Friday, May 20

Bab 6

TIBA di kampung Mak Kiah, Mak Kiah pun menyambut mereka.  Mak Kiah pulang terlebih awal dulu sebab nak uruskan majlis pertunangan anak saudaranya minggu lalu, kiranya seminggu sebelum Tiara Dalilah dan Yusri memulakan cuti sekolah.  Pantas mereka berdua bersalam pada Mak Kiah.  Gembira Mak Kiah melihat anak jagaannya itu datang ke kampungnya tanpa segan-silu. 
                “Mak Kiah..!!  Rindu dengan Mak Kiah!” jerit Tiara Dalilah sambil mendepakan tangannya.  Macam 10 tahun tak jumpa aje budak ni, padahal baru minggu lepas Mak Kiah ada kat rumah, ngomel Yusri sendirian.  Penat pula dia membawa beg galas serta gitar di belakang.  Kalau bukan kerana godaan adiknya yang menyuruhnya bawa gitar, tak ingin langsung diusungnya.  Tak tahu nak letak ke mana, dalam baspun terpaksa dipeluknya macam orang merindu aje.  Konon-konon kata adiknya itu, ingin melepaskan tensionnya setelah sekian lama belajar di sekolah.  Dia ni... tak habis-habis nak main aje.. belajar pun ntah ke mana...
                “Bawak gitar sekali?  Apesal bawak? Kat rumah ni pun ada gitar jugak.  Anak Mak Kiah yang bongsu tu, tak pernah pakai pun.  Beli aje yang ada, bunyi sekali pun tak pernah,”           “Laaa..apesal Mak Kiah tak cakap. Penat aje Tia bawak mende ni,”
                “Penat atok ko la!  Aku yang usung, ko kate ko plak yang usung!” marah Yusri.  Tiara Dalilah hanya tersengih, sah-sah kerang busuk pun dapat turun takhta juaranya lepas ni.
                “Mak Kiah kata, anak Mak Kiah pun balik jugak?  Bila..bila..bila?? Mana..mana..mana?? Tak nampak pun keta?” tanya Tiara Dalilah gelojoh.  Tak pasal-pasal kena sekeh dengan Yusri.  Gatal!
                “Adalah.. tapi tak sampai lagi.  Ada urusan sikit katanya kat sekolah.  Mungkin petang sikit baru sampai,” jawab Mak Kiah dan terus pelawa kedua beradik itu masuk ke dalam rumah kampungnya. 
                Yusri dan Tiara Dalilah dapat tahu juga maklumat dimana anak Mak Kiah turut jadi cikgu di sekolah di tempat mereka belajar, tapi mereka langsung tak tahu siapa sebab anak Mak Kiah yang sorang tu memang tak pernah singgah ke rumah pun datang jenguk maknya tu.  Sekadar telefon yang diberi oleh Puan Madihah sajalah. 
Jangan tak tahu, telefon bimbit Mak Kiah pun boleh tahan canggih jugak! Haa....kalau dah rindu tu..guna aje 3G, dapat tengok muka sekali. Itulah..malang nasib si Tiara Dalilah sebab tak pernah tengok muka anak Mak Kiah yang bongsu tu, sibuk aje memanjang.  Jadi cikgu pun sibuk memanjang jugak.  Tapi, kadang-kadang terfikir jugak nak jadi spy yang tak seberapa SPIDERMAN, nak tahu siapa nama anak Mak Kiah yang bongsu tu, yelah mengajar di tempat yang sama mereka belajar, mestilah nak tahu. Mak Kiah pun cuma beritahu yang anaknya baru aje mengajar kat sekolah tu awal tahun ni.  Jantina..lelaki.  Hohoho~!!
                Siapa lagi cikgu yang baru kat sekolah dia tu.. Cikgu Halim,  Cikgu Mat,  takkan pulak Cikgu Ganesan... Ataupun pengetua sekolah yang baru aje ditukar awal tahun ni jugak.  Dia tu dah nak pencen tak lama lagi.  Ataupun Cikgu Fauzan?  Huihhh...kalau Tiara Dalilah dapat tau Cikgu Fauzanlah anak Mak Kiah... tak tahulahh.. Perang Urat Saraf Tegang akan meletus kot!
               


                Cikgu Fauzan terus sahaja memusingkan stereng keretanya masuk ke dalam kawasan rumah kampungknya.  Serasa terlalu lama pula tidak pulang ke rumah yang menjadi tempat permainannya sejak kecil lagi.   Masih lagi seperti dulu.  Bersih meskipun ibunya tidak lagi tinggal di rumah kampung itu sebaik sahaja mendapat tawaran kerja sebagai pembantu rumah di rumah Puan Madihah sebaik sahaja kematian ayahnya sewaktu dia baru sahaja mendapat tawaran masuk ke institut perguruan lebih kurang 7 hingga 8 tahun yang lalu.  
                Dia terus berhenti keretanya betul-betul di hadapan rumah kampung itu.  Lama ditenungnya rumah yang sudah lama ditinggalkannya sebaik sahaja dia dapat tawaran mengajar yang kebetulan berhampiran dengan tempat ibunya bekerja. 
                Dia terus mengambil beg galasnya dan terus sahaja mengunci pintu keretanya.  Kemudian dia terus masuk ke dalam rumah kampung itu dan mendapatkan ibunya yang berada di ruang dapur. 
                “Assalamualaikum, mak,” ucap Cikgu Fauzan lalu mencium tangan wanita yang sudah lebih mencecah setengah abad itu.  Ibunya yang dari tadi leka menyiang ikan menghentikan kerjanya dan membasuh kedua tangan dan menyambut salam anak lelaki bongsunya itu.
                “Waalaikumussalam... hah, Ejan.  Dah selesai kerja kamu tu?” soal Mak Kiah.  Cikgu Fauzan terus sahaja menarik kerusi dan duduk menghadap ibunya itu sambil menarik nafas panjang.
                “Dah mak.  Kalau ada kerja lagi, takde maknanya Ejan kat sini lagi.  Mesti kat sekolah lagi.  Hmm.. budak-budak ada kat mana?  Senyap sunyi aje rumah ni.  Diorang takkan tak sampai lagi?” soal Cikgu Fauzan, lehernya panjang mencari-cari orang yang ingin diketemunya namun tak pula dia jumpa sebaik sahaja dia tiba di rumah kampungnya ini lebih kurang 10 minit yang lalu.  Tiada suara hiruk-pikuk yang kedengaran, apatah lagi suara televisyen yang sememangnya tidak dipasang langsung sebaik dia tiba di sini. 
                “Diorang ada kat sungai belakang tu.  Entah apa yang dibuatnya, mak pun tak tau.  Cubalah pergi tengok,” kata Mak Kiah sambil menyambung semula kerjanya menyiang ikan.  Selesai sahaja dia menyiang ikan, dikupasnya pula bawang besar, bawang kecil dengan bawang putih.  Hari ini dia mahu masak masakan istimewa untuk keluarganya dan tetamu yang sudah dianggapnya sebagai anak-anaknya sendiri.
                Cikgu Fauzan terus sahaja keluar melalui pintu belakang menuju ke anak sungai yang jaraknya lebih kurang 150 meter dari rumahnya itu.  Kelihatan kedua-dua anak muridnya sedang leka bermain-main air sungai itu.  Hampir basah kuyup dibuatnya.  Tersenyum simpul sahaja Cikgu Fauzan melihat gelagat dua beradik yang sedang leka bermain air tanpa mereka sedar yang mereka kini diperhatikan olehnya.
                Cikgu Fauzan terus sahaja menghampiri mereka berdua dan dia sudah dapat mengagak, pelajar kelasnya, Tiara Dalilah terkejut yang dah tak macam beruk lagi bila melihat dia di situ.  Matanya bulat dan sebentar tadi dia melompat terkejut.
                “M..macam..mana cikgu boleh ada kat sini?” soal Tiara Dalilah.  Macam takut-takut pula, tapi Cikgu Fauzan suka melihat gelagatnya.  Di dalam kelas, Tiara Dalilahlah yang suka menjadi dalang selain Hilmi dan Johan berbanding dengan teman rapatnya, Dayana yang lebih banyak berdiam, tapi banyak berangan itu.
                “Eh, cikgu?  Dah lama cikgu sampai?” soal abangnya pula, Yusry.  Dia terus bersalaman dengan Cikgu Fauzan.
                “Baru aje sampai, cikgu letak barang, singgah dapur kejap terus datang sini,” jawab Cikgu Fauzan.
                “Kenapa cikgu ada kat sini?  Ish.. tak menyempat!  Ingat dah cukup-cukuplah jumpa kat sekolah, takkan kat sini pun boleh jumpa jugak.  Potong stim betullah cikgu ni!” marah Tiara Dalilah sambil menghentak-hentakkan kakinya di air sungai.  
                “Tia...,” panggil Yusry sambil merenung tajam ke arah adiknya.  Dia sepatutnya menghormati cikgunya itu.
                “Takpelah, Yus.  Dah rumah cikgu kat sini, takkan korang nak halau cikgu balik pulak?” kata Cikgu Fauzan dengan lembut.  
                “Jadi.... Mak Kiah tu...,”
                “Yelah, adikku sayang!  Jangan kata kau tak tau yang Cikgu Fauzan ni anak Mak Kiah!” jawab Yusry dengan geram.  Bulat lagi mata Tiara Dalilah.  Kenapa aku langsung tak tau ni?  Berani diorang simpan rahsia.
                “Itulah kau.... tak duduk dalam bilik berangan jadi Selena Gomezla.. lepak kat taman je.. Mana kau nak tau.  Selalu jugak Cikgu Fauzan ni datang rumah kita, kau je yang tak tau.  Padan muka kau!” kata Yusry yang sudahpun naik ke daratan.  
                “Aaa... tidak.. kenapa boleh jadi sebegini rupa!  Kenapa aku langsung tak tau ni!  Sadis!!!!” jerit Tiara Dalilah.
                “Woi, tak sedar diri!  Cepat naik atas, kau nak tunggu badan kau tu kecut ke?  Dah memang cekeding mengalahkan papan, kalau kau kecut lagi aku tak taulah jadi apa?  Cepat naik, dah nak senja ni!” arah Yusry.  Dengan muka cemberut semacam,  Tiara Dalilah naik semula dan masuk ke dalam rumah.  

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template