SEBAIK sahaja aku
pulang dari tempat kerja dan setelah aku memulangkan semula kereta abah, ish..
tak mau aku nak bawak kereta tu ke merata tempat dah. Aku berjalan kaki sahaja menuju ke bengkel
Jepah, bukannya jauh sangat bengkel dia tu dengan rumah aku. Sebab itulah aku ambil keputusan untuk
berjalan kaki sahaja, di samping untuk mengambil udara pada waktu petang-petang
macam ni.
“Jepah.. macam mana
‘baby’ aku ni? Dah okey ke belum?”
soalku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bengkel Jepah. Dia yang tengah sibuk-sibuk repair kereta
orang lain, nampak terkejut, hampir melompat dia dari tempatnya yang dia
berdiri tu.
“Ish.. kau ni..
agak-agaklah. Cuba bagi salam, takdelah
aku terkejut. Nasib baik kepala aku ni
tak terhantuk dengan menda alah ni.
Datang main terjah je kau ni, Ja,” kata Jepah. Aku ketawa terkekek-kekek. Memang buruk benar bunyinya tu. Aku terus duduk di ruang menunggu yang dah
disediakan.
“Macam mana?” soalku
lagi sekali.
“Kereta kau dah okey
dah tu,” jawab Jepah sambil memberikan kunci ‘baby’ aku kepadaku semula.
“Berapa nak bayar kau
ni?” tanyaku lagi sambil mengeluarkan dompetku dan dok mengira-ngira not 50
ringgit. Entah berapalah pulak Jepah nak
cas aku ni? Jangan sampai mencekik aku
sampai kering kontang sudahlah… Hu hu hu…
“Tak payah bayar, dah
ada orang bayarkan tadi. Cincailah…,”
jawab Jepah sambil menyambung semula kerjanya dok repair kereta orang lain
pulak. Aku berkerut dahi, ish.. takkan
abah pulak yang bayar. Dahlah tadi dia
bagi pinjam kereta dia kat aku.
“Ish, janganlah macam
tu… Biar betul ada orang bayarkan ni?”
“Ha’ah. Tak payahlah.. tapi kalau nak jugak, weekend ni kita pergi lepak pekena mapley sambil tengok Arsenal dengan MU. Kau belanja. Boleh??” kata Jepah. Arsenal lawan Manchester United. Hoh.. Feveret makcik jugak tu. Terutama Manchester United. Ehehehehe…
“Ha’ah. Tak payahlah.. tapi kalau nak jugak, weekend ni kita pergi lepak pekena mapley sambil tengok Arsenal dengan MU. Kau belanja. Boleh??” kata Jepah. Arsenal lawan Manchester United. Hoh.. Feveret makcik jugak tu. Terutama Manchester United. Ehehehehe…
“Okey.. nanti kau set
time pukul berapa,eh?” balasku. Aku
terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin ‘baby’ku. Pendrive yang sedia ada aku cucukkan dan
berkumandanglah lagu-lagu kesukaan aku.
Sah-sahlah aku buka lagu Korea dan ala-ala indie sikit. Aku terus memandu perlahan pulang ke rumah.
Setibanya aku di rumah,
kebetulan pulak abah baru aje selesai menyiram pokok-pokok bunga. Aku terus mematikan enjin dan keluar dari
‘baby’ku dan terus menguncinya.
“Abah… abah bayarkan
repair kereta Cik Ja ke?” soalku. Muka
abah berkerut-kerut. Hah… nampak sangat
tu.. Aku pun ikut berkerut sekali.
“Dah lama abah tak
pergi bengkel si Jepah tu,” jawapan abah itu sudah cukup meyakinkan aku di
samping riak wajahnya tadi, bukan abahlah yang tukang bayar repair ‘baby’ aku
tu.
“Takkan Along pulak?”
soalku pula sambil menggosok-gosok daguku.
“Kau tau-taulah sendiri
Along kau tu macam mana?” balas abah pula.
Memang..memang aku tau sangat Along tu macam mana. Prinsip kau-aku punya, aku-aku punya tu dah
lama sebati dalam hidup dia sejak azali lagi.
Aduss… Jepah??
“Jepah?” tanya abah.
“Kalau Jepah sponsor,
hari ni dia tak bukak kedailah, bah.
Mahal repair kereta Cik Ja ni.
Mau 1000 lebih jugak. Jepah pun
dah cakap bukan dia. Tapi ada orang lain
yang dah bayarkan,” balasku.
“Kalau macam tu, meh
kita panggil Detective Conan,” jawab abah pulak. Chet.. boleh melawak pulak abah ni. Aku
ketawa kecil, kalau Detective Conan tu boleh wujud di alam realiti ni, boleh
jugak aku terima. Petik jari aje dia selesaikan
masalah ni. Abah pun dah tutup paip pili
dan melangkah masuk ke dalam rumah. Aku
pun ikut serta, matahari pun sudah hampir merangkak turun dan bulan bakal
menggantikan tempatnya. Acecece..
bermadah pulak aku ni.
Itu tandanya maghrib
bakal menjelang tiba, jadi aku tak nak buang masa. Kena siap cepat-cepat untuk tunaikan
tanggungjawab aku pada-Nya.
0 comments:
Post a Comment