MATA memang tertancap
ke arah skrin projektor yang terbentang luas besar lagi gah tu. Dari jauh pun dah boleh nampak. Tapi, otak ni penuh dengan keserabutan. Keserabutan dengan kehadiran seorang ‘makhluk
asing’ yang ikutkan hati bukannya kenal sangat dengan laki sorang ni. Tapi, entah macam mana Jepah pun dok pegi
ajak jugak mangkuk bertingkat tengok bola sekali pun aku kurang pasti. Musykil aku, macam mana dia pun boleh ada
jugak kat sini? Apa motif Jepah ajak dia
sekali ni? Tau ke tidak si Jepah ni
bahawa membawa mangkuk bertingkat menambahkan lagi kekusutan aku?
Aku menyuakan ayam tandoori masuk ke dalam mulut, hmmm..
sedap! Malam ni jugak, aku tak banyak
cakap seperti sediakalanya, biasa akulah yang paling bising dan mesti nak
bergaduh dengan Jepah tentang bola, kereta, motor dan macam-macam lagi. Tapi, malam ni seolah-olah mulutku ni dah
kena dengan sapu UHU aje. Boleh bercakap
lagi, belum sampai tahap kena bubuh Elephant SuperGlue itu.
“Ja.. Is dah balik,”
kata Jepah yang memulakan bicaranya.
Matanya tertancap pada skrin projektor.
Aku berhenti sekejap dan mula berfikir.
“Is?!
Is mana ni?” soalku. Aku betul-betul tak
ingat, Is mana yang Jepah maksudkan sekarang ni. Isketambola ke Isketambatu?
“Yelah.. Is.. Iskandar. Berapa banyak Is yang kau kenal?” tanya Jepah padaku. Aku tersedak sikit dan terus aje mencapai teh aisku lalu kuhirup. Mau tak terkejut dibuatnya. Iskandar.. satu nama yang dah terlalu lama aku tak dengar dan sudah lama terdelete dalam memori ingatanku. Sebolehnya aku tak mau ingat lagi orang yang bernama Iskandar dalam hidup aku buat masa lalu, kini dan sampai bila-bila pun.
“Yelah.. Is.. Iskandar. Berapa banyak Is yang kau kenal?” tanya Jepah padaku. Aku tersedak sikit dan terus aje mencapai teh aisku lalu kuhirup. Mau tak terkejut dibuatnya. Iskandar.. satu nama yang dah terlalu lama aku tak dengar dan sudah lama terdelete dalam memori ingatanku. Sebolehnya aku tak mau ingat lagi orang yang bernama Iskandar dalam hidup aku buat masa lalu, kini dan sampai bila-bila pun.
“Apa
masalah kalau dia dah balik pun?” tanyaku.
“Memang
ada masalah untuk kau, Ja,” balas Jepah.
“Aku
tak kenal siapa Iskandar tu. Nasi kandar
aku kenallah,” jawabku pula.
“Kau
ni.. aku cakap betul-betul. Kau
main-main pulak!” marah Jepah lalu membaling tisu yang dah dikeronyok dan dah
kotor pun kat aku. Ish.. tak senonoh
betul Jepah ni!
“Wehh..
kotorlah!” marahku pula. Aku nak makan,
kau boleh pulak main baling-baling tisu kotor pulak kat aku!”
“Betullah! Aku cakap ni betul. Memang ada bermasalah buat kau nanti. Dia ada call aku semata-mata tanya pasal
kau,” ujar Jepah. Aku diam. Malas nak ambil tau sebenarnya.
“Dia
nak jumpa dengan kau, Ja. Dia kata,
sejak dia pergi, kau tak pernah contact dia langsung,” pujuk Jepah supaya aku
berjumpa dengan Iskandar itu.
Iskandar, satu nama yang memang aku dah lupakan, tiba-tiba muncul balik
pada malam ni oleh Jepah.
Iskandar..
ish.. sebolehnya aku tak mau lagi dengar nama tu sampai bila-bila pun. Buat serabut otak aku ajelah! Iskandar tu.. lelaki yang pernah janjikan
kebahagiaan untuk aku, konon-konon akan sentiasa bersama dan sanggup lakukan
apa aje demi aku. Konon-konon aku ni
adalah wanita yang pertama dan terakhir yang akan dia jaga sepanjang umur hidup
dia. Alih-alih, sebaik aje dia sambung
belajar, dia pergi cari perempuan lain.
Mangkuk putih pulak tu!
Kalau takat kawan
biasa-biasa aje, aku tak kisah. Ni siap
upload gambar tu kat dalam facebook yang dia sakan gila berpeluk dengan minah
salleh tu. Cium pipi, sambil pegang air kencing
nates, kiss-kiss pun ada jugak. Pergh..
mahu tak terbakar hati ni bila tengok tu.
Bukan setakat tu, lagi aku bertambah benci dengan dia bila ada kejadian
yang tidak diingini membuatkan aku rasa ada baiknya tak payah kenal dia sampai
bila-bila pun tak apa. Lepas apa yang jadi, aku terus tak contact dia langsung
sampailah sekarang.
Jepah
aje yang tahu dari A sampai Z. Jepah
jugak yang menjadi posto-posto untuk Iskandar.
Aku pun bagi posto-posto kat Jepah, suruh beritahu kat Iskandar nasi
kandar tu jangan contact aku lagi. Lepas
tu, ada jugak Iskandar call aku untuk buat penjelasan pasal semua tu.
Yang
tak boleh blah tu, dia kata semua gambar tu superimpose. Ada orang sabotaj, orang dengki kat dia. Daa… orang sabotaj tak maulah upload gambar
yang dah kena photoshop tu sampai berpuluh-puluh. Rajin sangatlah orang yang sabotaj dia tu nak
edit gambar banyak macam tu. Serasanya,
orang yang nak sabotaj tu pun macam tak ada motif je nak sabotaj dia, dia
bukannya kaya macam Ananda Krishnan sangat, tapi boleh tahan juga kekayaan yang
keluarga dia ada, lepastu dia tu
bukannya hensem sangat, bila dibandingkan, Encik Raykal yang kat depan
aku ni lagi hensem dari nasi kandar tu.
Nak kata dia pandai, tak adalah pandai banyak mana. Result SPM aku lagi bagus dari dia.
“Aku
yang lost contact dengan dia ke, dia yang sebenarnya lost contact dengan
aku? Bagi information tu biar betul
sikit, eh? Jepah.. dah berapa kali aku
nak beritahu dengan kau. Aku rasa,
perkataan ni dah banyak kali aku ulang sejak 7-8 tahun yang lepas. Aku rasa, kau ni ada amnesia sikit. Baik kau pergi periksa kat hospital,” kataku.
“Ja,
benda yang lepas tu biarlah lepas. Kau
tak boleh ke nak anggap pelawaan dia tu hanya sebagai kawan aje? Aku tau apa yang pernah jadi kat kau dan Is
dulu, tapi jangan letakkan emosi kau, perasaan benci kau pada dia tu membuatkan
kau tak nak jumpa dengan dia lagi. Walau
macam jauh pun kau lari, nama Iskandar tu tetap ada dalam ingatan kau, meskipun
ia sebagai kenangan lalu,” ujar Jepah.
Bukan main Jepah nak memujuk aku supaya berjumpa dengan nasi kandar
tu.
“Jepah..
aku minta tolong kau sekali ni je.
Tolonglah jangan paksa aku dengan perkara yang aku tak suka. Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat kat aku
dulu? Kau bukannya baru kenal aku
semalam. Aku harap kau faham,”
balasku.
Jepah
mengeluh. Lama dia merenung pada air
minumannya. Dia kemudian mengacau-ngacau
airnya itu dengan menggunakan straw.
“Okeyla..
aku takkan paksa kau. Roger aku bila kau
dah bersedia nak jumpa dengan dia.
Terpulang pada kau,” kata Jepah, dia dah mula malas nak desak-desak aku
lagi untuk berjumpa dengan nasi kandar. Sampai bila-bila pun aku tetap tak akan
berjumpa dengannya, walaupun aku dah bersedia ataupun tidak. Memang tak akan! Aku memang nekad dengan diriku sendiri.
Encik
Raykal pula lebih banyak diam daripada berkata-kata pada malam ni. Matanya lebih tertumpu pada perlawanan bola
sepak antara Liverpool dengan Manchester United pada skrin putih yang besar
terpacak di hadapan restoran.
“Once
you’ve ready, I boleh temankan you jumpa lelaki tu,” tiba-tiba aje Encik Raykal
bersuara. Nyaris-nyaris aje air yang aku
hirup tu tersembur kat depan muka Jepah.
Aku toleh ke arah Encik Raykal.
Matanya masih lagi tertancap pada skrin yang menyiarkan siaran langsung
perlawanan bola sepak antara Manchester United dengan Liverpool tu.
Betul
ke tidak apa yang aku dengar daripada mulut mangkuk tingkat ni tadi? Tiba-tiba aje nak tolong aku? Aku ni bukannya rapat sangat dengan dia ni,
dahlah tiba-tiba aje muncul dalam hidup aku, boleh pulak jadi member kamceng
bos aku, iaitu Encik Ikmal. Yang tak
boleh blah tu, Jepah yang macam takde kena-mengena pun dah terjadi member dia,
dan boleh pulak Jepah ni mengajak si mangkuk tingkat ni lepak-lepak dengan
kitorang macam sekarang ni. Entah macam
manalah dia tau aku nak repair kereta aku kat bengkel Jepah.
“Encik
Raykal tak perlulah nak ambil tahu hal ni.
Ni antara saya dengan kawan saya tu,” kataku, tak naklah aku, dah banyak
sangatlah pulak dia ni tolong aku. Entah
ikhlas, entahkan tidak.
“No. I ikhlas nak tolong you ni. Kalau you nak jumpa dia, I boleh temankan
you. I boleh menyamar jadi boyfriend
you,” cadang Encik Raykal. Ish.. dah
makin merepek-repek pulak aku rasa. Aku
terus menghabiskan sisa terakhir minumanku.
“Aney! Sini mari!
Kasi kira semua ni,” jeritku ke arah aney yang baru bergerak keluar ke
tempat aku, Jepah dan Encik duduk sekali
sekarang ni.
“Eh..
tak payah. I’ll pay for this,” kata
Encik Raykal
“Eh… tak apalah. Biar saya yang bayar. Encik Raykal dah banyak tolong saya. Saya tak nak terhutang budi, nanti tergadai
dengan body pulak,” balasku lalu mengeluarkan not 50 ringgit tadi lalu ku
genggam sebelum aney tiba di meja kami.
Baru aje aney sampai
kat meja kami, Encik Raykal terus aje memberi sekeping not 50 ringgit tanpa ada
banyak bunyi.
“Keep the change,”
jawab Encik Raykal ringkas pada aney.
Aku tak sempat nak suruh aney tu kira-kira kat makanan yang memang belum
cecah 30 ringgit pun. Pergerakanku untuk
memberi aney duit makan untuk malam ni memang betul-betul terbantut. Tak sempat aku nak keluarkan duit tu dari
dalam poket jeans aku.
“Jom,” ajak Encik
Raykal. Jepah dah bangun dari tempatnya,
aku pula masih lagi termangu kat tempat duduk.
Memanglah terpinga-pinga sekejap.
“Kau tak nak balik ke,
Ja?” soal Jepah, dia memang tengok aku masih lagi statik di meja kami duduk
tadi. Soalan tu memang serta-merta
menyedarkan aku dari lamunan, pantas sahaja aku mengambil plastik yang
berisikan makanan untuk Along. Kemudian,
aku memasukkan semula tangan ke dalam poket untuk mengambil kunci skuter.
“You datang sini tadi
naik apa? Nak tumpang dengan I ke?”
pelawa Encik Raykal sambil menekan alarm kunci keretanya yang entah mana.
“It’s okay. Saya bawak skuter je,” jawabku lalu
menghampiri skuter Along yang aku pinjam waktu ni. Aku meletakkan makanan Along pada pedal
minyak, terus aje aku duduk di skuter dan menghidupkan enjin skuter.
“Oh.. kalau macam tu,
biar I teman you sampai you sampai rumah.
I ikut you dari belakang, dah tengah malam ni,” cadang Encik Raykal. Ikh.. kenapalah mangkuk tingkat ni nak ambil
berat sangat pasal aku ni? Musykil pulak
aku rasa dengan mangkuk tingkat ni.
Dah terasa serba salah
pula aku nak beri jawapan. Lagipun, aku
masih lagi ragu-ragu sama ada dia ikhlas ataupun tidak nak teman aku balik
rumah.
“Tak apalah. Lagipun rumah I dengan rumah you tak jauh
mana pun. Kita dah satu jalan, so, why
not I temankan you balik. Just want to
make sure that you arrive safely,” cadang Encik Raykal lagi. Ini dah namanya paksa-rela tau. Terpaksalah merelakan dia nak teman aku balik
walau dalam keadaan terpaksa.
“Up to you,”
jawabku. Malas nak gaduh-gaduh dengan
mangkuk tingkat ni tengah-tengah malam macam ni, di depan kedai mapley yang
boleh tahan ramai pengunjungnya. Jepah… awal-awal lagi dah lesap, langsung tak
nak ambil tau perbincangan antara aku dengan mangkuk tingkat ni.
Aku terus aje memecut
laju skuterku meninggalkan kedai mapley sebaik saja Encik Raykal dahpun
menghidupkan enjin keretanya. Okey..
malam ni dia guna kereta Mercedez-Benz.
Siri yang keberapa aku pun tak tau, tak nak ambil tau dan tak mau
tau.
Hanya kurang dari 10
minit sahaja aku telahpun tiba di rumah, aku terus memarkirkan skuter Along di
tepi, skuter dikunci, jangan dilupakan.
Nanti, tak pasal-pasal aku pulak yang dipersalahkan. Selesai kunci skuter, aku kembali ke pintu
pagar untuk ditutup dan dikunci. Kereta
Mercedez-Benz milik Encik Raykal masih lagi tersadai di hadapan rumah. Serta-merta cermin keretanya diturunkan dan
terpacullah muka Encik Raykal yang memberikan senyuman padaku. Perghh.. memanglah cair. Ikh.. jangan..jangan.. godaan namanya
tu! Aku membalas senyumannya meskipun
nipis.
“Terima kasih sebab
hantar saya sampai ke rumah,” ucapku.
“No big deal. I just worrying you sebab you tu perempuan. Nanti kalau jadi apa-apa kat you, macam mana,
kan? So, tomorrow I will go to your
office to discuss more about our projects.
See you then,” balas Encik Raykal.
Aku berdiri di hadapan pintu pagar sehingga kereta milik Encik Raykal
itu lenyap di pandangan mata, barulah aku masuk ke dalam rumah.
0 comments:
Post a Comment