Monday, January 31

Bab 4

Dasar Munyet Belanda!


                Penat?  Memanglah penat, lepas siap berkemas-kemas setiap kali peserta kursus ni siap makan, aku dengan munyet belanda terpaksa berkemas keseluruhannya.  Encik Harun pulak akan memantau kami dari jauh.  Tak mau ada satu pun yang tertinggal.  Yang tak boleh blah tu, semua pekerja restoran dan juga merangkap pekerja hotel ni semua dah dihalau dan membiarkan kami berdua aje yang berkemas satu restoran yang memang bersepah dah tu.  Diorang ni... makan macam budak-budak.  Ada kuih jatuhlah, terkena skirtinglah.  Haishh... Mujur jugak bab cuci-mencuci pinggan ni tak diberikan sekali.  Kalau tak, entahlah.  Aku pun tak tau nak cakap apa. 
          Tapi nak buat macam mana, tak boleh nak bantah.  Salah aku jugak, yang pergi cari pasal dengan si munyet belanda tu apahal.  Tapi, salah dia jugak!  Siapa suruh cari pasal dulu dengan aku.  Mula-mula aku langgar dia punyalah sopan-santun aku nak tolong dia, tapi apa yang dia balas kat aku?  Memang dasar munyet belanda. 
          Sekali-sekala aku mengerling ke arahnya yang berada di hujung meja yang sedang sibuk mengelap meja makan yang sudahpun hampir bersih tu.  Saja curik-curik tengok, tak boleh ke?  Mana tau, dia melarikan diri pulak.  Tinggalkan aku terkontang-kanting kat sini.  Mau aku repot sama itu Encik Harun jugak. 
          Leka betul dia buat kerja dia sampai aku tengok dia yang dah naik terjuling biji mata ni pun tak sedar.  Dah..dah.. tak boleh tengok lebih-lebih.  Kang jadi lain pulak!
          Lepas je selesai berkemas semua meja kat restoran tu, barulah kami dibenarkan masuk ke dalam dewan.  Nasib baik penceramah memahami yang aku dengan munyet belanda ni ada ‘misi’ yang tak berapa nak accomplish sangat pun.  Sebab tengah hari nanti pun misi yang sama akan berjalan seperti biasa jugak.  Sampailah Encik Harun puas hati.  Entah berapa hari agaknya hukuman ni akan dijalankan ke atasku.  Haihh...misi yang pagi tadi pun mau penat jugak dibuatnya. 
          Konsentrasi aku untuk mendengar ceramah pun tak seberapa sekarang ni sebab keletihan mengemas meja makan kat restoran tadi.  Entah berapa kali aku menguap sekarang ni, tapi takdelah nak menguap seluas-luasnya sampai segala isi alam buana ni boleh masuk dalam mulut ni.  Masuk nates plak kang!  Aku tahan..aku tahan.. sampai mengalir-ngalir air mataku tahan mengantuk. 
          Aku cuba jugak buat sesuatu agar mataku ni tak dibiarkan terus saja menguap dan curik-curik tido waktu ceramah ni.  Kang tak pasal-pasal bertambah lagi denda aku dengan Encik Harun tu.  Hu hu hu...  Kertas yang diberi tu aku conteng sebolehnya, tak kisahlah gambar cacing ke, siput tersedut ke.  Janji conteng.  Daripada aku terus terbuat taik mata kat atas meja ni masa ceramah, kebetulan pulak Encik Harun lalu kat sebelah aku, mau tak ke naya. 
          Bukan takat aku aje yang kena denda yang berganda, tapi si munyet belanda pun akan ikut sama.  Dah namapun, sesiapa yang buat hal masa hukuman sedang dijalankan, maka kedua-duanya akan dikenakan dengan hukuman yang berganda dan setimpal.  Setimpallah sangat, tak adillah bagi yang salah seorang yang turut terkena tempiasnya. 
          Huaaarggghhh... menguap lagi!  Tak boleh jadi ni.  Aku tampar-tampar muka aku, walaupun tak berapa nak kuat.  Aku tenyeh-tenyeh pulak mata.  Haishh..dah bercucuk tanam pulak taik mata ni!  Aku mengerling ke arah munyet belanda yang berada di meja sebelah aku walaupun jarak antara kami hanya memisahkan ruang kosong dijadikan sebagai lorong untuk berjalan.  Nasib jugak penceramah tu takde datang ke sini waktu aku tengah layan-layan ni.
          Ceh!  Aku ingat, aku sorang aje.  Dia pun sama.  Muka dah tahap seratus persen mengantuk tahap gaban dia tu.  Dia dah menongkat dagunya dah tu, tunggu waktu ajelah tu.  Macamlah aku tak tau. 
Aku kemudian melipat kertas A4 yang kosong yang memang pihak penganjur dah berikan pada setiap peserta termasuklah aku.  Tapi, aku punya memang bersih suci, nampak sangat aku takde ambil nota langsung berbanding Nurul dengan Louisa yang memanglah tekun mencatit nota segala apa macam untuk dijadikan sebagai nota kaki.  Bukannya ada periksa bertulis pun lepas ni!
Aku lipat..aku lipat sampai ia menjadi kecik comel je..Kemudian aku tulis kat kertas tu.  Lepas aku tengok line clear di belakang, Encik Harun pun dok melayan amende tah aku pun kurang pasti pulak, aku terus baling kertas tu kat si munyet belanda.
Tersentak dia daripada dok melayan jiwang-jiwang dia tu.  Mesti dia tengah pening-pening sebab aku baling kertas kat dia.  Cepat je dia lap-lap kat tepi-tepi bibir dia, takut terbuat peta pulak waktu-waktu macam ni.  Ekekekekekek!  Boleh ke...?? 
Dia terus membuka kertas yang dah aku lipat tadi.  Dia baca, lepas tu dia menoleh ke arahku dan buat muka toya yang memang tak boleh blah dia tu.  Aku saja-saja jeling-jeling ke arahnya, macam buat tak tau aje.  Nak tau apa yang aku tulis?  Begini bunyinya:

Woi, tido ye!  Aku bagitau kat Encik Harun, dia dah usha-usha ko dari belakang tu.  Tunggu masa aje nak panggil kita lepas ceramah ni.  Tu..tu.. dah penuh peta ko buat kat atas meja tu!

Sekali-sekala tu adalah jugak aku main jeling-jeling guna pandang sipi-sipi aje..  Lepastu aku tersenyum sendirian.  Nampak tengok muka dia yang menggelabah yang perasan dia dah terbuat peta kat atas meja dewan dia tu [padahal takde langsung pun!]  Tak lama lepas tu, dia pun menoleh ke belakang.  Ha..ha..ha.. percaya sangat cakap aku!  Lepas je dia pusing, dia bagi renungan baik punye kat aku.  Aku hanya tersenyum sinis.  Mataku terus saja menghadap ke hadapan.
Fokusku terganggu lagi bila kertas yang aku baling tadi balik semula ke tempat aku.  Aku pun bukak, hahah!  Dia balas!  Eh..eh..cantik pulak tulisan dia ni! 

Mengata orang!  Ko tu yang mengantuk, kata aku pulak!  Ada aku kesah ke kalau kena panggil dengan si Ikan Haruan tu?  Bagus jugak tu, kalau aku yang carik pasal, kau pun kena hukum sekali.  Padan jugak dengan muka kau!

          Walaupun tulisan kau cantik, muka pun hensem, tapi perangai kau tetap buruk!  Aku ambil pen dan kembali membalas kat bawah tulisan dia pulak. 

Huhuhu...berani nampak panggil nama tu?  Ikan Haruan, tak takut ke kalau kena lebih dahsyat daripada biasa?  Muka aku memang padan pun!  Padan comel!  Kau tu aje yang jeles!

Aku baling balik kat dia.  Dia pun bukak lagi.  Mula aku perasan dia tiba-tiba buat reaksi macam nak muntah.  Lepas tu dia menulis.

Bluekk...nak muntah aku dengar!  Apa tadi?  Padan comel!  Perasan!  Muka macam muka dugong tak siap, ada hati nak jadi comel!

Wah...wah..agak melampau, kata muka aku ni muka dugong!  Kalau muka aku ni muka dugong, takdelah kaum kerabat kau yang bernama si tenuk tu tergila-gila kat aku.  Aku pun tak hengen kat dia tu, tapi dia yang sibuk ikut ukur berapa ela aku berjalan dari belakang.  Taklah jugak colleague aku dua ekor si Wan dengan Berahim tu siap gaduh-gaduh lagi pasal aku.

Aku tak suruh kau dengar pun.  Aku suruh kau tulis kat kertas ni je!  Eh..eh.. jangan muntah kat sini!  Nanti kotor pulak dewan ni, aku tak nak bertanggungjawab.  Aku taulah kau tu tengah ‘mengandung’!  Tapi jaga-jagalah sikit ‘kandungan’ kau tu.  Kat sini ramai orang.  Buat malu je...

Kali ni, aku tak baling-baling dah.  Letak elok-elok punya.  Tempat pun takdelah jauh mana pun.  Dia pun macam dah faham je.  Line clear, tanpa menoleh ke sisi terus aje aku letak kat meja dia.  Entah macam mana, boleh pulak tersentuh tangan dia.  Huikksss... ampunkan hambamu ni!  Hamba tak sengaja.  Oh..tidak!  Aku telah dinodai.  Dia pun tertindak balas jugak.  Pantas aje kami bertentang mata antara satu sama lain sebaik aje tersentuh tangan masing-masing. 

Sorry, sengaja!  Haha..lembut tangan kau.  Nampak sangat tak pernah cuci pinggan kat rumah! 

Wah, suka hati aje dia kata aku tak pernah cuci pinggan kat rumah!  Ada yang nak kena penampo jugak sat gi neh!

Suka hati je kata aku tak pernah cuci pinggan!  Hello, tangan aku ni dijaga dengan rapi tau!  Tiap-tiap malam sapu losyen tangan.  Kau, lelaki.  Apa yang kau tahu?!

Aku letak balik kertas tu kat meja dia lepas aje aku habis menulis.  Dia baca, lepas tu tersenyum je.  Aku curik-curik pandang.  Memang hensem munyet belanda ni.  Tapi, sayang!  Sayang...sayang..seribu kali sayang.  Perangaimu hampeh!  Tak lama lepas tu, dia letak balik kertas tu kat meja aku.

Chett!!  Losyen konon... Losyen apa?  Losyen Mak Dara? 

Itu yang dia balas kat aku.  Kurang asam keping, asam gelugor, asam jawa ekstra punya munyet belanda! 

Ingat aku nak menipu ke?  Buat sakit kepala aku ajelah kalau nak menipu!

Aku baling balik kertas tu, tapi tak kena kat dia.  Kena kat si Zack pulak yang sedap layan buat taik mata dia.  Tersentak dia, tapi dia buat dek aje.  Dia sambung tidur dia balik.  Periuk belanga betul si Zack.  Tapi, lega jugak sebab dia tak baca.  Si munyet belanda ambil kertas tu yang memang takde jauh mana pun kertas tu tercampaknye.  Meja Zack dengan meja dia sebelah aje.  Takde hallah!

Ala...muka kau yang macam dugong tu.  Bukannya boleh percaya sangat!

Sengal punya ayat kau munyet belanda!  Masih memanggil aku dugong juga!  Takpe, kau tu kan munyet belanda.  Tak kisahlah!

Suke hati kaulah..... Lalalalalalalala.....

                Berakhirlah sudah sesi penghantaran surat yang tak berapa gunakan kemudahan burung merpati sangat.  Dia langsung tak balas lepas tu.  Tapi dia hanya tersenyum aje tengok aku.  Trimasla sebab kasikan hilang aku mengantuk.  Tapi, bukan takat aku je yang hilang mengantuknya.  Kau pun sama, sesi balas-membalas surat tu memang beri maknalah lepas tu.  Ha ha ha...
          Mana taknya, untuk kesekian kalinya sepatah haram pun aku tak faham apa yang penceramah tu berceramah kat depan.  Cubalah tengok si Zack tu, bukan main sedap tidur.  Terkena kertas yang aku baling tadi pun boleh sambung tidur balik, takde pulak dia menghangin waktu tu jugak.  Kalau tak, ada kemungkinan ahli yang dikenakan hukuman bertambah tu tinggilah jugak.


          AKU memeluk bantal sambil duduk di atas katil dan menonton televisyen.  Agak best jugak, sebab boleh tengok saluran televisyen dari Brunei jugak, boleh tahan jelas jugaklah.  Tapi, sekejap ajelah.  Aku lebih suka saluran Astro yang pihak hotel ni bagi.  Barulah gian aku nak tengok Astro hilang sikit. 
          Kepenatan masih juga terasa pada malam ni sebab lepas aje aku dan munyet belanda berkemas-kemas kat tempat makan, kami kena berkejar-kejar pulak untuk aktiviti dalam kumpulan.  Ada sedikit perbincangan. 
          “Dira,” panggil Louisa.  Aku menoleh ke arahnya sambil mengubah posisi duduk menjadi baring mengiring sambil mata terus aje menatap ke arah televisyen yang masih lagi menyala tu.
          “Hmm..” tu aje yang aku balas.
          “Aku tanya sikit kau tak marah, kan?” tanya Louisa.  Soalan yang agak pelik jugaklah.  Rasa berdebar-debar pun ada bila mendengarnya.
          “Apa dia?” soalku, mataku terus aje fokus ke arah Louisa yang dah pun duduk kat atas katilnya. 
          “Kau dengan Faizul sekarang dah okey ke?” tanya Louisa.
          “Okey..kot,” lambat-lambat aku menjawab soalan tu.
          “Okey kot?”
          “Ha’ahlah.  Kenapa?”
          “Aku rasa, adalah lebih baik kau tukar jawapan kau tu,”
          “Apsal pulak?  Tak kena ke?”
          “Memang tak kena pun!”
          “Kenapa?”
          “Aku tengok kau dengan Faizul dah lain je la,”
          “Ala..lain pun pasal aku dengan dia kan kena denda.  Tu ajelah,”
          “Bukan... ni apa  yang aku dapat lihat dari perubahan Faizul tu lah.  Aku mula perasan, setiap kali ada LDK, mesti mata dia nak tengok kau aje,” jawab Louisa.  Huihhh..hati nampaknya macam tak sedap ni.  Tapi aku cuba tenang. 
          “Yelah tu.  Entah-entah dia tengok lain.  Mana kita tau,” sanggahku.  Yelah, tak mau terperasankan diri pulak.  Tiba-tiba jadi teruja tahap tenuk kelaparan, ye ke?  Bila kau tengok?  Betul ke dia tengok aku aje?  Ish..betul ke ni?  Ohok..ohok! 
          Hekk...itu macam bunyi getek namanya!  Tergedik-gedik.  Macam dah takde lelaki dah kat atas muka bumi ni.  Macam perigi cari timba aje aku dengar. 
          “Mata aku terang lagilah Dira!  Aku tak tipu ni,” jawab Louisa.  Adess...ni yang membuatkan aku macam tak sedap hati je.  Bila dengar macam tu.  Kemudian, Shera masuk bilik terkocoh-kocoh aje dan terus berlari dapatkan aku.  Apa kena pulaklah minah seko neh?
          “Dira, aku cakap ni.  Kau jangan marah tau,”
          “Macam mana aku nak marah kau kalau kau tak bagitau aku,”
          “Sorry tau..  Faizul desak aku tadi.  Aku tak sampai hati pulak.  Dengan muka kesian dia,” kata Shera.  Munyet Belanda?  Muka kesian?  Langsung tak dapat nak terima dek akalku ni.
          “Cuba cakap straight to the point,” balasku.
          “Dia mintak nombor kau.  Tak sampai hati, banyak kali dia mintak nombor kau kat aku.  Tapi aku wat dek aje.  Dia mintak masa kau dok jauh-jauh tu.  Aku pun...”
          “Kau bagi nombor aku kat munyet belanda tu?” tekaanku memanglah tepat, tak payah nak disangkal lagi.  Baru aje Shera nak cakap, telefon bimbit aku berbunyi dengan nada dering Sebuah Janji daripada Fase 13.  Ala... soundtrack drama Kamelia Katrina tu.. 
          Pantas aje aku capai telefon bimbit, nombor telefon yang memang aku tak simpan pun.  Aku tunjukkan nombor tu kat Shera.  Shera mengangguk.
          “Nombor dialah ni!” jawab Shera.  Alamak, tiba-tiba aje dunia aku ni nak berpusing-pusing macam cawan pusing-pusing kat Genting tu pulak.  Nak jawab ke tak ni?
          “Jawab ajelah, Dira.  Bukannya dia nak makan kau pun,” sampuk Louisa yang dahpun tutupkan badannya dengan selimut.  Aku terus aje tekan punat hijau.
          “Ermm...hello.  Assalamualaikum,” jawabku terketar-ketar.  Lemah lembut aje aku jawab.  Mau taknya.  Dahlah gelabah habis, suara pun macam nak tak nak aje keluar ni!
          “Waalaikumussalam.  Ermm.. Intan ke ni?” soal pemanggil tu.  Intan?  Dia panggil aku Intan?  Seumur hidup aku, aku rasa dialah orang pertama panggil aku Intan.  Nama aku kan Intan Adira.  Kebanyakan panggil aku Dira ataupun Adira aje.  Termasuklah kawan-kawan dalam bilik hotel aku ni. 
          “Err..Ha..ha’ah.  Ye..,” jawabku tergagap lagi! Agaknya malam ni malam gagap aku kot!
          “Hahahaha...wei! Apesal suara kau lain ni?  Tertelan ikan bilis seketul-seketul ke?” soal pemanggil tu.  Aku taulah makan malam tadi ada sambal tumis ikan bilis!  Tapi, agak-agaklah kalau aku pegi telan satu-satu ikan bilis tu tanpa dikunyah dulu. 
          “Wah, suka hati kata aku telan ikan bilis seketul-seketul.  Kau ingat aku ni apa?  Godzilla?” marahku padanya.  Terdengar ketawa berdekah-dekah.  Tak boleh blah munyet belanda ni!
          “Macam mana kau tau Godzilla telan cenggitu aje kalau makan ikan bilis?  Kau pernah tengok ke?  Bukan apa, suara kau tadi... aku tak cam sangat!” jawabnya, ketawanya masih lagi aku dapat dengar.  Dia dah sedar, dia dah sedar dan mula kembali ke pangkal jalan tu.
          “Apsal dengan suara aku pulak?  Aku rasa biasa je,” balasku pula.  Aku terus bangun dari katil dan menghampiri balkoni yang memang sedia terbuka tu, saja membiarkan angin laut malam tu masuk ke dalam bilik hotel aku ni. 
          “Takdelah...  macam tak percaya.  Lembut je... Kan best kalau selalu aku dengar suara kau macam tu.  Kurang sikit marah aku ni kat kau,” selorohnya.  Wah..wah.. sengal tahap empat puluh empat dah dia ni!  Ingat aku ni bini kau ke?
          “Habis selama ni, memang kau asyik nak naik angin ajelah?” tekaku.  Aku terus menyandarkan tubuhku di balkoni, aku menghadap bilik hotel.  Nampak Shera dengan Louisa dah berbisik-bisik.  Mesti cerita pasal aku dengan munyet belandalah tu!  Nak cerita apa lagi.
          “Adalah jugak.  Tapi sampai semalam ajelah, yang masa ceramah yang merepek yang kau baling kertas kat aku tu je lah!” balasnya.  Aku pulak yang ketawa kenakan dia balik kot!  Ha ha ha... Kau memang suka buat lawak yang tak berapa nak antarabangsa sangatlah!
          “Entah apa-apalah kau ni,” kataku. 
          “Kau tengah buat apa tu?  Kau tak tidur lagi ke?” soalnya. 
          “Saje ambil angin malam.  Sementara mata aku ni belum mengantuk lagi.  Tengok tv pun takde cerita yang best.  Kalau weekend adalah jugak program yang aku nak tengok,” jawabku. 
          “Oh...”
          “Kau kat mana tu?  Macam bunyi laut je,” soalku pula bila aku dengar bunyi ombak laut menghempas sama seperti berada di luar.
          “Aku kat bawah ni,” jawabnya.
          “Tak naik bilik lagi?” soalku.
          “Tak.. saja nak tengok kau dari sini,” balasnya.  Ha..ha.. dah datang merapu dia dah...
          “Sengal pulak aku dengar jawapan kau ni!  Ha.. ha.. ha..” gelak poyo aku pun keluar, konon-konon nak mengelakkan rasa gemuruh ni datang secara tiba-tiba.  Cool down bebeh! 
          “Betullah, aku nampak kau dari bawah ni.  Kau pandanglah sini,” arahnya.  Mau tak bulat mataku, jantung aku ni pulak berdegup laju je.  Macam nak drag pulak!  Aku pun mengalihkan tubuhku dan menghadap laut.  Mata aku meliar-liar mencari satu susuk tubuh yang aku rasa aku boleh kenal dari atas ni.  Nampak ada seseorang sedang melambai-lambai aku dari jauh.
          “Dah nampak kan?” tanyanya.  Dia memberikan senyuman padaku.  Belum pernah lagi aku tengok dia senyum macam tu lagi.  Haiksss.. ape kata hati aku ni.  Macam nak jerit-jerit aje.  Tak taulah kenapa.  Aku hanya tersenyum ajelah.  Tak mampu nak kata apa-apa lagi.
          Aku tengok dia dari balkoni ni.  Dan dia pun dok mendongak tengok aku dari bawah tu.  Meskipun macam samar-samar, tapi tetap boleh nampak dia tengah tengok aku. 
          “Kau tak nak naik lagi ke?  Dah pukul berapa dah ni.  Esok kan ada ceramah lagi.  Kena kemas lagi.  Kau rasa-rasalah kan, sampai bila Encik Harun suruh kita buat mende kemas-mengemas ni?” tanyaku.  Aku menongkat dagu kat balkoni.  Dia pulak dah elok je bersandar kat pokok kelapa.  Tangan di sebelah dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.
          “Nantilah... kau tanya aku.  Bukannya aku jadi urusetia pun.  Hmm...entahlah.  Sampai habis kursus ni kot.  Tapi, aku pun tak larat jugak kemas-kemas ni.  Diorang ni pun makan macam kau je,” kata munyet belanda.  Ini boleh mendatangkan kemarahan ni!
          “Wah, suka hati limpa pankreas kau aje kata aku ni makan bersepah ek!” aku poyo marah-marah kat dia.  Ha ha ha... Hmm..dia ni sebenarnya okey jugak.  Selamba aje cakap.  Tapi, aku tak pastilah kenapa pada awal-awal pertemuan aku dengannya dulu dia angin semacam je.  Tak pe..tak pe.. aku KIVkan dulu soalan tu untuk lain hari.  Tiba-tiba aje aku menguap, cepat-cepat aku tutup mulut.  Nanti nates masuk mulut.  Huhuhu..beraja pulak dia dalam tubuh aku.
          “Mengantuk ke?  Kalau mengantuk, pegilah tidur,” balasnya bila dia dapat tengok aku menguap dari jauh. 
          “Kau pun sama, cepat naik bilik.  Angin malam-malam macam ni bukannya elok sangat!” arahku pulak. 
          “Baik cik puan!  Aku nak naiklah ni.  Ermm.. nite-nite tau.  Kau simpan nombor aku ni.  Jangan tak simpan, kalau tak, siap kau esok pagi,” ugutnya. 
          “Ye..ye... aku simpan nombor kau ni,”
          “Nite-nite... sweet dream,” ucapnya.  Lembut aje dia cakap dengan aku.  Macam lelaki melayu terakhir pulak!  Aiseh, terus aku tak ingat dah misi aku untuk melarikan diri daripada tenuk aka. Azwan itu. 

2 comments:

Anor said...

lama betul tunggu n3 baru ni...
jgn lupa cpt sambung nak tau
jua kesudahannya dah tak sabar
nak tunggu sebab citer yg best..

Sya.Ryanna said...

Alamak..Anor..
kenapa kite tak perasan pulak awak punye comment.. ngaaa..
kejap lagi upload~!!

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template