AKU mengambil fail projek pembangunan di
Johor untuk diperbaiki semula. Segala
laporan yang tertera pada fail tersebut perlu aku susun semula agar ia teratur
dan tidak terlalu serabut sangat kalau nak baca nanti. Lagipun, projek ni adalah projek usahasama
syarikat dengan syarikat Encik Raykal jugak.
Aku bangun dari tempatku dan berjalan menuju ke bilik yang menyimpan
kesemua maklumat yang berkaitan dengan projek yang bakal bermula tak lama lagi. Cari punya cari.. bongkar punya bongkar..
dapat jugak apa yang nak dicari, lama jugaklah aku bertapa dalam bilik tu, siap
bukak heels aku ni lagi.
Nak buat proposal punya pasal, kenalah ada maklumat yang berkaitan dan lengkap.
Nak buat proposal punya pasal, kenalah ada maklumat yang berkaitan dan lengkap.
Mata
sibuk membaca maklumat pada dokumen tanpa aku sedar aku terlanggar seseorang
yang bertentangan denganku. Adeh..
tulah.. khusyuk punya pasal. Bersepah
dah fail-fail yang aku bawa dari bilik ‘kebal’ tadi.
“Sorry,
tak sengaja langgar. Salah saya,” ucap
maafku pada orang yang dah buat aku langgar ni.
Dia pun turut tolong aku ambil semua fail yang bersepah kat atas
lantai.
“It’s
okay. I pun ada buat salah jugak
tadi. I jalan tak tengok depan,” balas
suara tersebut. Memanglah aku tak
perasan dengan siapa aku langgar. Bila
dah dengar suara tadi, baru aku sedar yang aku sebenarnya dah terlanggar Encik
Raykal. Aduii..
“Maafkan
saya, Encik Raykal. I’m too careless
about this,” ucapku sambil memberi tanda maaf ala-ala orang Korea dengan Jepun
tu.
“It’s
okay,” balasnya lagi. Betul-betul kalut
aku hari ni, tak taulah kenapa. Macam
sengaja nak buat sibuk.
“Encik
Raykal buat apa kat sini?” soalku. Eh..
eh.. padahal soalan tu tak patut tanya pun.
Tapi, dah kalut punya pasal, tanya ajelah.
“Hari
ni kan I ada meeting. Don’t you
remember?” soalnya. Aku menggaru kepala
sambil tersengih macam kerang busuk.
“Dah
habis meeting ke?” soalku lagi sebab aku masih belum dapat lihat kelibat Encik
Ikmal buat masa ni. Yang aku nampak
hanya Encik Raykal sorang je buat masa ni.
“Ikmal
tak join pun meeting tadi. Only
Harrizan, Farhan and I dalam meeting tadi.
Kan dia ada lunch meeting. Takkan
you tak tau?” tanyanya lagi. Memanglah
hari ni merupakan hari blur aku.
“Jom
kita pergi lunch. Dah pukul 1 ni,”
ajaknya lagi. Aku mengerling ke arah jam
tangan di tangan kiriku. Jarum pendek
sudah pun berada di angka satu. Terasa
nak tolak aje pelawaan dia ni, asyik keluar dengan dia aje. Nanti bebudak ofis kata apa pulak.
“It’s
okay. Encik Raykal pergilah dulu. Saya ada kerja sikit lagi nak dibuat,”
balasku.
“Kerja
tu takde lari ke mana pun. Kerja tu
takkan habis kalau you keep working on it.
Take a rest, badan you pun nak rehat, perut tu pun nak diisi jugak. Dah, pergi letak fail tu dulu. I tunggu kat sini,” arahnya. Ishh.. nak jugak paksa aku ni, ape
pasal? Hah.. ni aje jalan yang terbaik.
“Actually,
saya dah buat McD Delivery. Kejap lagi
sampai,” kelentongku.
“Oh..
really? Tak apalah kalau macam tu. I terus balik ofis ajelah macam tu. Hmm..
by the way. Kereta you macam
mana? Still under workshop?” soalnya.
“Oh..
dah ok dah.. Thanks a lot,” ucapku. Dia mempamerkan senyuman padaku. Sikit tawarlah sebab aku dah tolak pelawaan
dia untuk makan tengah hari. Dia terus
sahaja melangkah keluar dari pejabatku. Pada masa yang sama, perutku sudah memulakan
irama K-Popnya. Aduss.. padan muka kau,
dah ada orang nak belanja kau, ajak kau pergi makan, tapi kau pergi tolak. Padan muka dengan kau, Cik Ja.
Kau
tau tak, kau dah tolak satu pelawaan yang memang dapat menjimatkan duit kau
pada waktu kemuncak macam ni. Kau tau
tak, duit kau tinggal berapa ringgit je??
Kad ATM kau pun tertinggal kat rumah.
Dalam dompet kau tu tinggal 10 ringgit aje, itupun nak buat isi minyak
balik rumah nanti. Kalau dah kira dengan
duit minyak memang kau takkan lepaslah, Cik Ja oiii…
Nampak
gayanya, aku kena ikat perutlah sampai ke malam jawabnya. Kriuuukkkk…! Alamak perut aku berbunyi bukan
main kuat! Haii.. perut.. janganlah kuat
sangat. Aku tau kau lapar, tapi…. Macam nak menangis tersedu-sedu pun ada
jugak. Salah aku jugak, entah macam mana
aku boleh pergi tinggalkan kad ATM aku di waktu genting macam ni.
Aku
meletakkan kepala di atas meja, mata menatap terus ke monitor komputer, mulut
mencebik. Buat-buat sedih pada diri sendiri,
tapi takde siapa pun yang nak tengok!
Tanganku pula memegang perut yang dari tadi asyik mendendangkan entah
lagu apa. Dah tak macam lagu Korea pun
ada jugak.
Untuk
menghilangkan rasa lapar tu, aku bermain The Sims Social kat dalam Facebook tu. Tapi, itu tetap tidak membuatkan perut aku
untuk terus berhenti. Dia buat bunyi
lagi. Adoi.. kenapa sadis pulak hidup
aku untuk hari ni. Takpe.. takpe.. Kita
kena bersyukur, sekurang-kurang aku lapar untuk hari ni jika dibandingkan
dengan rakyat yang ada di Somalia tu.
Tak
lama kemudian, pintu bilikku diketuk, games The Sims Social dah aku minimize,
buat-buat tengah ada kerja. Padahal..
takde menda pun yang nak dibuat. Yang
aku nak tahan gelak, aku bukak fail projek kerjasama syarikat dengan syarikat
milik Encik Raykal kat atas meja, tapi dalam komputer aku buka fail senarai
nama bakal pekerja untuk ditemuduga minggu depan.
Aku
terasa bau masak asam pedas yang begitu kuat menusuk hidung dan sudah pasti
berbau kat dalam bilik aku sekarang ni.
Kemudian, sebuah polisterin sudah terletak di atas mejaku. Aku merenung ke arah polisterin itu
lama.
“I
tau you lapar, you tak order McD pun.
Tapi, you sanggup tipu kat I yang you dah order makan. I dah tanya Shikin kat bawah tu. Takde siapa pun yang order McD pun hari
ni. I tau you tak ada duit nak beli
nasi, kan? I tak tau you suka makan apa,
I just ambil apa yang I rasa you boleh makan kot. I pun ada beli untuk I punya. If you don’t mind, kita boleh makan
sama. Kat mana you selalu makan, eh?”
kata-kata Encik Raykal tu memang membuatkan aku tersentap, sepatah perkataan
pun tak terkeluar dari mulutku ni. Macam
tau-tau aje yang makanan kegemaran aku asam pedas. Tak kisahlah ikan jenis apa, janji asam
pedas.
Aku
bangun dan garu kepala, ikhh.. si mangkuk ni.. Ikhhh… Semua benda dia tau ni,
apahal? Dia ni pakai ilmu nujum pak
belalang ke? Dia dah pun ambil
polisterin yang dia letak kat atas meja aku tadi. Dia dah pun berdiri di muka pintu.
“Kita
makan kat pantri ajelah,” cadangku. Dia
terus memberi laluan kepadaku untuk aku keluar
menuju ke pantri. Dia terus
mengikutiku dari belakang. Sampai aje di
muka pantri, langkahku terhenti.
Penuh! Ala.. mana nak lepak ni?
“Kenapa?”
soal Encik Raykal. Memang jelas dia tak
nampak apa yang ada kat pantry sekarang ni.
“Hah,
Meen. Tak turun makan ke?” soal Ila
padaku.
“Turun. Ni nak ambil pinggan dengan mangkuk kejap,”
kataku sambil melangkah menuju ke kabinet pinggan mangkuk.
“Aku
tak nampak pun kau tuu… eh.. Encik Raykal?” balas Ila. Dia dah nampak Encik Raykal kat belakang.
“Hai,”
sapa Encik Raykal pada Ila. Aku terus
aje mengambil 2 pinggan dan mangkuk untuk dibawa. Mungkin bilik aku bakal menjadi tempat untuk
makan tengah hari ni.
“Encik
Raykal lunch dengan Encik Ikmal ke?”
“Nope! I lunch dengan Yasmeen,” jawab Encik
Raykal. Ikh… tak boleh simpan rahsia
betul mangkuk tingkat ni. Terangkat-angkat
kening Ila dibuatnya. Perlu ke dia
beritahu kat Ila ni? Ishhh….
“Ada
apa-apa ke?”
“Ada…
ada nasi,” selorohku. Aku terus kembali
berjalan menuju ke bilikku semula sambil membawa pinggan dan mangkuk.
“Okay,
I’ve got to go. Nice meeting you,” ucap
Encik Raykal pada Ila. Aku dah buat muka
toya satu sen.
Encik
Raykal pun ikut aku lagi sekali dari belakang.
Memanglah aku kena bahan tak lama lagi.
Aku masuk sambil meletakkan pinggan dan mangkuk kat atas meja aku. Sebelum tu, aku kemaskan semua fail, dokumen,
kertas-kertas yang bersepah kat atas meja.
Aku susun pinggan dan mangkuk kat atas meja.
“Nak
letak kat mana ni?” soal Encik Raykal padaku.
“Meh
sini,” polisterin itu bertukar tangan.
“Ambil
air kat pantry,” arahku.
“Air?”
ulang Encik Raykal. Ikh… boleh blur
pulak mangkuk tingkat ni.
“Air
minumlah. Nanti kalau tercekik termakan
tulang ikan, siapa nak bertanggungjawab?” balasku.
“I
ada. I lah yang kena bertanggungjawab,”
jawab Encik Raykal.
“Itu
kalau saya yang tercekik tulang ikan tu.
Kalau Encik Raykal yang tercekik tulang ikan tu?” soalku padanya.
“Youlah yang bertanggungjawab,” jawab Encik Raykal lagi. Amboi-amboi dia ingat aku ni apa bagi dia? Kalau tak ingat dia ni kawan baik Encik Ikmal, dah lama aku pijak-pijak dia ni. Ikut sesedap rasa dia aje berkata-kata. Tak tengok kiri-kanan langsung!
“Youlah yang bertanggungjawab,” jawab Encik Raykal lagi. Amboi-amboi dia ingat aku ni apa bagi dia? Kalau tak ingat dia ni kawan baik Encik Ikmal, dah lama aku pijak-pijak dia ni. Ikut sesedap rasa dia aje berkata-kata. Tak tengok kiri-kanan langsung!
“Dahlah,
pergilah ambilkan air minum. Biar saya susun
ni dulu,” arahku lagi. Makin lama aku
layan makin sakit jiwa aku rasa. Okey,
nanti sepanjang makan, aku nak diam aje.
1 comments:
nice...nk lg.
Post a Comment