BANGUNLAH secepat mana sekalipun,
arakian juga… eh.. arakian juga aku pakai ni??
Pergghhh.. tak boleh blah ayat yang aku pakai ni, sekali keluar jugak
ayat sastera aku yang dah lama jugak aku tinggalkan. Tak kisahlah kau bangun sebelum Subuh
sekalipun, konon-konon nak keluar awal sangat, konon-konon tak nak menyusahkan
orang lain dok jemput kau nak pergi kerja.. dalam erti kata lain, bos kau
sendirilah… tapi kalau dah sezarah daripada asap bas ataupun teksi pun takde,
apa yang kau nak kata.
Ehem..ehem..
sebenarnya nak mengata kat diri aku sendiri.
Yelah.. dari matahari belum start kerja lagi, sampailah matahari dah
masuk syifnya, sampai sekarang aku dok tercongok kat depan bus stop ni. Bayangkanlah, selepas Subuh aku
berkejar-kejar nak ke sini, semata-mata tak nak tertinggal dek bas, tambah tak
mahu terlambat sampai ke pejabat. Alih-alih,
harapan tinggal harapanlah. Harapan kini
dah lebur untuk menjadi pekerja contoh kat syarikat untuk bulan ni. Mesti Encik Ikmal sedih ni. Dahlah datang lambat, ish…
Adoi..
adoi.. dan adoi lagi.. Jam dah menunjukkan tepat 8.30 pagi. Tapi kelibat satu teksi pun aku tak nampak
langsung! Bas lagilah, jangan harap.
Pukul 9.30 pagi nanti aku ada meeting.
Ish.. sempat ke ni? Nak redah jam
lagi, aku dari tadi asyik mengerling ke arah jam tangan. Kepala ni dah berserabut dengan
bermacam-macam benda. Aku tak tau kenapa
dengan perkhidmatan awam pada hari ni, langsung tak ada. Takkan mogok pulak, gara-gara aku terpaksa
menggunakan khidmat mereka??
Dari
tadi aku tak habis-habis tengok jam tangan.
Rasa sebal pun ada juga waktu ni.
Aku rasa, nak aje aku yang takeover drive bas atau teksi waktu ni. Cheee.. ingat aku tak boleh bawak ke?? Orang
yang dah biasa guna perkhidmatan awam kat kawasan rumah aku ni dah mula
membebel-bebel yang bukan-bukan… Yelah.. menunggu hampir 2 jam kot! Tapi satu bayang bas atau teksi pun
takde.
“Tak
pernah-pernah mike mogok cenggini..?”
“Ateh…
deme idok hati dan perasaan awok ni?
Ikut suke deme je nak datang pukui berapa? Awat, awok ni takde koje lain nak menunggu
deme. Awok ni.. kang bos awok pecat
awok, ade deme mau bertanggungjawab??” perghh.. ‘pok cik’ sorang ni.. namanya
Jimbet.. Aku pun tak tau dari mana datang perkataan tu. Tapi bebudak selalu panggil dia Jimbet.
Dia ni memang pure orang bandar
Kuala Lumpur. Tapi entah macam mana
boleh terjebak mengikut loghat Perak ‘mike-deme’ ni. Kalau betul tatabahasa dia ni, boleh la juge
aku nak terima.. Ni.. tunggang-terbalik je aku dengarnya.. Memang tak salah lagi.. Memang dia
kipas-susah-mati Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Usop
Wilcha ni. Tu yang terikut-ikut agaknya
tu. Jimbet, budak sekolah lagi. Tapi, itulaaa…. sekolah lagi jauh-jauh nun di
sana. Ada yang dekat tak payah pakai
public transport, nak jugak sekolah jauh-jauh, katanya nak berdikari.. nak naik bas awam. Berdikarilah sangat kau ni Jimbet uiii.. bila
dah waktu macam ni, mulalah menggelabah.
“Saman
aje!”
“Tak
payah saman.. kite bako je bas deme!” jerit lagi sorang. Pergh.. yang lain pun ikut sekali bersorak
nak pegi mem’bako’ public transport ni!
Tak padan betullah bebudak ni!
Aku pun tak habis-habis tengok jam tangan ni. Serabut pulak otak aku, Encik Ikmal macam
poyo je kata nak jemput aku bagailah, tapi sampai sekarang, jangan kata batang
hidung, kelibat kereta dia yang made by Ford Fiesta tu langsung tak
nampak. Cakap tak seruba bikin betul boss
aku sorang ni! Satu pun tak boleh pakai,
tapi buat masa nilah. Sebelum-sebelum ni
aku percayalah juga. Tapi tak semua pun
yang aku percaya.
Telefon
bimbitku berbunyi lagu Dan Bila Esok kedengaran, hah… boss aku ni. Baru aje mengata dia kejap tadi, dah telefon
aku. Bagus betul.
“Haluu…,”
“Hello,
Yasmeen. I’m sorry tak dapat pick you
kat rumah sebab I pun sekarang traffic jam kat area Jalan Damansara ni. Jam pun dah pukul berapa ni, sorry but I have
to. But, I dah suruh kawan I, yang juga
merangkap klien kita nanti ambil you.
It’s okay, sebab dia pun akan terus ke office kita. Klien yang kita jumpa semalam kat Le Meridien
tu, Raykal. Dia pakai Fair Lady warna
putih. I suruh dia ambil you sebab rumah
dia dengan rumah you sehala and rumah dia pun dekat je dengan rumah you. Is it okay, kan? Okaylah, kita jumpa kat office, ya?” ujar
Encik Ikmal.
Aku
tak sempat nak kata apa-apa, walau untuk satu patah perkataan. Tak menyempat-nyempat dia terus aje letak
telefon. Hawau punya bos, sabo
ajelah! Nasib baik dia bukan boss besau,
kalau boss besau, tak taulah aku nak kata apa.
Tak menyempat aku nak tengok habis skrin telefon bimbit aku ni, aku
dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang betul-betul berhenti di hadapanku. Ish.. buat aku terkejut ajelah kereta
ni. Aku ni, manalah tau sangat Fair Lady
tu macam mana, tengok depan-depan pun tak pernah.
Aku
tengok ajelah kereta, apehal pulaklah ni.
Ikutkan sebenarnya memanglah kereta kat depan aku sekarang ni berwarna
putih pun, tapi aku tak pernah nak ambil tau apa jenama kereta ni. Tak pernah tengok pun kereta ni, aku buat dek
ajelah. Mataku kembali mengalih ke
kanan, tunggulah mana-mana yang patut.
Bas ke, teksi ke ataupun Fair Lady yang Encik Ikmal katakan tadi.
Seketika
kemudian, pemandu yang dari dalam kereta putih yang kat depan aku ni
keluar. Pakai cermin mata hitam, sekali
imbas aku macam dapat cam orangnya.
Tapi, tak mungkinlah dia. Ish…
Buat kurang pandai… Buat kurang pandai…
Sekali lelaki tu bagi senyum kat aku, tak mau pandang dia dah! Ish… Kalau tengok lama-lama nanti cair pulak
aku kat sini. Lelaki itu terus aje
menghampiri aku.
“Cik
Ja…” panggilnya. Ish.. macam mana dia
boleh tahu nama panggilan aku kat rumah ni?
Selain keluarga aku, saudara-mara ajelah yang tahu panggilan tu. Yang lain semua panggil aku Yasmeen ataupun
Meen. Kecuali… hah.. lelaki yang pakai
kereta cap kuda berdiri tu yang dapat tangkap nama tu. Lelaki naik kereta cap kuda berdiri tu.. tak
lain tak bukan ialah Raykal Asyraff!
Dan… Encik Ikmal pun ada mention nama tu jugak kat aku.
“Cik
Ja…,” panggil lelaki itu lagi. Aku
menoleh.. ya! Lelaki tu dah tanggalkan cermin mata dia pun! Tak salah lagi.. dialah Raykal Asyraff! Aduiii….
“Jom
I hantar you pergi office. Kita dah
lambat ni. Jom, sayang,” ucapnya. Boleh pulak berjangkit penyakit sayang-mayang
Encik Ikmal tu kat dia ni! Ish…. Dahlah
bebudak si Jimbet tu tak habis dok mengusha aku dengan Raykal Asyraff ni. Dan yang tak boleh tahan tu, dia ambil
briefcase yang aku pegang ni, lalu diletaknya kat tempat duduk penumpang
belakang. Dia kemudian terus aje menarik
tangan aku sekali sebenarnya, ish… suka-suka hati aje dia ni dok pegang tangan
aku ni!
Kemudian,
dia terus bukakan pintu kereta untuk aku.
Dia masih lagi tersenyum. Aku
macam terpinga-pinga aje. Sebenarnya aku
dok fikir banyak benda, mesti ada CNN tak berbayar akan tebarkan berita terbaru
ni kat satu taman tentang aku dengan seorang lelaki yang hensem yang tak boleh
blah ni pegi kerja naik kereta Fair Lady.
Perghh.. mesti tersebar luas ni!
Aku
terus masuk ajelah kereta dia ni.
Kedengaran lagu-lagu Korea yang berkumandang. Ish.. apesal pulak lagu Korea ni memanjang,
sekali baru aku perasan, dia cucuk pendrive rupanya. Aku tengok kat display yang dekat-dekat
dengan dashboard kereta ni, nak tengok apa tajuk lagu ni. Ohh.. My Everything by Lee Min Ho! Perghh…skandal aku tu. Memang aku minat kat dia habis-habisan dengan
mangkuk Korea ni, sejak cerita Boys Over Flower punya pasallah pun.
“Erm..
betul ke Lee Min Ho yang nyanyi lagu ni?” soalku.
“Betullah
Lee Min Ho yang nyanyi. Kenapa?”
balasnya pula. Tak sangka pulak lelaki
yang ala-ala maskulin macam dia ni layan lagu Korea yang lelakinya boleh tahan
hensem jugak termasuklah Lee Min Ho ini.
Ohh.. Lee Min Ho.. tak sangka kau nyanyi lagu ni.. aku terus bertambah
cintan dengan kau. Oh.. tidakkkk… Lee
Min Ho.. kalaulah kau ada kat sini, kau nyanyikan lagu ni untuk aku. Hanya untuk aku.. alangkah bahagianya hidup
aku.. Lee Min Ho…Saranghae!
Eh.. ehh.. jangan berangan lebih sangat, kau jangan lupa pulak lelaki yang dok kat sebelah kau tu bukan Lee Min Ho. Bukan…! Dia adalah Raykal Asyraff. Nanti kau terlebih-lebih mendayu-dayu dengar lagu Lee Min Ho ni, tak pasal-pasal kau ingat mangkuk sebelah kau Lee Min Ho. Wake up Yasmeen Zalikha!
Eh.. ehh.. jangan berangan lebih sangat, kau jangan lupa pulak lelaki yang dok kat sebelah kau tu bukan Lee Min Ho. Bukan…! Dia adalah Raykal Asyraff. Nanti kau terlebih-lebih mendayu-dayu dengar lagu Lee Min Ho ni, tak pasal-pasal kau ingat mangkuk sebelah kau Lee Min Ho. Wake up Yasmeen Zalikha!
“Tak ada
apa-apa,” jawabku. Hik..hik.. nasib baik
aku boleh kawal diri, gila sangat aku ni dengan Lee Min Ho ni.. susah beno
rasanya.
“You minat Lee
Min Ho, ek?” tanyanya pula. Aku diam
tanpa memberikan sebarang jawapan. Dia
hanya tersenyum. Aku malas nak tengok
muka dia, daripada aku tengok muka dia, lebih baik aku tengok kat luar.
“Hello,
Mal. Aku dah ambil dia, kejap lagi kami
sampai. Apa? Ohh.. postpone pulak ke? Oh.. kau still stuck kat situ lagi? Ohh.. it’s okay.. Yup.. Okay..okay.. bye,”
aku curi-curi dengarlah jugak. Tapi
malas nak menyampuk.
“Meeting
kita pagi ni kena postpone ke pukul 11 pagi.
Ikmal pun still stuck kat Damansara, ada accident lori dengan kereta
katanya. Tak boleh nak bergerak
langsung, so he need to find another alternative. Ikmal ada pesan dengan I, bawa you pergi
breakfast dulu. If you don’t mind?”
cadangnya. Tapi, asalnya cadangan Encik
Ikmal pun.
“Up
to you,” balasku ringkas.
“No..
up to you actually,” balasnya pula.
Haiksss.. aku pulak? Dah Encik
Ikmal yang mengarahkan untuk berbuat demikian, aku ikut ajelah.
“Saya
ni hanya menurut perintah, apa yang bos saya kata, saya ikut ajelah. Asalkan tak lebih daripada seorang pekerja
dengan majikannya dan sebagai seorang kawan,” kataku.
“Okay,
kita pergi breakfast dulu,” ajak Raykal Asyraff. Menurut ajelah dengan bakal ‘boss kedua’
ni. Hu hu hu…
0 comments:
Post a Comment