Wednesday, December 7

Asaimen, Quizzes, Presentations, Group Projects, Tests

Salam...
memangla da berkepuk, penuh dengan sawang, habuk semua dan sekitarnya..
nak menghapdet belog pun tak sempat..
really-really lack of time to spent a little time for blogging for a while..
bermuka buku aje yang sempat..
twitter pun use phone to update..
ehehehehehehe...
kemain..
okeh, dah hampir setahun menjadi pelajar UiTM Puncak Alam ni..
dan semester keempat aku sudah hampir ke penghujungnya..
tak lama lagi dah study week and will go through final exams...
so, minggu ni adalah antara minggu yang sangat busy, otak serabot, kelam-kabut..
semua adala..
tak payah nak kata.. test and quiz on the same day, submission of group projects, assignments, presentations..
report writing..
tak menang tangan betul ni..
ni pun betul-betul serabut, amik masa kejap nak hapdet belog..
dah lama sangat bersawang ni..
ikh ikh ikh.. cian dye..

okeh.. memang agak sibuk buat masa ni... novel-novel pun tak menyempat nak sambung..
by the way, selalu jugak tengok penulisan2u tengok kalau-kalau ada hapdet bab terbaru ke..
tapi since November 13, 2011.. dah takde hapdet bab baru lagi da tok citer tuh..
sedey..sedey... tapi, takpelaa..
ada lagi yang menunggu.
maybe bukan rezeki untuk dapatkan ia betul-betul dalam hardcopy, tapi takpe...
mungkin satu percubaan tak berjaya, so jangan putus asa yewp...
YOSH~!!

kita akan cuba untuk buat citer lain plok.. huhuhuuu....
doakan saye berjaya dalam apa juge bidang yang dah terterjun ni..
huk huk huk...


Wednesday, November 16

Kawan2... need for your cooperation please..


Salam..Kawan2.. need for your cooperation please..
but before buat survey, need to watch this video first..

http://youtu.be/W908tu3HYZY
MatLuthfi90

http://youtu.be/QYDa10BvLD4
AimanAzlan

http://youtu.be/k3RKJduQsYc
AnwarHadi

http://youtu.be/EbH8TTwOshU
Maria Elena/Shortnap

da habeh tengok video ni, buat survey ni ye...
but digalakkan tengok video yang lain selain di atas..



kalau nak scroll ke bawah, juz pegi scroll kat bahagian survey tuh..
tenkiu, aligatok, xiexie...

FIL - Sembilan -



              MATA memang tertancap ke arah skrin projektor yang terbentang luas besar lagi gah tu.  Dari jauh pun dah boleh nampak.  Tapi, otak ni penuh dengan keserabutan.  Keserabutan dengan kehadiran seorang ‘makhluk asing’ yang ikutkan hati bukannya kenal sangat dengan laki sorang ni.  Tapi, entah macam mana Jepah pun dok pegi ajak jugak mangkuk bertingkat tengok bola sekali pun aku kurang pasti.  Musykil aku, macam mana dia pun boleh ada jugak kat sini?  Apa motif Jepah ajak dia sekali ni?  Tau ke tidak si Jepah ni bahawa membawa mangkuk bertingkat menambahkan lagi kekusutan aku?
            Aku menyuakan ayam tandoori masuk ke dalam mulut, hmmm.. sedap!  Malam ni jugak, aku tak banyak cakap seperti sediakalanya, biasa akulah yang paling bising dan mesti nak bergaduh dengan Jepah tentang bola, kereta, motor dan macam-macam lagi.  Tapi, malam ni seolah-olah mulutku ni dah kena dengan sapu UHU aje.  Boleh bercakap lagi, belum sampai tahap kena bubuh Elephant SuperGlue itu.
“Ja.. Is dah balik,” kata Jepah yang memulakan bicaranya.  Matanya tertancap pada skrin projektor.  Aku berhenti sekejap dan mula berfikir. 
            “Is?! Is mana ni?” soalku.  Aku betul-betul tak ingat, Is mana yang Jepah maksudkan sekarang ni.  Isketambola ke Isketambatu?
            “Yelah.. Is.. Iskandar.  Berapa banyak Is yang kau kenal?” tanya Jepah padaku.  Aku tersedak sikit dan terus aje mencapai teh aisku lalu kuhirup.  Mau tak terkejut dibuatnya.  Iskandar.. satu nama yang dah terlalu lama aku tak dengar dan sudah lama terdelete dalam memori ingatanku.  Sebolehnya aku tak mau ingat lagi orang yang bernama Iskandar dalam hidup aku buat masa lalu, kini dan sampai bila-bila pun. 
            “Apa masalah kalau dia dah balik pun?” tanyaku.
            “Memang ada masalah untuk kau, Ja,” balas Jepah.
            “Aku tak kenal siapa Iskandar tu.  Nasi kandar aku kenallah,” jawabku pula.
            “Kau ni.. aku cakap betul-betul.  Kau main-main pulak!” marah Jepah lalu membaling tisu yang dah dikeronyok dan dah kotor pun kat aku.  Ish.. tak senonoh betul Jepah ni!
            “Wehh.. kotorlah!” marahku pula.  Aku nak makan, kau boleh pulak main baling-baling tisu kotor pulak kat aku!”
            “Betullah!  Aku cakap ni betul.  Memang ada bermasalah buat kau nanti.  Dia ada call aku semata-mata tanya pasal kau,” ujar Jepah.  Aku diam.  Malas nak ambil tau sebenarnya.
            “Dia nak jumpa dengan kau, Ja.  Dia kata, sejak dia pergi, kau tak pernah contact dia langsung,” pujuk Jepah supaya aku berjumpa dengan Iskandar itu.    Iskandar, satu nama yang memang aku dah lupakan, tiba-tiba muncul balik pada malam ni oleh Jepah. 
            Iskandar.. ish.. sebolehnya aku tak mau lagi dengar nama tu sampai bila-bila pun.  Buat serabut otak aku ajelah!  Iskandar tu.. lelaki yang pernah janjikan kebahagiaan untuk aku, konon-konon akan sentiasa bersama dan sanggup lakukan apa aje demi aku.  Konon-konon aku ni adalah wanita yang pertama dan terakhir yang akan dia jaga sepanjang umur hidup dia.  Alih-alih, sebaik aje dia sambung belajar, dia pergi cari perempuan lain.  Mangkuk putih pulak tu!
Kalau takat kawan biasa-biasa aje, aku tak kisah.  Ni siap upload gambar tu kat dalam facebook yang dia sakan gila berpeluk dengan minah salleh tu.  Cium pipi, sambil pegang air kencing nates, kiss-kiss pun ada jugak.  Pergh.. mahu tak terbakar hati ni bila tengok tu.  Bukan setakat tu, lagi aku bertambah benci dengan dia bila ada kejadian yang tidak diingini membuatkan aku rasa ada baiknya tak payah kenal dia sampai bila-bila pun tak apa. Lepas apa yang jadi, aku terus tak contact dia langsung sampailah sekarang. 
            Jepah aje yang tahu dari A sampai Z.  Jepah jugak yang menjadi posto-posto untuk Iskandar.  Aku pun bagi posto-posto kat Jepah, suruh beritahu kat Iskandar nasi kandar tu jangan contact aku lagi.  Lepas tu, ada jugak Iskandar call aku untuk buat penjelasan pasal semua tu. 
            Yang tak boleh blah tu, dia kata semua gambar tu superimpose.  Ada orang sabotaj, orang dengki kat dia.  Daa… orang sabotaj tak maulah upload gambar yang dah kena photoshop tu sampai berpuluh-puluh.  Rajin sangatlah orang yang sabotaj dia tu nak edit gambar banyak macam tu.  Serasanya, orang yang nak sabotaj tu pun macam tak ada motif je nak sabotaj dia, dia bukannya kaya macam Ananda Krishnan sangat, tapi boleh tahan juga kekayaan yang keluarga dia ada, lepastu dia tu  bukannya hensem sangat, bila dibandingkan, Encik Raykal yang kat depan aku ni lagi hensem dari nasi kandar tu.  Nak kata dia pandai, tak adalah pandai banyak mana.  Result SPM aku lagi bagus dari dia. 
            “Aku yang lost contact dengan dia ke, dia yang sebenarnya lost contact dengan aku?  Bagi information tu biar betul sikit, eh?  Jepah.. dah berapa kali aku nak beritahu dengan kau.  Aku rasa, perkataan ni dah banyak kali aku ulang sejak 7-8 tahun yang lepas.  Aku rasa, kau ni ada amnesia sikit.  Baik kau pergi periksa kat hospital,” kataku.
            “Ja, benda yang lepas tu biarlah lepas.  Kau tak boleh ke nak anggap pelawaan dia tu hanya sebagai kawan aje?  Aku tau apa yang pernah jadi kat kau dan Is dulu, tapi jangan letakkan emosi kau, perasaan benci kau pada dia tu membuatkan kau tak nak jumpa dengan dia lagi.  Walau macam jauh pun kau lari, nama Iskandar tu tetap ada dalam ingatan kau, meskipun ia sebagai kenangan lalu,” ujar Jepah.  Bukan main Jepah nak memujuk aku supaya berjumpa dengan nasi kandar tu. 
            “Jepah.. aku minta tolong kau sekali ni je.  Tolonglah jangan paksa aku dengan perkara yang aku tak suka.  Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat kat aku dulu?  Kau bukannya baru kenal aku semalam.  Aku harap kau faham,” balasku. 
            Jepah mengeluh.  Lama dia merenung pada air minumannya.  Dia kemudian mengacau-ngacau airnya itu dengan menggunakan straw.
            “Okeyla.. aku takkan paksa kau.  Roger aku bila kau dah bersedia nak jumpa dengan dia.  Terpulang pada kau,” kata Jepah, dia dah mula malas nak desak-desak aku lagi untuk berjumpa dengan nasi kandar. Sampai bila-bila pun aku tetap tak akan berjumpa dengannya, walaupun aku dah bersedia ataupun tidak.  Memang tak akan!  Aku memang nekad dengan diriku sendiri. 
            Encik Raykal pula lebih banyak diam daripada berkata-kata pada malam ni.  Matanya lebih tertumpu pada perlawanan bola sepak antara Liverpool dengan Manchester United pada skrin putih yang besar terpacak di hadapan restoran.
            “Once you’ve ready, I boleh temankan you jumpa lelaki tu,” tiba-tiba aje Encik Raykal bersuara.  Nyaris-nyaris aje air yang aku hirup tu tersembur kat depan muka Jepah.  Aku toleh ke arah Encik Raykal.  Matanya masih lagi tertancap pada skrin yang menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak antara Manchester United dengan Liverpool tu. 
            Betul ke tidak apa yang aku dengar daripada mulut mangkuk tingkat ni tadi?  Tiba-tiba aje nak tolong aku?  Aku ni bukannya rapat sangat dengan dia ni, dahlah tiba-tiba aje muncul dalam hidup aku, boleh pulak jadi member kamceng bos aku, iaitu Encik Ikmal.  Yang tak boleh blah tu, Jepah yang macam takde kena-mengena pun dah terjadi member dia, dan boleh pulak Jepah ni mengajak si mangkuk tingkat ni lepak-lepak dengan kitorang macam sekarang ni.  Entah macam manalah dia tau aku nak repair kereta aku kat bengkel Jepah. 
            “Encik Raykal tak perlulah nak ambil tahu hal ni.  Ni antara saya dengan kawan saya tu,” kataku, tak naklah aku, dah banyak sangatlah pulak dia ni tolong aku.  Entah ikhlas, entahkan tidak. 
            “No.  I ikhlas nak tolong you ni.  Kalau you nak jumpa dia, I boleh temankan you.  I boleh menyamar jadi boyfriend you,” cadang Encik Raykal.  Ish.. dah makin merepek-repek pulak aku rasa.  Aku terus menghabiskan sisa terakhir minumanku.
            “Aney!  Sini mari!  Kasi kira semua ni,” jeritku ke arah aney yang baru bergerak keluar ke tempat aku, Jepah dan Encik  duduk sekali sekarang ni.
“Eh.. tak payah.  I’ll pay for this,” kata Encik Raykal
“Eh… tak apalah.  Biar saya yang bayar.  Encik Raykal dah banyak tolong saya.  Saya tak nak terhutang budi, nanti tergadai dengan body pulak,” balasku lalu mengeluarkan not 50 ringgit tadi lalu ku genggam sebelum aney tiba di meja kami.
Baru aje aney sampai kat meja kami, Encik Raykal terus aje memberi sekeping not 50 ringgit tanpa ada banyak bunyi. 
“Keep the change,” jawab Encik Raykal ringkas pada aney.  Aku tak sempat nak suruh aney tu kira-kira kat makanan yang memang belum cecah 30 ringgit pun.  Pergerakanku untuk memberi aney duit makan untuk malam ni memang betul-betul terbantut.  Tak sempat aku nak keluarkan duit tu dari dalam poket jeans aku.
“Jom,” ajak Encik Raykal.  Jepah dah bangun dari tempatnya, aku pula masih lagi termangu kat tempat duduk.  Memanglah terpinga-pinga sekejap.
“Kau tak nak balik ke, Ja?” soal Jepah, dia memang tengok aku masih lagi statik di meja kami duduk tadi.  Soalan tu memang serta-merta menyedarkan aku dari lamunan, pantas sahaja aku mengambil plastik yang berisikan makanan untuk Along.  Kemudian, aku memasukkan semula tangan ke dalam poket untuk mengambil kunci skuter.
“You datang sini tadi naik apa?  Nak tumpang dengan I ke?” pelawa Encik Raykal sambil menekan alarm kunci keretanya yang entah mana. 
“It’s okay.  Saya bawak skuter je,” jawabku lalu menghampiri skuter Along yang aku pinjam waktu ni.  Aku meletakkan makanan Along pada pedal minyak, terus aje aku duduk di skuter dan menghidupkan enjin skuter.
“Oh.. kalau macam tu, biar I teman you sampai you sampai rumah.  I ikut you dari belakang, dah tengah malam ni,” cadang Encik Raykal.  Ikh.. kenapalah mangkuk tingkat ni nak ambil berat sangat pasal aku ni?  Musykil pulak aku rasa dengan mangkuk tingkat ni. 
Dah terasa serba salah pula aku nak beri jawapan.  Lagipun, aku masih lagi ragu-ragu sama ada dia ikhlas ataupun tidak nak teman aku balik rumah. 
“Tak apalah.  Lagipun rumah I dengan rumah you tak jauh mana pun.  Kita dah satu jalan, so, why not I temankan you balik.  Just want to make sure that you arrive safely,” cadang Encik Raykal lagi.  Ini dah namanya paksa-rela tau.  Terpaksalah merelakan dia nak teman aku balik walau dalam keadaan terpaksa. 
“Up to you,” jawabku.  Malas nak gaduh-gaduh dengan mangkuk tingkat ni tengah-tengah malam macam ni, di depan kedai mapley yang boleh tahan ramai pengunjungnya. Jepah… awal-awal lagi dah lesap, langsung tak nak ambil tau perbincangan antara aku dengan mangkuk tingkat ni. 
Aku terus aje memecut laju skuterku meninggalkan kedai mapley sebaik saja Encik Raykal dahpun menghidupkan enjin keretanya.  Okey.. malam ni dia guna kereta Mercedez-Benz.  Siri yang keberapa aku pun tak tau, tak nak ambil tau dan tak mau tau. 
Hanya kurang dari 10 minit sahaja aku telahpun tiba di rumah, aku terus memarkirkan skuter Along di tepi, skuter dikunci, jangan dilupakan.  Nanti, tak pasal-pasal aku pulak yang dipersalahkan.  Selesai kunci skuter, aku kembali ke pintu pagar untuk ditutup dan dikunci.  Kereta Mercedez-Benz milik Encik Raykal masih lagi tersadai di hadapan rumah.  Serta-merta cermin keretanya diturunkan dan terpacullah muka Encik Raykal yang memberikan senyuman padaku.  Perghh.. memanglah cair.  Ikh.. jangan..jangan.. godaan namanya tu!  Aku membalas senyumannya meskipun nipis. 
“Terima kasih sebab hantar saya sampai ke rumah,” ucapku.
“No big deal.  I just worrying you sebab you tu perempuan.  Nanti kalau jadi apa-apa kat you, macam mana, kan?  So, tomorrow I will go to your office to discuss more about our projects.  See you then,” balas Encik Raykal.  Aku berdiri di hadapan pintu pagar sehingga kereta milik Encik Raykal itu lenyap di pandangan mata, barulah aku masuk ke dalam rumah. 



Sunday, October 23

FIL - Lapan -


             TELEFON bimbitku berbunyi lagu dari kumpulan M To M,  Soundtrack dari drama Lie To Me, tanda ada mesej yang masuk.  Aku yang baru je usai Solat Isyak terus mencapai telefon bimbitku tu.  Mesej dari Jepah.

            Pukul 9 kat mapley biasa kita lepak.  Kawan kau pun ada sekali ni nak tengok bola dengan kita. 

            Aku berkerut dahi, musykil ni.  Kawan aku yang mana satu pulak ni?  Bukan ke kawan aku tu kawan dia jugak ke?  Aku dengan Jepah ni, kawan-kawan kami semua satu sekolah je.  Takde sangat yang kat luar-luar ni melainkan kawan universiti aku.  Tapi.. semua dah kahwin, gatal-gatal semua nak kahwin awal.  Iyelah, study kat overseas, macam-macam godaan kot.  Itu yang menyebabkan ada sebilangan kawan-kawan aku yang mula mengikatkan dengan tali pernikahan terus, tak mau tunang-tunang dah.  Tapi, ada juga yang tunang dulu, itupun bila kami semua dah berada di tahun akhir.  Haizzzz… jodoh aku tak sampai lagi untuk aku.  Aku jugak yang tak kahwin lagi. Tak apalah, muda lagi, bagi semua stabil dulu, baru fikir pasal kahwin.  Hmm.. takpelah.. abaikan saja.  Kita tengok sajelah siapa yang dimaksudkan oleh Jepah tu. 
            Aku terus menyarungkan jersi Manchester United tanda pada malam ni aku akan menyokong Manchester United habis-habisan.  Aku terus mencapai telefon bimbit, wallet nipis yang hanya sekadar boleh letak kad pengenalan, lesen memandu dengan sekeping not 50 ringgit, kot-kot malam ni aku nak makan besar, perut ni memang agak lapar jugak ni. 
            Okey, semua dah cun, rambut okey.  Baju okey, jeans pun okey, barulah aku keluar dari bilik dan turun ke bawah.  Nampak abah dok tengok berita yang hanya tinggal beberapa minit saja lagi nak habis tu.  Pasti kejap lagi nak tukar channel bola jugak tu sebenarnya.
            “Nak pergi mana ni?” soal abah sebaik sahaja kaki aku mencecah ke anak tangga yang terakhir.
            “Aik.. dah terang-terang orang pakai baju apa.  Sah-sahlah nak pergi main bola!” jawabku sambil memasukkan telefon bimbit dan kunci rumah dalam poket jeans aku.
            “Banyaklah kau nak main bola.  Pegang bola tu pun dok terketar-ketar, ada hati nak main!!” jawab Along yang baru aku perasan yang dia pun ada juga kat sofa tempat abah duduk.  Betul-betul bersebelahan dengan abah.
            “Pasal tulah bola tu disepak kat kaki.  Bukannya dipegang,” balasku pula.  Memang betullah pun, aku ni sekadar mampu untuk tengok.  Kalau nak ajak main, nanti bukannya aku sepak bola, tapi sepak angin lepastu terus jatuh terlentang.
            “Hurmmm.. apa-apa ajelah kau ni, Cik Ja.  Nanti jangan lupa, tapau sikit apa-apa yang patut.  Ayam Tandoori ke, teh tarik ke, apa-apalah,” pinta Along.  Wah.. penuh dengan demanding!  Mau tak berkerut-kerut dahi aku mendengarnya.  Bukan main kau ‘pau’ adik kesayangan kau ni!
            “Ish.. along ni… entah apa-apalah.. Macam orang ni banyak duit je pun…,” balasku.
            “Memang banyak pun tadi aku tengok kau bawak lima puluh seketul,”
            Ish.. macam mana pulak Along ni boleh tau aku bawak 50 sekeping ni.  Ni tak habis-habis nak ‘pau’ aku je.  Ish.. Dah kahwin pun nak ‘pau’ aku jugak!  Bini ada, pegilah pau kat bini sendiri.  Kerja pun lagi vogey-vogey daripada aku yang tak seberapa ni nak jugak ‘pau’ aku.
            “Tolonglah, Cik Ja.  Bukannya selalu aku nak pau kau macam ni.  Belanjalah sikit dengan abangmu ini,” rayu Along.  Buat ala-ala muka kawan Shrek yang kucing tu, Puss In The Boots tu.  Muka bersinar-sinar macam penuh dengan cahaya keimanan aje abang aku sorang ni.  Hensem sangatlah buat muka macam tu, tapi memang hensem pun!  Herkk.. puji abang sendiri pulak!  Tak heranlah Kak Long pun boleh cair dengan abang aku sorang ni.
            “Hish.. yelah-yelah!  Orang belikanlah apa-apa yang patut!”
            “Macam tak ikhlas je kau ni, Cik Ja.  Takpelah…,”
            “Pulak…..”
            “Orang belanja.. tapi dengan syarat,”
            “Amende?”
            “Pinjam skuter kau ek.. Malaslah nak naik kereta.  Kan kerajaan suruh berjimat-cermat, jangan membazir harta negara,”
            “Banyaklah kau membazir harta negaralah, apalah.. Aku dah agak mesti ada muslihat yang tak berapa nak sembunyi sangat.  Sudahlah kau..  Tu.. kunci aku kat tempat biasa, pergi ambil,”
            Ehehehehe…. Gumbira di hati ini dapat naik skuter kepunyaan Along, memang aku stok malas nak bawa kereta pun hari ni, lagipun nak cari parking kat situ bukannya senang macam petik jari je.  Lebih baik aku naik skuter Along ni je. 
***************************************************************************** 
AKU terus memarkirkan skuter kepunyaan Along berhadapan dengan kedai mapley yang selalu menjadi tempat lepak aku dengan Jepah bila ada perlawanan bola yang best-best macam malam ni.  Turun sahaja dari skuter dan terus mengunci skuter.  Aku mencari kelibat Jepah di kedai tersebut.  Kelihatan ada seorang lelaki melambai-lambai ke arahku dan aku amat cam wajahnya.  Jepah!  Aku terus menghampirinya. 
            “Dah lama ke kau sampai ni?” soalku sebaik sahaja melabuhkan punggungku.  Kunci kereta aku letak di atas meja tersebut. 
            “Takdelah lama sangat.  Tapi, kawan kau lagi lama tunggu kita,” jawab Jepah.  Kawan aku? 
“Kawan mana ni weh?? Aku betul-betul tak tau ni,”  balasku.  Aku terus duduk bertentangan dengan Jepah.  
“Kawan kau yang bayarkan repair kereta kau hari tulah, pun,” jawab Jepah lagi.  Kawan aku..kawan aku.. Yang mana satulah yang si Jepah maksudkan ni?  Aku tak dapat nak teka langsung buat masa ni.
“Siapa?”
“Aku bukannya kenal dia sangat.  Kau takkanlah tak kenal dia,”
“Kawan ofis aku ke?”
            “Hurmm…lebih kuranglah..,”
            “Lebih kuranglah?? Ish.. Encik Ikmal ke?”
            “Ish.. si Kemal tu aku tau sangatlah pun.  Tak payah aku bagitahu kat kau pun, aku dah tahu sangat.  Kalau dia, mesti dia dah inform kat kau pasal malam ni,” balas Jepah lalu menghirup teh tarik dia.  Ish… bukan Encik Ikmal?  Betul-betul aku tengah blur tahap gaban ni.  Kalau bukan Encik Ikmal, siapa pulak yang sudi sangat-sangat nak tolong aku bayarkan kereta aku tu dengan kesanggupan beliau untuk datang turun ke sini semata nak tengok Manchester United dengan Arsenal. 
            “Ye tak ye jugak.  Ish.. siapa ni?”
            “Apa-apa pun kau pergi orderlah dulu,”
            “Dia pergi mana?”
            “Tak taulah pergi mana.  Tadi dia kata nak pergi tandas, tapi ni dah lebih 10 minit dia pergi tandas ni.  Bola dah nak start ni,”
            “Aneyy!” jeritku.
            “Ye.. Cik Ja maniss.. apa mau?”
            “Macam biasa.. tambah air kosong eh,”
            “Haa.. tu dia,” tunjuk Jepah ke arah sorang lelaki yang boleh tahan hensem jugak dari jauh dan baju yang dipakainya pun sama dengan apa yang aku pakai sekarang ni.  Baju Manchester United tuhh…
            Aku menoleh.  Mau terbeliak jugak biji mata aku ni sebenarnya. 
            “Pakat-pakat pakai baju sama nampak?  Hermmm… aku keseorangan ajelah jawabnya ni.  Untunglah.. ada geng…,” rajuk Jepah.  Ishh.. takde maknanya aku nak pakat-pakat pakai baju sama dengan dialah.  Bukannya dapat untung pun!


Thursday, September 29

Sengal Conversations

Lokasi: Dalam Kelas, bergedek-gedek.. busan sebab lecturer dah habeh ngaja chapter tersebut...

Aku: Nad, ang pegi umah Kak A tak sabtu nih??
Nad: tak pegi pasai kena pi JB
Aku: lor.. ye ke.. ingat nak ikot, nak naek keta B
Nad: lor.. keta dia mesti da penoh kot..
Aku: abeh tu nak naik dengan sapo neh?

Nad: naik la dengan F.. naik moto.. musti romantik..

Nad ngan Anis tepuk tangan... [huh..demmm..]

Aku: F dan naik dengan J kot...

Nad: naik la dengan si K.. K kan ade keta..
Anis: ha'ah.. hari tuh ade nampak dia dengan si I pegi kelas naik keta...
Nad: hah.. tompang ajelah dengan dia...



Nad ngan Anis tepuk 5 lagi.. [hamsam~!!]


Aku: abeh.. klo dia naik moto camna??
Nad: naik la kat blakang dia.. musti romantik gitu...


Nad ngan Anis tepuk 5 lagi.. [kwajo]

Aku: [buat muke sememeh...] apedehal la dowang neh...


p/s: okeh la fine.. depa skunk da pandai dok buli aku naa...

Saturday, September 24

FIL - Tujuh -


SEBAIK sahaja aku pulang dari tempat kerja dan setelah aku memulangkan semula kereta abah, ish.. tak mau aku nak bawak kereta tu ke merata tempat dah.  Aku berjalan kaki sahaja menuju ke bengkel Jepah, bukannya jauh sangat bengkel dia tu dengan rumah aku.  Sebab itulah aku ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja, di samping untuk mengambil udara pada waktu petang-petang macam ni. 
“Jepah.. macam mana ‘baby’ aku ni?  Dah okey ke belum?” soalku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bengkel Jepah.  Dia yang tengah sibuk-sibuk repair kereta orang lain, nampak terkejut, hampir melompat dia dari tempatnya yang dia berdiri tu.
“Ish.. kau ni.. agak-agaklah.  Cuba bagi salam, takdelah aku terkejut.  Nasib baik kepala aku ni tak terhantuk dengan menda alah ni.  Datang main terjah je kau ni, Ja,” kata Jepah.  Aku ketawa terkekek-kekek.  Memang buruk benar bunyinya tu.  Aku terus duduk di ruang menunggu yang dah disediakan.
“Macam mana?” soalku lagi sekali.
“Kereta kau dah okey dah tu,” jawab Jepah sambil memberikan kunci ‘baby’ aku kepadaku semula. 
“Berapa nak bayar kau ni?” tanyaku lagi sambil mengeluarkan dompetku dan dok mengira-ngira not 50 ringgit.  Entah berapalah pulak Jepah nak cas aku ni?  Jangan sampai mencekik aku sampai kering kontang sudahlah… Hu hu hu…
“Tak payah bayar, dah ada orang bayarkan tadi.  Cincailah…,” jawab Jepah sambil menyambung semula kerjanya dok repair kereta orang lain pulak.  Aku berkerut dahi, ish.. takkan abah pulak yang bayar.  Dahlah tadi dia bagi pinjam kereta dia kat aku. 
“Ish, janganlah macam tu… Biar betul ada orang bayarkan ni?”
            “Ha’ah.  Tak payahlah.. tapi kalau nak jugak, weekend ni kita pergi lepak pekena mapley sambil tengok Arsenal dengan MU.  Kau belanja.  Boleh??” kata Jepah.  Arsenal lawan Manchester United.  Hoh.. Feveret makcik jugak tu.  Terutama Manchester United.  Ehehehehe…
“Okey.. nanti kau set time pukul berapa,eh?” balasku.  Aku terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin ‘baby’ku.  Pendrive yang sedia ada aku cucukkan dan berkumandanglah lagu-lagu kesukaan aku.  Sah-sahlah aku buka lagu Korea dan ala-ala indie sikit.  Aku terus memandu perlahan pulang ke rumah.
Setibanya aku di rumah, kebetulan pulak abah baru aje selesai menyiram pokok-pokok bunga.  Aku terus mematikan enjin dan keluar dari ‘baby’ku dan terus menguncinya.
“Abah… abah bayarkan repair kereta Cik Ja ke?” soalku.  Muka abah berkerut-kerut.  Hah… nampak sangat tu..  Aku pun ikut berkerut sekali.
“Dah lama abah tak pergi bengkel si Jepah tu,” jawapan abah itu sudah cukup meyakinkan aku di samping riak wajahnya tadi, bukan abahlah yang tukang bayar repair ‘baby’ aku tu. 
“Takkan Along pulak?” soalku pula sambil menggosok-gosok daguku. 
“Kau tau-taulah sendiri Along kau tu macam mana?” balas abah pula.  Memang..memang aku tau sangat Along tu macam mana.  Prinsip kau-aku punya, aku-aku punya tu dah lama sebati dalam hidup dia sejak azali lagi.  Aduss… Jepah??
“Jepah?” tanya abah.
“Kalau Jepah sponsor, hari ni dia tak bukak kedailah, bah.  Mahal repair kereta Cik Ja ni.  Mau 1000 lebih jugak.  Jepah pun dah cakap bukan dia.  Tapi ada orang lain yang dah bayarkan,” balasku. 
“Kalau macam tu, meh kita panggil Detective Conan,” jawab abah pulak.  Chet.. boleh melawak pulak abah ni. Aku ketawa kecil, kalau Detective Conan tu boleh wujud di alam realiti ni, boleh jugak aku terima.  Petik jari aje dia selesaikan masalah ni.  Abah pun dah tutup paip pili dan melangkah masuk ke dalam rumah.  Aku pun ikut serta, matahari pun sudah hampir merangkak turun dan bulan bakal menggantikan tempatnya.  Acecece.. bermadah pulak aku ni.
Itu tandanya maghrib bakal menjelang tiba, jadi aku tak nak buang masa.  Kena siap cepat-cepat untuk tunaikan tanggungjawab aku pada-Nya. 


Tuesday, August 23

FIL - Enam -


                AKU terus menekan nombor telefon Jepah, nak juga tau apa perkembangan ‘baby’ kesayangan aku tu di tangan Jepah sekarang ni.   Moga-moga dapat perkembangan yang baiklah untuk kereta kesayangan aku tu.  
            “Jepah.. apa cer??” tanyaku.
            “Ja.. tak boleh siap esoklah.. kereta kau ni terkena sampai kat bahagian air-cond dia ni.  Ambil masa ni, nak pergi cari barang lagi ni,” jawabnya.  Ish.. takkan sampai ke situ pulak rosaknya?
            “Kena kat tempat air-cond?  Teruk betul ke ni?  Kau jangan main-main dengan aku, Jepah,” aku memang dah cuak sebenarnya, kalau dah terkena kat situ, maka dengan rasminya, memang banyak duit nak kena keluarlah ni!
            “Betullah aku cakap ni.  Ingat aku main-main ke?  Memang terkena kat bahagian air-cond ni.  Teruk ni, Ja.  Tapi, yang bahagian dalam tu aku dah siapkan, tinggal bahagian luar ni aje.  Memang tak boleh nak siapkan esok ni, kena ambil masa lagi ni,” jawab Jepah.  Aku mengeluh panjang.  Duit lagi nampaknya.  Hmmm…
            “Kau repairlah dulu mana yang teruk-teruk tu, nanti bila dah siap, kau roger aku,” balasku.  Aku terus mematikan talian perbualanku dengan Jepah.  Aku merenung pada skrin telefon bimbitku, lama.  Jam pun sudah menunjukkan hampir 11 malam.  Letih benar badan ni rasanya sebab hari ni aku terpaksa balik menggunakan pengangkutan awam.  Mujur juga aku tiba di rumah sebelum pukul 8 malam, sempat juga aku tunaikan solat Maghrib.  Kalau tidak, hmmm.. terlepaslah Maghrib aku. 
            Belumpun sempat aku merebahkan tubuh di atas katil, pintu bilikku diketuk dari luar. 
            “Cik Ja, abah ni.  Boleh abah masuk?” soal abah dari luar. 
            “Masuk ajelah, bah.  Pintu tak kunci pun,” jawabku.  Aku berpindah tempat duduk di tepi katil dan memberi ruang kepada abah untuk duduk di kerusi yang menempatkan meje belajarku dulu yang kini dah menjadi meja kerjaku.
            “Kereta Cik Ja macam mana?” soal abah sebaik sahaja abah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.  Aku memandang sayu pada abah sudahpun melepasi setengah abad itu.
            “Cik Ja baru je call Jepah tadi.  Rosak teruk katanya, sampai terkena bahagian air-cond tu.  Tak boleh nak siapkan esok,” jawabku sambil duduk bersila di atas katilku dan memeluk patung teddy bearku. 
            “Pagi tadi pergi macam mana?” soal abah lagi.  Mula pula aku terasa macam kena soal dengan polis je pun.  Hu hu hu…
            “Pagi tadi ada orang jemput,” jawabku tanpa ada nak selindung-selindung.  Buat apa nak menipu benda yang betul pun.
            “Boyfriend?  Ish..ish..ish.. kenapa tak bagitau dengan abah pun!” balas abah pulak.  Eh..eh.. bila masa pulak?
            “Apa pulak abah ni, Cik Ja takde kata apa-apa pun lagilah.  Kalau ada, Cik Ja bagitau kat abah dulu tau!  Boleh abah basuh dia cukup-cukup.  Ehehehehehe,” selorohku.  Kalau ada boyfriend pun aku ni, waktu ni jugak aku suruh abah cakap dengan dia meskipun di telefon. Tapi, masalahnya… aku takde boyfriend, macam mana aku nak suruh abah ‘basuh’ dia cukup-cukup?
            “Pandai pun.  Macam nilah anak abah.  Tapi, mak ada bagitau kat abah, yang mak cik Temah bagitahu, yang mak cik Leha kamu ada cakap dia ada nampak lelaki yang jemput kamu pagi tadi,” kata abah yang cuba nak korek-korek rahsia yang tersembunyi dari aku.  Abah ni, buat aku nak tergelak aje, lepas sorang, sorang.  Haikss.. abah ni nak berbasa-basi lagi dengan anakmu ini.  Abah ni macam tak pernah kenal je Mak cik Leha dengan Mak Cik Temah tu macam mana.  Tapi, kalau ayat daripada Mak Cik Leha aku kurang percaya sikit. 
            “Abah ni… dah tau sepuluh patah apa yang mak cik Leha tu kata, dua belas tak boleh pakai, nak jugak percaya,” balasku.  Dah memang betul pun meskipun abah memang dah tahu benar Mak Cik Leha tu macam mana, tapi nak jugak percaya apa yang Mak Cik Leha cakap dengan mak dan mesej tu pass terus kat abah.
            “Tapi, kalau dah bukan takat mak cik Leha aje yang nampak, budak Aben dengan Jimbet and the gang pun nampak jugak kamu tu, kamu nak kata apa?” tanya abah balik kat aku.  Owhh.. baru teringat dengan si Aben and the gang yang dok bolayan cakap orang Perak tu. 
            “Dengar kata lelaki tu handsome macam ala-ala mix gitu.  Siapa yang kamu minat tu?  Lee Min Ho?” tambah abah lagi.  Aku tersenyum, bukan sebab suka, sebab nak tergelak sebenarnya.  Lain betul muka mangkuk tingkat tak siap tu dengan Lee Min Ho.  Ish..ish..ish..
            “Huish.. abah ni.. simpang!  Lain sangat muka dia tu dengan Lee Min Holah!”
            “Hah.. dah mengaku tu.  Dah nampak dah.. haaa…” kata abah.  Alamak!  Memang aku terperangkap dengan abah ni. 
            “Abah ni.. saja nak perangkap Cik Ja!  Itu bukan boyfriend Cik Jalah,” balasku.  Aku terus menarik muncungku panjang. 
            “Alah.. mana tau lelaki tu boleh jaga sepenuh hati anak abah ni, okey apa!  Jangan lambat sangat Cik Ja, nanti abah kempunan nak dapat cucu!” kata abah pula.  Howaaa.. dah menyimpang jauh da tu.. Sampai ke cucu pulak perginya abah ni!
            “Apa pulak abah ni.. Tu.. anak along tu dah ada, cukuplah tu,”
            “Ish.. lambat tangkap pulak budak ni.  Abah nak merasa main dengan anak kamulah pun,”
            “Apa ni abah.  Tak sukalah… Baru 25 tahun,”
            “Ha’ah.. yelah tu.  Sekarang kata baru 25.  Nanti dah sampai 28 pun nak kata ala.. baru 28.  Cik Ja, abah dengan mak ni bukannya muda lagi.  Dah tua, abah nak tengok semua anak abah ni berkahwin, ada anak.  Tinggal Cik Ja sorang je yang tak kahwin lagi.  Anak-anak abah ni bukannya ramai.  Kami teringin sangat nak tengok kamu dirikan rumah tangga, biarlah abah dengan mak dapat tengok semua anak abah ni dah berkeluarga sebelum kami tutup mata,”
            “Abah ni.. janganlah cakap macam tu pulak,”
            “Apa pulak tak betulnya,” sangkal abah pula.  Abah pandang tepat ke arahku.  Muka serius je.  Ya.. da memang masuk ke topik yang agak serius juga waktu ni. 
            “Abah.. ajal, maut tu semua di tangan Tuhan.  Kita tak boleh nak kata bila kita akan mati.  Muda ke tua ke, tapi kalau ajal dah sampai, kita akan kembali jugak pada Dia,” kataku dengan penuh tenang.  Dalam masa yang sama aku memberikan senyuman padanya.  Kita tak boleh nak sangkal lagi janji yang telah Allah tetapkan pada kita.  Smile for me.   Abah terus sekeh manja-manja kat kepala aku.
            “Budak ni.. bercakap memang pandai,” seloroh abah.  Aku terus mempamerkan hampir seluruh gigi pada abah.
            “Mestilah.. nama pun anak abah.  Anak Sarjan Mejar Hamidi mehh!” kataku.
            “Cepatlah, Cik Ja.  Siapa lelaki tu?” soal abah lagi.  Mak aiii.. aku ingat dah habis dah informasi nak tau pasal mangkuk tingkat tak siap tu.  Kena mengelak ni..
            “Aik.. tak habis lagi ke?  Huwarrghhh… Cik Ja mengantuklah abah.  Esok nak kerja ni,” balasku.  Malas nak beritahu apa-apa walau sepatahpun mengenai si mangkuk tingkat tak siap aka. Encik Raykal Asyraff itu.  Aku terus berbaring mengiring ke arah kanan, lalu mengambil bantal yang berada di sebelah lalu terus menutup mukaku. 
            “Ish.. budak ni.  Ni.. abah nak cakap.  Kalau Cik Ja nak pakai kereta abah tu, pakailah.  Esok abah takde nak pergi mana-mana,” jawab abah.  Ish.. betul ke apa yang aku dengar ni?  Boleh bagi pinjam kereta Honda CR-V abah ke ni?
            “Betul ni?” soalku untuk mendapatkan kepastian.
            “Amboi, bukan main terbeliak mata tu bila kata boleh pakai kereta abah, eh?”
            “Mestilah!  Limited edition tu, nak usik pun tak berani!”
            “Janji dengan abah tau,”
            “Janji…”
            “Janji dengan abah, cepat beritahu dengan abah sekarang siapa lelaki yang jemput Cik Ja pagi tadi,” kata abah. Adoiii… teruklah abah ni.  Kena perangkap lagi. 
            “Ala…” balasku sambil memuncungkan mulutku. 
            “Janji.. tak boleh dimungkiri!” arah abah. 
            “Okey..okey.. Lelaki tulah yang cakap dengan abah masa Cik Ja accident hari tu.  Lelaki tulah yang accident dengan Cik Ja.  Okey.. puas hati dah?  Cik Ja mengantuk ni,” ujarku sambil menggosok-gosokkan mata tanda ‘mengantuk’. 
            “Oh… apa nama budak tu?  Raykal Asyraff, kan? Hensem sangat ke budak tu sampai mak cik Leha kau tu siap nak jatuh cinta lagi buat kali yang keempat puluh empat?” soal abah padaku. 
            “Biasa-biasa ajelah, bah.  Takde terbeliak pun mata Cik Ja ni tengok muka dia.  Cik Ja lebih rela tengok muka Lee Min Ho sampai pengsan meskipun dia jauh di Korea sana,” jawabku pula.  Memanglah pun, comel lagi Lee Min Ho, dengan lesung pipit dia tu.  Huissshh.. cair tau!
            “Ish.. budak ni.. banyak betul berangannya.  Nak lelaki ala-ala Lee Min Ho, boleh nyanyi lagu Korea je,” balas abah.  Abah terus sahaja pamit untuk keluar dari bilik dan pintu bilik terus ditutup rapat oleh abah sendiri.  Aku hanya tersenyum sambil memeluk bantal.
            Aku tersengih-sengih, bukan sebab Lee Min Ho, tapi pasal dapat pinjam kereta abah sebentar yang ala-ala limited edition itu.  Walaupun hanya kereta Honda CR-V, bagi aku, ia tetap limited edition, sebab takde sorang pun yang boleh pegang kereta kesayangan abah tu.  Memang kereta tu abah jaga dengan baik.  Tapi, mengenangkan anaknya ini yang lebih memerlukan kereta itu daripadanya, kesian tengok anaknya ini terpaksa tumpang kereta orang, balik pula naik bas berebut-rebut.  Sayang kat anak punya pasal, abah bagi juga pinjam.  Cik Ja janji akan jaga kereta abah baik-baik.  
 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template