Salam...
memangla da berkepuk, penuh dengan sawang, habuk semua dan sekitarnya..
nak menghapdet belog pun tak sempat..
really-really lack of time to spent a little time for blogging for a while..
bermuka buku aje yang sempat..
twitter pun use phone to update..
ehehehehehehe...
kemain..
okeh, dah hampir setahun menjadi pelajar UiTM Puncak Alam ni..
dan semester keempat aku sudah hampir ke penghujungnya..
tak lama lagi dah study week and will go through final exams...
so, minggu ni adalah antara minggu yang sangat busy, otak serabot, kelam-kabut..
semua adala..
tak payah nak kata.. test and quiz on the same day, submission of group projects, assignments, presentations..
report writing..
tak menang tangan betul ni..
ni pun betul-betul serabut, amik masa kejap nak hapdet belog..
dah lama sangat bersawang ni..
ikh ikh ikh.. cian dye..
okeh.. memang agak sibuk buat masa ni... novel-novel pun tak menyempat nak sambung..
by the way, selalu jugak tengok penulisan2u tengok kalau-kalau ada hapdet bab terbaru ke..
tapi since November 13, 2011.. dah takde hapdet bab baru lagi da tok citer tuh..
sedey..sedey... tapi, takpelaa..
ada lagi yang menunggu.
maybe bukan rezeki untuk dapatkan ia betul-betul dalam hardcopy, tapi takpe...
mungkin satu percubaan tak berjaya, so jangan putus asa yewp...
YOSH~!!
kita akan cuba untuk buat citer lain plok.. huhuhuuu....
doakan saye berjaya dalam apa juge bidang yang dah terterjun ni..
huk huk huk...
Wednesday, December 7
Wednesday, November 16
Kawan2... need for your cooperation please..
Salam..Kawan2.. need for your cooperation please..
but before buat survey, need to watch this video first..
http://youtu.be/W908tu3HYZY
MatLuthfi90
http://youtu.be/QYDa10BvLD4
AimanAzlan
http://youtu.be/k3RKJduQsYc
AnwarHadi
http://youtu.be/EbH8TTwOshU
Maria Elena/Shortnap
da habeh tengok video ni, buat survey ni ye...
but digalakkan tengok video yang lain selain di atas..
kalau nak scroll ke bawah, juz pegi scroll kat bahagian survey tuh..
tenkiu, aligatok, xiexie...
FIL - Sembilan -
MATA memang tertancap
ke arah skrin projektor yang terbentang luas besar lagi gah tu. Dari jauh pun dah boleh nampak. Tapi, otak ni penuh dengan keserabutan. Keserabutan dengan kehadiran seorang ‘makhluk
asing’ yang ikutkan hati bukannya kenal sangat dengan laki sorang ni. Tapi, entah macam mana Jepah pun dok pegi
ajak jugak mangkuk bertingkat tengok bola sekali pun aku kurang pasti. Musykil aku, macam mana dia pun boleh ada
jugak kat sini? Apa motif Jepah ajak dia
sekali ni? Tau ke tidak si Jepah ni
bahawa membawa mangkuk bertingkat menambahkan lagi kekusutan aku?
Aku menyuakan ayam tandoori masuk ke dalam mulut, hmmm..
sedap! Malam ni jugak, aku tak banyak
cakap seperti sediakalanya, biasa akulah yang paling bising dan mesti nak
bergaduh dengan Jepah tentang bola, kereta, motor dan macam-macam lagi. Tapi, malam ni seolah-olah mulutku ni dah
kena dengan sapu UHU aje. Boleh bercakap
lagi, belum sampai tahap kena bubuh Elephant SuperGlue itu.
“Ja.. Is dah balik,”
kata Jepah yang memulakan bicaranya.
Matanya tertancap pada skrin projektor.
Aku berhenti sekejap dan mula berfikir.
“Is?!
Is mana ni?” soalku. Aku betul-betul tak
ingat, Is mana yang Jepah maksudkan sekarang ni. Isketambola ke Isketambatu?
“Yelah.. Is.. Iskandar. Berapa banyak Is yang kau kenal?” tanya Jepah padaku. Aku tersedak sikit dan terus aje mencapai teh aisku lalu kuhirup. Mau tak terkejut dibuatnya. Iskandar.. satu nama yang dah terlalu lama aku tak dengar dan sudah lama terdelete dalam memori ingatanku. Sebolehnya aku tak mau ingat lagi orang yang bernama Iskandar dalam hidup aku buat masa lalu, kini dan sampai bila-bila pun.
“Yelah.. Is.. Iskandar. Berapa banyak Is yang kau kenal?” tanya Jepah padaku. Aku tersedak sikit dan terus aje mencapai teh aisku lalu kuhirup. Mau tak terkejut dibuatnya. Iskandar.. satu nama yang dah terlalu lama aku tak dengar dan sudah lama terdelete dalam memori ingatanku. Sebolehnya aku tak mau ingat lagi orang yang bernama Iskandar dalam hidup aku buat masa lalu, kini dan sampai bila-bila pun.
“Apa
masalah kalau dia dah balik pun?” tanyaku.
“Memang
ada masalah untuk kau, Ja,” balas Jepah.
“Aku
tak kenal siapa Iskandar tu. Nasi kandar
aku kenallah,” jawabku pula.
“Kau
ni.. aku cakap betul-betul. Kau
main-main pulak!” marah Jepah lalu membaling tisu yang dah dikeronyok dan dah
kotor pun kat aku. Ish.. tak senonoh
betul Jepah ni!
“Wehh..
kotorlah!” marahku pula. Aku nak makan,
kau boleh pulak main baling-baling tisu kotor pulak kat aku!”
“Betullah! Aku cakap ni betul. Memang ada bermasalah buat kau nanti. Dia ada call aku semata-mata tanya pasal
kau,” ujar Jepah. Aku diam. Malas nak ambil tau sebenarnya.
“Dia
nak jumpa dengan kau, Ja. Dia kata,
sejak dia pergi, kau tak pernah contact dia langsung,” pujuk Jepah supaya aku
berjumpa dengan Iskandar itu.
Iskandar, satu nama yang memang aku dah lupakan, tiba-tiba muncul balik
pada malam ni oleh Jepah.
Iskandar..
ish.. sebolehnya aku tak mau lagi dengar nama tu sampai bila-bila pun. Buat serabut otak aku ajelah! Iskandar tu.. lelaki yang pernah janjikan
kebahagiaan untuk aku, konon-konon akan sentiasa bersama dan sanggup lakukan
apa aje demi aku. Konon-konon aku ni
adalah wanita yang pertama dan terakhir yang akan dia jaga sepanjang umur hidup
dia. Alih-alih, sebaik aje dia sambung
belajar, dia pergi cari perempuan lain.
Mangkuk putih pulak tu!
Kalau takat kawan
biasa-biasa aje, aku tak kisah. Ni siap
upload gambar tu kat dalam facebook yang dia sakan gila berpeluk dengan minah
salleh tu. Cium pipi, sambil pegang air kencing
nates, kiss-kiss pun ada jugak. Pergh..
mahu tak terbakar hati ni bila tengok tu.
Bukan setakat tu, lagi aku bertambah benci dengan dia bila ada kejadian
yang tidak diingini membuatkan aku rasa ada baiknya tak payah kenal dia sampai
bila-bila pun tak apa. Lepas apa yang jadi, aku terus tak contact dia langsung
sampailah sekarang.
Jepah
aje yang tahu dari A sampai Z. Jepah
jugak yang menjadi posto-posto untuk Iskandar.
Aku pun bagi posto-posto kat Jepah, suruh beritahu kat Iskandar nasi
kandar tu jangan contact aku lagi. Lepas
tu, ada jugak Iskandar call aku untuk buat penjelasan pasal semua tu.
Yang
tak boleh blah tu, dia kata semua gambar tu superimpose. Ada orang sabotaj, orang dengki kat dia. Daa… orang sabotaj tak maulah upload gambar
yang dah kena photoshop tu sampai berpuluh-puluh. Rajin sangatlah orang yang sabotaj dia tu nak
edit gambar banyak macam tu. Serasanya,
orang yang nak sabotaj tu pun macam tak ada motif je nak sabotaj dia, dia
bukannya kaya macam Ananda Krishnan sangat, tapi boleh tahan juga kekayaan yang
keluarga dia ada, lepastu dia tu
bukannya hensem sangat, bila dibandingkan, Encik Raykal yang kat depan
aku ni lagi hensem dari nasi kandar tu.
Nak kata dia pandai, tak adalah pandai banyak mana. Result SPM aku lagi bagus dari dia.
“Aku
yang lost contact dengan dia ke, dia yang sebenarnya lost contact dengan
aku? Bagi information tu biar betul
sikit, eh? Jepah.. dah berapa kali aku
nak beritahu dengan kau. Aku rasa,
perkataan ni dah banyak kali aku ulang sejak 7-8 tahun yang lepas. Aku rasa, kau ni ada amnesia sikit. Baik kau pergi periksa kat hospital,” kataku.
“Ja,
benda yang lepas tu biarlah lepas. Kau
tak boleh ke nak anggap pelawaan dia tu hanya sebagai kawan aje? Aku tau apa yang pernah jadi kat kau dan Is
dulu, tapi jangan letakkan emosi kau, perasaan benci kau pada dia tu membuatkan
kau tak nak jumpa dengan dia lagi. Walau
macam jauh pun kau lari, nama Iskandar tu tetap ada dalam ingatan kau, meskipun
ia sebagai kenangan lalu,” ujar Jepah.
Bukan main Jepah nak memujuk aku supaya berjumpa dengan nasi kandar
tu.
“Jepah..
aku minta tolong kau sekali ni je.
Tolonglah jangan paksa aku dengan perkara yang aku tak suka. Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat kat aku
dulu? Kau bukannya baru kenal aku
semalam. Aku harap kau faham,”
balasku.
Jepah
mengeluh. Lama dia merenung pada air
minumannya. Dia kemudian mengacau-ngacau
airnya itu dengan menggunakan straw.
“Okeyla..
aku takkan paksa kau. Roger aku bila kau
dah bersedia nak jumpa dengan dia.
Terpulang pada kau,” kata Jepah, dia dah mula malas nak desak-desak aku
lagi untuk berjumpa dengan nasi kandar. Sampai bila-bila pun aku tetap tak akan
berjumpa dengannya, walaupun aku dah bersedia ataupun tidak. Memang tak akan! Aku memang nekad dengan diriku sendiri.
Encik
Raykal pula lebih banyak diam daripada berkata-kata pada malam ni. Matanya lebih tertumpu pada perlawanan bola
sepak antara Liverpool dengan Manchester United pada skrin putih yang besar
terpacak di hadapan restoran.
“Once
you’ve ready, I boleh temankan you jumpa lelaki tu,” tiba-tiba aje Encik Raykal
bersuara. Nyaris-nyaris aje air yang aku
hirup tu tersembur kat depan muka Jepah.
Aku toleh ke arah Encik Raykal.
Matanya masih lagi tertancap pada skrin yang menyiarkan siaran langsung
perlawanan bola sepak antara Manchester United dengan Liverpool tu.
Betul
ke tidak apa yang aku dengar daripada mulut mangkuk tingkat ni tadi? Tiba-tiba aje nak tolong aku? Aku ni bukannya rapat sangat dengan dia ni,
dahlah tiba-tiba aje muncul dalam hidup aku, boleh pulak jadi member kamceng
bos aku, iaitu Encik Ikmal. Yang tak
boleh blah tu, Jepah yang macam takde kena-mengena pun dah terjadi member dia,
dan boleh pulak Jepah ni mengajak si mangkuk tingkat ni lepak-lepak dengan
kitorang macam sekarang ni. Entah macam
manalah dia tau aku nak repair kereta aku kat bengkel Jepah.
“Encik
Raykal tak perlulah nak ambil tahu hal ni.
Ni antara saya dengan kawan saya tu,” kataku, tak naklah aku, dah banyak
sangatlah pulak dia ni tolong aku. Entah
ikhlas, entahkan tidak.
“No. I ikhlas nak tolong you ni. Kalau you nak jumpa dia, I boleh temankan
you. I boleh menyamar jadi boyfriend
you,” cadang Encik Raykal. Ish.. dah
makin merepek-repek pulak aku rasa. Aku
terus menghabiskan sisa terakhir minumanku.
“Aney! Sini mari!
Kasi kira semua ni,” jeritku ke arah aney yang baru bergerak keluar ke
tempat aku, Jepah dan Encik duduk sekali
sekarang ni.
“Eh..
tak payah. I’ll pay for this,” kata
Encik Raykal
“Eh… tak apalah. Biar saya yang bayar. Encik Raykal dah banyak tolong saya. Saya tak nak terhutang budi, nanti tergadai
dengan body pulak,” balasku lalu mengeluarkan not 50 ringgit tadi lalu ku
genggam sebelum aney tiba di meja kami.
Baru aje aney sampai
kat meja kami, Encik Raykal terus aje memberi sekeping not 50 ringgit tanpa ada
banyak bunyi.
“Keep the change,”
jawab Encik Raykal ringkas pada aney.
Aku tak sempat nak suruh aney tu kira-kira kat makanan yang memang belum
cecah 30 ringgit pun. Pergerakanku untuk
memberi aney duit makan untuk malam ni memang betul-betul terbantut. Tak sempat aku nak keluarkan duit tu dari
dalam poket jeans aku.
“Jom,” ajak Encik
Raykal. Jepah dah bangun dari tempatnya,
aku pula masih lagi termangu kat tempat duduk.
Memanglah terpinga-pinga sekejap.
“Kau tak nak balik ke,
Ja?” soal Jepah, dia memang tengok aku masih lagi statik di meja kami duduk
tadi. Soalan tu memang serta-merta
menyedarkan aku dari lamunan, pantas sahaja aku mengambil plastik yang
berisikan makanan untuk Along. Kemudian,
aku memasukkan semula tangan ke dalam poket untuk mengambil kunci skuter.
“You datang sini tadi
naik apa? Nak tumpang dengan I ke?”
pelawa Encik Raykal sambil menekan alarm kunci keretanya yang entah mana.
“It’s okay. Saya bawak skuter je,” jawabku lalu
menghampiri skuter Along yang aku pinjam waktu ni. Aku meletakkan makanan Along pada pedal
minyak, terus aje aku duduk di skuter dan menghidupkan enjin skuter.
“Oh.. kalau macam tu,
biar I teman you sampai you sampai rumah.
I ikut you dari belakang, dah tengah malam ni,” cadang Encik Raykal. Ikh.. kenapalah mangkuk tingkat ni nak ambil
berat sangat pasal aku ni? Musykil pulak
aku rasa dengan mangkuk tingkat ni.
Dah terasa serba salah
pula aku nak beri jawapan. Lagipun, aku
masih lagi ragu-ragu sama ada dia ikhlas ataupun tidak nak teman aku balik
rumah.
“Tak apalah. Lagipun rumah I dengan rumah you tak jauh
mana pun. Kita dah satu jalan, so, why
not I temankan you balik. Just want to
make sure that you arrive safely,” cadang Encik Raykal lagi. Ini dah namanya paksa-rela tau. Terpaksalah merelakan dia nak teman aku balik
walau dalam keadaan terpaksa.
“Up to you,”
jawabku. Malas nak gaduh-gaduh dengan
mangkuk tingkat ni tengah-tengah malam macam ni, di depan kedai mapley yang
boleh tahan ramai pengunjungnya. Jepah… awal-awal lagi dah lesap, langsung tak
nak ambil tau perbincangan antara aku dengan mangkuk tingkat ni.
Aku terus aje memecut
laju skuterku meninggalkan kedai mapley sebaik saja Encik Raykal dahpun
menghidupkan enjin keretanya. Okey..
malam ni dia guna kereta Mercedez-Benz.
Siri yang keberapa aku pun tak tau, tak nak ambil tau dan tak mau
tau.
Hanya kurang dari 10
minit sahaja aku telahpun tiba di rumah, aku terus memarkirkan skuter Along di
tepi, skuter dikunci, jangan dilupakan.
Nanti, tak pasal-pasal aku pulak yang dipersalahkan. Selesai kunci skuter, aku kembali ke pintu
pagar untuk ditutup dan dikunci. Kereta
Mercedez-Benz milik Encik Raykal masih lagi tersadai di hadapan rumah. Serta-merta cermin keretanya diturunkan dan
terpacullah muka Encik Raykal yang memberikan senyuman padaku. Perghh.. memanglah cair. Ikh.. jangan..jangan.. godaan namanya
tu! Aku membalas senyumannya meskipun
nipis.
“Terima kasih sebab
hantar saya sampai ke rumah,” ucapku.
“No big deal. I just worrying you sebab you tu perempuan. Nanti kalau jadi apa-apa kat you, macam mana,
kan? So, tomorrow I will go to your
office to discuss more about our projects.
See you then,” balas Encik Raykal.
Aku berdiri di hadapan pintu pagar sehingga kereta milik Encik Raykal
itu lenyap di pandangan mata, barulah aku masuk ke dalam rumah.
Labels:
(09)
Sunday, October 23
FIL - Lapan -
TELEFON bimbitku berbunyi lagu dari
kumpulan M To M, Soundtrack dari drama
Lie To Me, tanda ada mesej yang masuk.
Aku yang baru je usai Solat Isyak terus mencapai telefon bimbitku
tu. Mesej dari Jepah.
Pukul 9 kat mapley biasa kita lepak. Kawan kau pun ada sekali ni nak tengok bola
dengan kita.
Aku berkerut dahi, musykil ni. Kawan aku yang mana satu pulak ni? Bukan ke kawan aku tu kawan dia jugak
ke? Aku dengan Jepah ni, kawan-kawan
kami semua satu sekolah je. Takde sangat
yang kat luar-luar ni melainkan kawan universiti aku. Tapi.. semua dah kahwin, gatal-gatal semua
nak kahwin awal. Iyelah, study kat
overseas, macam-macam godaan kot. Itu
yang menyebabkan ada sebilangan kawan-kawan aku yang mula mengikatkan dengan
tali pernikahan terus, tak mau tunang-tunang dah. Tapi, ada juga yang tunang dulu, itupun bila
kami semua dah berada di tahun akhir.
Haizzzz… jodoh aku tak sampai lagi untuk aku. Aku jugak yang tak kahwin lagi. Tak apalah,
muda lagi, bagi semua stabil dulu, baru fikir pasal kahwin. Hmm.. takpelah.. abaikan saja. Kita tengok sajelah siapa yang dimaksudkan
oleh Jepah tu.
Aku
terus menyarungkan jersi Manchester United tanda pada malam ni aku akan
menyokong Manchester United habis-habisan.
Aku terus mencapai telefon bimbit, wallet nipis yang hanya sekadar boleh
letak kad pengenalan, lesen memandu dengan sekeping not 50 ringgit, kot-kot
malam ni aku nak makan besar, perut ni memang agak lapar jugak ni.
Okey,
semua dah cun, rambut okey. Baju okey,
jeans pun okey, barulah aku keluar dari bilik dan turun ke bawah. Nampak abah dok tengok berita yang hanya
tinggal beberapa minit saja lagi nak habis tu.
Pasti kejap lagi nak tukar channel bola jugak tu sebenarnya.
“Nak
pergi mana ni?” soal abah sebaik sahaja kaki aku mencecah ke anak tangga yang
terakhir.
“Aik..
dah terang-terang orang pakai baju apa.
Sah-sahlah nak pergi main bola!” jawabku sambil memasukkan telefon
bimbit dan kunci rumah dalam poket jeans aku.
“Banyaklah
kau nak main bola. Pegang bola tu pun
dok terketar-ketar, ada hati nak main!!” jawab Along yang baru aku perasan yang
dia pun ada juga kat sofa tempat abah duduk.
Betul-betul bersebelahan dengan abah.
“Pasal tulah bola tu disepak kat kaki. Bukannya dipegang,” balasku pula. Memang betullah pun, aku ni sekadar mampu untuk tengok. Kalau nak ajak main, nanti bukannya aku sepak bola, tapi sepak angin lepastu terus jatuh terlentang.
“Pasal tulah bola tu disepak kat kaki. Bukannya dipegang,” balasku pula. Memang betullah pun, aku ni sekadar mampu untuk tengok. Kalau nak ajak main, nanti bukannya aku sepak bola, tapi sepak angin lepastu terus jatuh terlentang.
“Hurmmm..
apa-apa ajelah kau ni, Cik Ja. Nanti
jangan lupa, tapau sikit apa-apa yang patut.
Ayam Tandoori ke, teh tarik ke, apa-apalah,” pinta Along. Wah.. penuh dengan demanding! Mau tak berkerut-kerut dahi aku mendengarnya. Bukan main kau ‘pau’ adik kesayangan kau ni!
“Ish..
along ni… entah apa-apalah.. Macam orang ni banyak duit je pun…,” balasku.
“Memang
banyak pun tadi aku tengok kau bawak lima puluh seketul,”
Ish..
macam mana pulak Along ni boleh tau aku bawak 50 sekeping ni. Ni tak habis-habis nak ‘pau’ aku je. Ish.. Dah kahwin pun nak ‘pau’ aku jugak! Bini ada, pegilah pau kat bini sendiri. Kerja pun lagi vogey-vogey daripada aku yang
tak seberapa ni nak jugak ‘pau’ aku.
“Tolonglah,
Cik Ja. Bukannya selalu aku nak pau kau
macam ni. Belanjalah sikit dengan
abangmu ini,” rayu Along. Buat ala-ala
muka kawan Shrek yang kucing tu, Puss In The Boots tu. Muka bersinar-sinar macam penuh dengan cahaya
keimanan aje abang aku sorang ni. Hensem
sangatlah buat muka macam tu, tapi memang hensem pun! Herkk.. puji abang sendiri pulak! Tak heranlah Kak Long pun boleh cair dengan
abang aku sorang ni.
“Hish..
yelah-yelah! Orang belikanlah apa-apa
yang patut!”
“Macam
tak ikhlas je kau ni, Cik Ja.
Takpelah…,”
“Pulak…..”
“Orang
belanja.. tapi dengan syarat,”
“Amende?”
“Pinjam skuter kau ek.. Malaslah nak naik kereta. Kan kerajaan suruh berjimat-cermat, jangan membazir harta negara,”
“Pinjam skuter kau ek.. Malaslah nak naik kereta. Kan kerajaan suruh berjimat-cermat, jangan membazir harta negara,”
“Banyaklah
kau membazir harta negaralah, apalah.. Aku dah agak mesti ada muslihat yang tak
berapa nak sembunyi sangat. Sudahlah
kau.. Tu.. kunci aku kat tempat biasa,
pergi ambil,”
Ehehehehe….
Gumbira di hati ini dapat naik skuter kepunyaan Along, memang aku stok malas
nak bawa kereta pun hari ni, lagipun nak cari parking kat situ bukannya senang
macam petik jari je. Lebih baik aku naik
skuter Along ni je.
*****************************************************************************
AKU terus memarkirkan
skuter kepunyaan Along berhadapan dengan kedai mapley yang selalu menjadi
tempat lepak aku dengan Jepah bila ada perlawanan bola yang best-best macam
malam ni. Turun sahaja dari skuter dan
terus mengunci skuter. Aku mencari
kelibat Jepah di kedai tersebut.
Kelihatan ada seorang lelaki melambai-lambai ke arahku dan aku amat cam
wajahnya. Jepah! Aku terus menghampirinya.
“Dah
lama ke kau sampai ni?” soalku sebaik sahaja melabuhkan punggungku. Kunci kereta aku letak di atas meja
tersebut.
“Takdelah
lama sangat. Tapi, kawan kau lagi lama
tunggu kita,” jawab Jepah. Kawan
aku?
“Kawan mana ni weh??
Aku betul-betul tak tau ni,”
balasku. Aku terus duduk
bertentangan dengan Jepah.
“Kawan kau yang
bayarkan repair kereta kau hari tulah, pun,” jawab Jepah lagi. Kawan aku..kawan aku.. Yang mana satulah yang
si Jepah maksudkan ni? Aku tak dapat nak
teka langsung buat masa ni.
“Siapa?”
“Aku bukannya kenal dia sangat. Kau takkanlah tak kenal dia,”
“Aku bukannya kenal dia sangat. Kau takkanlah tak kenal dia,”
“Kawan
ofis aku ke?”
“Hurmm…lebih
kuranglah..,”
“Lebih
kuranglah?? Ish.. Encik Ikmal ke?”
“Ish..
si Kemal tu aku tau sangatlah pun. Tak
payah aku bagitahu kat kau pun, aku dah tahu sangat. Kalau dia, mesti dia dah inform kat kau pasal
malam ni,” balas Jepah lalu menghirup teh tarik dia. Ish… bukan Encik Ikmal? Betul-betul aku tengah blur tahap gaban
ni. Kalau bukan Encik Ikmal, siapa pulak
yang sudi sangat-sangat nak tolong aku bayarkan kereta aku tu dengan
kesanggupan beliau untuk datang turun ke sini semata nak tengok Manchester
United dengan Arsenal.
“Ye
tak ye jugak. Ish.. siapa ni?”
“Apa-apa
pun kau pergi orderlah dulu,”
“Dia
pergi mana?”
“Tak
taulah pergi mana. Tadi dia kata nak
pergi tandas, tapi ni dah lebih 10 minit dia pergi tandas ni. Bola dah nak start ni,”
“Aneyy!”
jeritku.
“Ye..
Cik Ja maniss.. apa mau?”
“Macam
biasa.. tambah air kosong eh,”
“Haa..
tu dia,” tunjuk Jepah ke arah sorang lelaki yang boleh tahan hensem jugak dari
jauh dan baju yang dipakainya pun sama dengan apa yang aku pakai sekarang
ni. Baju Manchester United tuhh…
Aku
menoleh. Mau terbeliak jugak biji mata
aku ni sebenarnya.
“Pakat-pakat
pakai baju sama nampak? Hermmm… aku
keseorangan ajelah jawabnya ni.
Untunglah.. ada geng…,” rajuk Jepah.
Ishh.. takde maknanya aku nak pakat-pakat pakai baju sama dengan
dialah. Bukannya dapat untung pun!
Labels:
(08)
Thursday, September 29
Sengal Conversations
Lokasi: Dalam Kelas, bergedek-gedek.. busan sebab lecturer dah habeh ngaja chapter tersebut...
Aku: Nad, ang pegi umah Kak A tak sabtu nih??
Nad: tak pegi pasai kena pi JB
Aku: lor.. ye ke.. ingat nak ikot, nak naek keta B
Nad: lor.. keta dia mesti da penoh kot..
Aku: abeh tu nak naik dengan sapo neh?

Nad: naik la dengan F.. naik moto.. musti romantik..
Nad ngan Anis tepuk tangan... [huh..demmm..]
Aku: F dan naik dengan J kot...

Nad: naik la dengan si K.. K kan ade keta..
Anis: ha'ah.. hari tuh ade nampak dia dengan si I pegi kelas naik keta...
Nad: hah.. tompang ajelah dengan dia...

Nad ngan Anis tepuk 5 lagi.. [hamsam~!!]
Aku: abeh.. klo dia naik moto camna??
Nad: naik la kat blakang dia.. musti romantik gitu...

Nad ngan Anis tepuk 5 lagi.. [kwajo]
Aku: [buat muke sememeh...] apedehal la dowang neh...

p/s: okeh la fine.. depa skunk da pandai dok buli aku naa...
Aku: Nad, ang pegi umah Kak A tak sabtu nih??
Nad: tak pegi pasai kena pi JB
Aku: lor.. ye ke.. ingat nak ikot, nak naek keta B
Nad: lor.. keta dia mesti da penoh kot..
Aku: abeh tu nak naik dengan sapo neh?

Nad: naik la dengan F.. naik moto.. musti romantik..
Nad ngan Anis tepuk tangan... [huh..demmm..]
Aku: F dan naik dengan J kot...

Nad: naik la dengan si K.. K kan ade keta..
Anis: ha'ah.. hari tuh ade nampak dia dengan si I pegi kelas naik keta...
Nad: hah.. tompang ajelah dengan dia...

Nad ngan Anis tepuk 5 lagi.. [hamsam~!!]
Aku: abeh.. klo dia naik moto camna??
Nad: naik la kat blakang dia.. musti romantik gitu...

Nad ngan Anis tepuk 5 lagi.. [kwajo]
Aku: [buat muke sememeh...] apedehal la dowang neh...

p/s: okeh la fine.. depa skunk da pandai dok buli aku naa...
Labels:
aku sebagai student
Saturday, September 24
FIL - Tujuh -
SEBAIK sahaja aku
pulang dari tempat kerja dan setelah aku memulangkan semula kereta abah, ish..
tak mau aku nak bawak kereta tu ke merata tempat dah. Aku berjalan kaki sahaja menuju ke bengkel
Jepah, bukannya jauh sangat bengkel dia tu dengan rumah aku. Sebab itulah aku ambil keputusan untuk
berjalan kaki sahaja, di samping untuk mengambil udara pada waktu petang-petang
macam ni.
“Jepah.. macam mana
‘baby’ aku ni? Dah okey ke belum?”
soalku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bengkel Jepah. Dia yang tengah sibuk-sibuk repair kereta
orang lain, nampak terkejut, hampir melompat dia dari tempatnya yang dia
berdiri tu.
“Ish.. kau ni..
agak-agaklah. Cuba bagi salam, takdelah
aku terkejut. Nasib baik kepala aku ni
tak terhantuk dengan menda alah ni.
Datang main terjah je kau ni, Ja,” kata Jepah. Aku ketawa terkekek-kekek. Memang buruk benar bunyinya tu. Aku terus duduk di ruang menunggu yang dah
disediakan.
“Macam mana?” soalku
lagi sekali.
“Kereta kau dah okey
dah tu,” jawab Jepah sambil memberikan kunci ‘baby’ aku kepadaku semula.
“Berapa nak bayar kau
ni?” tanyaku lagi sambil mengeluarkan dompetku dan dok mengira-ngira not 50
ringgit. Entah berapalah pulak Jepah nak
cas aku ni? Jangan sampai mencekik aku
sampai kering kontang sudahlah… Hu hu hu…
“Tak payah bayar, dah
ada orang bayarkan tadi. Cincailah…,”
jawab Jepah sambil menyambung semula kerjanya dok repair kereta orang lain
pulak. Aku berkerut dahi, ish.. takkan
abah pulak yang bayar. Dahlah tadi dia
bagi pinjam kereta dia kat aku.
“Ish, janganlah macam
tu… Biar betul ada orang bayarkan ni?”
“Ha’ah. Tak payahlah.. tapi kalau nak jugak, weekend ni kita pergi lepak pekena mapley sambil tengok Arsenal dengan MU. Kau belanja. Boleh??” kata Jepah. Arsenal lawan Manchester United. Hoh.. Feveret makcik jugak tu. Terutama Manchester United. Ehehehehe…
“Ha’ah. Tak payahlah.. tapi kalau nak jugak, weekend ni kita pergi lepak pekena mapley sambil tengok Arsenal dengan MU. Kau belanja. Boleh??” kata Jepah. Arsenal lawan Manchester United. Hoh.. Feveret makcik jugak tu. Terutama Manchester United. Ehehehehe…
“Okey.. nanti kau set
time pukul berapa,eh?” balasku. Aku
terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin ‘baby’ku. Pendrive yang sedia ada aku cucukkan dan
berkumandanglah lagu-lagu kesukaan aku.
Sah-sahlah aku buka lagu Korea dan ala-ala indie sikit. Aku terus memandu perlahan pulang ke rumah.
Setibanya aku di rumah,
kebetulan pulak abah baru aje selesai menyiram pokok-pokok bunga. Aku terus mematikan enjin dan keluar dari
‘baby’ku dan terus menguncinya.
“Abah… abah bayarkan
repair kereta Cik Ja ke?” soalku. Muka
abah berkerut-kerut. Hah… nampak sangat
tu.. Aku pun ikut berkerut sekali.
“Dah lama abah tak
pergi bengkel si Jepah tu,” jawapan abah itu sudah cukup meyakinkan aku di
samping riak wajahnya tadi, bukan abahlah yang tukang bayar repair ‘baby’ aku
tu.
“Takkan Along pulak?”
soalku pula sambil menggosok-gosok daguku.
“Kau tau-taulah sendiri
Along kau tu macam mana?” balas abah pula.
Memang..memang aku tau sangat Along tu macam mana. Prinsip kau-aku punya, aku-aku punya tu dah
lama sebati dalam hidup dia sejak azali lagi.
Aduss… Jepah??
“Jepah?” tanya abah.
“Kalau Jepah sponsor,
hari ni dia tak bukak kedailah, bah.
Mahal repair kereta Cik Ja ni.
Mau 1000 lebih jugak. Jepah pun
dah cakap bukan dia. Tapi ada orang lain
yang dah bayarkan,” balasku.
“Kalau macam tu, meh
kita panggil Detective Conan,” jawab abah pulak. Chet.. boleh melawak pulak abah ni. Aku
ketawa kecil, kalau Detective Conan tu boleh wujud di alam realiti ni, boleh
jugak aku terima. Petik jari aje dia selesaikan
masalah ni. Abah pun dah tutup paip pili
dan melangkah masuk ke dalam rumah. Aku
pun ikut serta, matahari pun sudah hampir merangkak turun dan bulan bakal
menggantikan tempatnya. Acecece..
bermadah pulak aku ni.
Itu tandanya maghrib
bakal menjelang tiba, jadi aku tak nak buang masa. Kena siap cepat-cepat untuk tunaikan
tanggungjawab aku pada-Nya.
Labels:
(07)
Tuesday, August 23
FIL - Enam -
AKU terus menekan nombor telefon Jepah,
nak juga tau apa perkembangan ‘baby’ kesayangan aku tu di tangan Jepah sekarang
ni. Moga-moga dapat perkembangan yang
baiklah untuk kereta kesayangan aku tu.
“Jepah..
apa cer??” tanyaku.
“Ja..
tak boleh siap esoklah.. kereta kau ni terkena sampai kat bahagian air-cond dia
ni. Ambil masa ni, nak pergi cari barang
lagi ni,” jawabnya. Ish.. takkan sampai
ke situ pulak rosaknya?
“Kena
kat tempat air-cond? Teruk betul ke
ni? Kau jangan main-main dengan aku,
Jepah,” aku memang dah cuak sebenarnya, kalau dah terkena kat situ, maka dengan
rasminya, memang banyak duit nak kena keluarlah ni!
“Betullah
aku cakap ni. Ingat aku main-main
ke? Memang terkena kat bahagian air-cond
ni. Teruk ni, Ja. Tapi, yang bahagian dalam tu aku dah siapkan,
tinggal bahagian luar ni aje. Memang tak
boleh nak siapkan esok ni, kena ambil masa lagi ni,” jawab Jepah. Aku mengeluh panjang. Duit lagi nampaknya. Hmmm…
“Kau
repairlah dulu mana yang teruk-teruk tu, nanti bila dah siap, kau roger aku,”
balasku. Aku terus mematikan talian
perbualanku dengan Jepah. Aku merenung
pada skrin telefon bimbitku, lama. Jam
pun sudah menunjukkan hampir 11 malam.
Letih benar badan ni rasanya sebab hari ni aku terpaksa balik
menggunakan pengangkutan awam. Mujur
juga aku tiba di rumah sebelum pukul 8 malam, sempat juga aku tunaikan solat
Maghrib. Kalau tidak, hmmm.. terlepaslah
Maghrib aku.
Belumpun
sempat aku merebahkan tubuh di atas katil, pintu bilikku diketuk dari
luar.
“Cik
Ja, abah ni. Boleh abah masuk?” soal
abah dari luar.
“Masuk
ajelah, bah. Pintu tak kunci pun,”
jawabku. Aku berpindah tempat duduk di
tepi katil dan memberi ruang kepada abah untuk duduk di kerusi yang menempatkan
meje belajarku dulu yang kini dah menjadi meja kerjaku.
“Kereta
Cik Ja macam mana?” soal abah sebaik sahaja abah melabuhkan punggungnya di atas
kerusi. Aku memandang sayu pada abah
sudahpun melepasi setengah abad itu.
“Cik
Ja baru je call Jepah tadi. Rosak teruk
katanya, sampai terkena bahagian air-cond tu.
Tak boleh nak siapkan esok,” jawabku sambil duduk bersila di atas
katilku dan memeluk patung teddy bearku.
“Pagi
tadi pergi macam mana?” soal abah lagi.
Mula pula aku terasa macam kena soal dengan polis je pun. Hu hu hu…
“Pagi tadi ada orang jemput,” jawabku tanpa ada nak selindung-selindung. Buat apa nak menipu benda yang betul pun.
“Pagi tadi ada orang jemput,” jawabku tanpa ada nak selindung-selindung. Buat apa nak menipu benda yang betul pun.
“Boyfriend? Ish..ish..ish.. kenapa tak bagitau dengan
abah pun!” balas abah pulak. Eh..eh..
bila masa pulak?
“Apa
pulak abah ni, Cik Ja takde kata apa-apa pun lagilah. Kalau ada, Cik Ja bagitau kat abah dulu
tau! Boleh abah basuh dia
cukup-cukup. Ehehehehehe,”
selorohku. Kalau ada boyfriend pun aku
ni, waktu ni jugak aku suruh abah cakap dengan dia meskipun di telefon. Tapi,
masalahnya… aku takde boyfriend, macam mana aku nak suruh abah ‘basuh’ dia
cukup-cukup?
“Pandai
pun. Macam nilah anak abah. Tapi, mak ada bagitau kat abah, yang mak cik
Temah bagitahu, yang mak cik Leha kamu ada cakap dia ada nampak lelaki yang
jemput kamu pagi tadi,” kata abah yang cuba nak korek-korek rahsia yang
tersembunyi dari aku. Abah ni, buat aku
nak tergelak aje, lepas sorang, sorang. Haikss..
abah ni nak berbasa-basi lagi dengan anakmu ini. Abah ni macam tak pernah kenal je Mak cik
Leha dengan Mak Cik Temah tu macam mana.
Tapi, kalau ayat daripada Mak Cik Leha aku kurang percaya sikit.
“Abah
ni… dah tau sepuluh patah apa yang mak cik Leha tu kata, dua belas tak boleh
pakai, nak jugak percaya,” balasku. Dah
memang betul pun meskipun abah memang dah tahu benar Mak Cik Leha tu macam
mana, tapi nak jugak percaya apa yang Mak Cik Leha cakap dengan mak dan mesej
tu pass terus kat abah.
“Tapi,
kalau dah bukan takat mak cik Leha aje yang nampak, budak Aben dengan Jimbet
and the gang pun nampak jugak kamu tu, kamu nak kata apa?” tanya abah balik kat
aku. Owhh.. baru teringat dengan si Aben
and the gang yang dok bolayan cakap orang Perak tu.
“Dengar
kata lelaki tu handsome macam ala-ala mix gitu.
Siapa yang kamu minat tu? Lee Min
Ho?” tambah abah lagi. Aku tersenyum,
bukan sebab suka, sebab nak tergelak sebenarnya. Lain betul muka mangkuk tingkat tak siap tu
dengan Lee Min Ho. Ish..ish..ish..
“Huish.. abah ni.. simpang! Lain sangat muka dia tu dengan Lee Min Holah!”
“Hah.. dah mengaku tu. Dah nampak dah.. haaa…” kata abah. Alamak! Memang aku terperangkap dengan abah ni.
“Huish.. abah ni.. simpang! Lain sangat muka dia tu dengan Lee Min Holah!”
“Hah.. dah mengaku tu. Dah nampak dah.. haaa…” kata abah. Alamak! Memang aku terperangkap dengan abah ni.
“Abah
ni.. saja nak perangkap Cik Ja! Itu
bukan boyfriend Cik Jalah,” balasku. Aku
terus menarik muncungku panjang.
“Alah.. mana tau lelaki tu boleh jaga sepenuh hati anak abah ni, okey apa! Jangan lambat sangat Cik Ja, nanti abah kempunan nak dapat cucu!” kata abah pula. Howaaa.. dah menyimpang jauh da tu.. Sampai ke cucu pulak perginya abah ni!
“Apa pulak abah ni.. Tu.. anak along tu dah ada, cukuplah tu,”
“Alah.. mana tau lelaki tu boleh jaga sepenuh hati anak abah ni, okey apa! Jangan lambat sangat Cik Ja, nanti abah kempunan nak dapat cucu!” kata abah pula. Howaaa.. dah menyimpang jauh da tu.. Sampai ke cucu pulak perginya abah ni!
“Apa pulak abah ni.. Tu.. anak along tu dah ada, cukuplah tu,”
“Ish..
lambat tangkap pulak budak ni. Abah nak
merasa main dengan anak kamulah pun,”
“Apa
ni abah. Tak sukalah… Baru 25 tahun,”
“Ha’ah..
yelah tu. Sekarang kata baru 25. Nanti dah sampai 28 pun nak kata ala.. baru
28. Cik Ja, abah dengan mak ni bukannya
muda lagi. Dah tua, abah nak tengok semua
anak abah ni berkahwin, ada anak.
Tinggal Cik Ja sorang je yang tak kahwin lagi. Anak-anak abah ni bukannya ramai. Kami teringin sangat nak tengok kamu dirikan
rumah tangga, biarlah abah dengan mak dapat tengok semua anak abah ni dah
berkeluarga sebelum kami tutup mata,”
“Abah
ni.. janganlah cakap macam tu pulak,”
“Apa
pulak tak betulnya,” sangkal abah pula.
Abah pandang tepat ke arahku.
Muka serius je. Ya.. da memang
masuk ke topik yang agak serius juga waktu ni.
“Abah..
ajal, maut tu semua di tangan Tuhan.
Kita tak boleh nak kata bila kita akan mati. Muda ke tua ke, tapi kalau ajal dah sampai,
kita akan kembali jugak pada Dia,” kataku dengan penuh tenang. Dalam masa yang sama aku memberikan senyuman
padanya. Kita tak boleh nak sangkal lagi
janji yang telah Allah tetapkan pada kita.
Smile for me. Abah terus sekeh
manja-manja kat kepala aku.
“Budak
ni.. bercakap memang pandai,” seloroh abah.
Aku terus mempamerkan hampir seluruh gigi pada abah.
“Mestilah..
nama pun anak abah. Anak Sarjan Mejar
Hamidi mehh!” kataku.
“Cepatlah,
Cik Ja. Siapa lelaki tu?” soal abah
lagi. Mak aiii.. aku ingat dah habis dah
informasi nak tau pasal mangkuk tingkat tak siap tu. Kena mengelak ni..
“Aik.. tak habis lagi ke? Huwarrghhh… Cik Ja mengantuklah abah. Esok nak kerja ni,” balasku. Malas nak beritahu apa-apa walau sepatahpun mengenai si mangkuk tingkat tak siap aka. Encik Raykal Asyraff itu. Aku terus berbaring mengiring ke arah kanan, lalu mengambil bantal yang berada di sebelah lalu terus menutup mukaku.
“Aik.. tak habis lagi ke? Huwarrghhh… Cik Ja mengantuklah abah. Esok nak kerja ni,” balasku. Malas nak beritahu apa-apa walau sepatahpun mengenai si mangkuk tingkat tak siap aka. Encik Raykal Asyraff itu. Aku terus berbaring mengiring ke arah kanan, lalu mengambil bantal yang berada di sebelah lalu terus menutup mukaku.
“Ish..
budak ni. Ni.. abah nak cakap. Kalau Cik Ja nak pakai kereta abah tu,
pakailah. Esok abah takde nak pergi
mana-mana,” jawab abah. Ish.. betul ke
apa yang aku dengar ni? Boleh bagi
pinjam kereta Honda CR-V abah ke ni?
“Betul
ni?” soalku untuk mendapatkan kepastian.
“Amboi, bukan main terbeliak mata tu bila kata boleh pakai kereta abah, eh?”
“Amboi, bukan main terbeliak mata tu bila kata boleh pakai kereta abah, eh?”
“Mestilah! Limited edition tu, nak usik pun tak berani!”
“Janji
dengan abah tau,”
“Janji…”
“Janji…”
“Janji
dengan abah, cepat beritahu dengan abah sekarang siapa lelaki yang jemput Cik
Ja pagi tadi,” kata abah. Adoiii… teruklah abah ni. Kena perangkap lagi.
“Ala…” balasku sambil memuncungkan mulutku.
“Ala…” balasku sambil memuncungkan mulutku.
“Janji..
tak boleh dimungkiri!” arah abah.
“Okey..okey..
Lelaki tulah yang cakap dengan abah masa Cik Ja accident hari tu. Lelaki tulah yang accident dengan Cik
Ja. Okey.. puas hati dah? Cik Ja mengantuk ni,” ujarku sambil
menggosok-gosokkan mata tanda ‘mengantuk’.
“Oh…
apa nama budak tu? Raykal Asyraff, kan?
Hensem sangat ke budak tu sampai mak cik Leha kau tu siap nak jatuh cinta lagi
buat kali yang keempat puluh empat?” soal abah padaku.
“Biasa-biasa
ajelah, bah. Takde terbeliak pun mata
Cik Ja ni tengok muka dia. Cik Ja lebih
rela tengok muka Lee Min Ho sampai pengsan meskipun dia jauh di Korea sana,”
jawabku pula. Memanglah pun, comel lagi
Lee Min Ho, dengan lesung pipit dia tu.
Huissshh.. cair tau!
“Ish..
budak ni.. banyak betul berangannya. Nak
lelaki ala-ala Lee Min Ho, boleh nyanyi lagu Korea je,” balas abah. Abah terus sahaja pamit untuk keluar dari
bilik dan pintu bilik terus ditutup rapat oleh abah sendiri. Aku hanya tersenyum sambil memeluk bantal.
Aku
tersengih-sengih, bukan sebab Lee Min Ho, tapi pasal dapat pinjam kereta abah
sebentar yang ala-ala limited edition itu.
Walaupun hanya kereta Honda CR-V, bagi aku, ia tetap limited edition,
sebab takde sorang pun yang boleh pegang kereta kesayangan abah tu. Memang kereta tu abah jaga dengan baik. Tapi, mengenangkan anaknya ini yang lebih
memerlukan kereta itu daripadanya, kesian tengok anaknya ini terpaksa tumpang
kereta orang, balik pula naik bas berebut-rebut. Sayang kat anak punya pasal, abah bagi juga
pinjam. Cik Ja janji akan jaga kereta
abah baik-baik.
Labels:
(06)
Subscribe to:
Posts (Atom)