanlah kebanyakan tourists sangat mengagumi kepantasan internet di negara ini.  Serius!  Bukan main-main!  Di sini, internets are everywhere!  Aku tak tipu!  Sume mende ni aku dah research awal-awal lagi.  Yes, monthly fee (Let say kau nak stay sini mana tau nak further study) tidaklah semahal tahap beratus.  Setimpal dengan mahal dan kelajuannya malah ia lebih murah dari yang dijangka.   Memang kau akan puas hati sangat-sangat dengan kelajuannya.  Lagi-lagi orang yang suka meng’online’, menghapload, menghapdet, mengcheck-in tapi bukan nak menghanjinglah!

            Berehat sekejap, segarkan diri dan makan.  Selepas itu kami bergerak ke Deoksugung Palace yang berhampiran dengan City Hall (stesen City Hall).  Untuk trip kali ni, kami memang banyak menggunakan subway aka. LRT. Nak ke Deoksugung Palace ni kena ambil subway Line 2.  Hampir semua subway menggunakan tambang yang sama.



*Peringatan, kami tidak mengambil sebarang Tourist Guide untuk sepanjang perjalanan kami di Korea ini.

Untuk 10km pertama, tambangnya berharga 1250KRW (lebih kurang RM3.80). Dan kalau lebih daripada 10km, tambahan 100KRW (lebih kurang 3 kupang/ 30 sen)  bagi setiap kilometer (if not mistaken).

Sebaik tiba di Deoksugung Palace, secara kebetulannya kami disajikan dengan persembahan kebudayaan mereka.  Daaannn.. kebetulan juga, bayaran masuk untuk Deoksugung Palace pada hari itu adalah PERCUMA!  Yeah.. PERCUMA!  Percuma sebab hari ini adalah Hari Rabu di bulan yang terakhir.   Maknanya setiap Rabu di bulan yang terakhir, korang boleh masuk sesuka hati dengan tiada bayaran!  Jimat 1000KRW.  Ekekekekekek…

Boleh refer sini kalau tak caye..  http://www.deoksugung.go.kr/eng/visitor/Hour.asp













Eommonim tengah tunggu anak dia tengah turun yang tengah pegang kertas tu.  Lepas aku nampak anak dia nampak aku amik gambo mak dia, terus aku alihkan ke tempat lain.  Nampak tu, nampak tu.



Student sekolah menengah ni, dorang ada buat lawatan, dorang berkumpul sebab ada taklimat cikgu dorang bagi.  Umpama homework, kuiz camtu, cari jawapan bagi setiap soalan.  Semua jawapan ada dalam kawasan istana ni.  Mesti belajar Sejarah ni. 



Our fave for this trip.  BANANA MILK! 

Kemudian kami menyambung lagi perjalanan ke Yeouido Park sambil makan biskut Cream-O perisa Blueberry Cheese Tart (favourite aku macam biasa sejak di UiTM Puncak Alam lagi) dan dikongsi-kongsi. 


Pic taken in Kak Ina punya EFBEE.




Kalau korang peminat tegar RunningMan, mesti korang akan ingat tempat ni masa tu Guest dia 2NE1.  Ingat Haha ada menyorok di bawah khemah dekat area-area sini.  Masa Jae Suk kejar sesiapa je guna basikal kat area ni.  Haaaa~~

Berjalan lagi sampai ke hujung konon-konon nak tengok Han River (Hangang), tapi dah gelap nau-nau.  Baik balik jelah.  Esok nak jalan jauh pulak.  Alih-alih tak jumpa pulak subway ni.  Mano ni ha.. suma dah start rabun malam.  Adesss~~~  Sib baik jumpa eonni yang baik, dia tunjukkan jalan nak ke subway.  Jumpa jugak, hari ni makan yang dah dibawak dari Malaysia.  Memang kami ada beli banyak makanan dari Malaysia sebab kami berhasrat TIDAK AKAN KE ITAEWON untuk cari makanan.  Kbai!
            Bengong juga statement tu, hahah..  kalau sempat pergi arh, tapi Kak Ayu cakap dia memang tak mampu dah bila nak pegi Itaewon tu, sebab datang sini memang nak teroka attraction place when Autumn katanya.  Okey.. nak tahu ke mana kami berenam pegi pada keesokannya.  Sila tunggu dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.  Herr..herr..herr..



To be continued.

Penggunaan Kamera hanyalah Lenovo Vibe X (S960).






It's a VACAY! : Day 1

Assalamualaikum, UOLSSS!!

Pa dia aihh.. dah berkuman, bersawang, berhabuk, berlabah-labah tahap giga dah belog ni.  teruk nau nau nau nau!  Busy bukan boleh dijadikan sebagai alasan lagi buat masa ni, pasal ada jugak orang lain lagi busy daripada aku.  Dalam erti kata lain, M.A.L.A.S. dah melanda sejak dulu lagi.  huhuhu...

Dah nak sebulan berlalu, baru nak kobar.. Dah pergi dan balik Korea baru nak hapload citer.  Paa diaaa.
Takpa.. biar aku citerkan.. Once upon a time.........


Pengembaraan bermula dari 29 Oktober 2014 sehingga 5 November 2014 ( 8 hari )

Disertai dengan 5 orang lagi member, sorang member aku dari Diploma, sorang tu akak Colleague member aku ni, lagi sorang kawan akak Colleague member aku yang dari Sarawak, sorang lagi member kawan akak Colleague yang kenal2 pun dari previous vacation (ke Korea jugak) dengan adik dia.  Okey.. aku senaraikan namanya.. Hannis, Kak Ayu, Kak Ina, Kak Semi (tapi aku selalu panggil Kak Simi), dan  Azhani.

Haa.. tu kau..!!

Flight kami dengan menggunakan penerbangan AirAsia X pada pukul 12.50 tengah malam pada 29 Oktober 2014.  Yeah!  Tengah malam kau jahh...






Lepas balik keje aku terus shoot naik KLIA Express ke KLIA2, kekonon nanti akan sampai just on time nak check-in, alih-alih pukul 9 malam jugak check-in.




Melihat timetable di atas ituh,, Dimanakah seharusnya aku berada dan ciskek tak bukak lagi ghopenye.  So, jalanlah lambat-lambat tahap giga.





Dah lepas berkumpul kat depan kaunter AirAsia, timbang luggage dulu, kang ada pulak tak lepas sebab terlebih berat!  Mana yang berat terlebih tu sila tumpang masukkan dalam luggage member lain!  Kak Ina bawak pemberat tu dan hasil timbangan hampir-hampir sama.

Lepas tu, kami check-in, dan perut dah mula nyanyi lagu Koya-koyanya meskipun tak sampai Seoul lagi, kan!  Makan dulu, jangan risau kat KLIA2 ni banyak restoran, kafe, fast food, slow food.. (Eh??) Harga pun lebih kurang je macam kau makan kat KL, tak mahal dengan cas double triple quadrable (melainkan kau pegi kedai makan ala-ala western yang susah-nak-eja, itu memang kau cari pasal arh!)


Lebih kurang 11.30 malam, settle makan, kami bergerak ke Departure Hall.  Tunggu sehingga pukul 12.20 tengah malam gate dibuka untuk masuk dalam flight.


Mak cik sorang ni ehsaited tahap giga sebab dapat pegi Korea.  Heh?  Tapi aku pun tak caye jugak siap mintak dia cubit aku lagi. 



Bismillahirrahmanirrahim.  Semoga perjalanan kami ke destinasi yang dituju tiba dengan selamatnya.
To be continued...







Falling in Love with You... Again

LOCENG bernada ‘Wake up’ aku matikan.  Hari ini hari pertama puasa, kena bangun lebih awal daripada biasanya.  Jam baru menunjukkan empat pagi.  Mata masih menahan mengantuknya, namun aku kena gagahkan juga.   Mata yang layu memandang pada baby cot sejauh lima kaki dari katilku.  Masih lagi lena penghuni baby cot tu walaupun ada nada dering sebentar tadi.  Orang di sebelahku juga sama.  Hurmm.. lagilah, senyaring-nyaring tangisan si penghuni baby cot tu walau sudah diletakkan bersebelahan pun masih tetap lena.  Tidur mati! 
Aku mengalihkan tangan yang memeluk pinggangku dari belakang.  Dia mendengus perlahan.  Aku duduk di tepi katil sambil menyanggul rambut dan menguap.  Aku terus bangun dan bergerak keluar dari bilik tidur untuk menyiapkan makanan untuk sahur pertama di bulan Ramadhan ni.
            Untuk hari pertama bagi bulan Ramadhan kali ni, biarlah yang ala kadar saja, tak mahu terlalu berat.  Tahun ini juga buat pertama kalinya Haikal Firash akan berpuasa penuh, menyertai kakaknya, Kaisara Aisyah yang sudahpun berpuasa penuh sejak dua tahun yang lalu.  Tinggal Mikail Amsyar saja memandangkan si kecil ini baru saja menjengah ke angka tiga tahun.
            Selalunya, waktu sahur begini suamiku lebih suka menjamah kurma dan segelas susu sebagai pembekal tenaganya.  Jadi, aku sudah sediakan dua item itu hanya untuk dia.  Bagi aku, Kaisara dan Haikal aku sediakan makanan yang berbeza sedikit, mana boleh samakan makanan si Raykal tu dengan kami bertiga.
            Selesai memasak dan hidangkan makanan, barulah aku naik semula ke atas dan mengejutkan kesemua ahli keluargaku seorang demi seorang.  Waktu ni, jam sudah menunjukkan pada angka 4.45 pagi.  Aku pergi kejutkan Raykal terlebih dahulu sebab lepas tu aku boleh suruh dia tolong bangunkan Haikal pula dan aku kejutkan Kaisara.
            “Abang, bangun.  Sahur, hari ni kan hari pertama puasa,” panggilku dengan perlahan, aku menepuk lengan sasa lelaki itu.  Dia sudah menggeliat, tapi mata masih lagi terpejam.
            “Kejaplah, sayang.  Kita baring dulu kejap,” pintanya.  Dia mengubah posisi tidurnya dengan menelentang pula.  Dalam matanya yang masih lagi terpejam rapat, tangannya masih tetap nakal mencapai tanganku.  Cuba menarikku berbaring semula di sebelahnya.
            “Abang.  Dah nak dekat pukul lima pagi ni, nanti dah masuk imsak, dah tak sempat nak sahur,” jelasku padanya.  Tak boleh nak bermalas sangat macam waktu bukan di bulan puasa.
            “Five minutes, sayang.  Nak peluk,” rayunya lagi, konon-konon nak bagi aku cair lagilah tu.  Takde maknanya, okey!  Dok melayan aje bapak budak ni, tak pasal-pasal puasa entah ke mana, sahur pun entah ke mana.  Silap hari bulan, tak bersahurlah jawabnya.
            “Nah peluk abang!” jawabku sambil membaling bantal tepat ke muka dia.  Hahaha!  Nampak dah muka cemberut manja tak hengat dia tu.  Perasan mudalah sangat, padahal, hurmmm…
            “Eiiii.. nak bermesra-mesraan pun tak boleh.” Raykal dah merajuk.  Buruknya orang tua merajuk.  Kadang-kadang aku rasa laki aku ni macam tak sedar je yang umur dia menjengah ‘BMW 4 Series’.
            “Nanti lambat sahur, tak sempat!  Lepas ni abang kejutkan Ekal, tahun ni, tahun pertama dia puasa,” tegasku padanya. 
            Aku terus bangun meninggalkan Raykal yang terkulat di atas katil.  Aku keluar dari bilik tidur kami dan masuk ke dalam bilik tidur Kaisara.  Perlahan aku duduk di tepi katil kepunyaan Kaisara dan menepuk lengannya perlahan. 
            “Kakak, bangun, sahur.  Hari ni kan pertama puasa?  Kakak nak puasa penuh tak?”
            Baru menepuk lengannya dua ke tiga kali, pantas saja Kaisara membukakan kelopak matanya.  Alhamdulillah, anak aku yang sorang ni memang tak susah nak dibangunkan.
            “Hari ni first day puasa ke, ibu?” tanya Kaisara sambil menggosok-gosokkan matanya.  Suaranya pun masih lagi serak-serak basah.
            “Haah, jom bangun.  Kita sahur, basuh muka, gosok gigi, lepas tu turun bawah.  Hari ni Ekal pun start puasa,” ajakku.  Aku berikan lagi dia semangat yang adik dia akan turut sama bersahur dengan kami semua.
            “Okey, ibu,” jawab Kaisara dengan semangat dan mengukir senyumannya.  Baru nampak bertenaga bila adiknya akan berpuasa sekali. 
            “Jangan tidur balik,” arahku.
            “Yeeee…,” panjang betul jawapan Kaisara.  Aku tersenyum sendirian.  Aku pun terus turun ke bawah menuju ke ruang makan, nampak Haikal yang masih lagi tersengguk-sengguk di atas meja menahan mengantuknya.  Pertama kali puasalah katakan.  Raykal pula menghadap kaca televisyen, kebetulan pula ada Piala Dunia FIFA, ada team kegemaran dia yang sedang bermain, Amerika Syarikat dengan Perancis.  Heh.. jangkaan aku, mestilah Perancis! 
            “Abang, jom sahur.  Nanti dah masuk waktu imsak pulak.  Tak usah ditengok bola tu.  Perancis yang menang,” jawabku dengan rasa tidak bersalah. 
            Raykal menjeling maut kat aku.  Aku hanya balas sengihan sinis tahap dewaku.  Dah nampak telinga dia tu berasap-asap, terbakar dari dalam.  Sabar ajelah Raykal ni, dapat bini macam aku ni haa..  Ekekekekek!

            Seperti rutin pada bulan puasa, kami sekeluarga akan menunggu sehingga waktu Subuh yang akan berkumandang kurang daripada setengah jam lagi dari sekarang.  
 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template