AKU masih lagi teringatkan
peristiwa yang baru aje berlaku masa lunch appointment tadi. Macam manalah aku boleh jumpa dengan lelaki
tu sekali lagi. Dah tu, suka sangat nak
menyakat aku. Dahlah aku masih lagi
terkejut dengan accident dengan dia pagi tadi, lepastu boleh pulak dia jadi
client untuk syarikat aku. Ish.. Haru
biru betul aku hari ni. Kenapalah hari
ni aku terpaksa menerima situasi yang begini rupa? Dahlah tadi sampai naik merah tahap melampau
muka aku ni nak tahan malu dah tak boleh.
Aku terpaksa diam aje, karang tiba-tiba terkeluar Incredible Hulk aku,
tak pasal-pasal Encik Ikmal kata you are fired!
Ish.. mana boleh gitu, aku kan pekerja kesayangan dia. Tak boleh macam tu.. tak boleh, tak boleh.
“You already
know me, right?” tanya lelaki tu.
“Ha? Excuse me?” aku buat-buat macam tak dengar
ajelah ni! Sound aku tetiba pulak nak
trouble. Sabar ajelah.
“Never
mind, I’m Raykal Asyraff,” sapanya padaku.
Boleh lagi nak menyapa aku lagi. Kau faham tak aku ni dah menggelabah
mengalahkan cipan menggelabah tau tak?
“Let
me introduce you, she’s my PA actually, my Yasmeen Zalikha,” Encik Ikmal yang
tolong perkenalkan aku. Okey..okey..
terima kasih boss sayang, sayang lebih sikit sama boss.
“Nice
name. Nice to meet you,” lelaki itu
menghulurkan tangannya. Aku menolak
lembut, ish… bukan muhrim tu. Dia pulak
macam faham-faham je. Tapi, kalau aku
tengok muka dia balik tu, ala-ala playboy pun ada jugak. Dia pun macam Encik Ikmal jugak, dan macam
aku cakap tadi, aku langsung tak ambil port sangat. Muka boleh jual kat majalah, muka tu jugaklah
boleh perdayakan perempuan-perempuan yang ada kat muka bumi ni. Sorry, aku takkan terpedaya dengan itu semua.
“Meen,
he’s our client. My bestfriend, actually
dia baru aje balik dari States about 5 months.
He’s my junior actually. Dia muda
tiga tahun dari I. Now he’s working at
his father’s company. Syarikat yang
selalu bagi kita tender besar-besar tu.
Syarikat dialah!” jawab Encik Ikmal.
Ish.. biar betik Encik Ikmal ni cakap?
Takkanlah Mewah Holding tu syarikat mangkuk hayun yang ala-ala muka
maxillian (mix) Omputih campur Korea campur Melayu ni? Aku tengok Tan Sri Ali Akbar tu, biasa-biasa
je, tapi putihlah. Takdelah macam muka
mangkuk hayun ni yang entah berapa banyak campur ni. Mungkin mak dia orang Korea kot?
Entahlah,
lantaklah dia anak campuran mana. Aku
angguk-angguk ajelah. Angguk.. angguk..
Tapi boleh tahan jugak Raykal Asyraff ni, tapi macam aku cakap tadi. Even Encik Ikmal yang memang pujaan ramai
wanita termasuklah mak cik cleaner kat ofis aku tu, aku langsung tak tergoda,
tak cair, tak macam ais batu. Keras
macam batu, even kena hujan asid pun takde apa-apa. Macam takde perasaan je aku ni bila
berhadapan dengan lelaki yang full package begini.
“Actually,
Meen. Kal ni kerja kat States dulu about
5 years, konon-konon nak timba pengalaman kat sana. I ingat dia dah kahwin dengan minah salleh
celup for that time period. Study pun
kat sana jugak.. bla..bla..bla..,” bebel
Encik Ikmal tentang latar belakang si mangkuk hayun ni. Aku tadah aje telinga ni, tapi keluar balik
ikut telinga kanan. Malas nak ambil tau,
memanglah bukan kena mengena dengan aku, tapi bos kesayangan aku ni, tak
payahlah nak cerita masa ‘muda-muda’ dulu tu kat aku. Cerita pasal tumpah airlah, cerita lari
lintang-pukang sebab kena kejar dengan anjing.
Ish.. dah lari topik dan tujuan kita ke sini dah, Encik Ikmal oiii!!!
Yelah..
Encik Ikmal merangkap boss aku ni, dah bakal nak jadi bujang terlajak, tak
kahwin-kahwin lagi sampai sekarang. Umur
pun dah menganjak ke 35 tahun, tapi tak nampak sorang perempuan pun yang
together dengan dia. Aku pun dah bekerja
dengan dia lebih kurang tiga tahun. Apa
yang tak boleh blah, dia siap pesan dengan aku ni. Dia akan kahwin bila aku dah kahwin. Aku tanya balik kat dia, kalau aku tak kahwin
sampai 30 tahun macam mana? Sebab target
aku umur 30 tahun, kalau aku tak kahwin jugak, aku suruh mak carikan jodoh
untuk aku. Dan apa yang Encik Ikmal
jawab, memang buat aku nak gelak berguling-guling je ni, ada pulak dia kata nak
kahwin dengan aku. Merepek ajelah boss
aku sorang ni.
Sekarang
umur aku baru menganjak ke 25 tahun. Ada
lagi lima tahun untuk capai target suruh mak carikan jodoh untuk aku tu. Aku pun anggap Encik Ikmal ni cakap main-main
je. Tak maulah aku kahwin dengan dia,
workaholic yang melampau. Selagi belum
pukul 11 malam, jangan harap dia akan balik rumah. Kira, ofis tu dah jadi nombor satu. Rumah sebenar dah jatuh ke nombor dua. Kalau ada lagi 10 perkara yang ada dalam list
kepala otak boss aku sorang ni, rumah tu dah jatuh ke tangga terakhir
dahpun. Masa lebih banyak kat pejabat
je. Kalau dia kahwin dengan aku,
perghh.. memang aku akan pasang skandal kot!
Tak taulah….
“So,
kita proceed apa yang kita dah bincangkan last week. Tutup cerita lama-lama tu,” pinta Raykal
Asyraff. Aku pun terus aje membentangkan
kertas projek kat atas meja dan perbincangan pun bermula. Tapi, memang hati aku tak tenang bila anak
mata si Raykal Asyraff ni tak habis-habis nak pandang aku. Apa kenalah dia ni? Takkan masa accident tadi tak sempat pandang
muka aku ni? Ishh.. Ada apa-apa yang
comot ke kat muka aku ni sampai dia nak tenung aku ni macam nak makan aku aje
ni??
Aku
taulah aku ada buat salah kat dia, aku terlanggar kereta cap kuda berdiri dia
tu, bukannya sengaja. Tapi salah dia
jugak masa tu sebenarnya, tiba-tiba aje dia berhenti mengejut, aku yang memang
nak rushing, sempat jugak brek mengejut, siap berbunyi tayar aku tu dan bau
getah dari tayar tu sebab brek mengejut tu.
Nasib baik baby aku yang teruk, kalau dengan aku-aku sekali yang teruk,
memang takde kat Le Meridien nilah jawabnya.
Sah-sahlah aku kat katil, berbalut sana-sini, pakai pun baju putih,
dengan wayar-wayar kat badan. Huishhh…
mintak-mintak dijauhkan, tak mahulah hendaknya.
Dan
aku terus berfikir dan berfikir, entah sampai ke mana aku pergi berfikir,
entah-entah Somalia, Uganda, ataupun Mexico.
Dan.. ketepek! Adoi.. siapa pulak
membaling kena muka aku ni. Aku ambil
dan ciss, kain buruk yang telah menepek kat muka aku ni.
“Berangan
je kerja kau. Dah sampai mana?”
“Uganda
kot,”
“Kau
ni, bab-bab merepek memang bagi kat kau aje, kan? Ke.. kau teringat kat mamat yang kau langgar
tu?” tanya Jepah kat aku.
“Ish..
takde maknanya aku nak ingat kat dia!” kataku, eleh.. pandai bona Cik Ja sorang
ni membongak. Padahal.. memang ingat kat
mangkuk yang bernama Raykal Asyraff itu.
“Macam
mana dengan baby aku tu?”
“Tak
boleh siap hari nilah, der…”
“Habis
tu, bila boleh siap? Aku tak sampai hati
nak tinggalkan baby aku ni lama-lama kat kau,”
“Hish…
baby kau aje. Kereta je pun, cuba bagi
nama baby tu kat aku, ke? Sejuk sikit
hati aku ni nak siapkan kereta kau tu,” kata Jepah. Eh..eh.. poyo pulak tiang letrik ni. Dahlah keding, ish! Perasan beno!
Si
Jepah ni memang kawan aku sejak sekolah menengah lagi, dia tak macam aku. Dia malas dah nak sambung belajar, jadi dia
ambil keputusan untuk buka bengkel macam sekarang ni. Tapi, pada masa yang sama, dia ni pun mat
rempit jugak! Hemmm… memang takkan lari
kot. Aku tengok kat cerita KL Menjerit
pun sama jugak. Entah bilalah dia nak
sedar diri, aku pun tak taulah.
“Buat
apa nak panggil baby dengan kau. Buang
masa aku je,” kataku lalu memberikan semula kain kotor yang penuh dengan minyak
hitam dan segala macam minyak yang dah melekat kat kain tu dekat dia semula.
“Aku
tak boleh siapkan hari ni, lagipun kau datang pun dah pukul berapa. Kau datang waktu aku dah nak tutup
kedai. Dahlah malam ni aku nak pergi
race. Lusa bolehlah siap. Nak ambil barang lagi, nanti kalau dah siap,
aku roger kaulah,” beritahu Jepah. Aku
terus bangun.
“Ish..
kau ni.. tak habis-habis dengan race.
Kang aku panggil tok misai suruh buat roadblock satu KL dengan Selangor
ni baru kau tau,” ugutku. Aku
menepuk-nepuk punggungku, kot-kot ada kotoran habuk pulak. Aku mengambil semua barang yang ada kat dalam
kereta aku. Bukannya banyak manapun,
setakat briefcase dengan fail-fail dokumen yang baru aku punggah dari pejabat
untuk buat kat rumah.
“Ish..
Ja.. kau ni janganlah kejam sangat! Tu
periuk nasi aku tu. Kau sanggup ke nak
tengok kawan baik kau ni masuk lokap?
Gara-gara mulut kau ni, baby kau ni tersadai berminggu-minggu, baru kau
tau!” marah Jepah.
“Yelah,
yelah. Takde maknanya aku nak memanggil
tok misai pun. Ikut suka kaulah nak buat
apa, itu hal kau. Aku dah banyak kali
pesan kat kau. Aku tak jaminlah untuk
kerja malam kau tu. Okeylah, kalau macam
tu, aku balik dulu. Jaga baby aku
baik-baik,” kataku. Terus melangkah
longlai sambil memandang sayu ke arah baby aku itu. Lalu aku mengusap-usapnya. Aku terus keluar dari bengkel Jepah dan
pulang ke rumah. Satu lagi masalah akan
timbul, nak tak nak esok aku kena gerak naik bas ataupun teksilah nampaknya.
1 comments:
cpt smbg nye...best...aishiteru....
Post a Comment