Hari kedua kami bangun agak lewat sebab penat tahap
terlampau semalam. Sempat ber ba-ba cak
dengan Kak Ayu menyuruh aku dan Hannis yang dahpun buat Republik negara kami
sendiri kat tingkat atas. Part ni memang
takleh blah arh. Mata Kak Ayu yang masih
tertutup menyuruh Kak Ina pegi kejutkan aku dengan Hannis. Aku dah memang lama bangun cepat berlari ke
tempat Kak Ayu baring.
Tunjuk muka ni depan muka dia. Dia tak
tau lagi aku tengah mengadap dia nih.
“Saya
dah bangun dah, kak!” jerit Hannis.
“Yang depan kau tu sape?”
tanya Kak Ina, barulah Kak Ayu buka mata.
Sentap je, dia sorang je yang tak bangkit lagi.
Program
hari kedua ni memang agak berat sikit sebab… KITA NAK PERGI MENDAKI! Yeah…!
Nak pergi one of attraction place during Autumn ni. Salah satu cadangan daripada pihak Korean
Tourism sendiri pun. Seorak Mountain
ataupun Seorak-san. Seorak-san
berhampiran dengan Sokcho yang terletak di Pantai Timur Korea Selatan. So, dari Seoul kena ambil bas nak ke
Sokcho. Dari Sokcho baru decide nak naik
bas ataupun naik teksi nak ke Seorak-san tu.
Dah
lepas siap mandi, breakfast, bawak barang dan jajan apa yang patut ditambah
persiapan bekal setiap sorang, kami bergerak turun ke subway menuju ke
Gangbyeon Station (Line 2) untuk ke Dongseoul Station. Dari Hongik University ke Gangbyeon Station
adalah dalam 18 stesen perlu diredah dan tak perlu tukar ke line lain. (Hongik University ke Gangbyeon = 2200 won;
RM6.80)
Turun
je dari Stesen Gangbyeon pergi exit ke kanan touch T-Money terus keluar ke kanan
(Hint: gerai jual buah dan traffic light) dahpun nampak Dongseoul Station. Kami terus masuk ke dalam Dongseoul Station
untuk beli tiket bas ke Sokcho. Kalau
ampa dah terer, boleh je beli tiket guna mesin elektronik kat situ.
Perjalanan dari Dongseoul Station ke Sokcho
Tiket perjalanan kami one way je. 17, 300 won (RM 52- 53)
Harga tiket bas dah ditetapkan berdasarkan lokasi yang dituju.
Perjalanan dari Seoul ke Sokcho mengambil masa kira-kira 2
jam dan 20 minit. Bas akan berhenti di
satu kawasan Rehat dan Rawat lebih kurang 15 minit untuk passenger nak beli
makan ke, sakit perut nak u-uk ke dan lain-lain, but makesure kena cepat, nanti
kena tinggal padan muka. Apa yang menarik sepanjang naik bas melalui
highway kat Korea ni, depa banyak terowong, yakni depa potong-potong bukit
untuk dibuat terowong highway. Aku
memang tak dapat nak kira berapa banyak terowong kena redah.
Sebelum meredah terowong dan masuk toll highway.
Sebaik je tiba di Sokcho yang agak tenang jika dibandingkan
dengan Seoul, Kak Ayu terus beli tiket balik ke Seoul. Kami decide ambil teksi je dari stesen bas
Sokcho ke Seorak Mountain sebab tambang teksi lagi murah daripada menaiki
bas. Adalah beza dalam 5,000 – 6,000
won. (Kalau teksi ke Seorak-san anggaran
dalam 12,000 won hingga 13,000 won) .
Perlu diingatkan, teksi hanya boleh dinaiki 3 passenger je dalam satu
teksi. Disebabkan kami ni 6 orang, maka
kami kena ambil 2 teksi, tapi masih lagi murah!
Tapi, masa pergi tu tak taulah kenapa dengan Ahjussi tu nak sumbat
sekali 6 orang ni ha….
Sebaik saja tiba di Seorak-san, terus je bayar tiket masuk
3,500 won. Masuk-masuk je, amik gambo sana, ambik gambo sini. Disebabkan juga kami tiba di Seorak-san agak
lewat dah, terpaksalah lupakan untuk mendaki dari bawah sampai ke puncak. Jadi, kami naik ajelah cable car, lagi
cepat. Ehh.. nak naik cable car pun ada
schedule dia. Kami akan naik cable car
pada pukul 3.05 petang (bersamaan pukul 2.05 petang Malaysia), tapi pukul
3petang sini dah macam pukul 4.30 petang. Walaupun nampak terik, tapi sejuk!
Sampai di level atas, ingatkan dah sampai betul-betul
puncak, ohh.. tak sampai lagi. Kena
jalan lagi untuk sampai ke puncak.
Mengah jugaklah dibuatnya, tapi malulah juga kalau kita stop-stop sebab
orang-orang tua kat sini pun fit boleh jalan naik sampai ke puncak. Kita orang
muda baru jalan sikit dah mengah. Baru
perasan yang diorang ni suka pegi hiking.
Akhirnya kami sampai dah di puncak gunung, baru perasan
jugak kat area sini je memang kawasan pergunungan. Dah sampai puncak dah tak terasa sejuk sangat
akibat mendaki tadi.
Relax kejap hilangkan mengah, yelah beruang yang suka menyimpan lemak ni tetiba pegi hiking enn.. sabar jap.. Makan dulu bekal yang dah dibawak dari Seoul punya.. ehh.. Kolumpo punya.. har.. har..
Makan-makan.. amik gambaq sana, amik gambaq sini. Dah sampai masa untuk turun balik guna Cable Car, nak turun ikut biasa, tak tauler pukul braper sampai bawah en..en.. Nak hiking betul-betul dari bawah pun nak dekat 4 jam. Lupakan jelah.
Mungkin hikers sebelum ni ada buat pertandingan Menara Batu paling tinggi?!
Sampai di bawah, kita makan aiskrim kejap, relax-relax lagi.
Melangkah kita pergi ke arah sungai yang cetek dari atas yang dah kita tengok tadi. Memang cetek, tapi jernih!
Jagung di Korea ni tak tahulah kenapa ia tak macam kat Malaysia punya.
Hari pun dah makin gelap meskipun jam menunjukkan masih awal lagi. Biaselah.. umpama pergi Sabah/Sarawak. Nasib baik dah memahami sikit haaa... Cepat-cepatlah kami amik teksi untuk kembali semula ke Stesen Bas Sokcho, Dan disebabkan kami tiba di Stesen Bas agak awal, terpaksalah kami menunggu. Sempat jugak menjemah membeli banana milk lagi.
Banana Milk lagi! From Sokcho.
Bas kami tiba 7.30 malam, dalam bas memang dah tak hengat dah. Sambung tido terus. Tapi, macam biasa, bas akan berhenti di satu R&R sekitar 10-15 minit. Kami tiba di Dongseoul Station hampir 10 malam dan bermulalah nightmare aku. Aku je.. Aku sorang je. Aku kena tinggal, kat train. Dorang suma lepas, sampai kat aku tak sempat dah, tak lepas.
Sila ambil perhatian ye, train kat sini tak macam kat Malaysia. Dia bukak pintu on time, tutup pintu pun on time. Kalau lambat, sila tunggu train lain, sekian terima kasih. Maka bermulalah perjalanan aku sebagai seorang pengembara yang bersendirian (Puiiii!!!). Udohler mata ni sayup-sayup kuyu nak tido, penat hiking tadi. Kena tinggal pulak. Takpa bertabah. Bertabah. Aku tau stesen mana nak kena turun, nasib baik takdak kena tukaq-tukaq, straight je sampai Hongik Uni. Tapi, berjanggut jugaklah nak dekat 45 minit dalam train tu.
Nasib aku jugak agak baik sebab train yang berikutnya jarak setakat 2 minit je. Bernasib baik lagi, train ni agak lengang, tak macam depa naik tadi. Lagilah bernasib baiknya, aku duduk bertentangan dengan mamat Koya hensem. Haaa.. cuci mata, terus tak kuyu, terus tak mengantuk. Hua..hua hua...
Jangan risau, aku tiba juga dengan selamatnya tanpa ada sebarang masalah, yakni terlajak atau seangkatan dengannya. Balik memang terus tido, esok nak ke tempat lain pulak!