Thursday, May 26

Inilah gunanye Internet Edukesyen..

Saje-saje tengok... bongkar sane-sini, bukak itu-ini via Yahoo! saje taip blog sendiri, dan aku ade tertengok top 50 blogs in: novel kat NetworkBlogs.com [ala.. yang ade kat MukeBuku tu..]..tetibe aku tengok aku punye blog tersenarai dalam top 50 itu..





okeylah.. not bad jugak.. ehehehehehe... walaupun di senarai paling akhir.. lagi sikit je nak terkeluar.. macam carta Muzik-muzik pulak.. hoho..

Adoiii...


Lepas je abeh paper final memangla rasa  sebab da takde sehinggakan membuatkan aku nak yang akhirnya membuatkan aku berasadan lepastu sampailah pada satu tahap aku pun[eh..eh.. betul tau! Wakpe aku nak membongak pulak.. memang ade aku   lagi dua hari before paper Communication uwhh.. suddenly je.. betapa dahsyatnye demam final ituh..]  tapikan.. takdelah sampai aku tahap nak  dan ..... [huihhh.. Nabi tak mengaku umat namanya tuhh!!!]


Tapi, buat masa ni,kasi aku  dulu... kasi aku dok ngandulu..baru aku nak pikio....




eh salah emoticon pulak??

Sunday, May 22

No Title

Tinggal Kenangan



Actually aku lebih suka band ni yang nyanyi daripada Saleem punye.. Bukan sebab Saleem punya tak sedap.. Tapi dowang punye lebih feel.. ehehehe..


Kisah Hati



Lagu baru by Alyah. Memang sedih gilerw lagu ni....
Dahla ade Remy Ishak... Nangeh plak tuh... haissshhh...


Noktah Cinta



Tak berapa lama sangat lagu ni, tapi feel dye.. macam ade kene mengena je.. ngaaa....


Selamat Tinggal



By Dina featuring Zizan.. Memang ade feel plak..

P/S haikksss.. kenapa semua lagu jiwang-jiwang sedih sedih je neh..
Laaa..memang aku tengah nak cari feel ni... nak sambung cerita tapi tade jalan cerita lagi.. Adoii..camno neh...

Friday, May 20

Bab 6

TIBA di kampung Mak Kiah, Mak Kiah pun menyambut mereka.  Mak Kiah pulang terlebih awal dulu sebab nak uruskan majlis pertunangan anak saudaranya minggu lalu, kiranya seminggu sebelum Tiara Dalilah dan Yusri memulakan cuti sekolah.  Pantas mereka berdua bersalam pada Mak Kiah.  Gembira Mak Kiah melihat anak jagaannya itu datang ke kampungnya tanpa segan-silu. 
                “Mak Kiah..!!  Rindu dengan Mak Kiah!” jerit Tiara Dalilah sambil mendepakan tangannya.  Macam 10 tahun tak jumpa aje budak ni, padahal baru minggu lepas Mak Kiah ada kat rumah, ngomel Yusri sendirian.  Penat pula dia membawa beg galas serta gitar di belakang.  Kalau bukan kerana godaan adiknya yang menyuruhnya bawa gitar, tak ingin langsung diusungnya.  Tak tahu nak letak ke mana, dalam baspun terpaksa dipeluknya macam orang merindu aje.  Konon-konon kata adiknya itu, ingin melepaskan tensionnya setelah sekian lama belajar di sekolah.  Dia ni... tak habis-habis nak main aje.. belajar pun ntah ke mana...
                “Bawak gitar sekali?  Apesal bawak? Kat rumah ni pun ada gitar jugak.  Anak Mak Kiah yang bongsu tu, tak pernah pakai pun.  Beli aje yang ada, bunyi sekali pun tak pernah,”           “Laaa..apesal Mak Kiah tak cakap. Penat aje Tia bawak mende ni,”
                “Penat atok ko la!  Aku yang usung, ko kate ko plak yang usung!” marah Yusri.  Tiara Dalilah hanya tersengih, sah-sah kerang busuk pun dapat turun takhta juaranya lepas ni.
                “Mak Kiah kata, anak Mak Kiah pun balik jugak?  Bila..bila..bila?? Mana..mana..mana?? Tak nampak pun keta?” tanya Tiara Dalilah gelojoh.  Tak pasal-pasal kena sekeh dengan Yusri.  Gatal!
                “Adalah.. tapi tak sampai lagi.  Ada urusan sikit katanya kat sekolah.  Mungkin petang sikit baru sampai,” jawab Mak Kiah dan terus pelawa kedua beradik itu masuk ke dalam rumah kampungnya. 
                Yusri dan Tiara Dalilah dapat tahu juga maklumat dimana anak Mak Kiah turut jadi cikgu di sekolah di tempat mereka belajar, tapi mereka langsung tak tahu siapa sebab anak Mak Kiah yang sorang tu memang tak pernah singgah ke rumah pun datang jenguk maknya tu.  Sekadar telefon yang diberi oleh Puan Madihah sajalah. 
Jangan tak tahu, telefon bimbit Mak Kiah pun boleh tahan canggih jugak! Haa....kalau dah rindu tu..guna aje 3G, dapat tengok muka sekali. Itulah..malang nasib si Tiara Dalilah sebab tak pernah tengok muka anak Mak Kiah yang bongsu tu, sibuk aje memanjang.  Jadi cikgu pun sibuk memanjang jugak.  Tapi, kadang-kadang terfikir jugak nak jadi spy yang tak seberapa SPIDERMAN, nak tahu siapa nama anak Mak Kiah yang bongsu tu, yelah mengajar di tempat yang sama mereka belajar, mestilah nak tahu. Mak Kiah pun cuma beritahu yang anaknya baru aje mengajar kat sekolah tu awal tahun ni.  Jantina..lelaki.  Hohoho~!!
                Siapa lagi cikgu yang baru kat sekolah dia tu.. Cikgu Halim,  Cikgu Mat,  takkan pulak Cikgu Ganesan... Ataupun pengetua sekolah yang baru aje ditukar awal tahun ni jugak.  Dia tu dah nak pencen tak lama lagi.  Ataupun Cikgu Fauzan?  Huihhh...kalau Tiara Dalilah dapat tau Cikgu Fauzanlah anak Mak Kiah... tak tahulahh.. Perang Urat Saraf Tegang akan meletus kot!
               


                Cikgu Fauzan terus sahaja memusingkan stereng keretanya masuk ke dalam kawasan rumah kampungknya.  Serasa terlalu lama pula tidak pulang ke rumah yang menjadi tempat permainannya sejak kecil lagi.   Masih lagi seperti dulu.  Bersih meskipun ibunya tidak lagi tinggal di rumah kampung itu sebaik sahaja mendapat tawaran kerja sebagai pembantu rumah di rumah Puan Madihah sebaik sahaja kematian ayahnya sewaktu dia baru sahaja mendapat tawaran masuk ke institut perguruan lebih kurang 7 hingga 8 tahun yang lalu.  
                Dia terus berhenti keretanya betul-betul di hadapan rumah kampung itu.  Lama ditenungnya rumah yang sudah lama ditinggalkannya sebaik sahaja dia dapat tawaran mengajar yang kebetulan berhampiran dengan tempat ibunya bekerja. 
                Dia terus mengambil beg galasnya dan terus sahaja mengunci pintu keretanya.  Kemudian dia terus masuk ke dalam rumah kampung itu dan mendapatkan ibunya yang berada di ruang dapur. 
                “Assalamualaikum, mak,” ucap Cikgu Fauzan lalu mencium tangan wanita yang sudah lebih mencecah setengah abad itu.  Ibunya yang dari tadi leka menyiang ikan menghentikan kerjanya dan membasuh kedua tangan dan menyambut salam anak lelaki bongsunya itu.
                “Waalaikumussalam... hah, Ejan.  Dah selesai kerja kamu tu?” soal Mak Kiah.  Cikgu Fauzan terus sahaja menarik kerusi dan duduk menghadap ibunya itu sambil menarik nafas panjang.
                “Dah mak.  Kalau ada kerja lagi, takde maknanya Ejan kat sini lagi.  Mesti kat sekolah lagi.  Hmm.. budak-budak ada kat mana?  Senyap sunyi aje rumah ni.  Diorang takkan tak sampai lagi?” soal Cikgu Fauzan, lehernya panjang mencari-cari orang yang ingin diketemunya namun tak pula dia jumpa sebaik sahaja dia tiba di rumah kampungnya ini lebih kurang 10 minit yang lalu.  Tiada suara hiruk-pikuk yang kedengaran, apatah lagi suara televisyen yang sememangnya tidak dipasang langsung sebaik dia tiba di sini. 
                “Diorang ada kat sungai belakang tu.  Entah apa yang dibuatnya, mak pun tak tau.  Cubalah pergi tengok,” kata Mak Kiah sambil menyambung semula kerjanya menyiang ikan.  Selesai sahaja dia menyiang ikan, dikupasnya pula bawang besar, bawang kecil dengan bawang putih.  Hari ini dia mahu masak masakan istimewa untuk keluarganya dan tetamu yang sudah dianggapnya sebagai anak-anaknya sendiri.
                Cikgu Fauzan terus sahaja keluar melalui pintu belakang menuju ke anak sungai yang jaraknya lebih kurang 150 meter dari rumahnya itu.  Kelihatan kedua-dua anak muridnya sedang leka bermain-main air sungai itu.  Hampir basah kuyup dibuatnya.  Tersenyum simpul sahaja Cikgu Fauzan melihat gelagat dua beradik yang sedang leka bermain air tanpa mereka sedar yang mereka kini diperhatikan olehnya.
                Cikgu Fauzan terus sahaja menghampiri mereka berdua dan dia sudah dapat mengagak, pelajar kelasnya, Tiara Dalilah terkejut yang dah tak macam beruk lagi bila melihat dia di situ.  Matanya bulat dan sebentar tadi dia melompat terkejut.
                “M..macam..mana cikgu boleh ada kat sini?” soal Tiara Dalilah.  Macam takut-takut pula, tapi Cikgu Fauzan suka melihat gelagatnya.  Di dalam kelas, Tiara Dalilahlah yang suka menjadi dalang selain Hilmi dan Johan berbanding dengan teman rapatnya, Dayana yang lebih banyak berdiam, tapi banyak berangan itu.
                “Eh, cikgu?  Dah lama cikgu sampai?” soal abangnya pula, Yusry.  Dia terus bersalaman dengan Cikgu Fauzan.
                “Baru aje sampai, cikgu letak barang, singgah dapur kejap terus datang sini,” jawab Cikgu Fauzan.
                “Kenapa cikgu ada kat sini?  Ish.. tak menyempat!  Ingat dah cukup-cukuplah jumpa kat sekolah, takkan kat sini pun boleh jumpa jugak.  Potong stim betullah cikgu ni!” marah Tiara Dalilah sambil menghentak-hentakkan kakinya di air sungai.  
                “Tia...,” panggil Yusry sambil merenung tajam ke arah adiknya.  Dia sepatutnya menghormati cikgunya itu.
                “Takpelah, Yus.  Dah rumah cikgu kat sini, takkan korang nak halau cikgu balik pulak?” kata Cikgu Fauzan dengan lembut.  
                “Jadi.... Mak Kiah tu...,”
                “Yelah, adikku sayang!  Jangan kata kau tak tau yang Cikgu Fauzan ni anak Mak Kiah!” jawab Yusry dengan geram.  Bulat lagi mata Tiara Dalilah.  Kenapa aku langsung tak tau ni?  Berani diorang simpan rahsia.
                “Itulah kau.... tak duduk dalam bilik berangan jadi Selena Gomezla.. lepak kat taman je.. Mana kau nak tau.  Selalu jugak Cikgu Fauzan ni datang rumah kita, kau je yang tak tau.  Padan muka kau!” kata Yusry yang sudahpun naik ke daratan.  
                “Aaa... tidak.. kenapa boleh jadi sebegini rupa!  Kenapa aku langsung tak tau ni!  Sadis!!!!” jerit Tiara Dalilah.
                “Woi, tak sedar diri!  Cepat naik atas, kau nak tunggu badan kau tu kecut ke?  Dah memang cekeding mengalahkan papan, kalau kau kecut lagi aku tak taulah jadi apa?  Cepat naik, dah nak senja ni!” arah Yusry.  Dengan muka cemberut semacam,  Tiara Dalilah naik semula dan masuk ke dalam rumah.  

Haippp...

Assalamualaikum..
Hermmm…bermacam-macam dugaan yang aku kena tempuh sebaik aje further study ni.  Dari awal tahun sampai la ni.. Dengan krisis dengan kawan baik, terpakse nak jaga hati mereka, alih-alih aku yang kena tempias, aku yang kena mengata.. Susah nak jadi orang tengah..  Tak payahlah nak cite banyak-banyak hal ni…

Bulan ni lagi banyak dugaannye.. lepas aje balik dari Volunteer Camp di Lenggong, Perak, aku dapat berita buruk di mana Tok [Nenek] aku meninggal dunia.  Waktu tu aku baru je keluar dari area Puncak Alam, dan bapak aku yang drive, memang macam terkejut jugak, masa tu.  Sebab, ikutkan hati minggu depan memang kami nak balik ke sana sebab kazen aku kahwin.  Masa tu memang aku sangat exhausted sebab aku balik dari Lenggong hampir pukul 5 pagi, dan parents aku datang ambil sekitar 10.15 dari UiTM Puncak Alam. 
Sepatutnya juga hari tu aku kena pergi ambil jubah untuk konvokesyen aku pada Hari Khamis.  Tapi, terpaksa aku wakilkan kat orang lain yang orang aku percayai.  Dia ajelah yang aku boleh percaya buat masa ni.  Walaupun otak dia agak berkarat-karat sikit.. ehehehe…

Tapi, walau sepantas manapun, aku dan sekeluarga tak sempat nak menatap wajah Tok buat kali terakhir, waktu kami tiba di sana, jenazah dahpun dikebumikan dan kami tiba saat doa sedang dibacakan.  Bapak terus terduduk, macam tak boleh nak kata apa-apa dah..   Apa yang termampu hanya dapat berdoa semoga di mendapat kesejahteraan di sana bersama Tok Wan yang dah lama pergi dulu…  Kami pun tak boleh nak lama-lama kat sana sebab hari Khamis aku ada konvokesyen..   Meskipun masih lagi sedih, tapi kena gak tempuh kehidupan ni.. Sebab tulah ada orang cakap, hidup ni macam roda.. Kejap kat atas, kejap kat bawah.  Kalau takde cabaran itu bukanlah kehidupan namanya. 

Dan DIA telah berikan bermacam-macam dugaan untuk aku supaya untuk lebih tabah untuk menempuh kehidupan ni agar aku tak mudah untuk berputus asa dengan apa juga ujian yang dah DIA beri.  Aku tetap tempuh dengan penuh sabar. 

Hermmm..bulan depan pulak parents aku nak pergi Umrah..  Mungkin ada hikmahnya agaknya.. Korang pun doa-doakan yang parents aku selamat pergi dan selamat pulang okeh.. 

Tuesday, May 10

Kemunculan semula

Assalamualaikum...
Howaaa.. dah lama sangat tak update blog.
Maaflah buat korang tertunggu-tunggu aje..
Bukan menghilang atau apa..
Tapi berdiam diri buat seketika sebab ada final paper yang melebihi daripada segala-galanya..
Huwaahhh..
Plus-plus, internet kat rumah sewa tmpat Sya duduk sepanjang kat tempat Sya belajar tu memang terbaik dari ladang (tade line, line slow, dan sewaktu dengannye)
Tapi, disebabkan kebengke'an yang terlampau itu, masih sempat jugak Sya sambung citer2..
tapi tak sempat nak update..
ni dah habeh final, dan dah pun balik umah terchenta..

Entah apa nak dibuat sepanjang 4 bulan ni, tataw la..
But regarding for this month memang Sya busy sikit, macam aktiviti yang nak kena settle..
Next week my convocation day, pfft pfft...~!

Nanti-nanti Sya update for the next chapter especially cerita Andainya Bukan Untukku..
Cian dye terbengkalai abeh, tataw crite camne.. ngeee..

Macam ne dengan Dania dan Iz, Dauz?  Ilyana?  Masih ingat kat dowang lagi ke?? Ke dah lupe neh???
 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template