NASI lemak yang
ada kat depan mata ni aku dok kuis-kuis aje dari tadi. Bukan tak sedap, bukan juga aku dah
kenyang. Tapi, memikirkan kolesterol
yang terlalu tinggi bila makan nasi lemak ni, terutamanya pada waktu pagi macam
ni. Doktor dah pesan kat aku, ambil cereal
aje, ambil nesvita tu pun dah cukup.
Ikutkan macam tak lalu je nak makan nasi lemak ni, tapi… disebabkan
orang lain yang belanja, dan dah takde makanan lain yang mampu untuk aku
sebatkan, ini ajelah yang ada. Ni pun,
sikit aje aku ambil, sampai orang yang nak belanja tu siap suruh tambahlah lagi
apa-apa yang patut, takkan nak makan sikit ni aje?? Aku diam ajelah.. buat pekakkan telinga.
“Kenapa kuis aje
nasi lemak tu, makanlah. Habiskan..
kejap lagi kita nak meeting,” pinta orang yang belanja aku tu.. ataupun lebih
dikenali sebagai Raykal Asyraff tu. Aku
yang dari tadi tunduk aje tengok nasi lemak tu mendongak sedikit sama level
dengan dia dan bagi senyuman yang nipis kat dia. Aku tengah musykil dengan klien aku sorang
ni, dia ni tak pernah makan beberapa hari ke?
Makan bukan main banyak, nama breakfast, tapi tak macam breakfast je aku
tengok. Mee goreng dia ambil, nasi lemak
pun, bihun.. perghh.. kau ni makan ke mencekik?? Perut kau tu ada tangki ekstra ke? Aku yang tengok kau makan ni pun dah terasa
kenyang yang teramat, aku pula yang tak lalu nak makan.
“Saya dah kenyanglah,”
jawabku. Aku menolak sedikit nasi lemak
aku ni, lalu aku mengambil teh panas aku, lalu aku hirupnya sedikit demi
sedikit sampailah habis.
“Atau..
you segan makan dengan I ni?” tanyanya lagi.
Aku pantas menggelengkan kepala.
Cheee… nak buat apa nak segan dengan mangkuk tingkat tak siap ni. Kau bukannya Lee Min Ho untuk aku segankan
sangat.
“Bukan
macam tula.. Memang saya tak boleh nak makan banyak apatah lagi waktu pagi-pagi
macam ni. Saya biasa makan nesvita, tu
pun dah cukup,” jawabku. Dia tersenyum
sinis. Aik..
“Badan
dah cekeding tak payahlah nak berdiet-diet sangat. You kena makan banyak, barulah tak tumbang
dek angin,” perlinya. Amboi-amboi, tak
sayang mulut nampak mangkuk tingkat tak siap ni!
“Suka
hati sayalah nak makan sikit ke, nak makan banyak ke? Takkan nak paksa-paksa orang makan
pulak. Kalau saya muntah kat depan awak,
awak sanggup ke? Nak belanja, buat cara
nak belanjalah, kalau tak nak belanja pun takpe.. Nampak sangat tak ikhlas,”
bebelku lalu bangun dari tempat itu, kiranya nak keluar dari kedai makanlah
ni.
“Ehh…
eh.. suka hati tinggalkan aku sorang-sorang.
You! Siapa nak bayar makanan you
yang tak habis ni?” jerit Encik Raykal kat aku.
Aku dah agak sangat dah.. bukannya ikhlas sangat dia nak belanja aku
pun. Tengok, sekarang ni aku pulak yang
kena hulur duit nak bayar makanan aku.
Dasar orang kaya kedekut tahi hidung masin!
Aku
patah balik dan keluar sekeping not RM10, lalu aku letakkan kat atas meja yang
aku duduk bersama dengannya tadi. Aku terus sahaja keluar semula dari kedai itu
dengan hati penuh rasa sebal, sengal,
kesal, bebal dan sekalian alamnya yang lain tanpa menoleh ke belakang
langsung, lantak dialah nak buat apa dengan duit yang aku bagi tu. Aku tak kisah sangatlah, tak luak mana pun
setakat RM10 tu. Tapi, ikutkan hati aku
ni, memang terluak kot! Sepuluh ringgit
tu dah boleh beli macam-macam, 2-3 kali makan pun boleh aku beli tu.
“Hei,
you! Nak pergi mana tu? Kereta kat sebelah sinilah!” jerit Encik
Raykal lagi. Peduli apa aku kereta dia
kat hujung sini ke, sana ke, sekalipun terletak kat Kutub Utara pun aku tetap
tak ingin nak naik kereta dia. Semalam,
salah dia tiba-tiba aje brek kecemasan di tengah-tengah jalan, tapi salahkan
aku pulak. Lepas tu, entah kenapalah
ditakdirkan dia ni kawan baik bos aku, Encik Ikmal tu. Boleh pulak masa tengah-tengah bincang macam
tu, dok jeling-jeling aku. Ingat aku tak
nampak ke? Aku terus saja melangkah kaki
laju, jauh daripada mangkuk tingkat tak siap tu.
“Tak
inginlah nak naik kereta yang konon-konon Fair Lady sangatlah tu. Tak teruja mana pun, bukannya boleh terbang
pun kereta tu!” kemain betul amarahku ni.
Tak boleh blah betul. Entah
kenapa aku nak meng’hangen’ je dengan mangkuk tingkat tak siap ni.
“You
jangan lupa, briefcase you, semua dokumen yang you bawak untuk meeting nanti
ada kat dalam kereta. Kalau dah you kata
macam tu, I just nak pesan, jalan elok-elok ajelah. Okey,” jerit Encik Raykal. Cisss… bukannya nak kejar aku ke apa, padahal
dia yang mulakan dulu, ish.. suka sangat bagi aku berada dalam keadaan penuh
rasa bersalah. Aku hentakkan kaki dengan
high heel yang aku pakai ni kat atas tar jalan.
Geram jugak rasanya. Bukan rasa
dah sebenarnya pun, dah membara-bara aje dah ni.
Terpaksa
juga aku patah balik, kalau tak ingat pasal semua dokumen yang ada kat dalam
briefcase yang aku bawak dan sudah sedia terletak dalam kereta dia tu, memang
tak teringin langsung aku nak patah balik ke arahnya.
Entah
macam mana dan apa yang aku tersepakkan aku hilang imbangan untuk kembali pada
asal sebaik sahaja menghampiri kereta milik Encik Raykal. Mungkin juga sebab high heel yang aku pakai
ni. Nyaris-nyaris tubuh aku yang tak
seimbang ni nak menyembah terus ke atas tar jalan, aku tutup mata, tapi sempat
disambut oleh seseorang. Tangannya
memaut pada pinggangku.
Mata
yang terpejam rapat tadi perlahan-lahan aku buka. Siapalah yang jadi penyelamat aku daripada
terus tercium kat tar jalan ni.
Terbeliak mataku dan Oh My God!
Si mangkuk tingkat tak siap yang jadi penyelamat aku rupa-rupanya! Posisi kami berdua memang tak ubah nak menari
Tango. Cuma lagu tema macam Pendekar
Bujang Lapok itu saja yang tak ada pada waktu ni, tapi terasa terngiang-ngiang
pula di telinga di mana aku dan dia sedang cuba mengikut rentak lagu
tersebut. Pergh, bayangan maut
betul! Aku cuba menolak tubuhnya, tapi
kudratku sebagai seorang wanita, manalah terdaya untuk mengatasi tenaganya yang
lebih tu, dahlah dia ni makan lagi banyak daripada aku tadi, mesti tenaga dia
banyak lagi ni. Ala….
Dia
memberikan senyuman sinis padaku. Dia
terus perbetulkan posisi kami yang hampir-hampir membuatkan kami untuk lebih
rapat, tapi dah posisi macam ni pun dah membuatkan aku rasa tak selesa
langsung. Aku pantas menjauhkan diri
daripadanya, dia masih lagi tersenyum.
Dan aku rasa muka aku ni, dah habis merah tahan tahap keseganan yang
paling maksima. Aku terus aje masuk ke
dalam keretanya, malas nak tengok muka dia atau beralih ke arah kanan walaupun
sedikit. Aku lebih rela tengok pokok,
tiang elektrik, lampu isyarat, divider pun aku sanggup tengok. Ish.. memang
malu tahap gaban ni sebenarnya ni! Ish..
mana nak letak muka ni…
0 comments:
Post a Comment