TELEFON bimbitku berbunyi lagu dari
kumpulan M To M, Soundtrack dari drama
Lie To Me, tanda ada mesej yang masuk.
Aku yang baru je usai Solat Isyak terus mencapai telefon bimbitku
tu. Mesej dari Jepah.
Pukul 9 kat mapley biasa kita lepak. Kawan kau pun ada sekali ni nak tengok bola
dengan kita.
Aku berkerut dahi, musykil ni. Kawan aku yang mana satu pulak ni? Bukan ke kawan aku tu kawan dia jugak
ke? Aku dengan Jepah ni, kawan-kawan
kami semua satu sekolah je. Takde sangat
yang kat luar-luar ni melainkan kawan universiti aku. Tapi.. semua dah kahwin, gatal-gatal semua
nak kahwin awal. Iyelah, study kat
overseas, macam-macam godaan kot. Itu
yang menyebabkan ada sebilangan kawan-kawan aku yang mula mengikatkan dengan
tali pernikahan terus, tak mau tunang-tunang dah. Tapi, ada juga yang tunang dulu, itupun bila
kami semua dah berada di tahun akhir.
Haizzzz… jodoh aku tak sampai lagi untuk aku. Aku jugak yang tak kahwin lagi. Tak apalah,
muda lagi, bagi semua stabil dulu, baru fikir pasal kahwin. Hmm.. takpelah.. abaikan saja. Kita tengok sajelah siapa yang dimaksudkan
oleh Jepah tu.
Aku
terus menyarungkan jersi Manchester United tanda pada malam ni aku akan
menyokong Manchester United habis-habisan.
Aku terus mencapai telefon bimbit, wallet nipis yang hanya sekadar boleh
letak kad pengenalan, lesen memandu dengan sekeping not 50 ringgit, kot-kot
malam ni aku nak makan besar, perut ni memang agak lapar jugak ni.
Okey,
semua dah cun, rambut okey. Baju okey,
jeans pun okey, barulah aku keluar dari bilik dan turun ke bawah. Nampak abah dok tengok berita yang hanya
tinggal beberapa minit saja lagi nak habis tu.
Pasti kejap lagi nak tukar channel bola jugak tu sebenarnya.
“Nak
pergi mana ni?” soal abah sebaik sahaja kaki aku mencecah ke anak tangga yang
terakhir.
“Aik..
dah terang-terang orang pakai baju apa.
Sah-sahlah nak pergi main bola!” jawabku sambil memasukkan telefon
bimbit dan kunci rumah dalam poket jeans aku.
“Banyaklah
kau nak main bola. Pegang bola tu pun
dok terketar-ketar, ada hati nak main!!” jawab Along yang baru aku perasan yang
dia pun ada juga kat sofa tempat abah duduk.
Betul-betul bersebelahan dengan abah.
“Pasal tulah bola tu disepak kat kaki. Bukannya dipegang,” balasku pula. Memang betullah pun, aku ni sekadar mampu untuk tengok. Kalau nak ajak main, nanti bukannya aku sepak bola, tapi sepak angin lepastu terus jatuh terlentang.
“Pasal tulah bola tu disepak kat kaki. Bukannya dipegang,” balasku pula. Memang betullah pun, aku ni sekadar mampu untuk tengok. Kalau nak ajak main, nanti bukannya aku sepak bola, tapi sepak angin lepastu terus jatuh terlentang.
“Hurmmm..
apa-apa ajelah kau ni, Cik Ja. Nanti
jangan lupa, tapau sikit apa-apa yang patut.
Ayam Tandoori ke, teh tarik ke, apa-apalah,” pinta Along. Wah.. penuh dengan demanding! Mau tak berkerut-kerut dahi aku mendengarnya. Bukan main kau ‘pau’ adik kesayangan kau ni!
“Ish..
along ni… entah apa-apalah.. Macam orang ni banyak duit je pun…,” balasku.
“Memang
banyak pun tadi aku tengok kau bawak lima puluh seketul,”
Ish..
macam mana pulak Along ni boleh tau aku bawak 50 sekeping ni. Ni tak habis-habis nak ‘pau’ aku je. Ish.. Dah kahwin pun nak ‘pau’ aku jugak! Bini ada, pegilah pau kat bini sendiri. Kerja pun lagi vogey-vogey daripada aku yang
tak seberapa ni nak jugak ‘pau’ aku.
“Tolonglah,
Cik Ja. Bukannya selalu aku nak pau kau
macam ni. Belanjalah sikit dengan
abangmu ini,” rayu Along. Buat ala-ala
muka kawan Shrek yang kucing tu, Puss In The Boots tu. Muka bersinar-sinar macam penuh dengan cahaya
keimanan aje abang aku sorang ni. Hensem
sangatlah buat muka macam tu, tapi memang hensem pun! Herkk.. puji abang sendiri pulak! Tak heranlah Kak Long pun boleh cair dengan
abang aku sorang ni.
“Hish..
yelah-yelah! Orang belikanlah apa-apa
yang patut!”
“Macam
tak ikhlas je kau ni, Cik Ja.
Takpelah…,”
“Pulak…..”
“Orang
belanja.. tapi dengan syarat,”
“Amende?”
“Pinjam skuter kau ek.. Malaslah nak naik kereta. Kan kerajaan suruh berjimat-cermat, jangan membazir harta negara,”
“Pinjam skuter kau ek.. Malaslah nak naik kereta. Kan kerajaan suruh berjimat-cermat, jangan membazir harta negara,”
“Banyaklah
kau membazir harta negaralah, apalah.. Aku dah agak mesti ada muslihat yang tak
berapa nak sembunyi sangat. Sudahlah
kau.. Tu.. kunci aku kat tempat biasa,
pergi ambil,”
Ehehehehe….
Gumbira di hati ini dapat naik skuter kepunyaan Along, memang aku stok malas
nak bawa kereta pun hari ni, lagipun nak cari parking kat situ bukannya senang
macam petik jari je. Lebih baik aku naik
skuter Along ni je.
*****************************************************************************
AKU terus memarkirkan
skuter kepunyaan Along berhadapan dengan kedai mapley yang selalu menjadi
tempat lepak aku dengan Jepah bila ada perlawanan bola yang best-best macam
malam ni. Turun sahaja dari skuter dan
terus mengunci skuter. Aku mencari
kelibat Jepah di kedai tersebut.
Kelihatan ada seorang lelaki melambai-lambai ke arahku dan aku amat cam
wajahnya. Jepah! Aku terus menghampirinya.
“Dah
lama ke kau sampai ni?” soalku sebaik sahaja melabuhkan punggungku. Kunci kereta aku letak di atas meja
tersebut.
“Takdelah
lama sangat. Tapi, kawan kau lagi lama
tunggu kita,” jawab Jepah. Kawan
aku?
“Kawan mana ni weh??
Aku betul-betul tak tau ni,”
balasku. Aku terus duduk
bertentangan dengan Jepah.
“Kawan kau yang
bayarkan repair kereta kau hari tulah, pun,” jawab Jepah lagi. Kawan aku..kawan aku.. Yang mana satulah yang
si Jepah maksudkan ni? Aku tak dapat nak
teka langsung buat masa ni.
“Siapa?”
“Aku bukannya kenal dia sangat. Kau takkanlah tak kenal dia,”
“Aku bukannya kenal dia sangat. Kau takkanlah tak kenal dia,”
“Kawan
ofis aku ke?”
“Hurmm…lebih
kuranglah..,”
“Lebih
kuranglah?? Ish.. Encik Ikmal ke?”
“Ish..
si Kemal tu aku tau sangatlah pun. Tak
payah aku bagitahu kat kau pun, aku dah tahu sangat. Kalau dia, mesti dia dah inform kat kau pasal
malam ni,” balas Jepah lalu menghirup teh tarik dia. Ish… bukan Encik Ikmal? Betul-betul aku tengah blur tahap gaban
ni. Kalau bukan Encik Ikmal, siapa pulak
yang sudi sangat-sangat nak tolong aku bayarkan kereta aku tu dengan
kesanggupan beliau untuk datang turun ke sini semata nak tengok Manchester
United dengan Arsenal.
“Ye
tak ye jugak. Ish.. siapa ni?”
“Apa-apa
pun kau pergi orderlah dulu,”
“Dia
pergi mana?”
“Tak
taulah pergi mana. Tadi dia kata nak
pergi tandas, tapi ni dah lebih 10 minit dia pergi tandas ni. Bola dah nak start ni,”
“Aneyy!”
jeritku.
“Ye..
Cik Ja maniss.. apa mau?”
“Macam
biasa.. tambah air kosong eh,”
“Haa..
tu dia,” tunjuk Jepah ke arah sorang lelaki yang boleh tahan hensem jugak dari
jauh dan baju yang dipakainya pun sama dengan apa yang aku pakai sekarang
ni. Baju Manchester United tuhh…
Aku
menoleh. Mau terbeliak jugak biji mata
aku ni sebenarnya.
“Pakat-pakat
pakai baju sama nampak? Hermmm… aku
keseorangan ajelah jawabnya ni.
Untunglah.. ada geng…,” rajuk Jepah.
Ishh.. takde maknanya aku nak pakat-pakat pakai baju sama dengan
dialah. Bukannya dapat untung pun!
1 comments:
laaa..asal ciput sgt,xpuas tau!..next plizz..
Post a Comment