Sunday, January 2

Ma Luvly Viewers

Dalam masa beberapa jam aje lagi C.M @ Sya akan berangkat untuk menyambung hasrat yang sekian lama dipendam.  Ngaaa…. Dan akhirnya kini dah menjadi kenyataan.  Macam tak percaya aje dapat further study di tempat yang diiktiraf sebagai antara universiti yang terbesar di Malaysia [kot].  Sebab kampus induknya pun tak besa cenggini.  Ngaaa…
Yeah.. C.M. dapat further study kat UiTM Kampus Puncak Alam.  To all viewers, doakan kejayaan C.M sepanjang C.M. mencari dan mendapatkan seberapa banyak ilmu yang C.M. mampu di sana, okeh~! 
Sepanjang C.M. mencempung berkecimupung dalam dunia blog yang baru la jugak sebenarnya [starts on March 2010] dan dunia e-novel ni, banyak betul reaksi yang positif diterima.  C.M. hargai sangat-sangat dan ucap jutaan terima kasih. Juta, billion, trillion, entah..ngaa.. yang penting tak terkira laa… [adess..mane spek matekuh neh..tak jumpe2 plak, hope tade typing error sebab pandangan sedikit kabur di hadapan monitor P ini]
Nak kobar la kat sini.  Mungkin C.M. hold sekejap semua novel ni dulu.  Tengok dulu camne, C.M. akan curik beruk-beruk yang dah buat band sekelian alamnya itu untuk dipakai dan pinjam kat kengkawan C.M.  Bukan stop terus okeh~!!
Memandangkan komitmen yang lain yang lebih tinggi daripada segalanya telah membatasi segalanya.  Ngaaa… [apa ku mepek daaa] yelah~!!  Study first okeh!  Nanti kalau ada masa yang terluang, C.M. akan upload next entry terutama yang memang minat giler tahap gaban sama itu DANIA dan FAEIZ.  So, pada yang dah add C.M. kat MukaBuku tu.  Tenx a lot, kamu ada dapat kelebihan, nanti kamu boleh tengok kat networkblog yang memang C.M. automatically upload bila C.M. anta entri kat blog…
So… once again, C.M. ucapkan aligatok gojaimas, tenkiu, trimas, masseh, syukran, gracias buat sume viewers C.M. dan doakan kejayaan C.M. di UiTM yang terchenta..  UiTM Di Hatiku!!

Saturday, January 1

Bab 3

Aku atau dia yang cari pasal?

Makan time!  Bab ni lah yang paling aku suka kalau perut aku ni siap nyanyi bermacam-macam lagu.  Siap repeat lagu yang sama lagi!  Tanya ajelah pada semua orang, time apa yang best.  Tak tido, makan.. Hahaha... Begitu jugaklah aku.  Badan aje kecik cekeding, tapi makan... janganlah kacau kalau aku tengah makan.  Stress makan, tengok tv sambil makan.  Makan, makan, makan.  Tapi badan tak naik-naik.  Lepastu, Achik pun jeles tengok aku.  Badan dia dah macam kena pam dengan pam tayar basikal!  Hihihi...
Penat jugak aku mencari group aku yang dah secara rasminya menjadi kumpulan sehidup semati aku sepanjang kursus ni.  Antaranya ialah Louisa, Farah, Nor Azan aka Zack [huhu..agak jauh menyimpang jugak nama dia ni!], Asyraf dan.. orang yang paling aku benci, baru datang sini, dialah musuh aku.  Siapa lagi kalau bukan si Munyet Belanda.  Oh...nama dia Faizul rupanya.  Harap muka je hensem, tapi perangai cam hampeh!  Kenapalah aku ditakdirkan dapat satu kumpulan dengan dia ni!  Sabar ajelah Intan Adira.. Dimana ada highway, di situlah ada kenderaan, kalau tak ade kenderaan, tu bukan highwaylah namanya.
Yang paling aku geram sangat kat Munyet Belanda ni, apa jua cadangan yang aku utarakan, mesti dia nak bangkang.  Tak faham aku.  Kadang-kadang tu, aku baru cakap sepatah je, terus kata bangkang-bangkang.  Mau angin jugak aku kejap lagi.  Ingat tempat ni court ke, boleh kata saya bangkang yang arif?  Banyak hangguk hensem ko?!  Kau tak tau aku naik hangen macam mana.  Sabar, Dira.  Sabar... cukup time nanti, ku tebarkan lava gunung berapi kat kau!  Siaplah kau Munyet Belanda! 
Mataku mula meliar-meliar mencari grup yang baru aje ditubuhkan lebih kurang petang tadi.  Pinggan yang tak berapa penuh sangat dengan nasi, tapi penuh dengan lauk-pauk yang aku sobat dengan rakusnya.  Sebelah tangan lagi aku pegang gelas yang hampir dua pertiga penuh tu. 
Mulalah aku perasan yang ada terdapat beberapa tangan sedang melambai-lambat ke arahku.  Yeah, tunggu!  Tunggu, kita makan sesama ye kawan baruku.  Ye, kawan baru aku yang boleh tahan kamceng jugak, Shera, Louisa dengan Nurul.  Diorang sume Sarawak mari.  Aku sorang aje nampaknya dari Semenanjung.  Takpe, pengalaman baru.
Aku melangkah pantas, tapi steady, takde mende yang jatuh pun.  Dengan penuh hati-hati aku bawak pinggan dan air yang aku pegang.  Tapi, entah mala’un mana ni dah menolak aku dari belakang membuatkan hilang imbangan dan pinggan serta air aku dahpun selamat mendarat ke lantai restoran itu dengan berderai-derai. 
Siapa yang tolak aku tadi?!  Ni yang buat aku angin gila.  Yeah, angin halilintar aku dah datang.  Aku dah tak boleh sabar lagi.  Suka-suka hati main tolak-tolak orang.  Aku menoleh ke belakang.  Muka aku dah memang mengalahkan udang kena bakar dah ni, aku memang tak boleh sabar dah!  Ceh, si munyet belanda yang ada kat belakang aku ni.  Memang sengaja nak cari nahas dengan aku. 
“Kau ni kenapa, hah?  Dari aku datang ke sini, sampailah sekarang kau tak habis-habis nak cari pasal dengan aku?!” herdiknya sambil mencekak pinggang.  Ni yang membuatkan aku bertambah naik hangin ni! 
“Pelik aku.. Patutnya aku yang marah kau.  Ni, kau pulak yang marah aku.  Kau memang nak kasi darah aku naik, kan?  Bukan kau ke yang tolak aku tadi, ha?  Buat-buat muka tak bersalah pulak!  Siapa yang salah sekarang ni, ha?!  Aku ke kau?!” marah aku pulak. 
Memang marah aku dah tahap godzilla, gunung berapi nak meletus dah ni.  Eh..aku rasa dah meletus kot!  Memang dah meletus pun, gara-gara munyet belanda yang ada kat depan aku ni.  Aku terus tolak dia sampai dia terdorong ke belakang.  Volume suara aku pun dah mula naik jugak ni!  Eh..eh.. dia tolak aku balik.  Aku pun terbelakang jugak ni.  Wah, dah memang melampau ni!
“Memang aku marah kau!  Kalau bukan kau yang tiba-tiba berhenti tadi, aku tak langgar kau, tau tak!  Kau memang sengaja, kan?!  Memang sengaja nak cari pasal aku.  Dasar perempuan... hakk tuihhh!” tengkingnya pulak, dah sama level pulak volume kitorang ni.  Memang bergegar betul restoran tu dengan suara kitorang.
Semua orang pun pandang kitorang yang bertikam lidah tanpa henti tu.  Mata semua tertumpu kat aku dengan munyet belanda kat depan aku ni.  Ah...pedulik apa aku!  Sudahlah dia meludah depan aku.  Kurang ajar punya munyet belanda.
“Kurang ajar.  Kau ingat kau tu sapa, ha?  Dah bagus sangat kau ludah-ludah kat aku ni?!  Mak bapak kau tak ajar kau meludah kat tandas ke, ha?” balasku.  Aku dah mula tarik lengan baju sampai ke atas ni.  Nak aje aku tarik baju dia biar sampai koyak!  Memang aku hangin giler kat dia ni.  Langsung takde adab, tatasusila langsung.  Adab mana dia belajar ni?  Perancis? Jerman? Sepanyol? Filipina? Ataupun negara Tiga Abdul tu, Isketambola, sebelah negara Isketambatu?  Ataupun Gohitgostan? Entah-entah Iskepalabatu Konkrit...
Belum sempat aku nak tarik kolar baju dia, pihak atasan dah datang tanpa aku sedar.  Pantas sahaja ada beberapa orang telah menarik aku ke belakang supaya pergaduhan tu dapat dileraikan.  Diorang angkat aku macam ringan je, kaki aku terkapai-kapai ni, ringan aje nak menendang dia ni. 
          “Awak berdua!  Masuk bilik urusetia, sekarang!” arah ketua urusetia yang menyuruh kami berdua ke pejabat urusetia yang terletak sama tingkat dengan dewan kursus. 



          “APA nak jadi dengan awak berdua ni?  Belum sampai 6 jam pun kita semua ada kat sini.  Awak berdua dah mula buat pasal.  Macam budak-budak!  Awak, Intan Adira.  Sedar sikit, awak tu perempuan.  Awak pun sama, Faizul.  Sepatutnya awak dah tahu selok-belok pasal kursus ni, bukan saya tak tahu, ini bukan kali pertama awak berkursus.  Dah banyak kali.  Mesti awak faham macam mana. 
          Awak, Intan Adira, saya tahu ini kali pertama awak berada di tempat ni.  Tapi, jaga adab kamu tu,  Kamu tu perempuan.  Kamu berdua ni masih muda, darah pun masih lagi panas.  Jangan ikut kepala kamu sendiri.  Masing-masing kena beralah.  Faham!” nasihat ketua disiplin, Encik Harun. 
          Aku dan si munyet belanda tunduk, masing-masing faham dengan kesalahan masing-masing.  Yelah, ikut kepala sendiri je.  Tapi nak buat macam mana.  Dah dia mulakan dulu.
          “Saya nak kamu berdua berbaik-baik semula.  Mintak maaf.  Saya tak nak kejadian begini berulang lagi,” pesan Encik Harun lagi.
          “Maaf,” ucap si munyet belanda, kasar tu!  Meskipun ucap maaf terpacul di bibirnya, tapi bunyinya tetap juga tak ikhlas!
          “Cuba cakap tu elok-elok, Faizul,” marah Encik Harun.  Aku dalam tunduk-tunduk tu boleh tersenyum sinis, tanda padan muka buat dia! 
          “Intan, saya minta maaf kat awak.  Saya takkan cari pasal dengan awak lagi,” ucap si munyet belanda tu.  Waa...terharunya.. Terharulah sangat!  Jangan harap aku dapat maafkan kaulah. 
          “Takpe, salah saya jugak sebab bertindak melulu kat awak,” entah tindakan refleksi dari mana membuatkan aku tiba-tiba aje boleh berkata begitu kat depan munyet belanda.
          “Boleh kami keluar?” tanya si munyet belanda. 
          “Kata maaf je belum tentu dapat mengurangkan hukuman awak berdua,” balas Encik Harun.  Aku yang dari tunduk pantas mendongak menatap wajah Encik Harun, dan sekali-sekala memandang wajah si munyet belanda.  Dia pun dah berkerut-kerut jugak tu.  Alamak, takkan kena denda?
          “Saya nak kamu berdua didenda.  Dendanya, takdelah saya suruh awak pergi masuk hutan ke, pergi kawad kaki ke kat tepi pantai ke.  Saya nak kamu berdua, sebaik sahaja selesai sarapan, makan tengah hari, makan malam, termasuklah kudapan pagi, minum petang dan malam. 
Saya nak kamu berdua kemas semua meja di restoran sebaik aje semua peserta kursus sudah naik ke atas.  Segala aktiviti program yang tertera dalam buku program kamu kena saya gantikan dengan aktiviti lain khas untuk awak berdua.
Bila saya rasa puas hati dengan kerja kamu, barulah kamu boleh masuk semula ke dalam dewan kursus ataupun naik ke bilik.  Saya tengok dulu macam mana dalam tempoh kita berkursus ni.  Aktiviti ni akan dimulakan pada malam nanti.  Saya tak mahu kamu lewat walaupun sesaat. 
Seandainya terlewat walaupun sesaat, ada dendaan lain pula yang menanti awak berdua.  Meskipun salah seorang yang lewat, dua-dua tetap saya denda.  Jadi, awak berdua kena pandai berkomunikasi antara satu sama lain.  Faham?” terang Encik Harun.  Uiksss.... hukuman boleh kata berat jugak tu.  Nak tak nak, kenalah berbaik-baik jugak dengan si munyet belanda ni. 

Friday, December 17

Euphoria


Salam..
Harap maaf..nombor yang ada dail tidak dapat dihubungi..sila jangan cuba lagi..
Hahaha…
Mahapla to viewers might be saye akan stop sebentar memandangkan otak srabot dengan penuh kegembiraan yang melampau aka Euphoria..
Haha…kegembiraan sebaik aje terima offer letter dari UiTM..


sekarang daftar kat UiTM dah canggih manggih..yang ni la saye dapat sebaik aje bukak offer letter lepas klik-klik, tekan-tekan, jahanam-jahanamkan keyboard kat opis neh..hahaha...daftar secara online saje..tekan-tekan, klik-klik, sental-sental..okeh done for your registration..~!!
tinggal nak p bayar yuran, pegi bank islam, p carik umah sewa, p medical checkup, p beli no pin.. p beli barang-barang untuk rumah baru saye.. punggah barang..bawak P saye..m0n-m0n.. Burbery...ngaaa..~!!!


Kegembiraan juga keta baru..

 
Tu yang membuatkan saye agak penin-penin…idea pun tak dapat datang secara mencurah-curah especially untuk Andainya Bukan Untukku punye citer..FYI, citer tuh dah almost2 okeh...nak tau ape kesudahannye pun tak dapat nak diceritakan..kalau cerita, tak siok la..kowang da tau ending dye camne..tapi laen citer plak yang kua..so..be patient..t bile da rasa selesa dok 'umah baru' saye for another week nanti, saya akan menaip teruskan lekatan di tangan di keyboard ini.  okeh...saat tu saye akan mulakan semula idea-idea yang mencurah-curah itu sambil melayan lagu-lagu yang 'syahdu-syahdan' ituh..
ehehehehe..
tenx a lot to viewers yang say wish2 kat saye sebab dapat offer letter di atas..
aligatok gojaimas..
[hoho..poyo sajelah aku neh]
 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template