Monday, October 11

Bab Satu

Miri oh Miri

            Aku tiba kini di Lapangan Terbang Miri, Sarawak setelah hampir 2 jam dan 15 minit dari KLIA.  Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Malaysia Timur itu, dan negeri bumi kenyalang itu.  Jika tidak kerana kursus yang dianjurkan oleh jabatan aku dan kerjasama dengan jabatan di cawangan lain, sudah tentu aku tidak sampai ke sini.  Pada masa yang sama juga, nama aku yang terpilih dalam kursus untuk kali ini.  Setelah hampir 2 tahun aku bekerja sebagai pegawai, berkursus bukanlah perkara yang begitu asing bagiku mahupun pekerja yang lain, ia adalah seperti satu kuota bagi untuk memudahkan lagi kenaikan pangkat pada masa akan datang.  Miri, sebuah bandar yang baru sahaja diisytiharkan sebuah Bandaraya di negeri Sarawak tidak lama dulu.
          Aku jadi orang bengong sekejap sebab terkejut dengan kejutan budaya meskipun aku masih lagi berada di dalam lapangan terbang dan baru sahaja lepas dari pusat imigresen.  Almaklumlah, sesiapa sahaja penumpang dari semenanjung pasti diberikan pasport sementara, ia cuma sekeping kertas yang tidak ubah seperti resit pembelian ketika aku membeli-belah aje.  Comel sahaja pasport sementara aku itu, lalu aku simpan di dalam dompetku.
          Aku terasa bingung sebaik sahaja aku tiba di sini, bagaikan berjalan yang tak ada arah tujuan, nak ke pintu keluar pun aku tak tau kat mane..huhu!  Haru betul aku ni!
          Mujurlah sebaik sahaja aku keluar dari terminal ketibaan ade beberapa orang yang berpakaian uniform yang boleh sahaja aku kenali sudahpun menunggu, tandanya mereka menunggu aku untuk dibawa ke hotel yang bakal aku menginap sepanjang tempoh seminggu aku berada di bumi Miri ini.  Aku berada di sini untuk mengikuti kursus entah apa aku pun tak ingat namanya.
          Ia tak ubah seperti kursus motivasi je.  Entahlah, aku pun kurang pasti, nak buat macam mana, tiba-tiba sahaja nama aku yang naik untuk kursus kali ini. 
Redha sajalah.  Hu hu hu…
          Aku pantas menarik bagasiku dan entah macam mana…GEDEBUK~!! Adess…sakit, jatuhku mengalahkan nangka yang busuk itu… aduu..malunye aku.. Mana nak letak muka aku yang vogie de vass ini??
          Mujurlah tidak ramai yang berada di lapangan tersebut, meskipun hanya mampu dibilang dengan jari, maluku masih lagi terasa, rasa macam kena udang bakar pun ada. 
          Macam manalah boleh tersadung dengan bangganya ni… haihhh… mereka semua tersenyum sinis melihat gelagatku.
          Aku bangun balik, pantas aku perbetulkan kesemuanya, dari bagasiku, pakaian dan rambut yang agak serabai (terlebih serabai sebenarnya!) gara-gara buah nangka jatuh gedebuk mengalahkan buah nangka yang sebenar.  Padahal, aku pun tak pernah tengok buah nangka jatuh macam mana, sebab pokok depan rumah aku tu pokok jambu air.  Hu hu hu…
          Aku terus mendapatkan orang yang sudah sedia menungguku di balai ketibaan.  Bagasiku kini sudah bertukar tangan, kali ini orang yang menjemput aku tu yang memegangnya lalu di masukkan ke dalam bonet kereta.
          Aku terus masuk ke dalam kereta dan diiringi oleh 2 orang yang menguruskan program sepanjang aku berada di Miri ini selama seminggu.  Kedua mereka hanya tersengih macam kerang busuk, mesti kes tak tahan gelak tengok aku jatuh tadi la tu! Hu hu hu.. Malu betul aku hari ni. 
          Tak nak tengok 2 orang yang menjemput aku tu, aku terus masuk ke dalam kereta yang dah pihak penganjur sediakan.  Terus tengok tingkap dan tak pandang langsung orang-orang yang membawak aku tu.  Yang penting aku selamat sampai ke destinasi yang sepatutnya.  Kalau tak sampai, memang aku terjun terus dari kereta ni.. Hu hu hu... 
          Aku melihat keadaan sekeliling melalui tingkap kereta.  Mak..ai..!! Besar-besar sungguh rumah kat sini.  Tak macam kat area KL sana, nak cari rumah sebesar macam ni, memang susah.  Kalau jumpa pun mungkin di area Damansara, Bangsar sana.  Aku ni, setakat rumah teres 2 tingkat, itupun duduk dengan parents aku.  Maklumlah, anak mak ayah.  Hehehe..Cuma aku saja yang tinggal bersama mak dengan ayah aku. 
          Kak Long, Abang Ngah dengan Achik dah ada rumah sendiri.  Tinggal aku,ayah dengan mak aje. Alang dah lama bermastautin di Nottingham, entah bila dia akan balik, aku pun tak taulah.  Nak tunggu raya yang setahun sekali pun susah!  Nasib baik aku tak macam Alang.  Dalam 6 adik-beradik aku ni, aku dan Alang je yang dapat tawaran menyambung pelajaran di luar negara.  Nasib aku tak macam si Alang, aku masih ingatkan asal-usul aku.  Aku pulang juga setelah hampir 2 tahun aje di bumi London.  Baki 2 tahun aku sambung di bumi Malaysia.  Mak tak mahu aku jadi macam Alang, tak nak balik terus lepas habis belajar.
           Si Adik pulak memang sama dengan Alang, tapi mujur juga dia dapat tawaran dalam negara, itupun dekat Sabah nun.  Ish ish ish..tunggu raya ataupun cuti semester ajelah dia boleh balik.
          Jika diikutkan hati sebenarnya, memang aku dahpun beli apartment di sekitar Kuala Lumpur berhampiran rumah lama aku juga yang kini dahpun disewakan dek orang.  Tapi memandangkan rumah keluargaku lebih dekat dengan tempat kerja, hmm..kene pilih yang paling dekatlah ye..
          Aku hanya menunggu si Adik tu habis belajar lebih kurang 2 tahun aje lagi, kemudian dia perlu dan wajib mengambil alih tempat aku sekarang ni.  Di saat aku terpukau dek kerana melihat rumah-rumah yang besau-besau, tanpa aku sedar, rupa-rupanya aku dahpun sampai ke tempat penginapan yang bakal aku diami selama seminggu berada di sini.
          Lepas je check-in, aku terus mencari bilik penginapan aku, dan terus sahaja swap pintu bilik hotel aku.  Hu hu hu..memang best tahap gaban, mana tidaknya, bilik hotel aku ni betul menghadap Laut Cina Selatan.  Aku terus meletakkan bagasiku di atas katil dan beg tangan di atas meja solek.  Dan hampir saja aku lupa, telefon bimbit aku lupa aku nak hidupkan semula sejak berlepas dari KLIA lagi.  Aku pantas menghidupkan telefon bimbit, dan membiarkan sahaja di sebelah beg tangan aku.  Aku pantas membuka sliding door.  Fuhhh...sedapnye angin laut terus masuk ke dalam bilikku, bunyi ombak yang menghempas ke pantai membuatkan aku terleka seketika. 
          Hampir-hampir aje aku terlupa akan tentatif program untuk hari pertama ini.  Apa program agaknya yang bermula hari ini, mestilah majlis pembukaan, takkan majlis penutup pulak, kan? Hu hu hu...
          Aku merenung jam di telefon bimbit, tapi tak sempat sebab aku melihat hampir je 25 panggilan yang aku tak jawab dan 10 mesej, semuanya dari nombor si tenuk, Azwan.  Aku tak faham, dia ni nak apa lagi?!  Kasi aku menghangen je si tenuk tak reti-reti bahasa ni.  Aku biarkan saja, tak nak aku telefon dia balik!  Menghabiskan kredit aku aje.  Nak mintak couple baliklah tu!  Sorrylah, dah 2-3kali aku bagi peluang kat kau, tapi kau masih tetap tak berubah.  Aku lari, ni aku larilah ni.  Nasib baik jugak mak, ayah pandai berlakon.  He he he...  Hanya mereka yang tahu aku berada di bumi Miri ini, yang lain-lain langsung tak tau.  Mereka juga faham keadaan aku, sentiasa berkursus sana, sini.  Tapi, kali inilah yang paling jauh daripada keluarga aku. 
          Bagi aku, bagus jugak dapat melarikan diri daripada si tenuk yang langsung tak reti bahasa.  Kalau dah namanya playboy tu, playboylah jugak!  Kata nak berubah, berubah taik kucing kaulah!  Selamat jalanlah kau romeo yang suka memper’playboy’kan diri bersama aweks-aweks yang lebih kurang sama macam kau jugak!
          Aku biarkan sahaja voicemail yang berlambak-lambak itu masuk biar penuh.  Ada aku kisah ke pasal kau lagi?  Kini tidak lagi.  Wah, dah macam bunyi iklan kat tv aje...  Mantak kaulah, kau nak buat apa sekarang ni, aku dah tak mahu ambil peduli lagi pasal kau.  Macam ni kau balas kat aku, eh?  Semua mesej yang si tenuk tu hantar pun aku biarkan saja tidak berbalas.  Memang aku dah tak ada hati setelah apa yang dia buat kat aku selama aku dengan dia berhubung.  Bukan sekejap, tapi hampir 6 tahun, semenjak aku dan si tenuk tu di bangku sekolah menengah lagi. 
          Ya, sewaktu kami masih lagi berhingusan lagi, masa tu, tengah berhingus-hingus pun nak jugak lap kat lengan baju.  Hu hu hu... Tapi, itulah...hubungan aku dengan dia semakin rapat sebaik aje aku SPM.  Entah kenapa masa tu sibuk bebeno dia telefon akulah, mesejlah..  Padahal dia pun tengah sibuk dengan semester dia kat UNISEL tu.  Terkejut jugak aku bila dia dahpun menapak kat depan rumah, semata-mata nak bawak aku pergi klinik.  Mula-mula, memang aku tak faham jugak sebab dia selalu sangat ambil berat tentang aku.  Sampaikan aku selesema takdelah teruk mana pun, dia sanggup ponteng kelas dia kat Batang Berjuntai dan sekarang jadi nama ape ntah.. Bestari Jaya?  Betullah tu kot, sebab sekarang aku dah tak berapa nak dengar lagi nama Batang Berjuntai tu...  Signboard pun dah dipasang dengan nama Bestari Jaya... Sambung balik cerita, dia sanggup balik ke KL nak jenguk aku.  Siap bawak pergi ke klinik tu yang aku rasa macam tak boleh blah! Faham-faham jelah perjalanan dari tempat dia tu pun agak jauh jugak 
          Sejak tu, kami sentiasa berhubung, entahlah mungkin masa tu aku rasa dia yang paling layak untuk aku luahkan perasaan, cerita itu ini.  Dan masa tu memang paling aku suka sebab dia antara pelajar yang boleh dikatakan terhensem jugaklah kat sekolah kami.  Semua budak perempuan menangis berguling-guling sebab si tenuk ni dah ada awek.  Tapi, masa tu aku tak tau lagi yang dia memang suka kat aku, lepas aku habis SPM dan waktu dia nak hantar aku balik ke rumah lepas pergi ke klinik tulah,  barulah dia beritahu isi hati dia  yang sebenar kat aku.  Kurang asam garam betul si tenuk ni. 
          Tapi sekarang, bukan setakat kurang asam garam aje yang dia ada.  Kurang asam boi, asam gelugor semua jenis asam ada kat dia.  Memang aku geram sangat-sangat si tenuk ni.  Memang aku betul-betul sakit hati. 
          Telefon aku berbunyi nada Stuck daripada Stacie Orrico memecah suasana sunyi bilik hotel aku.  Ah, si tenuk ni lagi.  Biarkan!

4 comments:

Iris said...

ahaks!
Best la ngok!

Sya.Ryanna said...

hok hok hok...
aku tengah buat bab 2 nye nehhh...

noor said...

salam...
boleh tak sYa_Rye letak tajuk die dgn betul...sbb ada kemungkinan pembaca lain boleh confuse bla nk bc...
mcm Andainya Bukan Untukku tu...
latak nama novel serta bab sekali...
senang untuk mencari nnt...

Sya.Ryanna said...

Noor..
leyh mintak tolong ajar tak..
sbb saye still baru..
so tak bape nak taw sangat nak buat buat satu bab demi satu bab macam blog lain buat..
means dalam satu novel tu kite boleh tengok bab mana yang kite nak bace..
yang tu still kompius..
hehe...
leh tolong ajar tak cmne nak buat..

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template