Tuesday, August 23

FIL - Enam -


                AKU terus menekan nombor telefon Jepah, nak juga tau apa perkembangan ‘baby’ kesayangan aku tu di tangan Jepah sekarang ni.   Moga-moga dapat perkembangan yang baiklah untuk kereta kesayangan aku tu.  
            “Jepah.. apa cer??” tanyaku.
            “Ja.. tak boleh siap esoklah.. kereta kau ni terkena sampai kat bahagian air-cond dia ni.  Ambil masa ni, nak pergi cari barang lagi ni,” jawabnya.  Ish.. takkan sampai ke situ pulak rosaknya?
            “Kena kat tempat air-cond?  Teruk betul ke ni?  Kau jangan main-main dengan aku, Jepah,” aku memang dah cuak sebenarnya, kalau dah terkena kat situ, maka dengan rasminya, memang banyak duit nak kena keluarlah ni!
            “Betullah aku cakap ni.  Ingat aku main-main ke?  Memang terkena kat bahagian air-cond ni.  Teruk ni, Ja.  Tapi, yang bahagian dalam tu aku dah siapkan, tinggal bahagian luar ni aje.  Memang tak boleh nak siapkan esok ni, kena ambil masa lagi ni,” jawab Jepah.  Aku mengeluh panjang.  Duit lagi nampaknya.  Hmmm…
            “Kau repairlah dulu mana yang teruk-teruk tu, nanti bila dah siap, kau roger aku,” balasku.  Aku terus mematikan talian perbualanku dengan Jepah.  Aku merenung pada skrin telefon bimbitku, lama.  Jam pun sudah menunjukkan hampir 11 malam.  Letih benar badan ni rasanya sebab hari ni aku terpaksa balik menggunakan pengangkutan awam.  Mujur juga aku tiba di rumah sebelum pukul 8 malam, sempat juga aku tunaikan solat Maghrib.  Kalau tidak, hmmm.. terlepaslah Maghrib aku. 
            Belumpun sempat aku merebahkan tubuh di atas katil, pintu bilikku diketuk dari luar. 
            “Cik Ja, abah ni.  Boleh abah masuk?” soal abah dari luar. 
            “Masuk ajelah, bah.  Pintu tak kunci pun,” jawabku.  Aku berpindah tempat duduk di tepi katil dan memberi ruang kepada abah untuk duduk di kerusi yang menempatkan meje belajarku dulu yang kini dah menjadi meja kerjaku.
            “Kereta Cik Ja macam mana?” soal abah sebaik sahaja abah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.  Aku memandang sayu pada abah sudahpun melepasi setengah abad itu.
            “Cik Ja baru je call Jepah tadi.  Rosak teruk katanya, sampai terkena bahagian air-cond tu.  Tak boleh nak siapkan esok,” jawabku sambil duduk bersila di atas katilku dan memeluk patung teddy bearku. 
            “Pagi tadi pergi macam mana?” soal abah lagi.  Mula pula aku terasa macam kena soal dengan polis je pun.  Hu hu hu…
            “Pagi tadi ada orang jemput,” jawabku tanpa ada nak selindung-selindung.  Buat apa nak menipu benda yang betul pun.
            “Boyfriend?  Ish..ish..ish.. kenapa tak bagitau dengan abah pun!” balas abah pulak.  Eh..eh.. bila masa pulak?
            “Apa pulak abah ni, Cik Ja takde kata apa-apa pun lagilah.  Kalau ada, Cik Ja bagitau kat abah dulu tau!  Boleh abah basuh dia cukup-cukup.  Ehehehehehe,” selorohku.  Kalau ada boyfriend pun aku ni, waktu ni jugak aku suruh abah cakap dengan dia meskipun di telefon. Tapi, masalahnya… aku takde boyfriend, macam mana aku nak suruh abah ‘basuh’ dia cukup-cukup?
            “Pandai pun.  Macam nilah anak abah.  Tapi, mak ada bagitau kat abah, yang mak cik Temah bagitahu, yang mak cik Leha kamu ada cakap dia ada nampak lelaki yang jemput kamu pagi tadi,” kata abah yang cuba nak korek-korek rahsia yang tersembunyi dari aku.  Abah ni, buat aku nak tergelak aje, lepas sorang, sorang.  Haikss.. abah ni nak berbasa-basi lagi dengan anakmu ini.  Abah ni macam tak pernah kenal je Mak cik Leha dengan Mak Cik Temah tu macam mana.  Tapi, kalau ayat daripada Mak Cik Leha aku kurang percaya sikit. 
            “Abah ni… dah tau sepuluh patah apa yang mak cik Leha tu kata, dua belas tak boleh pakai, nak jugak percaya,” balasku.  Dah memang betul pun meskipun abah memang dah tahu benar Mak Cik Leha tu macam mana, tapi nak jugak percaya apa yang Mak Cik Leha cakap dengan mak dan mesej tu pass terus kat abah.
            “Tapi, kalau dah bukan takat mak cik Leha aje yang nampak, budak Aben dengan Jimbet and the gang pun nampak jugak kamu tu, kamu nak kata apa?” tanya abah balik kat aku.  Owhh.. baru teringat dengan si Aben and the gang yang dok bolayan cakap orang Perak tu. 
            “Dengar kata lelaki tu handsome macam ala-ala mix gitu.  Siapa yang kamu minat tu?  Lee Min Ho?” tambah abah lagi.  Aku tersenyum, bukan sebab suka, sebab nak tergelak sebenarnya.  Lain betul muka mangkuk tingkat tak siap tu dengan Lee Min Ho.  Ish..ish..ish..
            “Huish.. abah ni.. simpang!  Lain sangat muka dia tu dengan Lee Min Holah!”
            “Hah.. dah mengaku tu.  Dah nampak dah.. haaa…” kata abah.  Alamak!  Memang aku terperangkap dengan abah ni. 
            “Abah ni.. saja nak perangkap Cik Ja!  Itu bukan boyfriend Cik Jalah,” balasku.  Aku terus menarik muncungku panjang. 
            “Alah.. mana tau lelaki tu boleh jaga sepenuh hati anak abah ni, okey apa!  Jangan lambat sangat Cik Ja, nanti abah kempunan nak dapat cucu!” kata abah pula.  Howaaa.. dah menyimpang jauh da tu.. Sampai ke cucu pulak perginya abah ni!
            “Apa pulak abah ni.. Tu.. anak along tu dah ada, cukuplah tu,”
            “Ish.. lambat tangkap pulak budak ni.  Abah nak merasa main dengan anak kamulah pun,”
            “Apa ni abah.  Tak sukalah… Baru 25 tahun,”
            “Ha’ah.. yelah tu.  Sekarang kata baru 25.  Nanti dah sampai 28 pun nak kata ala.. baru 28.  Cik Ja, abah dengan mak ni bukannya muda lagi.  Dah tua, abah nak tengok semua anak abah ni berkahwin, ada anak.  Tinggal Cik Ja sorang je yang tak kahwin lagi.  Anak-anak abah ni bukannya ramai.  Kami teringin sangat nak tengok kamu dirikan rumah tangga, biarlah abah dengan mak dapat tengok semua anak abah ni dah berkeluarga sebelum kami tutup mata,”
            “Abah ni.. janganlah cakap macam tu pulak,”
            “Apa pulak tak betulnya,” sangkal abah pula.  Abah pandang tepat ke arahku.  Muka serius je.  Ya.. da memang masuk ke topik yang agak serius juga waktu ni. 
            “Abah.. ajal, maut tu semua di tangan Tuhan.  Kita tak boleh nak kata bila kita akan mati.  Muda ke tua ke, tapi kalau ajal dah sampai, kita akan kembali jugak pada Dia,” kataku dengan penuh tenang.  Dalam masa yang sama aku memberikan senyuman padanya.  Kita tak boleh nak sangkal lagi janji yang telah Allah tetapkan pada kita.  Smile for me.   Abah terus sekeh manja-manja kat kepala aku.
            “Budak ni.. bercakap memang pandai,” seloroh abah.  Aku terus mempamerkan hampir seluruh gigi pada abah.
            “Mestilah.. nama pun anak abah.  Anak Sarjan Mejar Hamidi mehh!” kataku.
            “Cepatlah, Cik Ja.  Siapa lelaki tu?” soal abah lagi.  Mak aiii.. aku ingat dah habis dah informasi nak tau pasal mangkuk tingkat tak siap tu.  Kena mengelak ni..
            “Aik.. tak habis lagi ke?  Huwarrghhh… Cik Ja mengantuklah abah.  Esok nak kerja ni,” balasku.  Malas nak beritahu apa-apa walau sepatahpun mengenai si mangkuk tingkat tak siap aka. Encik Raykal Asyraff itu.  Aku terus berbaring mengiring ke arah kanan, lalu mengambil bantal yang berada di sebelah lalu terus menutup mukaku. 
            “Ish.. budak ni.  Ni.. abah nak cakap.  Kalau Cik Ja nak pakai kereta abah tu, pakailah.  Esok abah takde nak pergi mana-mana,” jawab abah.  Ish.. betul ke apa yang aku dengar ni?  Boleh bagi pinjam kereta Honda CR-V abah ke ni?
            “Betul ni?” soalku untuk mendapatkan kepastian.
            “Amboi, bukan main terbeliak mata tu bila kata boleh pakai kereta abah, eh?”
            “Mestilah!  Limited edition tu, nak usik pun tak berani!”
            “Janji dengan abah tau,”
            “Janji…”
            “Janji dengan abah, cepat beritahu dengan abah sekarang siapa lelaki yang jemput Cik Ja pagi tadi,” kata abah. Adoiii… teruklah abah ni.  Kena perangkap lagi. 
            “Ala…” balasku sambil memuncungkan mulutku. 
            “Janji.. tak boleh dimungkiri!” arah abah. 
            “Okey..okey.. Lelaki tulah yang cakap dengan abah masa Cik Ja accident hari tu.  Lelaki tulah yang accident dengan Cik Ja.  Okey.. puas hati dah?  Cik Ja mengantuk ni,” ujarku sambil menggosok-gosokkan mata tanda ‘mengantuk’. 
            “Oh… apa nama budak tu?  Raykal Asyraff, kan? Hensem sangat ke budak tu sampai mak cik Leha kau tu siap nak jatuh cinta lagi buat kali yang keempat puluh empat?” soal abah padaku. 
            “Biasa-biasa ajelah, bah.  Takde terbeliak pun mata Cik Ja ni tengok muka dia.  Cik Ja lebih rela tengok muka Lee Min Ho sampai pengsan meskipun dia jauh di Korea sana,” jawabku pula.  Memanglah pun, comel lagi Lee Min Ho, dengan lesung pipit dia tu.  Huissshh.. cair tau!
            “Ish.. budak ni.. banyak betul berangannya.  Nak lelaki ala-ala Lee Min Ho, boleh nyanyi lagu Korea je,” balas abah.  Abah terus sahaja pamit untuk keluar dari bilik dan pintu bilik terus ditutup rapat oleh abah sendiri.  Aku hanya tersenyum sambil memeluk bantal.
            Aku tersengih-sengih, bukan sebab Lee Min Ho, tapi pasal dapat pinjam kereta abah sebentar yang ala-ala limited edition itu.  Walaupun hanya kereta Honda CR-V, bagi aku, ia tetap limited edition, sebab takde sorang pun yang boleh pegang kereta kesayangan abah tu.  Memang kereta tu abah jaga dengan baik.  Tapi, mengenangkan anaknya ini yang lebih memerlukan kereta itu daripadanya, kesian tengok anaknya ini terpaksa tumpang kereta orang, balik pula naik bas berebut-rebut.  Sayang kat anak punya pasal, abah bagi juga pinjam.  Cik Ja janji akan jaga kereta abah baik-baik.  

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template