SATU
“MACAM
mana sekarang ni?” tanya lelaki itu, wajah lelaki itu sudah merah padam
entahkan menahan marahnya kat aku ataupun menahan daripada terik panas
matahari. Aku kalut, memang kalut yang
amat. Aku menggaru-garu kepala. Aku tengok kesan yang melanggar keretanya
dari belakang. Aku lagilah serabut,
dahlah kereta akupun kena sama ni, dan if kereta dia murah pun, pokai jugak aku
nak bagi gantirugi kat dia ni. Aku nak
pengsan tau tak.. Memang bangkrap terus, botak kepala aku dibuatnya. Kereta dia ni.. kereta lambang kuda berdiri
tu tau tak.. Aku rasa macam nak menangis tau.. Mana aku nak cekau duit ni. Aku langgar dengan lelaki kaya juta-juta
ni. Aku ni, kereta MyVi pun belum habis
bayar lagi, dah langgar kereta cap kuda berdiri ni. Adoi.. serabutnya otak aku ni!
“Ermm..ermmm..,”
“Cepatlah..
I want to settle it now. I takde masa
nak tunggu ermm you tu. I nak tau, you
sanggup bayar ke tak?” soalnya. Aku ni
tak taulah kenapa, aku terus ambil telefon bimbitku dan menekan entah nombor
siapa. Kenapalah hari ni aku panik
semacam je ni???
“You
nak call siapa tu??”
“Ermm..
polis?”
“Polis?!”
“Eh..bukan eh? Saya call bombalah,”
“Eh..bukan eh? Saya call bombalah,”
“Hello,
there’s no fire in here!” balasnya sambil petik-petik jari kat depan muka aku.
“But..
there’s a fire in your heart!” ketepek terus keluar dari mulutku secara tak
sengaja. Kyabongg!! Memang otak aku dah mereng waktu ni. Tiba-tiba aje ayat tu terkeluar dari mulut
aku dengan secara tak sengaja. Adoi,
Mister Gojes-gostan, saya minta maaf banyak-banyak. Tengkinganmu itulah yang membuatkan saya
ter’merepek’.
“You
ni, kan? Degree dari universiti mana you ambil ni? Don’t try something stupid joke in here!”
marahnya.
“Nonsense!
Mana ada orang panggil bomba nak padamkan api dalam hati!” bebel lelaki
tu. Aku tekan-tekan lagi, hah..abah..
call abah.. Pastu suruh abah cakap dengan mangkuk tak siap ni.
“Assalamualaikum..
ermm.. abah.. tolong Cik Ja kejap. Cik
Ja… langgar kereta orang,” kataku, tapi bab kena langgar kereta mangkuk tak
siap ni aku slow sikit.
“Apa
langgar kereta orang?! Kat mana? Dengan kereta apa?” soal abah, tapi soalannya
tu boleh diubah kepada jeritan jugaklah, sebab tercair jugak taik telinga aku
kejap gara-gara abah terjerit tadi.
“Kat
depan KLCC.. dengan..dengan… kereta yang ade cop kuda berdiri tu..,” jawabku
perlahan-lahan, tersekat-sekat pun ada jugak.
“Apa?! Ferrari..?!
Habis tu, kau ingat abah kau cop duit pakai kertas A4 ke?? Teruk sangat ke?” jerit abah lagi. Adoi.. tercair lagi taik telinga aku.
“Dia
punya tak teruk sangat.. tapi Cik Ja punya yang teruk..,”
“Kau
yang langgar ke?”
“Habis
tu? Takkanlah motor langgar dia pulak..
“
“Apa
nak jadi dengan kau ni?”
“Jadi
panik kejap, bah. Kejap eh, Cik Ja
passkan phone ni kat dia,” kataku terus
menghampiri mangkuk tak siap yang entah aku pun tak tahu pun nama dia. Cermin mata hitam dia pun tak mau tanggalkan
lagi. Suka hati dialah.
“Awak..
cakap dengan abah saya, dia yang settlekan,” kataku lalu memberikan telefon
bimbitku padanya. Dia terus mengambil
telefon bimbit aku dan entah apa yang mereka cecitekan aku malas nak ambil
port. Apa yang penting sekarang ni,
kereta aku dengan kereta dia aje.
Adalah, lebih kurang 5 minit perbincangan tu dilakukan antara lelaki tu
dengan abah.
Aku
nampak juga lepas beberapa minit itu lelaki tu terus menghampiri aku semula dan
memberikan semula telefon bimbit aku.
Dia terus masuk ke dalam keretanya tapi, entah apa yang diambilnya dari
dalam kereta. Agak terpinga-pinga jugak
aku sebenarnya. Kemudian, dia keluar
semula. Lelaki tu memegang sekeping
kad. Mungkin jugak business card
dia.
“You
just come to my office, when you feel free,” katanya. Tu aje.
Dia terus aje masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju keretanya,
meninggalkan aku dalam keadaan aku terpinga-pinga. Apa.. dah jadi.. huikk.. musykil.. Ah.. otak
aku memang dah serabut sebenarnya ni.
******************************************************************************
DAHLAH
hari ni kena jumpa dengan client kat Le Meridien, otak tengah serabut dengan
insiden yang dah terjadi kat aku tadi sebelum tiba ke hotel ni. Hati pulak berkecamuk sebab memang dah lambat
sampai ke hotel ni, habislah.. jatuh reputasi syarikat aku sikit gara-gara
lambat. Adoi… Terkocoh-kocoh jugak aku
menuju ke lounge. Ish…ish.. dan ish
lagi.
Tengok
rambut, okey, cun! Tengok baju, okey kemas.
Tengok beg, okey semua ada. Tas
tangan, briefcase yang nak kena bawak.
Kertas projek yang sepatutnya bukan aku yang bawak, tapi disuruh oleh
Encik Ikmal dahpun aku bawak. Bos aku
tu, sengal je, bukan bidang aku pun disuruh jugak bawak. Takpe, aku dah bawakkan. Kasut.. okey, dah cun. Apalagi, bergeraklah kita ke lounge.
Aku
berjalan laju sebab aku dah tau sangat yang aku ni sebenarnya dah lambat. Sepatutnya meeting tu pukul 10.30 pagi, tapi
disebabkan kemalangan kecil tadi, aku terlajak setengah jam. Aku ni bukanlah jenis yang tak tepati
masa. Boss aku tu pun sudah sedia maklum
perangai aku macam mana. Tapi, benda dah
nak jadi, tak boleh nak buat apa.
Langkah aku makin lama semakin dekat dengan Encik Ikmal yang hensem,
segak, bergaya, awek lalu semua pun cair tapi aku dapat cair sikit je. Muka dia tak marah walaupun dia susah sikit
nak tunjukkan muka marah dia tu. Tapi,
aku tau, dia agak bengang dengan aku kot.
“Maaf,
boss. Tadi ada satu peristiwa yang amat
menakutkan dan membuatkan saya lemah semangat.
Perkara tersebut menyebabkan saya terlambat untuk datang ke sini,”
“Straight
to the point, sayang,” ucap Encik Ikmal.
Boss aku ni, memang suka ayat-ayat sayang-mayang ni, tapi aku langsung
tak ambil kisah sangat pun ayat yang baru aje terpacul dari bibirnya tadi. Dia memang suka gurau ala-ala manja dengan
aku. Tapi, hati aku sikitpun langsung
tak ambil port sangat. Takde macam
sesetengah orang tu, bila lelaki cakap sayang aje kat dia, dia dah mula perasan
yang lelaki tu suka kat dia. Padahal,
dia main-main je. So, aku tak makan
saman sangat pasal hal ni.
“Saya
accident tadi,” jawabku. Bulat mata
Encik Ikmal. Terus aje belek-belek aku,
pusing-pusing dari depan sampai belakang.
“Are
you okay? Takde apa-apa luka, kan?”
“I’m
very okay, boss. But my baby not okay,”
jawabku.
“Pity
to ‘him’. So, dah bawak dia pergi
bengkel ke belum?”
“Belum
lagi, saya ingat saya nak pergi lepas lunch appointment ni. So, client kita dah sampai ke belum?”
tanyaku, ikutkan cuak jugak kalau-kalau client tu dah sampai kat lounge ni.
“Memang
dah sampai pun. Tapi, dia pun macam you
jugak, baru aje sampai. Tapi, dia pergi
gents kejap. Takpe, you relaks dulu. Take a breath for a while. I tau you penat. So, duduklah dulu, janganlah jadi Barbie doll
pulak kat sini,” kata Encik Ikmal. Ish..
boss aku ni boleh melawak jugak waktu-waktu aku tengah macam ni. Aku pun ikut buat lawak yang bertambah bodoh
pun dari dia jugaklah. Aku ni memang
sejak sekolah lagi memang aku suka melawak bodoh. Takdelah bodoh mana, tapi sekadar buat hilang
tension yang melanda kat otak tu adalah jugak.
Aku
pun dudukla..kan.. Briefcase aku letak tepi.
Kertas projek aku letak kat atas meja, mujur juga masa tu takde kopi, kuih-muih
yang terkeluar lagi. Macam adalah pulak
kuih-muih tu. Huhuhu.. Tas tangan aku
letak kat belakang. Baru nak sandar,
tiba-tiba aje seorang lelaki yang baru aje muncul entah dari mana tunjuk ke
arahku. Aku rasa, aku cam lelaki
tu. Dan…
“Cik
Ja??” tegur lelaki tu. Aku bangun..
“Kereta
cop kuda berdiri?!”
OMG..
Kenapa aku dipertemukan dengan lelaki ini sekali lagi. Dan.. serius aku tak tau nama dia meskipun
dia ada bagi business card dia kat aku.
Adoi.. kenapa aku jumpa dengan dia lagi ni??
3 comments:
haha! kuda berdiri. best2.
hahahaha
CIK JA....KUDA BERDIRI...
ermmm nama y clasic ehhehe
sambung lagi
:)
BABE! sangat best! keep it up!
:p
Post a Comment