Alhamdulillah, sudah hampir seminggu
kami sekeluarga menjalani ibadah puasa pada tahun ini tanpa gagal. Yang membuatkan aku rasa terharu bila melihat
Haikal yang baru saja menjalani ibadah puasanya pada tahun ini, nampak begitu
bersemangat sekali. Alhamdulillah,
itulah yang aku harapkan dari semua anakku.
Seperti
rutin biasaku, aku akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka puasa
seawal jam lima petang lagi. Nak
sediakan bahan-bahan, sebolehnya, aku tak mahu hidangkan makanan untuk berbuka
puasa yang sama ataupun yang hampir sama dengan juadah yang semalam atau yang
kelmarin, biar ada kelainan sedikit.
Sedang
sibuk memotong bunga kantan, aku terdengar suara tangisan Mikail dari tingkat
atas. Sudah, apa kena pula dengan
budak-budak ni kali ini? Mesti ada
bergaduh rebutkan sesuatu benda, lepastu adik mereka yang jadi mangsa
keadaan. Kaisara dan Haikal ni pantang
sikit kalau nampak mainan, mulalah mereka berdua ni berebut tak hengat, si
kakak, mentang-mentang dia dah besar, memang tak mahu beralah. Yang si Haikal pula, dah memang dia anak
lelaki, memang pantang untuk menyerah.
Si adik, duduk di tengah-tengah, konon-konon jadi pengaman bagi kakak
dan abangnyalah tu. Dah biasa
sangat.
“Abang, pergi tengok
budak-budak tu kejap. Meen tengah masak
ni,” arahku sebaik saja aku memandang Raykal dengan sekilas saja bila dia
merebahkan tubuhnya di atas sofa berangkai tiga di ruang tamu. Riuh-rendah benar bila si Kaisara, Haikal dan
Mikail bermain sekali. Memang menguji kesabaran aku betul dengan anak-anak aku
ni, dalam bulan puasa pulak tu. Si
Raykal pulak, entah apa yang dia buat kat ruang tamu, takde bunyi menegur
budak-budak tu pun. Ish…. Serabut pulak!
“Abang!”
panggilku lagi. Nak memasak pun hati tak
tenang, jarum jam pun dah menunjukkan hampir 6.30 petang. Sebaik saja aku memasukkan daun kesum dengan
bunga kantan nak masak laksa hari ni, tiba-tiba ada budak menangis lagi. Sudah!
Tadi dah elok-elok diam, senyap, ni berbunyi balik?
“Abang! Cuba tengok siapa yang nangis tu!” jeritku.
Adui, tak keruan dibuatnya.
Senyap, tiada sahutan pun daripada Raykal. Aduiii… Tak boleh jadi. Dari sayup-sayup aku dengar, macam suara Mikail. Aku mematikan saja api di dapur gas dan
berlari ke ruang tamu.
Yang
buatkan aku geram, si Raykal duk tersengih-sengih aje pada skrin telefon bimbit
yang baru dia beli, okey, Blackberry Z3! Sibuk dengan handphone baru, sampai anak menangis pun takkan tak perasan?!
“Abang! Meen suruh tengokkan budak-budak, main handphone je!” marahku pada Raykal, tapi
Raykal tetap buat dek je. Ya Allah,
telinga kuali cap Astro ketebalan tahap mana yang dia pakai ni?! Geramnya aku dah tahap giga dah ni! Aku biarkan saja, malas nak ambil tau. Aku berlari naik ke atas sebab aku dengar
suara Mikail dari atas. Aku nampak Mikail
sudah kemerahan wajahnya menangis sejak dari tadi.
“Kakak,
apa dah jadi dengan adik ni?” soalku sambil kaki mengalihkan semua barang
permainan milik mereka berdua ni yang bersepah di atas lantai.
“Ekal
tadi, main-main kat pintu, tak tau ada adik kat belakang,” tuduh Kaisara. Budak ni, salahkan adik dia pulak!
“Kan
ibu dah cakap, jaga adik! Berapa kali
ibu nak pesan?” marahku. Aku bukan
tujukan pada salah seorang daripada mereka berdua, tapi dua-dua sekali. Sama-sama kepala batu. Pening kepala dibuatnya, seminggu puasa dah
jadi macam ni. Aku tak tau macam mana
nak hadapi lagi beberapa minggu ni, nak marah sangat nanti terbatal pulak puasa
ni.
“Kakak
dengan Ekal kemas semua barang mainan ni, masukkan semula dalam kotak. Satu mainan pun ibu tak nak nampak. Lepas ni turun bawah, dah nak berbuka dah
ni,” arahku. Aku terus mendukung Mikail
bawa turun ke bawah menuju ke ruang tamu.
“Abang,
jaga Mika ni,” pintaku. Raykal masih
lagi bermain dengan handphonenya. Aku bengang betul, macam aku ni cakap dengan
dinding. Aku meletakkan Mikail di
sebelah Raykal. pun Raykal masih tak
perasan lagi!
“Abang,
boleh tak pandang sini kejap?” soalku lagi.
Ni lagi sorang, bapak budak! Tak
faham betul! Aku rampas handphone yang Raykal pegang dari
tadi. Raykal tersentak, benda yang dia
pegang sejak dari tadi sudah tiada di dalam genggamannya.
“Meen,
abang tengah Whatsapp dengan kawan
abang, tau tak!” marah Raykal.
“Abang
ni lebih pentingkan benda alah ni sampai abang tak tau apa dah jadi kat Mika ni!”
bebelku, tangan masih lagi memegang telefon bimbit miliknya. Tangan mencekak di pinggang. Apa nak jadilah dengan laki aku yang sorang
ni. Sibuk sangat main dengan telefon
bimbit dia je sampai anak menangis pun buat dek aje.
“Bagi
balik handphone abang tu,” mintanya
sambil menadah tangan nak telefon dia balik, jangan harap! Tapi, kejap.
Dia dah pandang semacam je kat aku.
Eleh.. kisah pulak Mak Jah ni haa?
“Meen
takkan bagi selagi abang tak jaga Mika tu dulu,” tegasku.
“Benda
macam ni pun Meen nak ambil serius jugak ke?
It’s just a handphone!”
bidasnya. Pulak? Habis yang dia dok tersengih-sengih kat skrin
handphone tu apa?
“Because it’s just a handphone,
abang. Mika tu anak abang, mana lagi
penting?” soalku. Raykal diam. Buat muka cemberut dia. Aku malas nak layan, banyak lagi kerja lain
yang aku nak kena siapkan sebelum waktu berbuka puasa ni.
“Meen
minta tolong abang sekejap je, sebelum waktu Maghrib ni. Jaga budak-budak, Meen nak siapkan makanan
untuk berbuka puasa ni. Tak lama pun,
kurang daripada sejam je lagi. Tolonglah,
bang,” pintaku. Aku meluru ke dapur dan
menghidupkan semula api untuk
“Baru
minta anak sorang jaga, dah buat muka.
Buatlah lagi, buat! Nak anak
ramai sangat, minta tolong jaga sekejap, tak nak! Main handphone
sampai tak hengat, boleh pulak!”
bebelku sendirian.
“Awak
cakap apa tadi?!” suara Raykal dari belakangku mengejutkan aku. Tak sangka pula dia ada kat belakang aku,
ikut aku sampai ke dapur sambil mendukung Mikail.
“Apa? Salah apa yang Meen cakap?” balasku pula.
“Jadi,
awak nak kata yang awak tak bersyukur dengan adanya anak-anak ni, macam tu?”
soal Raykal pula. Suara dia dah lain
macam, tegas dan agak tinggi. Aku
menarik nafas panjang, aku ni kalau boleh tak mahu ada pertikaian ke,
pertelingkahan ke apa, dah nak masuk waktu berbuka dah ni. Apa pun tak siap hidang lagi.
“Meen
bukan maksudkan macam tu….”
“Habis
tu? Awak nak kata anak-anak ni
menyusahkan awak selama ni?” sedas lagi Raykal bagi kat aku sebelum aku
habiskan kata-kataku tadi.
“Abang…,”
“Nak
kata permintaan saya selama ni memang menyusahkan awak?”
“Meen
letih, Meen mintak tolong tengok anak-anak sekejap je. Tapi, abang buat dek je, abang dok main
dengan handphone abang tu. Macam Meen ni cakap dengan tunggul je. Lepas tu, abang cakap macam ni pulak,”
balasku. Aku cuba nak pertahankan
perkara yang betul, tapi, takkan dia tak sedar lagi apa yang dia dah buat? Aku penat panggil, tapi apa yang dia buat
tadi? Aku lalu depan dia, cakap dengan
dia, apa yang dia respon? Aku letakkan
Mikail kat sebelah pun ada dia pusing tengok anak dia tengok menangis ke tidak?
“Habis,
abang ni tak letihlah?” soalannya tak sempat aku jawab, pantas Raykal keluar
dari dapur. Raykal meletakkan Mikail di
atas sofa semula dan naik ke atas. Ah,
sudah! Dia buat perangai pulak, orang
dah nak berbuka puasa dah ni! Si Mikail
pula terpinga-pinga melihat papanya meletakkan dia semula di atas sofa sambil
menggigit belakang tangannya.
“Abang!” panggilku.
Aku berpatah balik ke ruang tamu semula, aku nampak Raykal sudah mendaki
anak tangga satu demi satu. Aku dah
mulai pening kepala, waktu-waktu beginilah pula dia ni nak buat perangai. Aduiii!!
Kurang
lima minit aku nampak dia sudah bersiap-siap dengan t-shirt Polonya, berseluar jeans
sambil memegang telefon bimbit yang baru saja aku rampas dari dia tadi. Ah, sudah!
Dia berjalan menuju ke tempat letak kunci, diambilnya salah satu kunci
kereta miliknya. Aku pantas
menghampirinya.
“Abang
nak pergi mana ni?” tanyaku pantas menghampirinya, aku cuba untuk
menghalangnya.
“Nak
berbuka… kat luar,” jawabnya sambil membetulkan kolar t-shirt, tak pandang muka aku langsung.
“Tapi,
bang. Kan dah nak masuk waktu berbuka
ni. Tak payahlah nak berbuka kat
luar,” pujukku.
“Abang!” panggilanku langsung dia tak endahkan. Dia terus masuk ke dalam kereta dan
menghidupkan enjin kereta tersebut.
Terus saja dia memecut laju keluar dari perkarangan rumah. Takkan nak kejar pulak, hidu ajelah bau asap
kereta dia tu. Aku… sedih, pedih, sebak
sampai hati dia buat macam ni? Aku bukan
salahkan dia sebab perkara tu, tapi, cara dia yang lepas tangan macam tu je. Tengoklah sekarang ni, walaupun waktu berbuka
puasa sudah semakin hampir, dia boleh pergi macam tu aje.
“Ibu,
papa nak pergi mana tu? Kenapa papa tak
ajak kita sekali?” tanya Kaisara yang baru saja menuruni anak tangga yang
terakhir, dia ternampakkan aku yang berdiri di muka pintu rumah. Air mata yang tanpa aku sedar mengalir di
pipi, pantas aku kesatkan, aku tak nak mereka melihat aku menangis.
“Papa
pergi berbuka dekat masjid,” bohongku sambil membawa Kaisara masuk semula ke
dalam rumah.
“Nanti
papa balik lagi ke, ibu?” tanyanya lagi.
“Nanti
papa balik lagi. Dah jom kita masuk, dah
nak masuk waktu ni. Nanti kita makan
kurma dan kuih dulu, lepas tu kita solat Maghrib,” ajakku pada Kaisara dan
Haikal, mereka berdua menganggukkan kepala masing-masing. Sebelum aku masuk ke dalam rumah, aku sempat
lagi berpaling semula ke luar, mengharapkan Raykal akan berubah fikiran dan
berbuka di sini.
“Habis,
papa tak makan sekali dengan kita ke?
Nanti papa tak solat dengan kita sekali ke?”
“Tak,
sayang. Papa solat kat sana,” bohongku,
aku terpaksa! Takkan nak bagitau kat
diorang yang papa dia berkecil hati dengan aku hanya kerana anak-anak.