Duhai jiwa manusia
Masih alpa dengan keduniaanmu
Bungkam menyorot peristiwa
gumam tiada apa
hanya mampu berkata-kata
menuding jari pada perosak dunia
Duhai jiwa manusia
yang dirasuk syaitan iblis
menunaikan nafsu serakahmu
memusnahkan menghancurkan manusia
angkara syaitan bertopengkan manusia
Jahilnya manusia ini!
Menghancurkan umat sendiri
Duhai jiwa manusia
berapa ramai lagi kaum yang kau ingin musnahkan?
Sehingga kau membunuh kaummu sendiri?
Hingga kau sahaja tinggal di bumi ini?
Riak, ujub takluki sendirian?
Bisakan kau kembalikan kaum kerabatmu semula?
Setelah kau sendiri menghancurkan mereka?
Lupakah kau siapa Maha Pencipta sekalian alam ini?
Duhai jiwa manusia
taubatlah segera
Meminta keampunan pada Maha Pencipta sekalian alam
yang mencipta dirimu jua.
Buang riak dan ujubmu yang bercita-citakan takluki
dunia ciptaan Maha Esa
Tiada seoran, tiada dua
Semua dari seluruh pelosok bumi.
Tanamkan semangat cintakan bumimu
Syukuru apa yang telah Dia berikan kepadamu,
mereka,
dan kita semua
created on October 6,2006
11.45 p.m.
Saturday, August 21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment