Saturday, July 30

Andainya Bukan Untukku via Penulisan2U

kalau nak tengok lebih lanjut tentang cerita Andainya Bukan Untukku tekan-tekan kat sini..
kan mak cik ade kata dulu ada edit-edit, ada tambah citer sikit.. tapi takde kat dalam ni..



Andainya Bukan Untukku

Thursday, July 28

Baju Raya Untuk Tahun Ni Adalah....


Kakak Opis: Hah~!!
Actionkuh: 


Kakak Opis: apo ekau buek tu haa??
Actionkuh:   ermm..ermmm.. ehehehehehehe


Kakak Opis: apo ekau buek?? dok main muko buku yo~!!
Actionkuh:   cam ni ha kak...


Kakak Opis: apo hal ekau tengok gambo baju rayo neh??
Actionku: Sss...sebe..benarnye kak..


TEEEEETTTTT~!!!!




sudah... kau cik mun jangan kau membuat perkara yang tidak ada [tapi ada jugak sikit-sikit]
haha.. dah la.. diam-diam..

actually.. tengah boring-boring jugak... meskipun ada jugak koje neh haa.. menunggu keje datang.. bila yang takde mende pun nak dibuat jugak, da tataw nak buat ape da neh.. hahaha... treeettt---tet--tet--

tengah sengal neh... baju raya takde lagi senonya.. hahahaha..

da last minute.. malam raye baru nak pegi mencarik... ditengah kesibukan.. kesesakan jalan raya yang terlampau dari Jalan Ipoh dekat-dekat dengan pulau sampaila penghujung Jalan Tunku Abdul Rahman..
[tu ape yang makcik rase tawon lepas la.. ]

lepas tu siap pulak ade program live malam raya sampaikan Salam TV3 buat kat All Rumah [haiyee.. Semua House].. da la muka sangap nak tido je time tuh..
kalau bukan sebab akak makcik.. memang takde maknenye.. mami pun tak kuat mane nak jalan.. tapi tetap juga digagahkan demi mencapai aspirasi negara itu [lah sangat]



hengat nak baju kaler hijau... tapi entahla... kan kan kan..
sebab tade baju hijau pun.. sedih beno neh...

baju kaler tu je yang tade lagi uwh..

kalau tak jumpa baju raye kaler hijau... 
baju ni boleh kot.. meskipun kosnye agak tinggi kot..

rase belum dibuat orang ni..baju raya pakai baju atas ni...
pengsan jugak orang jap agy kalau aku bawak pakai pegi masjid neh...

Wednesday, July 27

Puasa.puasa.puasa.


Lagi beberapa hari nak masuk bulan puasa ni.
Jadi mak cik sibuk la nak mencari wallpaper.. nak print, potong, dan tepek kat atas kotak korma...

ikhlas dari.. trett--tett--tett---
sibuk-sibuk mencari..mencari wallpaper yang chumel, ke'ai, piaoliang, dan segala macam yang agak kechumel-chumelan..
disebalik tengah mencari-cari wallpaper bulan puase neh.. dan dikelilingi oleh wallpaper ramadhan.. 
tiba-tiba aje terselit wallpaper Justin Beber... 



cari lagi cari lagi... 
ada lagi... 



shaun the sheep chomel tuh.. haha..
tapi sebelah shaun the sheep tu yang takleh blah..
code tulis naruto wallpaper..
tapi gamba keluar ramadhan punye wallpaper...
haiiyeeeee..



dahlaa.. makcik nak sambung Aishiteru la pulak...

lalalalalaaaaa....

Tuesday, July 26

Counting The Days....~!!



Nenek pesanTingkatkan keimanan di bulan Ramadhan..jgn jdi cm owg kt blakang ni lom stgh hari da pengsan! Ngee~!




Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak 



cheee.. terlebih skema pulak rase diri ini... hek hek hek...
 


Haik... 

ini gamba...

Ampa tengok la kad matrik yang ampa buleh tengok tuh..
perghh..masih lagi pelajar kolej trett- tet--tett...

Monday, July 25

Howaa...

Di pagi yang berbahagia ini bertarikh 25 Julai 2011.. ikh..ikh..
da nak tengah hari da neh pun...
Tengah koje neh senonye...
Dalam-dalam tengah .. eh.. hosh hosh~!!    bukan..bukan..

aku pun klik-klik kat sini.. ni.. haaa.. bawah ni...
   
Sini...sini~!!!
tengok-tengok..  
what daa...
sume da kuar neihh~!! baru je anta hari Sabtu hari tuh..

dan akhirnye terus aku jadi..

dah pulakk..



haha... jangan lupe tengok-tengok yee~!!

ANDAINYA BUKAN UNTUKKU
episod Prolog dengan Bab Satu..


humanggg aihh..

Saturday, July 23

Okeh.. da siap ... k0wt..

howa.. tade la lawa sangat enn.. tapi simple laa..
oke laaa...
hermmm..


takde crowded sangat k0wt..
malas nak create-create laaa...
ni je yang mampu.. hehehe...


okehlaaa... nak  kejap..
lepastu nak pulun sikit-sikit Andainya Bukan Untukku.. haiyarrkkk

camne... tak nyempat-nyempat..

Insya-Allah.. sikit je lagi ni..
Doa-doakan dapat diterima yewp.. nyaaaa..

tengah buat maintenance...

Mak Cik tengah buat maintenance neh..
jadi.. take time sikit.. buat sementara ni.. pakai yang ini dulu..
for temporary use.. ehehehe..
mahap yeee...

Bab 7

YUSRY duduk di atas pangkin sambil membaca komik milik Cikgu Fauzan.  Majalah Ujang tu!  Walaupun majalah komik itu edisi yang terdahulu, terasa terlalu lama dia tidak melayan majalah komik itu, rindu dia nak baca katak puru, tapi yang paling dia akan ingat dan takkan lupa komik bersiri Aku, Dia dan Volkswagen.  Memang kegemaran dia tu.  Terasa nyaman, tenang saja kawasan kampung Mak Kiah ni, hilang semua serabut dalam kepala ni bila memikirkan peperiksaan STPMnya yang akan bermula serentak sama dengan adiknya, Tiara Dalilah.  Tapi, tak macam adik dia yang sorang ni, macam takde peperiksaan besar je kat dalam otak dia tu.  Hari-hari dok berangan nak jadi artislah, jadi itulah, jadi inilah.  Berangan jelah.. tak habis-habis.
                Tiara Dalilah yang berada di sebelah abangnya sudahpun baring menelentang menghadap langit yang disinari bulan dan bintang-bintang yang bertaburan di seluruhnya.
                Selesai sudah Yusry membaca majalah komik itu, dia meletakkan majalah itu di tepi.  Dia kemudian mengambil gitar miliknya itu lalu diberikan kepada adiknya yang berada di sebelahnya.
                “Nah, kau kasi belasah satu ke dua lagu.  Bosan pulak rasanya malam-malam macam ni,” arah Yusry.  Tiara Dalilah bangun dari baringnya, lambat-lambat dia mengambil gitar milik abangnya itu.  Matanya malas melihat tali-tali gitar itu lalu dibunyikannya dengan penuh malas dan bunyi sumbang. 
                “Malasla.....,” jawab Tiara Dalilah sambil menongkat dagunya pada gitar itu.  Matanya dipejamkan, mungkin mengantuk sudah matanya meskipun jam baru sahaja menunjukkan 9 malam. 
                “Nyanyi sikit je.  Dah lama tak dengar kau menyanyi.  Suara kau kan sedap,” pujuk Yusry.  Perghhh.. bukan main bodek siap belai-membelai lagi ni.  Nasib baik kau abang aku. 
                “Yelah.. yelah.. lagu apa ni?” tanya Tiara Dalilah, tangannya sudahpun sedia pada kod gitarnya.  Tinggal tunggu jawapan dari abangnya tu nak buat permintaan lagu kat dia aje kejap lagi ni.
                “Oh bulan satu,” jawab Yusry.  Hah.. itu ajelah lagu yang disuruhnya.  Dah takde lagu lain rasanya kalau gitar ni dah dipegang oleh adiknya yang sorang ni.  Lagu Dan Sebenarnya dari Yuna bertukar tajuk jadi Oh Bulan oleh abangnya yang tak berapa nak sengal tu.  Tiara Dalilah terus bersedia dengan kod lagu itu.  Terus aje.. jrenggg...
                “Oh.. bulan... oh... bulan... Oh bulan...... Oh..oh... oh... ,” itulah permulaan lagu yang diubah sedikit oleh Tiara Dalilah.
                “Oh... bulan.... Oh...bu...lan...,” sambung Tiara Dalilah lagi.  Haisherhhh... dari tadi Oh Bulan aje ni.  Mana pulak komik yang aku baca tadi.
                “Oh.. buuu.. adeh!” tiba-tiba sahaja abangnya membaling komik yang dibacanya ke kepala si adik. 
                “Dari tadinya oh bulan.. oh bulan.. oh bulan.. rangkap lain takde ke?” marah Yusry.  Ape kejadah la adik aku sorang ni. 
                “Sabola.. baru nak touch-up intro, dah kena baling.  Baru nak sambung ni...,” ngomel Tiara Dalilah.  Dia sambung lagi memetik gitarnya. 
                “Oh bulan.. enggan melayan diriku lagi... Pabila, airmata membasahi pipi.   Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku.  Pabila, kau bersama yang lain,” nyanyi Tiara Dalilah.  Memang suara adik aku ni sedap, mengalahkan Yuna.  Boleh buat aku tertidur terus kat pangkin ni. 
                “Ha.. sambung..sambung,” arah Yusry lagi.  Dia yakin adiknya tu masih lagi leka dengan petikan gitarnya itu tanpa menyedari ada lagi seorang sedang menghampiri mereka. 
                “Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta, yang masih bersemadi untukmu.  Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu, kau juga merindui aku,” sambung Tiara Dalilah lagi.
                “Kesian... siapalah yang dok merindu dengan kau tu, ek?  Malang betul nasib orang tu bercinta dengan kau.. ha..ha.. ha..,” perli Yusry pada adiknya.  Tiara Dalilah menjeling sinis pada abangnya itu.  Ishh.. ade yang nak pelangkung dengan gitar kejap lagi nih!  Kejap.. kau tunggulah.. Ish.. Belumpun sempat dia nak mengangkat gitar itu, konon-konon nak ketuk-ketuk kepala abangnya itu, Cikgu Fauzan yang datang entah dari mana sudahpun menghampiri mereka berdua di atas pangkin itu.  Ishh.. tak jadi nak pukul abang aku yang sengal ni.
                “Kalau saya yang rindu kat Tia , macam mana pulak??  Boleh diterima tak?” soal Cikgu Fauzan.  Ish... mau terbeliak dua pasang biji mata adik-beradik itu bila mendengar soalan yang baru sahaja dikemukakan oleh cikgunya itu. 
“Oh.. My... God!  Betul ke ni cikgu?  Hot news!  Hot news!” jerit Yusry sambil mengipas-ngipas dengan tangannya. 
                Tiara Dalilah membalas jelingan sinis pada Cikgu Fauzan pula.  Ish.. nak kena makan ke cikgu aku sorang ni?!  Cikgu Fauzan terus sahaja duduk bersebelahan dengan Tiara Dalilah.   Terus sahaja Yusry bangun dari tempat duduknya di pangkin itu.
                “Okeylah, cikgu.  Tiba-tiba hari ni nak tidur awal pulak, penat sangat kot naik bas hari ni.  Hmmm... Okeylah, saya masuk dalam dulu, tak nak kacau orang nak ‘berkasih-sayang’ ni.  Da....,” ucap Yusry sambil menggeliatkan badannya, bukannya tak tau, Yusry sebenarnya sengaja berbuat begitu.  Tiara Dalilah pun ingin mengikut abangnya dari belakang, tapi ditahan oleh Cikgu Fauzan.
                “Tia, cikgu ada benda yang nak beritahu kat Tia ni,” ucap Cikgu Fauzan.  Langkah Yusry sudahpun jauh ke hadapan dan sudahpun menghampiri ke muka pintu rumah kampung milik Mak Kiah dengan Cikgu Fauzan.  Sudah pasti dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Cikgu Fauzan sebentar tadi.
                “Takpelah cikgu.  Esok-esok pun cikgu boleh cakap benda yang penting tu.  Hari ni penat sangatlah cikgu.  Saya masuk dalam dulu.  Malam-malam macam ni tak boleh duduk lama sangat kat luar, nanti kena embun.  Okey.. tata,” jawab Tiara Dalilah sambil membawa gitar milik abangnya itu sekali berlari masuk ke dalam rumah.
                Ishh...mintak simpang...  Tiara Dalilah terus sahaja melulu masuk ke dalam rumah tanpa melihat langsung Cikgu Fauzan yang termangu di atas pangkin.  Cikgu Fauzan hanya tersenyum melihat gelagat anak murid kesayangannya itu, kemudian dia mendepakan tangannya dan berbaring di pangkin yang beratapkan langit malam yang dihiasi bintang-bintang yang bertaburan dan bulan sebagai lampunya.  Dia tersenyum sendirian.

Tuesday, July 19

FIL -Empat-

BANGUNLAH secepat mana sekalipun, arakian juga… eh.. arakian juga aku pakai ni??  Pergghhh.. tak boleh blah ayat yang aku pakai ni, sekali keluar jugak ayat sastera aku yang dah lama jugak aku tinggalkan.  Tak kisahlah kau bangun sebelum Subuh sekalipun, konon-konon nak keluar awal sangat, konon-konon tak nak menyusahkan orang lain dok jemput kau nak pergi kerja.. dalam erti kata lain, bos kau sendirilah… tapi kalau dah sezarah daripada asap bas ataupun teksi pun takde, apa yang kau nak kata. 
            Ehem..ehem.. sebenarnya nak mengata kat diri aku sendiri.  Yelah.. dari matahari belum start kerja lagi, sampailah matahari dah masuk syifnya, sampai sekarang aku dok tercongok kat depan bus stop ni.  Bayangkanlah, selepas Subuh aku berkejar-kejar nak ke sini, semata-mata tak nak tertinggal dek bas, tambah tak mahu terlambat sampai ke pejabat.  Alih-alih, harapan tinggal harapanlah.  Harapan kini dah lebur untuk menjadi pekerja contoh kat syarikat untuk bulan ni.  Mesti Encik Ikmal sedih ni.  Dahlah datang lambat, ish…
            Adoi.. adoi.. dan adoi lagi.. Jam dah menunjukkan tepat 8.30 pagi.  Tapi kelibat satu teksi pun aku tak nampak langsung! Bas lagilah, jangan harap.   Pukul 9.30 pagi nanti aku ada meeting.  Ish.. sempat ke ni?  Nak redah jam lagi, aku dari tadi asyik mengerling ke arah jam tangan.  Kepala ni dah berserabut dengan bermacam-macam benda.  Aku tak tau kenapa dengan perkhidmatan awam pada hari ni, langsung tak ada.  Takkan mogok pulak, gara-gara aku terpaksa menggunakan khidmat mereka??
            Dari tadi aku tak habis-habis tengok jam tangan.  Rasa sebal pun ada juga waktu ni.  Aku rasa, nak aje aku yang takeover drive bas atau teksi waktu ni.  Cheee.. ingat aku tak boleh bawak ke?? Orang yang dah biasa guna perkhidmatan awam kat kawasan rumah aku ni dah mula membebel-bebel yang bukan-bukan… Yelah.. menunggu hampir 2 jam kot!  Tapi satu bayang bas atau teksi pun takde. 
            “Tak pernah-pernah mike mogok cenggini..?”
            “Ateh… deme idok hati dan perasaan awok ni?  Ikut suke deme je nak datang pukui berapa?  Awat, awok ni takde koje lain nak menunggu deme.  Awok ni.. kang bos awok pecat awok, ade deme mau bertanggungjawab??” perghh.. ‘pok cik’ sorang ni.. namanya Jimbet.. Aku pun tak tau dari mana datang perkataan tu.  Tapi bebudak selalu panggil dia Jimbet. 
Dia ni memang pure orang bandar Kuala Lumpur.  Tapi entah macam mana boleh terjebak mengikut loghat Perak ‘mike-deme’ ni.  Kalau betul tatabahasa dia ni, boleh la juge aku nak terima.. Ni.. tunggang-terbalik je aku dengarnya..  Memang tak salah lagi.. Memang dia kipas-susah-mati Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Usop Wilcha ni.  Tu yang terikut-ikut agaknya tu.  Jimbet, budak sekolah lagi.  Tapi, itulaaa…. sekolah lagi jauh-jauh nun di sana.  Ada yang dekat tak payah pakai public transport, nak jugak sekolah jauh-jauh, katanya nak berdikari..  nak naik bas awam.  Berdikarilah sangat kau ni Jimbet uiii.. bila dah waktu macam ni, mulalah menggelabah.
            “Saman aje!”
            “Tak payah saman.. kite bako je bas deme!” jerit lagi sorang.  Pergh.. yang lain pun ikut sekali bersorak nak pegi mem’bako’ public transport ni!  Tak padan betullah bebudak ni!  Aku pun tak habis-habis tengok jam tangan ni.  Serabut pulak otak aku, Encik Ikmal macam poyo je kata nak jemput aku bagailah, tapi sampai sekarang, jangan kata batang hidung, kelibat kereta dia yang made by Ford Fiesta tu langsung tak nampak.  Cakap tak seruba bikin betul boss aku sorang ni!  Satu pun tak boleh pakai, tapi buat masa nilah.  Sebelum-sebelum ni aku percayalah juga.  Tapi tak semua pun yang aku percaya. 
            Telefon bimbitku berbunyi lagu Dan Bila Esok kedengaran, hah… boss aku ni.  Baru aje mengata dia kejap tadi, dah telefon aku.  Bagus betul.
            “Haluu…,”
            “Hello, Yasmeen.  I’m sorry tak dapat pick you kat rumah sebab I pun sekarang traffic jam kat area Jalan Damansara ni.  Jam pun dah pukul berapa ni, sorry but I have to.  But, I dah suruh kawan I, yang juga merangkap klien kita nanti ambil you.  It’s okay, sebab dia pun akan terus ke office kita.  Klien yang kita jumpa semalam kat Le Meridien tu, Raykal.  Dia pakai Fair Lady warna putih.  I suruh dia ambil you sebab rumah dia dengan rumah you sehala and rumah dia pun dekat je dengan rumah you.  Is it okay, kan?  Okaylah, kita jumpa kat office, ya?” ujar Encik Ikmal. 
            Aku tak sempat nak kata apa-apa, walau untuk satu patah perkataan.  Tak menyempat-nyempat dia terus aje letak telefon.  Hawau punya bos, sabo ajelah!  Nasib baik dia bukan boss besau, kalau boss besau, tak taulah aku nak kata apa.   Tak menyempat aku nak tengok habis skrin telefon bimbit aku ni, aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang betul-betul berhenti di hadapanku.  Ish.. buat aku terkejut ajelah kereta ni.  Aku ni, manalah tau sangat Fair Lady tu macam mana, tengok depan-depan pun tak pernah. 
            Aku tengok ajelah kereta, apehal pulaklah ni.  Ikutkan sebenarnya memanglah kereta kat depan aku sekarang ni berwarna putih pun, tapi aku tak pernah nak ambil tau apa jenama kereta ni.  Tak pernah tengok pun kereta ni, aku buat dek ajelah.  Mataku kembali mengalih ke kanan, tunggulah mana-mana yang patut.  Bas ke, teksi ke ataupun Fair Lady yang Encik Ikmal katakan tadi. 
            Seketika kemudian, pemandu yang dari dalam kereta putih yang kat depan aku ni keluar.  Pakai cermin mata hitam, sekali imbas aku macam dapat cam orangnya.  Tapi, tak mungkinlah dia.  Ish… Buat kurang pandai… Buat kurang pandai…  Sekali lelaki tu bagi senyum kat aku, tak mau pandang dia dah!  Ish… Kalau tengok lama-lama nanti cair pulak aku kat sini.  Lelaki itu terus aje menghampiri aku. 
            “Cik Ja…” panggilnya.  Ish.. macam mana dia boleh tahu nama panggilan aku kat rumah ni?  Selain keluarga aku, saudara-mara ajelah yang tahu panggilan tu.  Yang lain semua panggil aku Yasmeen ataupun Meen.  Kecuali… hah.. lelaki yang pakai kereta cap kuda berdiri tu yang dapat tangkap nama tu.  Lelaki naik kereta cap kuda berdiri tu.. tak lain tak bukan ialah Raykal Asyraff!  Dan… Encik Ikmal pun ada mention nama tu jugak kat aku. 
            “Cik Ja…,” panggil lelaki itu lagi.  Aku menoleh.. ya! Lelaki tu dah tanggalkan cermin mata dia pun!  Tak salah lagi.. dialah Raykal Asyraff!  Aduiii….
            “Jom I hantar you pergi office.  Kita dah lambat ni.  Jom, sayang,” ucapnya.  Boleh pulak berjangkit penyakit sayang-mayang Encik Ikmal tu kat dia ni!  Ish…. Dahlah bebudak si Jimbet tu tak habis dok mengusha aku dengan Raykal Asyraff ni.  Dan yang tak boleh tahan tu, dia ambil briefcase yang aku pegang ni, lalu diletaknya kat tempat duduk penumpang belakang.  Dia kemudian terus aje menarik tangan aku sekali sebenarnya, ish… suka-suka hati aje dia ni dok pegang tangan aku ni!
            Kemudian, dia terus bukakan pintu kereta untuk aku.  Dia masih lagi tersenyum.  Aku macam terpinga-pinga aje.  Sebenarnya aku dok fikir banyak benda, mesti ada CNN tak berbayar akan tebarkan berita terbaru ni kat satu taman tentang aku dengan seorang lelaki yang hensem yang tak boleh blah ni pegi kerja naik kereta Fair Lady.  Perghh.. mesti tersebar luas ni!
            Aku terus masuk ajelah kereta dia ni.  Kedengaran lagu-lagu Korea yang berkumandang.  Ish.. apesal pulak lagu Korea ni memanjang, sekali baru aku perasan, dia cucuk pendrive rupanya.  Aku tengok kat display yang dekat-dekat dengan dashboard kereta ni, nak tengok apa tajuk lagu ni.  Ohh.. My Everything by Lee Min Ho!  Perghh…skandal aku tu.  Memang aku minat kat dia habis-habisan dengan mangkuk Korea ni, sejak cerita Boys Over Flower punya pasallah pun. 
            “Erm.. betul ke Lee Min Ho yang nyanyi lagu ni?” soalku. 
            “Betullah Lee Min Ho yang nyanyi.  Kenapa?” balasnya pula.  Tak sangka pulak lelaki yang ala-ala maskulin macam dia ni layan lagu Korea yang lelakinya boleh tahan hensem jugak termasuklah Lee Min Ho ini.  Ohh.. Lee Min Ho.. tak sangka kau nyanyi lagu ni.. aku terus bertambah cintan dengan kau.  Oh.. tidakkkk… Lee Min Ho.. kalaulah kau ada kat sini, kau nyanyikan lagu ni untuk aku.  Hanya untuk aku.. alangkah bahagianya hidup aku..  Lee Min Ho…Saranghae!
            Eh.. ehh.. jangan berangan lebih sangat, kau jangan lupa pulak lelaki yang dok kat sebelah kau tu bukan Lee Min Ho.  Bukan…!  Dia adalah Raykal Asyraff.  Nanti kau terlebih-lebih mendayu-dayu dengar lagu Lee Min Ho ni, tak pasal-pasal kau ingat mangkuk sebelah kau Lee Min Ho.  Wake up Yasmeen Zalikha!
“Tak ada apa-apa,” jawabku.  Hik..hik.. nasib baik aku boleh kawal diri, gila sangat aku ni dengan Lee Min Ho ni.. susah beno rasanya. 
“You minat Lee Min Ho, ek?” tanyanya pula.  Aku diam tanpa memberikan sebarang jawapan.  Dia hanya tersenyum.  Aku malas nak tengok muka dia, daripada aku tengok muka dia, lebih baik aku tengok kat luar.
“Hello, Mal.  Aku dah ambil dia, kejap lagi kami sampai.  Apa?  Ohh.. postpone pulak ke?  Oh.. kau still stuck kat situ lagi?  Ohh.. it’s okay.. Yup.. Okay..okay.. bye,” aku curi-curi dengarlah jugak.  Tapi malas nak menyampuk. 
            “Meeting kita pagi ni kena postpone ke pukul 11 pagi.  Ikmal pun still stuck kat Damansara, ada accident lori dengan kereta katanya.  Tak boleh nak bergerak langsung, so he need to find another alternative.  Ikmal ada pesan dengan I, bawa you pergi breakfast dulu.  If you don’t mind?” cadangnya.  Tapi, asalnya cadangan Encik Ikmal pun. 
            “Up to you,” balasku ringkas. 
            “No.. up to you actually,” balasnya pula.  Haiksss.. aku pulak?  Dah Encik Ikmal yang mengarahkan untuk berbuat demikian, aku ikut ajelah.
            “Saya ni hanya menurut perintah, apa yang bos saya kata, saya ikut ajelah.  Asalkan tak lebih daripada seorang pekerja dengan majikannya dan sebagai seorang kawan,” kataku. 

            “Okay, kita pergi breakfast dulu,” ajak Raykal Asyraff.   Menurut ajelah dengan bakal ‘boss kedua’ ni.  Hu hu hu… 

Sunday, July 10

Bab 8

Bukan Munyet Belanda Lagi Okey!

                Sejak kes dia meng’add’ aku dalam Facebook dan Yahoo Messenger aku, kami saling sahaja berbual antara satu sama lain.  Kalau tak sempat kat Yahoo Messenger, bukak kat Facebook.  Kadang-kadang bukak dua-dua sekali.  Ha ha ha..  Tapi, ada ajelah mende yang nak diborakkan.  Dari hobi, kegemaran apa sampailah ke tahap politik bagai.  Kadang-kadang siap bergaduh pasal rancangan realiti aje pun.  Tu.. yang program GangStarz tu.  Ha ha ha.. Tak puas hati antara satu sama lain. 
          Si Azie pun dah naik bosan tengok aku asyik berborak dengan si munyet belanda.. ops...!  Bukan munyet belanda lagi okey!  Dia ada nama jugak.  Dulu-dulu masa mula-mula kenal bolehlah panggil dia munyet belanda.  Sekarang, mana ada beb!  Nama dia Muhammad Faizul okey.  Panggil Faizul atau Zul sahaja.  Ehehehehehe...
          Azie memang dah muak dah tengok aku sebab aku asyik berborak dengan si Faizul aje.  Dia dah malas nak layan aku, dia kata adalah lebih baik dia melayan cerita 3 Idiots lakonan Aamir Khan dengan Kareena Kapoor itu.  Chet!
          Tapi, tulah hal.  Aku pun layan jugak movie tu walaupun zaman guling-guling atas tanah aku tu boleh kata agak lama jugak berlalu.  Tapi, filem ni tak ada guling-guling okey!  Mengisahkan tiga orang sahabat, Ranchodas Shamaldas Chanchad, Farhan Qureshi dan Raju Rastogi yang belajar di Imperial College of Engineering.  Hanya pelajar yang terpilih aje yang boleh masuk ke institusi tersebut.  Tapi yang kelakar tengok cerita ni masa Aamir Khan perkenal ‘ayat’ baru yang semua mencari ayat tu bagai nak rak. 
          Penat mencari satu patah perkataan mengenai perkataan tu pun tak ada.   Fahranrate dengan Prerajulisation.  Rupa-rupanya dia dah kenakan semua orang dengan gunakan 2 orang nama sahabatnya dalam perkataan tu.  Chet!  Patutlah cari bermacam-macam buku tak jumpa-jumpa.  Mati-mati diorang ingat si Rancho ni pakai buku tu buat cari perkataan tu.  Sengal jugak si Aamir Khan ni!  Nasib baik dia cepat lari daripada pengetua kolej.  Itupun nyaris-nyaris jugak nak kena buang kolej entah berapa kali.  Suka sangat mencabar pengarah kolej, tak lama lepastu, Raju dengan Farhan terus aje dapat surat yang dihantar terus ke rumah masing-masing suruh mak ayah diorang baca surat tu.  Surat tu berbunyi macam nilah..
         
          Pihak kami mendapati bahawa anak tuan/puan telah berkawan dengan pelajar yang tidak baik iaitu Ranchodas Shamaldas Chanchad.  Perkara ini sangat serius kerana ia boleh mengganggu pelajaran anak tuan/puan dan sekaligus boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka.  Oleh itu, pihak kolej dengan ini akan mengambil tindakan dengan sewajarnya dengan memindahkan anak tuan/puan ke bilik lain, demi kebaikan anak tuan/puan dan dapat mengulangkaji dengan baik tanpa ada anasir-anasir jahat. 

          Ha..ha.. lebih kuranglah bunyinya, aku tak dapat nak hafal semua, jadi banyak ayat tu aku yang tambah demi pemahaman semua orang.  Anasir jahat??  Ha.. ha.. ha.. memang tak boleh blah betul ayat tu. 
          Dalam keputusan yang telah dibuat tu, Raju aje yang mengikut arahan tu, dia berpindah ke bilik pelajar India jugak, tapi macam pe’el je sebab dia lahir kat Uganda, jadi bahasa Hindinya memang tak berapa fasih sangat, iaitu Chatur atau lebih dikenali sebagai Silencer.  Mau taknya, makan ubat pawang dari Bengal yang menyebabkan dia buang angin, lepastu dok salahkan orang lain. 

          Super_5:  BUZZ!
          Dira_Int:  Eh..sori..sori.. Tak perasan. 
          Super_5:  Tengah buat apa tu?
          Dira_Int:  Tengah tengok 3 Idiots.
          Super_5:  Filem ke?
          Dira_Int:  Yup!
          Super_5:  Siapa heroin?
          Dira_Int:  Haik?? 
          Super_5:  Tak boleh tanya ke?
          Dira_Int:   Bukan tak boleh.  Pelik soklannye tu.
          Super_5:  Mana ada peliklah.  Heroin pun pelakon jugak, kan?

Aku gelak-gelak aje.  Bukan aje takat gelak-gelak sebab tengok cerita 3 Idiots tu, tapi sebab baca YM dari Faizul ni pun ada jugak. 

          Dira_Int:  Kareena Kapoor.
          Super_5:  Haikk.. Laa... citer Hindustan ke?
          Dira_Int:  Yelah.. kenapa?
          Super_5:  Best sangat ke citer tu?
          Dira_Int:  Sebab bestlah aku tengok.  Kelakar giler siot!
          Super_5:  Nanti aku nak tengoklah.  Tapi nak tengok dengan kau!  Ahaks!
          Dira_Int:           Tengok ajelah sendiri, ngade-ngade pulak nak tengok dengan aku. 
                     Bukannya ada kat panggung wayang lagi dah...

Otak dia dah kureng kot hari ni.  Entah kenapa je dia ni macam tak betul je aku rasa.  Wayar kat otak dia terlilit kot, ha ha ha..  Aku masuk lagi Mister Potato dalam mulutku.  Rasa macam lama pulak aku menunggu dia jawab apa yang aku taip tadi.  Mataku kembali pandang ke arah televisyen.  Tak lama lepas tu berbunyi lagi YM aku.

          Super_5:  Intan...

Mataku tengok.  Tapi aku tak balas pun apa yang dia taip tu.  Takat panggil nama je buat apa.  Uhuk uhuk uhuk.. Aku tunggu aje lagi apa yang dia nak taip sangat.  Aku lihat dia tengah menaip mesej yang dia nak sampaikan.  Tapi, tak lama tu mesej yang berwarna biru dan berhuruf condong itu dah hilang.  Mantaklah.  Tiba-tiba dia Buzz aku lagi.  Tanganku kembali pada keyboard Lippy.

          Dira_Int:  Yup, I’m still here.. waiting...

Mataku kembali pada Lippy, sebab aku nampak mesej kaler biru tu ada lagi. 

          Super_5:  Rindulah...

Aaa... sudah... apa kes pulak dia ni?  Memang betul-betul otak dia dah masuk air kot malam ni.  Aku hanya tersenyum aje.  Mengong ke apa dia ni.

          Dira_Int:  Entah apa-apalah kau ni... Kau dah makan ubat ke belum ni?
          Super_5:  Belum.. sebab ubat tu jauh sangat.  Aku tak dapat nak capai.
          Dira_Int:  Cet... cakaplah malas nak pergi amik!  Tu pun susah ke nak cakap?
                     Weng-wenglah kau ni!
          Super_5:  Macam mana aku nak amik, sebab ubat tu ada dengan kau...

Lagi.... sudah...  Entah bila masa pulak aku ambil ubat dia ni.  Sakit apalah dia ni...

          Dira_Int:  Kau ni... dah start merepek dah ni...
          Super_5:  Taklah.. memanglah aku sakit.  Kau dah amik hati aku, tu yang
                     sakit tu. 

Meskipun jarak antara kami jauh merentasi Laut China Selatan, aku dapat merasakan getarannya, meskipun hanya menggunakan YM.  Lama aku tengok skrin Lippy ni.  Tak tau nak jawab apa.  Dia buzz lagi.  Aku buat bodoh je.  Tak nak layan sangat hati ni.  Tak lama lepas tu, telefon bimbit aku berbunyi nada dering Inconsolable, nada dering tu memang special untuk Faizul pun.  Takde orang lain.  Aku tengok skrin tu lama. 
          “Ring-ring telefon berdering,  Angkat ajelah jangan nak jeling-jeling,” jerit Azie yang sedang gosok baju kat bilik laundry yang memang tak jauh dari tempat aku duduk.  Eh..eh.. berbunyi pula minah ni.  Ish... laju betul jantung aku ni berdegup, tiba-tiba aje ni.  Aku terus tekan punat hijau kat telefon bimbit aku tu.  Aku diam, tak de pun bagi salam ke apa, sebab aku tau sangat siapa yang telefon. Yang aku agak selenga kejap, dia pun ikut diam jugak.  Dah... masing-masing diam, macam mana nak cakap?  Ah.. kebangangan sudah....
          “Kenapa diam aje ni?” soalnya padaku.  Lembutnya... halamak!  Tergoda aku meskipun aku jauh kat KL, dia kat Bintulu tu.  Kalau korang dengar pun, mesti cair.  Herkkk....
          “Hmmm... tak tau nak cakap apa.  Diam ajelah,” jawabku.  Mataku masih lagi tertumpu pada 3 Idiots.  Nak tengok skrin Lippy memanglah aku tak sanggup dah..
          “You know what, I miss you so much from bottom my heart.  Rindu aku nak gaduh dengan kau, bertekak-tekak dengan kau,” tambahnya lagi.  Ahh.. sudah... kata-katanya bisa mencairkan mana-mana awex ni.  Ilmu apa yang dia pakai.  Tapi, aku takkan sekali-kali lembut hati terus padanya.  Takkan, cukuplah apa yang aku terima dari si tenuk tak habis khatam tu. 
          “Zul, it’s been 2 months we’re going like this.  Aku hanya boleh anggap kau sebagai kawan aje.  Tak lebih dari tu,” jawabku perlahan, tak mau dengar dek Azie kang, tak pasal-pasal pulak dia buat muka OMG dia tu. 
          “It’s okay.  Aku boleh terima, tapi tak salahkan lepastu we’ll being together?  Aku tau maybe aku cakap terlalu awal, kita baru aje kenal.  Aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku ni aje.  It’s true, I’m missing you,” ujarnya.
          “Aku tak boleh cakap apa-apa, Zul.  Jangan terlalu mengharap sangat, Zul,” kataku. 
          “It’s okay, take your time, sayang,” balas Faizul.  Aduhhh... dia panggil aku sayang pulak! 
          “Zul, aku nak letak ni.  Kita chat lain kali, ek?” pintaku. 
          “Okay, sayang.  I love you,” balasnya lagi.
          “Assalamualaikum,”
          “Waalaikumussalam, nyte-nyte sayang,” balasnya.  Adusss... memang lembut gila suara dia dengan aku.  Memang dia ni nak buat aku cair je la.  Ish... lupakan!  Lupakan!  Layan 3 Idiots lagi best!

Thursday, July 7

Daddy tak bagi join BERSIH.. siap anta kat email lagi...

Syukur juga aku bukak.. ni semua gara-gara si Lufkin klo tak, memang aku tak bukak punye email aku tu.. dye post blog pasalDADDY  [tapi DADDY  lebih suka panggil dye dengan AYAHANDA takpelah.. janji beliau lelaki..]
Sapo si Lufkin neh??? cheee.. clazmate aku jugak le.. dia ada blog.. tapi aku lupe plak nama blog dye.. ahahaha.. sowiLufkin aku ter'amnesia' kejap..
Okey.. berbalik pada cerita.. apesal DADDY anta email kat aku neh?? Sape DADDY  neh?? hah.. ko pasang sugardaddy ke Sya?? Astaga.. buat mengucaple.. adoi.. janganle begitu upe.. Jap agy aku gtau laa.. larangan ni... cakap DADDY  jangan dibantah.. Memang aku tak membantahlah pun.. Maunye.. Ni haaaa...


tak nampak?? klik-klik kat situ.. 

Korang ni.. janganlah serkap jarang.. hahahaha... Inilah yang aku dapat.. so.. janganlah cuba-cuba nak memberanikan diri nanti.. Nak interframe masuk tv ke, nak cari publisiti murahan ke.. lupekan ajelah.. Nak join punye pasal, jangan kata kena tahan dengan polis, dengan IPTA pun kena sekali.. nasib tak baik, kemungkinan kena buang..
p/s: ish.. da la ada student IPTA kena tahan ngan polis, just simpan baju kuning cop tanda ryte 2.0 tu je.. tak pasal-pasal je.. so.. be warn la kawan-kawan, tak kirela korang student dari universiti mana, janganlah sesekali nak join de klab..  Lebih baik korang masuk Persatuan Bulan Sabit Merah ke, jadi Sukarelawan Malaysia pegi Palestin ke, Afghanistan ke, ade jugak pekdah.. tolong orang dalam kesusahan, ditimpa kemalangan, bencana.. Ni tidak, tolong tambahkan orang dalam group tu untuk demonstrasi.. hermmm.. Pengasasnya da jumpe AGONG, tapi kenapa tetap jugak nak buat demonstrasi, kata dah bagi memorandum amende tah.. hmmm.. entahlaaa..
ape nak jadi da nehhh...
negara dah aman, nak juga buat demonstrasi.. aku tade nak sebelahkan mana-mana pihak, tapi fikir-fikirla.. mana korang rasa yang terbaik untuk diri korang.. Cikgu PLKN aku kate.. tepuk dada tanya hati.. huhuhu....

Tuesday, July 5

FIL -Tiga-


            BUNYI hiruk-pikuk satu rumah ni, mengalahkan perang kat Afghanistan je aku rasa.  Bunyi berdentum-dentam dibuatnya, adusss.. memang tak tenang aku.  Kalau siang, aku tak kisah lagi, ni dah malam-malam, nak dekat pukul 10.30 tu.  Ni semua gara-gara anak-anak Alonglah ni.  Maklum ajelah, budak-budak tengah cuti sekolah, jangan harap nak tidur awal.  Kalau hari sekolah, hmmm.. jangan kata pukul 10, pukul 9 malam dah sibuk merengek nak tidur.  Dan yang paling tak boleh blah ayat yang Long Iz bagi kat aku acapkali waktu makan malam.  Dengan matanya yang kuyu, tersengguk-sengguk kat meja makan.
            “Mak, mengantuklah.  Malaslah nak makan.  Esok kena pergi sekolah,” ucap Long Iz, padahal mulutnya tu penuh dok mengunyah nasi dengan lauk-pauk.  Tapi, agak slow motion sikit. 
            Memang keluarga Along tinggal kat sini, memandangkan rumah ni besar, kalau tinggal aku dengan mak abah, hmm.. memang sunyi tahap gaban jawabnya.  Mak abah pun sunyi sebab hari-hari nak dok berdating dengan muka yang sama.  Dengan adanya anak-anak Along ni, memang hilang rasa sunyi kat rumah ni. 
            Gedegung!  Gedegang!  Bunyi menjerit sana, menjerit sini.  Lepastu, bunyi herdikan Kak Long suruh bebudak tu berhenti langsung tak diendahnya.  Aku pun stok pening-pening lalat jugak ni.  Even aku dah pakai earphone, perang ala-ala ‘Afghanistan’ masih mampu untuk didengar.  Jadi, faham-faham ajelah betapa dahsyatnya ‘perang’ yang sedang berlaku kat rumah aku ni.  Ishh.. bebudak ni, ingat esok orang lain cuti macam korang ke?  Aku ni, dahlah esok kena kerja, naik teksi ke bas pulak tu!  Baby aku, si Jepah belum siapkan lagi, esok pagi baru dia pergi cari barang untuk repair baby aku tu. 
            “Raiz!  Danish!  Taufiq!  Laila!  Pergi tidur!  Dah pukul berapa ni?!” jerit Kak Long.  Hmm.. tak makan saman langsung dek budak-budak tu.  Lagi ber’perang’ adalah.  Makin menjadi-jadi pulak.  Aku pun, cuba-cuba buat pekak.  Aku yakin lepas ni Along pulak yang datang.  Kira nak jadi hero penyelamat keadaanlah.
            “Raiz!  Apa ni?! Main je tau!  Tau tak dah pukul berapa ni?!  Tak tidur-tidur lagi, ingat hari ni hari apa, hah?!  Ingat cuti sekolah boleh main sampai ke tengah malam?  Pegi tidur!” tegas betul Along.  Yang dok menjerit-jerit tadi semua dah jadi tikus, diam da.. Lega sudaaa.. takde isu ‘perang’ lagi kat dalam rumah ni. 
            Aku mengerling ke arah jam dinding, hmmm.. baru 11 malam.  Aku sambung balik buat kerja lepas filem ‘perang’ berakhir dengan gencatan senjata.  Aku tak tengok, aku dengar je.  Lepas pengeboman ‘Hiroshima’ dan ‘Nagasaki’ tu, terus diam rumah ni, dah takde rasa macam bergegar buat bangunan tu.  Eheheheh..
            Aku kembali sambung buat kerja.  Tak menyempat-nyempat, lagu Dan Bila Esok yang berkumandang kat telefon bimbit aku ni bertukar pada korus lagu Janji , tandanya… ada orang telefon.  Ish.. siapa pulak yang potong stim aku tengah buat kerjalah ni.  Aku tengok skrin.. haikksss.. si Boss Ensem Tak Berapa Sangat?  Hmmm.. aku tau sangat siapa ni.  Siapa lagi kalau bukan Encik Ikmal.  Apahal pulak bos aku sorang ni, dok kacau anak dara orang memalam buta ni.  Takde kerja ke boss aku ni??  Secara automatiknya, andai aku tengah menggunakan earphone, panggilan akan terus dijawab.
            “Yes, boss?? What can I do for you?” soalku, tanganku yang dok menari-nari menulis entah apa-apa kat kertas kotor ni terus aje berhenti.  Mata pula terus menghadap pada skrin monitor laptop aku ni. 
            “Nothing, sayang.  So, macam mana dengan baby you?” tanya dia pulak.  Ishh.. boss aku ni, malam-malam pun nak bersayang-sayang lagi dengan aku.  Sabo jelah…
            “Teruk jugak remuknya, boss.  Tak dapat siapkan hari ni.  So, esok terpaksa naik teksi atau baslah jawabnya,” jawabku, nak kata dalam nada sedih tu ada jugaklah sebab kena bangun lebih awal sebab nak tunggu bas atau teksi.
            “Tomorrow I ambil you kat rumahlah, is that okay?” cadang boss aku ni membuatkan mataku yang pada awalnya dah nak kuyu-kuyu kembali segar.  Ish..
            “Thanks but no thanks,”
            “Pulak.. you tak sudi ke I jemput you, bukannya office kita lain-lain pun,”
            “It’s okay, boss.  Menyusahkan aje nanti,”
            “Hmmm.. takpelah.. orang tak sudi dengan kita,” pulakk.. merajuk pulak boss aku sorang ni.  Dah tua-tua pun nak merajuk jugak ke?? 
            “Bukan macam tu, saya tak nak menyusahkan boss,” balasku.  Memang ikutkan hati aku ni spesis tak suka nak menyusahkan orang, lebih-lebih lagi ala-ala orang atasan, macam boss aku ni. 
            “You dah lupa ke yang esok kita ada meeting.  That’s why I nak jemput you, I tak nak you terlambat sampai nanti,” jawabnya.  Serta-merta otak aku kembali refresh…  Ha’ahlah.. macam mana aku boleh lupa yang esok ada meeting ni.  Aku tepuk dahi.
            “Alamak, sorry sangat-sangat Encik Ikmal eh.. boss.  Terlupa pulak.  Hmmm…”
            “So, macam mana dengan offer I tadi?  You jangan lupa, you kena attend jugak meeting tu, bagi minutes lagi, take notes for the meeting.  I tak nak you terlambat sampai ke office, banyak benda you nak kena prepare ni,” tukasnya.  Aku mengangguk-angguk, cheee.. macamlah bos aku ada kat depan mata aku, dok mengangguk-angguk macam burung belatuk. 
            “Ikut suka boslah,”
            “Okay then, I jemput you kat depan rumah.  You kena ada kat depan rumah tepat pukul 8 pagi,” arahnya.  Aku pun dok jawab hmmm.. ajelah. 
            “See you tomorrow sayang,” ucap boss. 

            “Bye-bye boss,” ucapku pula.  Aku menguap lagi entah berapa kali agaknya.  Mungkin mengantuk sudah… ataupun bosan dah dengar boss aku asyik bersayang-sayang dengan aku.  Dah boring kot nak dengar.  Sekarang ni, aku nampak bantal, selimut dengan tilam.  Aku shut down laptop aku, charger aku tanggalkan, lampu bilik aku padamkan dan biarkan lampu tidur yang agak samar-samar tu terbukak entah sampai pukul berapa.  Sampai aku tersentak kejap, barulah aku tutup balik.  Aku merebahkan diri ke atas katil.  Tak sampai beberapa minit aku letak kepala pada bantal.. terus je… Zzzzzzzzzz….. 

Bab 7

Munyet Belanda?

                Satu demi satu keping Mister Potato aku suap masuk dalam mulut aku.  Nyam..nyam.. bunyi keropok tak payah cakaplah.  Yang paling tak senonoh tu, mataku melihat laptop yang dah aku namakan Lippy ni sambil menunggu ada orang online kat Yahoo Messenger dengan MukaBuku aka. Facebook.  Selain tu, mataku juga tengok tv yang ada kat depan.  Bantal busuk kupeluk erat-erat.  Telinga sebelah telah kusumbatkan dengan earphone, lagu Stop & Stare sedang menjengah kat telinga aku sekarang ni.  Kakiku pula selamat didaratkan oleh kucing aku yang bernama Spikey, wah..wah..sedapnye ko tido kat kaki aku.  Memang aku ni giler potato chips betullah!  Semua benda aku boleh buat.  Potato chips yang sebenar pun dah hampir separuh aku masukkan dalam perut.  Takpe..takpe ada lagi stok 8 kotak kat dapur ni.  Hahaha..
          Ikutkan hati sebenarnya memanglah penat balik dari Miri tu tak hilang lagi.  Tapi, nak buat macam mana, nak mintak cuti, kena tolak pulak.  Terpaksalah kena pergi kerja jugak hari ni memandangkan hari ni hari Jumaat.  Legalah sikit, sebab kerja pun tak banyak mana, rehat pun sampai 2 jam.  Tak lama lepas tu, dah nak balik rumah lagi.  Hu hu hu....
Sejak aku balik dari Miri ni, aku sudah mula buat keputusan untuk duduk di apartment aku bersama Azie, kawan sekerja aku jugak.  Senang sikit, pergi balik pun jimat duit minyak dia dengan duit minyak aku.  Hampir dua minggu jugak aku duduk kat apartment aku ni, lepas beberapa hari aku balik dari Miri, aku terus buat keputusan untuk tinggal di apartment ni.  Agak tenang jugak sebenarnya sebab si Azwan tenuk tak siap tu memang tak tau langsung apartment aku ni dan mintak-mintaklah mak dengan ayah tak beritahu alamat apartment aku ni kat mangkuk berhayun tu.  Sakit kat dalam hati ni masih berbekas lagi, belum sembuh sepenuhnya dan masih belum dapat terima ataupun nak berhadapan dengan mangkuk tu lagi.  Tengah syok-syok kacau Spikey aku yang sedap tido itu, YM aku terima mesej.
          [Super_5 (educate_boyz) would like to add you to his or her Messenger List as Dira_Int]
          Kunyahanku terhenti kejap.. Haikk...Super5 mane pulak ni?  Aku biarkan kejap, tengok Facebook dulu, pun ada orang add aku.  Nama yang sama Super5 juge.  20 mutual friend??  Semuanya budak-budak yang pernah pergi kursus dengan aku kat Miri dulu.  Gambar dia, memang tak boleh blah.  Gambar Naruto Shippuden!  Ahak!  Mau tergelak jugak aku.  Aku try jugak nak tengok gambarnya yang lain, tapi dia dah buat hanya untuk rakan aje.  Hmmm...terpaksalah aku approve kedua-duanya.  YM dengan FB sekali. 
          Belum sempat aku nak kacu, dia dah kacu aku dulu.  Pantas sungguh adik-beradik Super Ring ni.

Super_5:  hype..thanks approve!
            Dua-dua sekali..  =)

Aku diam kejap.  Memang aku tak tau sape malaun ni.  Aku biarkan aje dia taip sorang-sorang.
Super_5:  BUZZ!
            Are you still there?

Tanganku yang dok masukkan Mister Potato tu terus menaip beri jawapan kepada adik Super Ring ni.
Dira_Int:           Still here.  Ermmm..kenal ke??? 

Aku nak tau kepastian yang teramat sangat ni.  Sapalah yang add aku ni.  Yang aku pelik tu, FB aku sekalipun dia tahu ni..

Super_5:  Still don’t get it? Ish..ish..ish..
Dira_Int:           Janganlah main-main.  =((

Aku terus kunyah dan kunyah...dan kunyah sampailah Azie duduk kat depan aku, tukar channel tv.  Memang aku tak tau pun cerita apa sebenarnya yang aku tengok sebab mataku dok melayan si adik Super_5 ni.
“Sapa Super_5 ni?  Atok Superman ke?  Poyo je letak nama Super_5,” kata Azie, sempat jugak dia mengerling arah Lippy ni.
“5 markah untuk ko,” jawabku.
“Apesal 5 markah pulak? Lagi 5 markah mana?”
“Pasal lagi 5 markah aku tak sure aku nak bagi ke tidak,” jawabku, tak pasal-pasal kena sekeh dengan Azie. 
“Aku pun tak tau sapalah...” tambahku lepas aje aku kena sekeh dengan Azie.  Aku tengok balik YM kat Lippy. Mau terbeliak jugak mata aku.  Aiseh..bila masa pulak dia tau YM aku dengan FB aku ni..

Super_5:  Faizul laaa.. Faizul.. F.A.I.Z.U.L.
Dira_Int:  Faizul...??
Super_5:  Iye..
Dira_Int:  Yang kursus tu??
Super_5:  Iye..
Dira_Int:  Yang kat Miri tu??
Super_5:  Iye..
Dira_Int:  Yang selalu gaduh tu??
Super_5:  Iye..
Dira_Int:  Yang kena denda sekali tu??
Super_5:  Iye..
Dira_Int:  Yang satu kumpulan tu??
Super_5:  Iye..
Dira_Int:  Kawan Shahirah tu??

Tiba-tiba aje jantung aku berdegup kencang.  Tak teratur, macam nak terkeluar pun ada.  Bukan apanya... aku ingat dia tak ingin nak tegur aku lagi lepas apa yang dah jadi masa kursus hari tu. 

          Super_5:  Iye...kenape?? Tak percaye??
         
Sah!  Memang sah..! Si Munyet Belanda dah add aku.  Aku rasa hidup aku tak lama lagi kucar-kacir, haru-biru.  Porak peranda...Tidaaaakkkk.. Aku menyembamkan mukaku kat bantal dan terus meraung-raung.
“Kenapa kau..kenapa? Wuuhuhuhu...”
“Kau kenapa ni?  Macam orang hilang anak je,”
“Kau ingat tak yang aku kata Munyet Belanda, yang suka cari pasal dengan aku tu?”  tanyaku pada Azie dan Azie angguk.
“Dia add aku..”
“Jadi?”
          “Aku cam tak boleh terimala...”
“Hek ene...”

Super_5:  BUZZ!
Waiting for IMvironment of Falling Hearts

Dia buzz lagi, tapi buzz ikut IMvironment yang dia sendiri dah ambil, bunyi cium pulak tu.  Aku dengan Azie tersentak jugak ni.  Cepat-cepat aku invironment kepada Orang Utan.  Tapi, dia tukar balik.  Buzz lagi.  Berbunyi lagi!

Super_5:  Apsal tukar?  Biar jelah yang tadi...
            <3

Lagilah terbeliak mataku ni...iskkk..iskkk..
“Aku rasalah kan, Munyet Belanda kau ni rindu tahap gaban dengan kaulah.. Hik hik hik.. Terasa ada hujan bunga pulak kat rumah ni.  Hujan...bungaa..di apartmentku..” kata Azie sambil nyanyi lagu Ana Raffali, Hujan Bunga di Kuala Lumpur.  Aku terus baling Azie dengan bantal busukku ini.  Choi betul ko ni, Azie!
          “Eeee.. busuklah bantal kau ni!  Bantal aku lagi wangi tau!” ngomel Azie sambil menutup hidungnya.
          “Eh.. suka akulah.  Bantal aku.  Bagi aku, dia tetap wangi!”
                   Azie macam buat-buat tak dengar je, langkah kakinya terus aje masuk ke dalam biliknya.  Hish.. ada yang nak kena luku dengan aku pulak ni!

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template