Friday, October 15

Bab 2

Sepupu Sepapat Tenuk?

            Aku menilik jam di telefon bimbit, dahpun menunjukkan jam 2.30 petang.  Dalam masa setengah jam lagi, aku harus menuju ke dewan untuk upacara perasmian.  Usai aku jamakkan solat Zohor dengan Asar, aku terus bergerak melepak-lepakkan diri di lobi.  Entah kenapa macam terkocoh-kocoh aje aku ni.  Mungkin hari ni hari kelam-kabut aku sedunia kot!  Padahal barang-barang yang aku perlu bawa ke dewan taklah banyak mana, tapi ada jugak barang jatuh.  Ish....cepat-cepatlah jugak aku capai semula dan sambil berjalan aku memasukkan kad bilik hotel aku.  Ishh....ada lagi bunyi Stuck ni!  Pantas aku matikan telefon bimbit aku.  Dan tak semena-mena aku terlanggar seseorang dari arah bertentangan.  Adess...terlanggar orang la pulak!  Habis bersepah barang-barang yang dia bawak. 
          Memang aku ni dasar kelam-kabut betul!  Cepat-cepat aku menolong orang tersebut, mengangkat bagasinya.  Ternyata dia juga menginap di hotel tempat aku berkursus, cuma aku kurang pasti sama ada dia sekadar menginap ataupun seangkatan dengan aku, ada kursus.
          “Maafkan saya, saya tak sengaja,” ucapku sambil mengambil barang-barangnya.  Fuhh..lelaki la pulak..Tapi aku tak nampak muka.  Kedengaran lelaki tu mendengus dengan aku.  Marahle tu..
          “Eloklah tu, jalan tengok bawah.  Lain kali try jalan mendongak pulak!” perlinya.  Ewah..ewah..sesedap air milo lelaki ni mengata aku...Aku dah mintak maaf, nak marah-marah pulak.  Kang aku takmau tolong, baru tau.
          “Kan saya dah cakap saya mintak maaf.  Saya tolong awak,” offer aku kat dia.  Yelah dah terlanggar takkan nak blah camtu aje plak.  Aku pun duduk cangkung sama dengan dia mengambil barang-barang dia bertaburan.
          “Tak payah!  Nanti rosak pulak barang-barang ni!” marah lelaki tu.  Haissshhh..ini sudah melampau.  Hangen aku belum lagi nak reda dengan si tenuk tu, munyet belanda pulak yang datang menambahkan hangen aku.  Memang aku betul-betul nak menghangen je dengan munyet belanda ni!
          “Hekne...berlagak!  Orang nak tolong dia sombong pulak!  Nak tengok barang-barang awak tu rosak betul-betul ke?!” marahku sambil bangun dan mencekak pinggang dengan si munyet belanda yang sedang elok mencangkung kat depan aku mengambil barang-barang dia.  Dia pun turut bangun dan membiarkan barang-barang yang bersepah tu di atas lantai.
          “Hei, kau ni kenapa nak cari pasal dengan aku sangat ke?!” tengkingnya pulak.  Ewah-ewah..ewah..ewah..!  Sudah ber’kau’-‘aku’ pulak si munyet belanda ni!  Aku pun nak turut serta jugaklah!
          “Macam mana aku tak cari pasal dengan kau, bila aku mintak maaf, kau perli aku.  Bila aku cuba nak tolong kau, kau berlagak.  Sombong!  Eiii..mahallah sangat barang-barang kau tu nak orang pegang ha?! Aku cakap elok-elok, kau marah-marah aku,” tengkingku, cuba menaikkan volume suaraku lebih sikit daripada dia.  Tiba-tiba aje dia menghempaskan barang yang ada dalam genggamannya tadi ke lantai.
          “Hei, pompuan!  Jaga sikit mulut kau tu.  Kau tu pompuan, buat cara pompuan!  Kau ni, mak bapak kau tak ajar kau sopan-santun sikit ke?” marah lelaki tu.  Wah..dah mula kaitkan mak bapak ni.  Yang aku rasa nak sembur je dengan Ridsect nih!
          “Woi, mak bapak jangan main!  Aku memang dah diajar untuk bersopan santun dengan orang lain.  Tapi, kalau orang macam kau, boleh jalanlah!” marah aku sambil menyepak salah satu barang dia yang tersadai kat koridor tu. 
          Cepat-cepat aku lari daripada si munyet belanda ni.  Menjerit-jerit si munyet belanda tu.  Entah apa maki hamun dia lemparkan kat aku, aku pun kurang pasti pemahamannya.  Tapi aku yakin yang dia bukan orang dari Semenanjung.  Cara percakapannya jelas seperti orang Sarawak ni.  Sebab agak sedikit baku, huruf R digantikan dengan GH.  Masa aku melarikan diri pun, dia maki-maki bahasa dia.  Tapi aku tak taulah bahasa apa yang dia maki sebab aku tak explore lagi bahasa-bahasa yang ada kat sini.  Ah, malaslah nak ambil tau bahasa apa yang dia guna. 

----------

TERASA lama aje menunggu bilanya akan bermula majlis pembukaan ni.  Di sebelah aku ni terdapat beberapa orang lagi peserta yang baru aje aku kenal.  Yang pakai cermin mata, matanya ala-ala Hazelnut ni namanya Shahirah, panggil Shera aje.  Yang besar-besar sikit tu namanya Louisa dan lagi sorang macam cina, tapi bukan cina.  Namanya Nurul Rasheeqa, panggil Nurul aje.  Diorang semua orang Sarawak, Louisa dan Nurul orang Limbang, agak ternganga jugak bila aku dengar nama Limbang tu, sebab tak pernah dengar.
          Mendengar cerita yang tak seberapa asal-usul sangat, sekadar maklumat ringkas je, barulah aku tau Limbang tu dekat mana.  Daerah tu diapit oleh Negara Brunei Darussalam, sekiranya mereka nak ke Lawas ataupun Miri, mereka kena masuk Negara Brunei Darussalam dulu barulah sampai di destinasinya.  Perjalanan ke Miri saje mengambil masa 4 jam.  Macam aku dari KL nak ke Parit Buntar je rasanya.  Hu hu hu... 
          Jadi untuk lebih alternatif, mereka menaiki kapal terbang yang hanya memakan masa setengah jam aje.  Baru terasa naik kapal terbang, dah kena turun mendarat pulak... Tapi ikutkan, manalah mampu mereka nak naik  kapal terbang.  Mereka yang kata, bukan aku.  Aku dengar aje pun dah melopong je mulut aku ni mendengar cerita mereka.  Tapi, bab yang memang aku sangkut bila mereka bercakap Bahasa Melayu Sarawak dengan mereka sendiri.  Yang tu, aku mampu dengar je, nak menyampuk, kang salah tafsir pulak.  Hu hu hu...
          Sewaktu majlis hampir saja bermula, aku ternampak satu susuk tubuh yang aku rasa amat aku kenali, dari segi warna kemeja yang dipakainya, cara dia berjalan dan wajahnya aku masih lagi dapat cam.  Munyet Belanda!
          “Dira, kenapa ni?” soal Nurul kepadaku sebaik je dia melihat aku menutup mukaku dengan fail yang pihak penganjur berikan.  Panjang betul leher dia melihat siapa yang membuatkan aku jadi sebegitu rupa.  Dah macam penjenayah pulak jadinya.
          “Eh, Ira.  Kitak pun disitok?”
          “Aok,” jawab ringkas oleh Shahirah, belumpun sempat tanya lebih-lebih pengacara majlis sudahpun memulakan ucapannya terlebih dahulu.  Semua mata kini dahpun tumpukan perhatian di hadapan.
          “Kau ingat, dengan tutup muka kau yang macam taik lembu tu aku tak kenal kaulah ye?” tiba-tiba je suara tu muncul balik di balik fail yang aku tutup ni.  Meskipun nadanya sedikit perlahan, tapi aku dapat dengar dengan jelas.  Siapa lagi yang tutup muka guna fail ni kalau bukan aku sorang je.  Cisss....kenapa aku ditakdirkan berjumpa dengan kau!
          Dasar munyet belanda!  Kaupun sama je dengan si tenuk tu, nak cari pasal dengan aku.  Aku datang sini nak cari ketenangan hidup, tapi lain pulak jadinya.  Lari daripada si tenuk, jumpa munyet belanda.  Ishh....  Tensennyee!
          “Awak kenal dia ke, Ira?” bisik aku ke telinga Shahirah. 
          “Haah, dia satu tempat kerja, tapi dia department lain.  Tak sangka pulak dia pun masuk kursus ni.  Ada jugak kawan satu tempat kerja, senanglah sikit,” balas Shahirah yang turut bernada bisik sama aku.
          ‘Senang sikit?  Mungkin senang sikit bagi kau.  Tapi sakit jiwa bagi aku.  Awal-awal jumpa dia dah gaduh macam Otomen [Ultraman] dengan Pawa Renjes [Power Rangers].  Hoh, sape yang menang?  Aku pun tak taulah...  Masing-masing nak menegakkan keadilan.
          Aku datang sini nak cari ilmu baru..Tapi tetiba  tercari musuh baru pulak...  Haihhh... Nasiblah aku macam ni.  Dah dapat keluar perut tenuk, masuk hidung munyet belanda pulak!  Pepatah mana pulaklah aku cedok ni... 

2 comments:

Unknown said...

as,
aku dah follow ko,
link le blog aku ea.huhu

Sya.Ryanna said...

sudah follow~!!
i follow..i follow..
huhu...~!!!
X)

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template