Thursday, June 30

Promote..promote..






Bulan dan Bintang
by DellHoo


Saje mau promote la.. sebab classmate aku sorang ada kat dalam tu..
their first single ni rasenye.. itupun tyme dye citer kat klas dulu masa class party..

video


memang betulla kawan aku kate dalam kelas aku ni, macam-macam ade.. ada yang penulis novel, ada yang ada band, ada yang boleh nyanyi, ada yang ala-ala Tiz Zaqiyah, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz.. haaa.. macam-macam ada...

boleh like kat page dowang ek.. https://www.facebook.com/pages/DellHoo/134245156598224
jangan pulak jadi Jack Sparrow taw~!! tak baek punye.. hati busuk betol laaa.... janganla camtu.. sokongla industri muzik indie band tanah air...

lepas band ni, ade lagi satu band.. clazmate aku jugek.. hint muke legend, tapi hati ada taman..band dye ni da macam dying metal hardcore aku rasela.. mesti korang tak caye siap cakap.. OMG.. kawan ko ke Cik Mun/Sya??? Tak percaye Awok..

Wednesday, June 29

FIL -Dua-

AKU masih lagi teringatkan peristiwa yang baru aje berlaku masa lunch appointment tadi.  Macam manalah aku boleh jumpa dengan lelaki tu sekali lagi.  Dah tu, suka sangat nak menyakat aku.  Dahlah aku masih lagi terkejut dengan accident dengan dia pagi tadi, lepastu boleh pulak dia jadi client untuk syarikat aku.  Ish.. Haru biru betul aku hari ni.   Kenapalah hari ni aku terpaksa menerima situasi yang begini rupa?  Dahlah tadi sampai naik merah tahap melampau muka aku ni nak tahan malu dah tak boleh.  Aku terpaksa diam aje, karang tiba-tiba terkeluar Incredible Hulk aku, tak pasal-pasal Encik Ikmal kata you are fired!  Ish.. mana boleh gitu, aku kan pekerja kesayangan dia.  Tak boleh macam tu.. tak boleh, tak boleh.
“You already know me, right?” tanya lelaki tu. 
            “Ha?  Excuse me?” aku buat-buat macam tak dengar ajelah ni!  Sound aku tetiba pulak nak trouble.  Sabar ajelah.
            “Never mind, I’m Raykal Asyraff,” sapanya padaku.  Boleh lagi nak menyapa aku lagi. Kau faham tak aku ni dah menggelabah mengalahkan cipan menggelabah tau tak?
            “Let me introduce you, she’s my PA actually, my Yasmeen Zalikha,” Encik Ikmal yang tolong perkenalkan aku.  Okey..okey.. terima kasih boss sayang, sayang lebih sikit sama boss.
            “Nice name.  Nice to meet you,” lelaki itu menghulurkan tangannya.  Aku menolak lembut, ish… bukan muhrim tu.  Dia pulak macam faham-faham je.  Tapi, kalau aku tengok muka dia balik tu, ala-ala playboy pun ada jugak.  Dia pun macam Encik Ikmal jugak, dan macam aku cakap tadi, aku langsung tak ambil port sangat.  Muka boleh jual kat majalah, muka tu jugaklah boleh perdayakan perempuan-perempuan yang ada kat muka bumi ni.  Sorry, aku takkan terpedaya dengan itu semua. 
            “Meen, he’s our client.  My bestfriend, actually dia baru aje balik dari States about 5 months.  He’s my junior actually.  Dia muda tiga tahun dari I.  Now he’s working at his father’s company.  Syarikat yang selalu bagi kita tender besar-besar tu.  Syarikat dialah!” jawab Encik Ikmal.  Ish.. biar betik Encik Ikmal ni cakap?  Takkanlah Mewah Holding tu syarikat mangkuk hayun yang ala-ala muka maxillian (mix) Omputih campur Korea campur Melayu ni?  Aku tengok Tan Sri Ali Akbar tu, biasa-biasa je, tapi putihlah.  Takdelah macam muka mangkuk hayun ni yang entah berapa banyak campur ni.  Mungkin mak dia orang Korea kot? 
            Entahlah, lantaklah dia anak campuran mana.  Aku angguk-angguk ajelah.  Angguk.. angguk.. Tapi boleh tahan jugak Raykal Asyraff ni, tapi macam aku cakap tadi.  Even Encik Ikmal yang memang pujaan ramai wanita termasuklah mak cik cleaner kat ofis aku tu, aku langsung tak tergoda, tak cair, tak macam ais batu.  Keras macam batu, even kena hujan asid pun takde apa-apa.  Macam takde perasaan je aku ni bila berhadapan dengan lelaki yang full package begini. 
            “Actually, Meen.  Kal ni kerja kat States dulu about 5 years, konon-konon nak timba pengalaman kat sana.  I ingat dia dah kahwin dengan minah salleh celup for that time period.  Study pun kat sana jugak.. bla..bla..bla..,”  bebel Encik Ikmal tentang latar belakang si mangkuk hayun ni.  Aku tadah aje telinga ni, tapi keluar balik ikut telinga kanan.  Malas nak ambil tau, memanglah bukan kena mengena dengan aku, tapi bos kesayangan aku ni, tak payahlah nak cerita masa ‘muda-muda’ dulu tu kat aku.  Cerita pasal tumpah airlah, cerita lari lintang-pukang sebab kena kejar dengan anjing.  Ish.. dah lari topik dan tujuan kita ke sini dah, Encik Ikmal oiii!!!
            Yelah.. Encik Ikmal merangkap boss aku ni, dah bakal nak jadi bujang terlajak, tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang.  Umur pun dah menganjak ke 35 tahun, tapi tak nampak sorang perempuan pun yang together dengan dia.  Aku pun dah bekerja dengan dia lebih kurang tiga tahun.  Apa yang tak boleh blah, dia siap pesan dengan aku ni.  Dia akan kahwin bila aku dah kahwin.  Aku tanya balik kat dia, kalau aku tak kahwin sampai 30 tahun macam mana?  Sebab target aku umur 30 tahun, kalau aku tak kahwin jugak, aku suruh mak carikan jodoh untuk aku.  Dan apa yang Encik Ikmal jawab, memang buat aku nak gelak berguling-guling je ni, ada pulak dia kata nak kahwin dengan aku.  Merepek ajelah boss aku sorang ni. 
            Sekarang umur aku baru menganjak ke 25 tahun.  Ada lagi lima tahun untuk capai target suruh mak carikan jodoh untuk aku tu.  Aku pun anggap Encik Ikmal ni cakap main-main je.  Tak maulah aku kahwin dengan dia, workaholic yang melampau.  Selagi belum pukul 11 malam, jangan harap dia akan balik rumah.  Kira, ofis tu dah jadi nombor satu.  Rumah sebenar dah jatuh ke nombor dua.  Kalau ada lagi 10 perkara yang ada dalam list kepala otak boss aku sorang ni, rumah tu dah jatuh ke tangga terakhir dahpun.  Masa lebih banyak kat pejabat je.  Kalau dia kahwin dengan aku, perghh.. memang aku akan pasang skandal kot!  Tak taulah….
            “So, kita proceed apa yang kita dah bincangkan last week.  Tutup cerita lama-lama tu,” pinta Raykal Asyraff.  Aku pun terus aje membentangkan kertas projek kat atas meja dan perbincangan pun bermula.  Tapi, memang hati aku tak tenang bila anak mata si Raykal Asyraff ni tak habis-habis nak pandang aku.  Apa kenalah dia ni?  Takkan masa accident tadi tak sempat pandang muka aku ni?  Ishh.. Ada apa-apa yang comot ke kat muka aku ni sampai dia nak tenung aku ni macam nak makan aku aje ni?? 
            Aku taulah aku ada buat salah kat dia, aku terlanggar kereta cap kuda berdiri dia tu, bukannya sengaja.  Tapi salah dia jugak masa tu sebenarnya, tiba-tiba aje dia berhenti mengejut, aku yang memang nak rushing, sempat jugak brek mengejut, siap berbunyi tayar aku tu dan bau getah dari tayar tu sebab brek mengejut tu.  Nasib baik baby aku yang teruk, kalau dengan aku-aku sekali yang teruk, memang takde kat Le Meridien nilah jawabnya.  Sah-sahlah aku kat katil, berbalut sana-sini, pakai pun baju putih, dengan wayar-wayar kat badan.  Huishhh… mintak-mintak dijauhkan, tak mahulah hendaknya.
            Dan aku terus berfikir dan berfikir, entah sampai ke mana aku pergi berfikir, entah-entah Somalia, Uganda, ataupun Mexico.  Dan.. ketepek!  Adoi.. siapa pulak membaling kena muka aku ni.  Aku ambil dan ciss, kain buruk yang telah menepek kat muka aku ni.
            “Berangan je kerja kau.  Dah sampai mana?”
            “Uganda kot,”
            “Kau ni, bab-bab merepek memang bagi kat kau aje, kan?  Ke.. kau teringat kat mamat yang kau langgar tu?” tanya Jepah kat aku. 
            “Ish.. takde maknanya aku nak ingat kat dia!” kataku, eleh.. pandai bona Cik Ja sorang ni membongak.  Padahal.. memang ingat kat mangkuk yang bernama Raykal Asyraff itu.
            “Macam mana dengan baby aku tu?”
            “Tak boleh siap hari nilah, der…”
            “Habis tu, bila boleh siap?  Aku tak sampai hati nak tinggalkan baby aku ni lama-lama kat kau,”
            “Hish… baby kau aje.  Kereta je pun, cuba bagi nama baby tu kat aku, ke?  Sejuk sikit hati aku ni nak siapkan kereta kau tu,” kata Jepah.  Eh..eh.. poyo pulak tiang letrik ni.  Dahlah keding, ish!  Perasan beno! 
            Si Jepah ni memang kawan aku sejak sekolah menengah lagi, dia tak macam aku.  Dia malas dah nak sambung belajar, jadi dia ambil keputusan untuk buka bengkel macam sekarang ni.  Tapi, pada masa yang sama, dia ni pun mat rempit jugak!  Hemmm… memang takkan lari kot.  Aku tengok kat cerita KL Menjerit pun sama jugak.  Entah bilalah dia nak sedar diri, aku pun tak taulah. 
            “Buat apa nak panggil baby dengan kau.  Buang masa aku je,” kataku lalu memberikan semula kain kotor yang penuh dengan minyak hitam dan segala macam minyak yang dah melekat kat kain tu dekat dia semula.
            “Aku tak boleh siapkan hari ni, lagipun kau datang pun dah pukul berapa.  Kau datang waktu aku dah nak tutup kedai.  Dahlah malam ni aku nak pergi race.  Lusa bolehlah siap.  Nak ambil barang lagi, nanti kalau dah siap, aku roger kaulah,” beritahu Jepah.  Aku terus bangun.
            “Ish.. kau ni.. tak habis-habis dengan race.  Kang aku panggil tok misai suruh buat roadblock satu KL dengan Selangor ni baru kau tau,” ugutku.  Aku menepuk-nepuk punggungku, kot-kot ada kotoran habuk pulak.  Aku mengambil semua barang yang ada kat dalam kereta aku.  Bukannya banyak manapun, setakat briefcase dengan fail-fail dokumen yang baru aku punggah dari pejabat untuk buat kat rumah. 
            “Ish.. Ja.. kau ni janganlah kejam sangat!  Tu periuk nasi aku tu.  Kau sanggup ke nak tengok kawan baik kau ni masuk lokap?  Gara-gara mulut kau ni, baby kau ni tersadai berminggu-minggu, baru kau tau!” marah Jepah. 

            “Yelah, yelah.  Takde maknanya aku nak memanggil tok misai pun.  Ikut suka kaulah nak buat apa, itu hal kau.  Aku dah banyak kali pesan kat kau.  Aku tak jaminlah untuk kerja malam kau tu.  Okeylah, kalau macam tu, aku balik dulu.  Jaga baby aku baik-baik,” kataku.  Terus melangkah longlai sambil memandang sayu ke arah baby aku itu.  Lalu aku mengusap-usapnya.  Aku terus keluar dari bengkel Jepah dan pulang ke rumah.  Satu lagi masalah akan timbul, nak tak nak esok aku kena gerak naik bas ataupun teksilah nampaknya.

Sunday, June 26

Bab 6


Farewell Miri


                Subuh menjengah lagi, aku bangun setelah alarm dari telefon bimbitku telah berbunyi tepat pada pukul 4.30 pagi.  Sebaik sahaja aku bangun, pantas sahaja aku mematikan semula alarm itu, aku tak nak alarm aku ni mengganggu Louisa dan Shera yang masih lagi tidur.  Shera tengah ABC, Louisa pulak, faham-faham dahlah.  Diorang malam tadi masuk bilik dalam pukul 1 pagi.  Memang bergembira sakan diorang ni.  Aku tengok aje muka diorang yang masih lagi lena diulit mimpi.  Mungkin penat tak hilang lagi tu. 
          Aku terus bangun dan mencapai tualaku, terus aje aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.  Setelah itu, aku mengambil wuduk untuk menunaikan tanggungjawab aku pada Maha Penciptaku.  Lama aku berteleku bersujud mengucapkan syukur pada-Nya kerana telah memberi peluang sekali lagi untuk menikmati hidup yang hanya sementara ini.  Setelah selesai, aku terus melipat kain telekung dan sejadah lalu aku masukkan ke dalam beg troliku.  Aku melipat lagi pakaian yang belum sempat aku lipat malam tadi dan terus sahaja aku masukkan semuanya ke dalam beg.  Begitu juga dengan peralatan mandi yang aku bawa, semualah kiranya ni. 
          Lega sudah semuanya dah dimasukkan, tapi aku tetap nak buat double chec, nak pastikan tak ada satu barang pun yang tertinggal.  Dalam bilik air, clean, dalam almari pun, dah habis aku sapu masuk dalam beg, kat laci, tepi meja, bawah katil semua aku check.  Setelah aku puas hati barulah aku kemas katil, tukar pakaian untuk berangkat ke lapangan terbang.   Pakaian yang aku pakai tadi aku masukkan juga dalam bagasi.  Barang-barang aku kini sudahpun bersih dan selamat masuk dalam beg.  Tinggal nak usung bawak turun ke bawah dan terus daftar keluar dari hotel ni.
          Kebetulan juga Shera dan Louisa baru bangun dari tidurnya.  Mereka berdua terus menghampiri aku dan seorang demi seorang memeluk aku.  Dahlah muka diorang aku rasa macam mamai lagi. Aku yakin diorang ni mamai lagi ni, ataupun mengigau ke..  Tapi tak!  Bila aku dengar esakan dari Shera, ternyata diorang ni bukan mamai ataupun mengigau.  Memang berat hati agaknya diorang nak lepaskan aku.  Ikutkan dalam benak aku ni sebenarnya aku tak sampai hati nak tinggalkan diorang ni, tapi masa memang betul mencemburui kami.  Aku terpaksa pulang ke tempat asalku.  Pulang semula ke Kuala Lumpur untuk kembali menjalani kehidupan yang asal.  Kehidupan lamaku, di samping keluarga yang tercinta.
          “Jaga diri kau baik-baik tau.  Nanti bila dah sampai KL, terus mesej aku,” pesan Louisa.
          “Kirim salam kat family kau, ye?  Mesti aku rindu kat kau nanti,”
          “Adoi.. janganlah macam ni.  Aku pun nak nangis jugak ni.  Hopefully relationship kita tak berakhir kat sini aje.  Selalu-selalulah contact aku, aku nak datang sini lagi pun bukannya boleh tiap-tiap minggu.  Tiket mahal,” balasku pula.  Ish.. air mata kami pun jatuh berderai-derai jugak.  Teman sebilik untuk seminggu ni terpaksa aku tinggalkan bersama memori yang pernah kami cipta bersama.
          “Korang pun, jaga diri baik-baik tau.  I will miss both of you.  Kalau duit korang banyak, datanglah turun KL, ek?  Boleh aku jadi tour leader korang,” tambahku lagi.  Aku terus aje mengangkat beg aku dan beg sandang yang aku bawa ni untuk keluar dari bilik hotel yang telah aku duduki lebih kurang seminggu ni.  Aku melambai, ucap selamat tinggal pada Louisa dan Shera.  Aduss.. lama-lama kalau kat sini boleh sebak.
          Aku perlu percepatkan langkahku memandangkan waktu berkumpul untuk separuh peserta dari Semenanjung pada pukul 7.30 pagi.  Jam di tanganku pula sudah 7.00 pagi.  Sebelum berkumpul, kami dibenarkan mengambil sarapan pagi terlebih dahulu sebelum dibahagi-bahagikan lagi dengan beberapa kumpulan.  Ada yang akan pulang ke Johor, ada yang ke Subang, ada yang ke KLIA dan tak kurang juga ada yang ke Kuantan, Bayan Lepas dan Alor Setar.
          Sementara menunggu pintu lif dibuka, aku dapat melihat kelibat Faizul turut sama berdiri bersebelahan denganku.  Aku tengok dia, dia pun tengok aku.  Aku alihkan pandanganku ke tempat lain.  Ish, macam segan je rasa nak tengok muka dia ni lama-lama. 
          “Rasa macam sekejap sangat kita jumpa,” tegurnya.  Aku menoleh, aku mengangguk perlahan. 
          “Nanti kalau ada masa, ada duit lebih turunlah KL,” jawabku.  Jawapan yang sama aku utarakan dengan Louisa dan Shera.
          “Tapi, lagi bagus kalau dapat transfer ke sana terus,” balas Faizul.  Hah.. balasan yang aku terima memang luar dari jangkaan aku.
          “Hah?” yang tu aje aku mampu terkeluar dari mulut aku sekarang ni.  Terpinga-pinga kejap.
          “Yelah.. tak payah lagi nak berjauhan.  Boleh jumpa kau selalu.  Hari-hari boleh jumpa kau.  Boleh nak gaduh-gaduh dengan kau,” jawab Faizul lagi.  Aku ketawa kecil.  Dan pintu lif terus terbuka, aku terus membawa masuk beg aku ke dalam perut lif.  Tapi, belum pun sempat aku nak capai beg aku, Faizul terlebih dahulu dah capai beg aku tu dan terus dia pegang, bawa masuk ke dalam perut lif. 
          “Haha.. kau nak sangat transfer ke Semenanjung ke?” tanyaku.  Dia ni, boleh pulak bergurau macam tu kat aku.  Aku taulah lepas ni dah tak dapat nak jumpa dengan aku lagi.  Lepas ni, dah tak ada orang nak cari pasal dengan kau lagi. 
          “Aku cakap betullah ni.  Serius, kalau boleh aku aje transfer ke KL.  Nak jumpa kau,” jawabnya, dia cuba nak yakinkan aku bahawa dia sebenarnya tak main-main dengan apa yang dia katakan waktu ni.  Aku diam.  Tapi sempat tersenyum.
          Akhirnya sampai juga ke lobi hotel ni.  Tapi, beg aku masih lagi Faizul yang bawa.  Dia terus aje membawanya sampai ke restoran lalu diletakkan di tepi meja yang kosong.  Aku pun letak jugak beg sandang aku kat meja tu jugak.
          “Takpe, kau duduk aje kat sini.  Kau nak makan apa?  Biar aku yang ambilkan,” pintanya yang memang seratus peratus dia tak nak bagi aku berjalan sana-sini kot.  Dia layan aku dah macam tuan puterilah pulak.  Terasa macam aku ni jadi awek dia pun ada jugak.  Hmm.. perasaan aku aje tu.  Jangan terlalu percaya sangat dengan dia ni.  Nanti, macam apa yang si tenuk aka Azwan tu dah buat kat aku. 
          “Bagi aku kuih-muih ajelah.  Tak boleh makan banyak-banyak sangat, nanti aku sakit perut tak berhenti nak pergi bilik kecik.  Lagi susah.   Journey aku ni dahlah jauh,” jawabku.  Dia hanya tersenyum mengangguk.
          “Badan kecik macam ni pun nak berdiet jugak ke?  Air?”
          “Bukanlah.. untuk mengelakkan diri daripada pergi bilik kecik sepanjang masa.  Aku risau kang air kat dalam kapal terbang tu habis pulak sebab aku asyik membuang je sepanjang masa,” selorohku.  Dia ketawa kecil.
          “Banyak aje alasan kau bagi, eh?  Aku pergi ambil dulu, kau duduk sini diam-diam, okey?” arahnya.  Aku tabik spring kat dia, tanda hormat dengan kesanggupan dia tu, dan sekaligus memang aku akan ikut arahan dia.  Aku duduk aje diam-diam kat meja ni sambil melihat dia dari jauh berjalan menghampiri meja buffet yang tersedia dengan pelbagai jenis sarapan yang tersedia di situ.
          Aku pun tak tahu apa maksud yang tersirat dalam diri dia sebenarnya.  Entah kenapa dia begitu baik pulak dengan aku hari ni.  Mungkin juga hari ni merupakan hari terakhir aku akan bersama dengannya.  Ala.. bukannya tak boleh jumpa pun lepas ni.  Kalau ada rezeki, duit banyak, boleh aje datang sini lagi ataupun dia ataupun kawan-kawan aku yang lain yang ada sekitar sini boleh aje datang ke Kuala Lumpur atau Semenanjung nak jenguk-jenguk ibu negara Malaysia yang indah permai ni.  Ehehehehehehe... nak suruh aku jadi tour leader diorang pun aku sanggup, kawan dari jauh tu... Bukannya selalu jumpa pun. 
          Macam dah terlalu lama pula aku termenung dan tanpa aku sedar Faizul sudah lama duduk berhadapan dengan aku.  Dia melambai-lambaikan tangannya saat lamunanku jauh merentasi Laut China Selatan.
          “Kau ni macam dah tak sabar nak balik KL je.  Jauh betul kau mengelamun tu,” ucap Faizul sambil menyuakan mulutnya dengan mihun goreng.  Matanya terus menghadap luar hotel yang dihiasi dengan pokok kelapa dan deru angin laut yang sekali-sekala menerpaku.  Bunyi ombak yang menghempas pantai juga turut kedengaran.  Aku mencubit sedikit demi sedikit kuih seri muka yang terhidang di hadapanku.  
          Kami masing-masing lebih banyak mendiamkan diri.  Lebih tertumpu pada makanan yang kami suakan ke dalam mulut.  Lagipun, tak ada apa yang ingin diborakkan buat masa ni.  Tidak lama kemudian, salah seorang pihak urusetia menghampiri meja kami.
          “Cik Intan Adira, van dah sampai kat depan.  Kita akan bertolak ke lapangan terbang dalam masa 15 minit lagi.  Habiskan sarapan dulu, nanti terus ke lobi,” arahnya.  Baki kuih yang tinggal tu, terpaksa jugalah aku tolakkan kat Faizul, suruh dia habiskan. 
          “Habiskanlah, ek,” pintaku.  Kuih yang diambil oleh Faizul tadi aku berikan semua kepadanya.  Ala.. takde banyak mana yang tinggal.  Hanya cucur badak dengan popia.  Aku sempat habiskan kuih seri muka dengan karipap sahaja.  Faizul hanya melihat wajahku sambil menghabiskan sisa-sisa terakhir mihun gorengnya.  Aku pula menghabiskan teh aku, perlahan-lahan aku tiup, panas pulak teh ni.  Sedikit demi sedikit aku minum. 
          Air aku akhirnya dah habis jugak.  Tapi, aku tetap juga menunggu Faizul habiskan makanan dan minuman dia terlebih dahulu.  Aku tetap menunggu dengan penuh sabar. 
          “Kenapa kau tengok aku mcam tu?” soal Faizul.  Aku tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda takde apa-apa yang tersirat pun dalam sanubari aku ni.
          “Lepas ni takkan jumpa kau lagi.  Kalau nak jumpa, mesti susah,” balasku.  Faizul menghabiskan sisa-sisa kopinya di dalam cawan itu.
          “Kan aku dah cakap dengan kau dulu.  Aku akan pindah ke Semenanjung, biar dekat sikit dengan kau.  Boleh selalu jumpa dengan kau, boleh gaduh-gaduh macam hari tu,” jawapannya tu seolah-olah nak beri aku keyakinan yang dia akan berpindah ke sana semata-mata untuk itu.  Cheh... entah apa-apa pulak aku rasa dia ni. 
          “Yelah tu...” balasku pula.  Dia hanya tersenyum.  Tak habis-habis dengan senyum.  Dah la muka tu.. cutelah jugak.  Cisss.. nak kasi aku cair konon.  Bertahan, Dira.. Bertahan.. Jangan terpedaya.
          “I will miss you.  Kau tunggu je kedatangan aku kat sana nanti,” ucapnya.  Sajalah tu, nak menyedapkan hati aku.  Aku langsung tak ambil port apa yang dia kata tu.  Aku terus bangun dari mejaku dan mengambil beg sandang serta beg troli.  Belum sempat nak ambil beg troli, Faizul terus merampas beg troli aku tu.  Tanpa sengaja, aku biarkan dia yang bawak beg aku tu sampailah ke lobi. 
          Sampai aje kat depan van, dia memberikan semula beg tu kat aku.  Aku berpandangan dengannya.  Takde pun aku nak ucapkan terima kasih kat dia sebab dia sanggup nak bawak beg aku ni sampai ke sini.  Dia pun balas senyuman yang paling manis kat aku, dan aku rasa itulah senyuman yang paling aku suka kot, dan takkan lupa punya dengan senyuman dia tu. 
          “Honestly, I will be missing you.  Take care,” ucapnya lembut.  Aduii.. romantik gila.  Eh... kejap-kejap.. bunyi macam ni dah macam orang ber’couple’ aje ni.  Ohh.. OMG.. Dira, jangan terus terpedaya dengan apa yang berlaku sekarang ni. 
          Aku terus sahaja masukkan beg aku dalam van dan masuk ke dalam perut van.  Dia masih lagi berdiri di hadapan pintu lobi itu sehinggalah van yang aku naiki itu bergerak keluar dari hotel itu.
          Otak aku pula tak habis-habis nak putarkan balik apa yang dah berlaku tadi.  Aku anggap perkara tu khayalan aku semata-mata.  Ishhh.. takde ke mananya tu.   Dalam perjalanan ke lapangan terbang, aku dapat satu mesej dari Faizul. 

          Percayalah apa yang aku katakan tadi.  I will be missing you.  Aku akan menyusul ke KL nanti.  143.


            Okey.. dah separuh kenyataan rasanya.  Memang betul-betul ni.  Aku akan simpan mesej ni.  Takkan buang, sebab ia bukannya mimpi.  

Sunday, June 19

FIL -Satu-

SATU

            “MACAM mana sekarang ni?” tanya lelaki itu, wajah lelaki itu sudah merah padam entahkan menahan marahnya kat aku ataupun menahan daripada terik panas matahari.  Aku kalut, memang kalut yang amat.  Aku menggaru-garu kepala.  Aku tengok kesan yang melanggar keretanya dari belakang.  Aku lagilah serabut, dahlah kereta akupun kena sama ni, dan if kereta dia murah pun, pokai jugak aku nak bagi gantirugi kat dia ni.  Aku nak pengsan tau tak.. Memang bangkrap terus, botak kepala aku dibuatnya.  Kereta dia ni.. kereta lambang kuda berdiri tu tau tak.. Aku rasa macam nak menangis tau.. Mana aku nak cekau duit ni.  Aku langgar dengan lelaki kaya juta-juta ni.  Aku ni, kereta MyVi pun belum habis bayar lagi, dah langgar kereta cap kuda berdiri ni.  Adoi.. serabutnya otak aku ni!
            “Ermm..ermmm..,”
            “Cepatlah.. I want to settle it now.  I takde masa nak tunggu ermm you tu.  I nak tau, you sanggup bayar ke tak?” soalnya.  Aku ni tak taulah kenapa, aku terus ambil telefon bimbitku dan menekan entah nombor siapa.  Kenapalah hari ni aku panik semacam je ni???
            “You nak call siapa tu??”
            “Ermm.. polis?”
            “Polis?!”
            “Eh..bukan eh?  Saya call bombalah,”
            “Hello, there’s no fire in here!” balasnya sambil petik-petik jari kat depan muka aku.
            “But.. there’s a fire in your heart!” ketepek terus keluar dari mulutku secara tak sengaja.  Kyabongg!!  Memang otak aku dah mereng waktu ni.  Tiba-tiba aje ayat tu terkeluar dari mulut aku dengan secara tak sengaja.  Adoi, Mister Gojes-gostan, saya minta maaf banyak-banyak.  Tengkinganmu itulah yang membuatkan saya ter’merepek’. 
            “You ni, kan? Degree dari universiti mana you ambil ni?  Don’t try something stupid joke in here!” marahnya.
            “Nonsense! Mana ada orang panggil bomba nak padamkan api dalam hati!” bebel lelaki tu.  Aku tekan-tekan lagi, hah..abah.. call abah.. Pastu suruh abah cakap dengan mangkuk tak siap ni.
            “Assalamualaikum.. ermm.. abah.. tolong Cik Ja kejap.  Cik Ja… langgar kereta orang,” kataku, tapi bab kena langgar kereta mangkuk tak siap ni aku slow sikit. 
            “Apa langgar kereta orang?!  Kat mana?  Dengan kereta apa?” soal abah, tapi soalannya tu boleh diubah kepada jeritan jugaklah, sebab tercair jugak taik telinga aku kejap gara-gara abah terjerit tadi.
            “Kat depan KLCC.. dengan..dengan… kereta yang ade cop kuda berdiri tu..,” jawabku perlahan-lahan, tersekat-sekat pun ada jugak.
            “Apa?!  Ferrari..?!  Habis tu, kau ingat abah kau cop duit pakai kertas A4 ke??  Teruk sangat ke?”  jerit abah lagi.  Adoi.. tercair lagi taik telinga aku. 
            “Dia punya tak teruk sangat.. tapi Cik Ja punya yang teruk..,”
            “Kau yang langgar ke?”
            “Habis tu?  Takkanlah motor langgar dia pulak.. “
            “Apa nak jadi dengan kau ni?”
            “Jadi panik kejap, bah.  Kejap eh, Cik Ja passkan phone ni kat dia,”  kataku terus menghampiri mangkuk tak siap yang entah aku pun tak tahu pun nama dia.  Cermin mata hitam dia pun tak mau tanggalkan lagi.  Suka hati dialah. 
            “Awak.. cakap dengan abah saya, dia yang settlekan,” kataku lalu memberikan telefon bimbitku padanya.  Dia terus mengambil telefon bimbit aku dan entah apa yang mereka cecitekan aku malas nak ambil port.  Apa yang penting sekarang ni, kereta aku dengan kereta dia aje.  Adalah, lebih kurang 5 minit perbincangan tu dilakukan antara lelaki tu dengan abah. 
            Aku nampak juga lepas beberapa minit itu lelaki tu terus menghampiri aku semula dan memberikan semula telefon bimbit aku.  Dia terus masuk ke dalam keretanya tapi, entah apa yang diambilnya dari dalam kereta.  Agak terpinga-pinga jugak aku sebenarnya.  Kemudian, dia keluar semula.  Lelaki tu memegang sekeping kad.  Mungkin jugak business card dia. 
            “You just come to my office, when you feel free,” katanya.  Tu aje.  Dia terus aje masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju keretanya, meninggalkan aku dalam keadaan aku terpinga-pinga.  Apa.. dah jadi.. huikk.. musykil.. Ah.. otak aku memang dah serabut sebenarnya ni. 
******************************************************************************
            DAHLAH hari ni kena jumpa dengan client kat Le Meridien, otak tengah serabut dengan insiden yang dah terjadi kat aku tadi sebelum tiba ke hotel ni.  Hati pulak berkecamuk sebab memang dah lambat sampai ke hotel ni, habislah.. jatuh reputasi syarikat aku sikit gara-gara lambat.  Adoi… Terkocoh-kocoh jugak aku menuju ke lounge.  Ish…ish.. dan ish lagi. 
            Tengok rambut, okey, cun! Tengok baju, okey kemas.  Tengok beg, okey semua ada.  Tas tangan, briefcase yang nak kena bawak.  Kertas projek yang sepatutnya bukan aku yang bawak, tapi disuruh oleh Encik Ikmal dahpun aku bawak.  Bos aku tu, sengal je, bukan bidang aku pun disuruh jugak bawak.  Takpe, aku dah bawakkan.  Kasut.. okey, dah cun.  Apalagi, bergeraklah kita ke lounge. 
            Aku berjalan laju sebab aku dah tau sangat yang aku ni sebenarnya dah lambat.  Sepatutnya meeting tu pukul 10.30 pagi, tapi disebabkan kemalangan kecil tadi, aku terlajak setengah jam.  Aku ni bukanlah jenis yang tak tepati masa.  Boss aku tu pun sudah sedia maklum perangai aku macam mana.  Tapi, benda dah nak jadi, tak boleh nak buat apa.  Langkah aku makin lama semakin dekat dengan Encik Ikmal yang hensem, segak, bergaya, awek lalu semua pun cair tapi aku dapat cair sikit je.  Muka dia tak marah walaupun dia susah sikit nak tunjukkan muka marah dia tu.  Tapi, aku tau, dia agak bengang dengan aku kot. 
            “Maaf, boss.  Tadi ada satu peristiwa yang amat menakutkan dan membuatkan saya lemah semangat.  Perkara tersebut menyebabkan saya terlambat untuk datang ke sini,”
            “Straight to the point, sayang,” ucap Encik Ikmal.  Boss aku ni, memang suka ayat-ayat sayang-mayang ni, tapi aku langsung tak ambil kisah sangat pun ayat yang baru aje terpacul dari bibirnya tadi.  Dia memang suka gurau ala-ala manja dengan aku.  Tapi, hati aku sikitpun langsung tak ambil port sangat.  Takde macam sesetengah orang tu, bila lelaki cakap sayang aje kat dia, dia dah mula perasan yang lelaki tu suka kat dia.  Padahal, dia main-main je.  So, aku tak makan saman sangat pasal hal ni.
            “Saya accident tadi,” jawabku.  Bulat mata Encik Ikmal.  Terus aje belek-belek aku, pusing-pusing dari depan sampai belakang. 
            “Are you okay?  Takde apa-apa luka, kan?”
            “I’m very okay, boss.  But my baby not okay,” jawabku. 
            “Pity to ‘him’.  So, dah bawak dia pergi bengkel ke belum?”
            “Belum lagi, saya ingat saya nak pergi lepas lunch appointment ni.  So, client kita dah sampai ke belum?” tanyaku, ikutkan cuak jugak kalau-kalau client tu dah sampai kat lounge ni.
            “Memang dah sampai pun.  Tapi, dia pun macam you jugak, baru aje sampai.  Tapi, dia pergi gents kejap.  Takpe, you relaks dulu.  Take a breath for a while.  I tau you penat.  So, duduklah dulu, janganlah jadi Barbie doll pulak kat sini,” kata Encik Ikmal.  Ish.. boss aku ni boleh melawak jugak waktu-waktu aku tengah macam ni.  Aku pun ikut buat lawak yang bertambah bodoh pun dari dia jugaklah.  Aku ni memang sejak sekolah lagi memang aku suka melawak bodoh.  Takdelah bodoh mana, tapi sekadar buat hilang tension yang melanda kat otak tu adalah jugak. 
            Aku pun dudukla..kan.. Briefcase aku letak tepi.  Kertas projek aku letak kat atas meja, mujur juga masa tu takde kopi, kuih-muih yang terkeluar lagi.  Macam adalah pulak kuih-muih tu.  Huhuhu.. Tas tangan aku letak kat belakang.  Baru nak sandar, tiba-tiba aje seorang lelaki yang baru aje muncul entah dari mana tunjuk ke arahku.  Aku rasa, aku cam lelaki tu.  Dan…
            “Cik Ja??” tegur lelaki tu.  Aku bangun..
            “Kereta cop kuda berdiri?!”

            OMG.. Kenapa aku dipertemukan dengan lelaki ini sekali lagi.  Dan.. serius aku tak tau nama dia meskipun dia ada bagi business card dia kat aku.  Adoi.. kenapa aku jumpa dengan dia lagi ni??

Friday, June 17

Convocation Wit Luv....

Haikss.. bape banyakla pulak aku nak post entry kali ni... takpelaaa.. belog aku.. aku punye suke.. hahaha.. teroknye..~!!

Alkisah...

Yeay~!! Alhamdulillah.. dengan berkat kesabaran, ketekunan yang tak berapalah sangat.. Grade juga aku.. Haikss. baru sekarang nak hapdet?? ape kes??  Dah nak sebulan dah weyhhh~!! haha.. kemalasan melanda.. begitulah nampaknya.. Lagipun bulan lepas memang bulan paling busy bagi aku..

Tanggal 19 Mei 2011 bersamaan hari Khamis.. dengan rasminya aku telahpun menamatkan pengajian aku dalam Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat... Pada pagi yang indah.... dahla datang lambat.. pakai pulak wedges 3.5 inch.. gilerw la aku neh.. memang giler... dengan belom sarung jubah lagi.. bebudak laen da masuk.. yang belom masuk lagi adalah bebudak yang lambat sampai.. [dan akulah salah seorang daripada mereka yang lambat itu..] faham-fahamla jalan nak ke Shah Alam macam mana..




Sinilah dewan yang aku perlu ada untuk konvokesyen hari yang bersejarah itu...
Haaa.. bukan lagi kat Dewan Sri Budiman dan Dewan Annexe tempat akak aku konvo dulu da.. Situ kecik.. Mak bapak pun terpaksa tengok skrin ala-ala tengok Chelsea lawan ngan Liverpool tuh..
Kat sini, tak perlu nak tengok kat skrin tu lagi.. boleh tengok jelas anak dorang amek kat depan mata, boleh snap gamba terus dari atas..



Memang besa wa cakap lu... You noe wat.. Kamilah antara kumpulan pertama yang buat konvokesyen kat sini.. Para Graduan Konvokesyen yang ke-74 ni.. merupakan graduan-graduan yang pertama buat konvo kat sini.. huhu...

Masuk-masuk aje.. tetamu kehormat masuk mengadap..  Yang paling best, untuk sidang kali ni.. merupakan sidang ke-9..  Yang beri skroll tuh Naib Canselor UiTM.. ehehe.. Ni kali kedua senonye aku jumpe dengan beliau. First, masa kat Puncak Alam tu.. masa tu aku nak print saiment, kebetulan kedai yang aku masuk tu, N.C nak rasmikan, dan beliau belum masuk lagi, tyme aku nak binding tu baru beliau masuk..  Dahla time tu muka aku tengah kepenatan, bengkek.. boleh pulak buat muka macam tu, beliau kat sebelah aku pulak tu.. Muka pun macam nak tak nak senyum je.. Entah kenapa laaa....  Ha.. naseb beliau tak tanye aku kat atas pentas ni.. 





Sesetengah orang cakap dewan ni kapal UFO.. betul ke?? hermmm apa korang rasa pulak???



Bunga?? from MAMI...


From ma sis..






Acecece.. poyo pulak rasanye.. hahahahah




Yeay~!! Saya dah grade.. Baru Diploma.. ehehehe...



gamba stadio yang diambil pada hari tuh jugak.. gamba siap keesokan harinya.. memangla cepat diorang ni siapkan.. ngaaaa..... 


Ngan Pak Sahol uwhh..
sebenarnye aku control ayu [bluekkkk!!!! XP] sebab kat atas pentas tu jugak ada lecturer yang mengajar aku Communication kat Puncak Alam.. Pergghh.. Memang patutlah beliau ajar kitorang skema je.. sebab beliau dapat anugerah sarjana cemerlang.. Congrats to you too, Sir..
tapi saye segan nak tengok muke beliau.. nak aje cepat-cepat turun.. tapi kena control. kang jatuh tergolek-golek, dahlah pakai wedges 3.5 inch.. tak pasal-pasal.. plak.. 


Habis aje nama terakhir diserikan lagi dengan ucapan oleh Pak Sahol kite neh haa... lepastu.. ada pulak tayangan video kan.. Memang mengalir air mataku.. tiba-tiba aje aku menangih.... Aku anggap video tu video paling ja'at.. kasi aku menangih.. kijam betol la.. da tak ayu da aku tyme tu... memang sebaklah video tuh.. kalau tengok.. perghhhh...  ikutkan memang taknak nangih.. haihhh...

apa-apa pun.. habes sudah perjalanan aku sebagai pelajar Diploma.. sekarang kene berusaha keras pulak untuk Degree ni... Chaiyok2~!! Doa-doakan ek yang saye ni cemerlang sehinggalah tamat belajar dalam degree ni... 

Masih laju lagi laaa...

walaupun terumbang ambing sikit masa menaip.. huhuhu.... dah lama tak menaip..kan..
masuk degree neh mane ade speed typing lagi da.. zaman tu da berlalu.. masa diploma dulu.. huhuhu...
weyh.. pehal berlagak neh.. ish... ish.. ish.. tak baek... ikh ikh ikh...
yeah.. perektis mek perfek.. hoh.. teruk beno bunyinye..

61 perkataan
Speedtest


suara-suara sumbang: eleh... setakat menaip bahasa melayu bolehla.. blahlaa ko..
[huhuhuhu]



okehlaa.. yang ni bahasa inggeris punye pulak...

57 words
free online typing test


walaupun.. tak bape sangat.. tapi okeh laaa...

Thursday, June 16

Alhamdulillah....
Tamatlah sudah Andainya Bukan Untukku..
Setelah hampir 2 tahun bertungkus lumus, perah otak segala bagai.. sampai weng-weng tu tak berapa sangatlah kan.. hahahahaha..

Timer kasih banyak buat followers yang minat sangat kat citer neh..

After dis nak sambung pulak citer yang terbengkalai tu..
Nota Cinta Akhir ngan Aku Nak Glamour tuh..

Sokongla pulak tok cerita-cerita ni pulak dan cerita yang lain-lain..
Do support other stories jugak okeh..
ehehehe....
aligatok haipp haipp..~!!

Yeah..

Assalamualaikum..
Salam ukhwah
Salam perkenalan yang baru aje nak follow-follow blog kite neh..
Alhamdulillah, akhirnye habeh jugaklerw story yang pertame yang da kite buat neh.. Setelah berperang keringat … [haipp! Haipp! Aiyarrkkk!] dengan macam-macam cubaan dan halangan yang menimpa, perah otak sampai jadi mereng-mereng…
kalau dah mereng macam ni la jadinye…





gamba pemadam pun sanggup jugakkk



siput peliharaan yang selalu menjadi tatapan.. hak milik Mira [beshties] punye... 



Kan dah mereng dah tu.. sebab dah takde idea yang nak dikeluarkan.. ehehehehe…
Alhamdulillah setelah hampir.. [satu..dua.. hermmm…] citer Andainya Bukan Untukku ni sebenarnya dah lama kite sebaik aje final exam semester 5 masa amek diploma dulu.. lebih kurang November 2009.. haaa..  da nak 2 tahun la k0wt.. masa tu.. agak ke’weng-wengan’ sebab masih lagi berada di takuk yang lama, dan terikut-ikut cara masa sekolah menengah dulu. 



Bukan nama sebenar tuh.. ish.. maen rembat je ntah sape punye buku.. hahahaha...



Awal-awal tulis cerita ni kite amek buku Amali Sains sekolah menengah yang lama tuh.. yang memang kosong  dah tak pakai tu buat tulis.. yela.. buat ape nak membazir.. buku tu kosong, bukannye boleh bawak balik ke zaman sekolah lagi da.. Tapi, tengok-tengok memang kelakar la.. Sebab awal-awal muka surat tu tertera.. Prinsip Keabadian Momentum la.. hape laa.. ikh..  Actually memang since skulah menengah agy kite memang ada tulis-tulis novel.. FYI... mula-mula jinakkan diri dengan lukis-lukis katon.. [haa.. bab yang tu nanti time lain kite tunjukkan.. tadelah lawa sangat kite lukih macam kat GempakStarz tu..]. then mula jinakkan diri dengan mencuba masa tu Darjah 6 [pergh... muda sangat tuh] ubahkan sikit-sikit cerita yang diadaptasikan [konon-kononla...] cerita Kuch Kuch Hota Hai tuh.. [hahaha.. takkan korang tataw.. tyme tu kan memang fanatik dengan citer tuh.. lebih kurang tawon 2001 kite tuleh cerita tuh..] dan ia dengan mulakan idea-idea yang kite sendiri pun macam tak caye je, tawon 2003 [masa tu Form 2]




see..see.. 'tok adam' betol.. tapi nak buat macam ne.. memang tebiat kite since skulah menengah agy.. 


... dan masa tu [semester 5 diploma] jugak tengah mencari ketenangan setelah kucewa dengan seseorang.. haaa.. seseorang itu.. biarlah dirahsiakan namanya.. buek apo nak ingat kisah lamo lagi..  Dia pun dah ada yang baru yang lagi chumel, ke’ai, piaoliang, clever dan bukan honeyclover.. hoho… but even kisah tu berlalu, kite tetap baik dengan beliau tu.. buat apa nak simpan menci I-I menci you tuh.. Tak baik.. hahaha.. Kita lupakanla kisah orang itu.. Kite ni susah nak simpan dendam-mendam dengan orang.. lagipun Rasulullah S.A.W pun tak suke kita menci-menci dengan saudara se-Islam kita sendiri.. huhuhu….

Pada awal-awal cerita Andainya Bukan Untukku ni, [kira masa dalam tulis dalam buku amali sains merangkap buku amali Fizik tu la…] jalan cerita dia lain bona, tak macam cerita sekarang ni.  Tapi, tula.. masa tu, macam-macam idea keluar dalam otak ni, so banyak perubahan dan inilah hasil yang dapat kita lihat sekarang.  Dan akhirnye, habis jugak story ni..

Legalah jugak kot.. Tapi buat masa ni, kite perlu edit-edit sikit… Betulkan mana yang patut.. Insya-Allah kalau ada rezeki.. kite antokan cerita ni.. [tapi tak tau nak anta kat mana..]
So… ada cadangan tak nak antakan story ni kat mana?? Ekk… ngaaa….

Sunday, June 5

Bab 5

Yang berlalu biarlah berlalu




          MEMANGLAH aku akui sejak kes kena denda selama 4 hari berturut-turut termasuk hari ni, aku semakin rapat dengan munyet belanda.  Dia takdelah jahat macam yang sangkakan.  Kadang-kadang dia kelakar jugak.  Ehehehe... jangan salah tafsir pulak!  Lama-lama, marah aku kat dia dah berkurangan pulak.  Dia pun sama.  Tak sangka pulak kami boleh jadi satu kepala jugak! 
          Tapi tak lama aje lagi aku akan pulang semula ke Kuala Lumpur setelah hampir seminggu aku berkursus di bumi Miri ini.  Segala apa yang dipelajari sepanjang aku berkursus ini perlu aku praktikkan sebaik aje aku pulang ke Kuala Lumpur.  Tapi, rasanya tak banyak pun yang aku pelajari jika dibandingkan dengan yang lain-lain disebabkan aku kena denda punya pasal.  Aku juga yakin mungkin dalam masa sebulan lagi nama aku akan naik lagi untuk berkursus lagi, tapi tak tahulah kena campak ke mana pula.  Dah attitude teruk gila kat sini, mesti kena panggil lagi.  Aku memang dah bersedia aje, terima aje qada’ dan qadar.  Balik-balik mesti kena sembur.  Hu hu hu....
          Lebih kurang dalam 2 hari lagi aku akan pulang semula ke Semenanjung.  Confirmlah di hari-hari terakhir kursus ni pasti ada macam-macam aktiviti yang terlalu padat untuk kami semua habiskan.  Petang ni pihak penganjur adakan sukaneka mengikut kumpulan yang ditetapkan sejak hari pertama lagi. 
          Yang seronoknya, sukaneka pada kali ni buat kat tepi pantai.  Ho ho ho.. memang bestlah jawabnya!  Selama kat Miri ni, inilah kali pertama aku pergi pantainya.  Baru hari ni dapat jejakkan kaki ke pantai di Miri ni.  Jadinya, aktiviti sukaneka kami diadakan di sini.  Tapi yang tak bestnya, setiap kali kena ada sukan yang perlu berpasangan, aku mesti kena dengan si Munyet Belanda.  Mau tidaknya, si Louisa terang-terang sudah dengan Farah, begitu jugak si Zack dengan Asyraf.  Terpaksalah aku terima hakikat dengan terima si Munyet Belanda ni sebagai pasangan aku sepanjang aktiviti sukaneka ni berlangsung.  Nak buat macam mana, dah kena pasangan tu diambil dalam kumpulan jugak.  Kalau dia bagi kebenaran boleh aje berpasangan dengan peserta yang lain, tak payah ikut kumpulan punya pasal, dah lama aku amik Shera jadi pasangan aku.   Hmmm.. redha ajela...
          Yang paling tak boleh blah, aku rasalah, aku terpaksa berpasangan dengan dia bila ada satu game ni memaksa semua yang berpasangan ni kena ikat sebelah kaki bersama dengan pasangan tu jugak, kemudian kami kena berjalan sepantas yang mungkin untuk sampai ke garisan penamat.  Waktu ni yang paling aku tak suka sangat sebenarnya.  Mana tidaknya, 2 kali aku dengan dia jatuh.  Sekali dia berada atas badan aku, sekali lagi bila dah hampir dengan garisan penamat, kami jatuh lagi.  Dan kali ni, aku pula di atas badan dia.  Ish..ish.. buat alkisah romantik pulak aku rasa.  Tak pasal-pasal nama kami berdua naik, kena sebut masa aktiviti tu masih lagi berlangsung.
          Yelah, tak seimbang, masing-masing nak jalan cepat, memanglah jatuh.  Takkan terbang pulak!  Geram pulak aku rasalah kan.. kan.. kan..


          MALAM kebudayaan berakhir dengan jayanya.  Masih lagi banyak masa yang perlu diluangkan sebelum majlis berakhir pada pukul 11.30 malam.  Tiba-tiba aje ada idea tak berapa nak gila sangat oleh pihak penganjur.  Boleh pulak dia kata malam ni kita bersuka-ria, malam gonjeng-gonjeng.  Sementara nak tunggu pukul 11.30 malam, masing-masing dah berpakat nak adakan karaoke, main petiklah nama siapa-siapa.  Yang penting suara sedap.  Entah apa-apa ajelah diorang ni.  Takpe, yang penting aku tak kena sudah.  Aku dengar ajelah diorang menyanyi.  Ada yang sedap, ada yang macam-macam.  Kang ada pulak yang kecik hati.  Ha ha ha..  tapi yang macam-macam tu lah yang best sebenarnya.  Walaupun tak dapat hadiah pun, tapi sekurang-kurangnya dapat jugak menghilangkan tekanan.  Aku leka tengok gelagat mereka yang berkaraoke ni, macam-macam gaya ada.  Siap melayan dangdut pun sanggup jugak ni!  Lagu SMSlah, lagu Wulan Merindulah, Cintaku 100%lah, ish ish ish. 
          Habis aje satu turn, tak salah aku si Zack yang nyanyi.  Lagu rock kapak pulak tu, tak boleh blah jugak si Zack ni, melayan jugak dia nyanyi Bunga Angkasa tu.  Perghhh... tak boleh blah!  Dengan sengau-sengaunya, ha ha ha...
          Tak lama lepastu, tiba-tiba aje aku terdengar nama aku kena panggil, bukan takat tu aje.  Nama si Faizul pun naik jugak.  Ah.. sudah, apahal pulak ni?  Jangan kata nak suruh kitorang karaoke jugak!  Menggeletar jugak nak nyanyi, yela.. suara aku ni suara katak aje.  Katak pun lagi sedap suaranya nak panggil hujan.  Ngaaa... Diorang dah sibuk-sibuk memanggil nama kami berdua suruh naik ke atas pentas.  Aku seganlah rasanya.  Tiba-tiba pulak terasa segan, waktu bergaduh dengan si Faizul dulu tak hengat dunia langsung.  Depan pihak urusetia lagi tu!  Boleh aje aku bergaduh dengan dia.  Gilerlah!
          Tapi, bila malam ni pulak, tiba-tiba je shame-shame aku datang.  Mereka dari tadi memanggil-manggil namaku dan Faizul.  Haiksss.. nak tak nak, kuturutkan sahaja hati ini.  Dengan kaki yang berat macam kena letak dengan simen, ku langkahi juga.  Mikrofon kini sudah ada di tangan, begitu juga dengan Faizul.  Tak tahu nak nyanyi lagu apa ni?
          “Nak nyanyi lagu apa ni?” bisikku pada Faizul.  Faizul hanya menjungkitkan bahunya, tanda tidak tahu. 
          “Korang nak kami nyanyi lagu apa ni?” tanya Faizul pada rakan-rakan kami dengan menggunakan mikrofon. 
          “My Heart!” jerit satu kumpulan yang berada di belakang.  Yang lain pun turut menyokong.  Ah.. sudah.. takkan nak nyanyi lagu tu pulak.  Ada ke??
          “My Heart!  My Heart!  My Heart!” jerit mereka berulang kali.  Haiksss.. terpaksalah kami turutkan aje permintaan mereka ni.  Kami terus mengambil lagu My Heart, nyanyian oleh Acha Septriasa dan Irwansyah.  Apalagi, dialah yang start nyanyi dulu.
          “Di sini, kau dan aku terbiasa bersama.  Menjalani kasih sayang, bahagiaku denganmu,” rangkap pertama telah dinyanyikan oleh Faizul terus sahaja disorak oleh para peserta yang menjalani kursus tersebut.  Sedap jugak suara si Faizul ni rupa-rupanya.  Tidak henti-henti mereka nak mengusik kami.  Masuk pula rangkap kedua, iaitu rangkap aku.
          “Pernahkah kau menguntai hari paling indah?  Kuukir nama kita berdua, di sini syurga kita.  Bila kita mencintai yang lain, mungkinkah hati ini akan tegar?” nyanyiku.  Masuk sahaja baris yang seterusnya, kami terus menyanyi bersama.
          “Sebisa mungkin, tak akan pernah sayangku akan hilang.  If we love somebody could we be this strong.  I will fight to win our love will conquer all.  Wouldn’t risk my love, even just one night, our love will stay in my heart....  My heart,” ucap kami berdua, terus sahaja kembali bersorak.  Aduss... aku dah malu-malu tahap gaban aku rasa. 
          Faizul yang berada kat sebelah aku hanya memandang aku yang dah malu-malu ni.  Kau boleh pulak pandang aku macam tu, lagilah aku malu.  Boleh pulak senyum kat aku mamat ni.  Ishhh.. ada jugak yang nak kena tampo lelaju dengan aku.  Lagilah orang syak kita ni macam dah couple. 
          Kami terus sahaja menyambung nyanyian kami sehingga akhir.  Kami diberi tepukan gemuruh.  Aduh, aku dah tak tau berapa inci tebal muka aku ni.  Malu, aku rasa dah merah padam muka aku ni sebab tahan malu.  Bukan apa, dahlah kena nyanyi lagu My Heart, si Faizul pulak treat aku macam aku ni awek dia je.  Ish..ish..ish..
          Aku terus sahaja mengambil beg yang ada pada kerusi dudukku tadi dan berjalan menuju ke tepi pantai.  Bukan aku seorang sahaja yang berada di pantai yang menghadap hotel yang kami duduki sekarang ini.  Ramai yang berada di situ ingin mengambil angin laut malam.  Yelah, orang macam aku ni, ambil angin dari asap kereta bolehlah.  Susah nak dapat suasana yang macam ni kat KL.  Rasa tenang aje bila aku berada di sini.  Hilang segala kekusutan yang melanda dalam fikiran aku sekarang ni.  Aku tersenyum puas meskipun kes tadi masih lagi belum hilang dalam kotak memori aku.  Malu tu tetap juga ada, itu yang aku lari ke tepi pantai ni. 
          Tanpa aku sedari, Faizul turut mengekori aku dari belakang.  Entah bila masa pulak dia ni ikut aku, aku pun tak tau.  Sampailah aku berada di tepi pokok kelapa yang menghadap bilik hotel aku, barulah aku perasan yang dia berada di belakangku.
          “Hisshhh.. kau ni.  Dah macam stalker aku je,” kataku.  Dia masih sempat lagi tersenyum.  Aku pun ikut tersenyum jugaklah.  Masing-masing diam, tak tau nak mulakan apa.  Tak tau nak cakap apa.  Mataku hanya fokus kepada satu perkara, menghadap laut. 
          “Sedap suara kau.  Tak tau pulak suara kau tu sebenarnya sedap,” jawab Faizul.  Ish, memuji pulak dia ni.
          “Hmmm.. suara kau pun apa kurangnya.  Tak sangka pulak kau pandai nyanyi,” balasku pula.  Kami diam lagi.  Aku tak tau kenapa dengan perasaan aku kali ni.  Jantungku tiba-tiba saja berdegup kencang tatkala aku berhadapan dengan Faizul.  Sebolehnya aku ingin melarikan pandangan mataku daripada melihat wajah Faizul.  Aku tak taulah kenapa.  Perasaan ni begitu lain sewaktu aku masih lagi berhubungan dengan Azwan.  Lain sangat. 
          Aku tak pernah rasa perasaan macam ni sewaktu aku masih lagi bersama dengan Azwan.  Aku memandang lagi ke arah laut.  Meskipun gelap, namun aku dapat merasai udara angin laut itu serta bunyi hempasan ombak ke pantai.  Terasa begitu nyaman.  Segala masalah hilang begitu sahaja dengan sekelip mata. 
          “Esok, kau dah nak bertolak balik, kan?” soalan pertama dikemukakan oleh Faizul.  Aku menoleh ke arahnya sekejap dan kembali pandang ke arah laut.  Aku mengangguk perlahan.
          “Kau.. dah packing barang ke?” soal Faizul lagi.
          “Belum lagi,” jawabku ringkas. 
          “Belum lagi?!  Habis bila pulak kau nak packing barang?” balas Faizul.  Risau pulak dia ni.  Macamlah dia boleh tolong aku packing barang.  Macamlah jugak boleh masuk dalam bilik hotel aku, kang tak pasal-pasal je balik dapat title baru..  Ngaaa....
          “Nantilah dulu.  Nak ambil angin dulu kat sini.  Dah nak seminggu aku kat sini, tapi aku tak pernah ambil angin laut macam ni,” jawabku. 
          “Ermm.. Intan..,” panggilnya.  Aku yang pada awalnya macam tak berapa nak kisah sangat, macam aku yang cakap dulu.  Kebanyakan orang yang aku kenal akan panggil aku dengan nama Dira ataupun Adira.  Sebab nama kakak aku yang lain pun bermula daripada Intan juga.  Macam Along, namanya Intan Aqilah, nama penuh Achik pulak Intan Ashira.
          Sekali-sekala... eh bukan sekali-sekala pun.  Dah nama pun duduk kat tepi laut, dah tentu angin laut kuat, rambut ni dah macam iklan syampu Pantene, terbang-terbang pulak.  Sabo je la..    
          “Aku nak minta maaf kat kau apa yang aku dah buat kat kau sepanjang minggu ni.  Aku takde niat pun nak sakitkan hati kau.  Aku harap... hubungan kita takkan berakhir macam tu aje.  Jangan lupakan aku kat sini,” balas Faizul.  Lain macam je cakap ni.  Aku hanya tersenyum. 
          “Insya-Allah, aku takkan lupakan kau.  Aku pun nak minta maaf kat kau sebab suka cari pasal dengan kau,” kataku pula. 
          “Bukan kau yang salah.  Aku yang selalu mulakan hal dengan kau.  Kalau tak sebab kita kena denda, aku rasa sampai sekarang kita tetap bergaduh,” balasnya.  Aku hanya tersenyum, takde nak kata apa-apapun.  Dan.. huwargghhh... perghh.. air mata dah mengalir.. Nampak sangat aku ni dah stok mengantuk aje da..  Aku terus pusing dan ingin masuk semula ke dalam hotel.
          “Kau dah nak naik bilik ke?” tanyanya lagi. 
          “Iyela.. mata aku pun dah mengantuk.  Barang pun belum packing lagi.  Esok flight aku berlepas pagi,” jawabku lalu melangkah masuk ke dalam hotel.
          “Intan!” panggil Faizul lagi.  Ish..memanggil lagi dia ni, mata aku dah mengantuk ni, baju pun tak kemas lagi.  Dengan penuh ketoyaan aku pusing ke arahnya semula. 
          “Tidur nanti mimpikan aku, ye?” pintanya.  Herkk.. apa punya pesanan yang bagi kat aku ni.  Aku hanya senyum takde gula kat dia, terus aje aku masuk ke dalam hotel.  Pada masa yang sama, sempat juga aku mengerling ke arah kawan-kawan satu seminar dengan aku yang masih lagi penuh di kawasan majis penutupan tadi.  Diorang ni masih lagi belum insaf lagi, tak sedar diri lagi agaknya yang esok dah nak berangkat pulang.  Si Zack.. wah.. memang dasar tak sedar diri lagi dia tu, tak habis lagi melalak dia.  Kali ni dia nyanyi lagu Mahligai Syahdu selepas lagu Mahakarya Cinta, Fantasia Bulan Madu, dan entah berapa lagu lagi dia belasah untuk malam ni aje.  Biasalah, bakat yang dah kena rendam. 
          Aku terus tekan punat lif dan masuk ke dalam perutnya dan menekan butang 5, di mana bilik yang aku menginap sekarang ni dan merupakan malam terakhir aku menginap di bilik tersebut.  Sampai-sampai aje, aku terus merebahkan tubuhku di atas katil dan terus je... Zzzzzzzzzzz.......
 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template