Thursday, November 11

Bab Lima

TIARA DALILAH pantas keluar dari tempat kerjanya setelah shiftnya tamat dan menerima mesej daripada seseorang yang amat dirinduinya. Rindu kerana setelah hampir 7 jam tidak berjumpa. Dan si dia akan menjemputnya dari tempat kerja. Baru siap tukar baju sebab baru habis shootinglah katakan..ehehehehe....


“Penat ke? Kesian sayang. Banyak kerja eh?” tanyanya. Hanya sekadar mendengar suara, tapi topi keledarnya masih lagi dipakai di kepalanya. Topi keledar yang hanya sekadar menampakkan mata, tidak pula keseluruhan wajahnya. Tiara Dalilah hanya tersenyum manis ke arah jejaka yang berada di hadapannya kini. Motor ala-ala Ducati yang terbaru itu. Kaya sungguh boipren aku ni. Ada Bavaria Motor World yang aku suka sejibik. Sayang giler aku kat dia.

Jejaka itu terus mencuri cuit hidung Tiara Dalilah. Jejaka yang tidak kelihatan sangat wajahnya itu memberikan topi keledar yang sudah sedia dibawanya itu diserahkan kepada Tiara Dalilah. Belumpun sempat Tiara Dalilah memakai topi keledar, suara dari belakang memanggilnya.

“Tia!” jerit suara garau itu dari belakang. Tiara Dalilah menoleh ke belakang. Ape?! Macam mana pulak cikgu ada kat sini ni? Berkerut-kerut dahi Tiara Dalilah memandang lelaki itu.

“Cikgu? Apa cikgu buat kat sini?” tanya Tiara Dalilah.

“You tanya I buat apa I kat sini? Apesal you panggil I cikgu lagi ni? Bukan ke I ni boyfriend you? Siapa lelaki ni? Oh.. you buat-buat tak kenal dengan I, eh? You curang dengan I, Tia!” marah Cikgu Fauzan. Ah..sudah..sejak bila pulak aku tergila-gila nakkan kau ni! Bila pulak aku jadi awek ko ni... Serabut kepala aku!

“Sayang... berani cikgu kata Tia ni awek cikgu. Cikgu...” kata lelaki yang menaiki motor besar itu akhirnya membukakan topi keledarnya. Akhirnya nampak juga wajahnya.

Bertambah terkejut lagi Tiara Dalilah. Mahu aje dia lari daripada 2 ekor mangkuk yang mengaku dirinya sebagai balak Tiara Dalilah. Mana tidaknya, Shahrul Affendi aka Shah, merangkap sahabat baik abangnya, Yusri.

“Dia ni awek saya cikgu. Better you back off!” jelas Shah. Tiara Dalilah keliru. Mimpi apa pulak yang melanda dia sekarang ni?!

“No way.. she’s mine... Kau sepatutnya cermin muka kau tu dulu. Dia lebih berhak untuk aku. Bukan kau!” marah Cikgu Fauzan. Ahh..sudah..perebutan seorang perempuan di antara 2 ekor mangkuk ini dah bermula

“Chop..chopp... ni mimpi ape pulak aku reka ni?!” kata Tiara Dalilah yang cuba meleraikan keadaan.

“Just shut up!” marah kedua-dua lelaki itu serentak dengan Tiara Dalilah. Mereka berdua terus berbalah. Berperang mulut tak habis-habis. Tiara Dalilah semakin keliru. Biasa lelaki gaduh pakai tumbuk, sepak, terajang mengalahkan wrestling. Ni..perang mulut?! Jerit-jerit pulak tu.. dah macam mak cik-mak cik.. Aku tak boleh terima semua mimpi ni. Aku tak boleh terima..!!

“TIDAKKKK!!! Kenapa aku bercinta dengan 2 ekor mangkuk ni!” jerit Tiara Dalilah.



-----------

“TIDAKKKK!!!”


“Woi!!!” marah Yusri sambil menolak kepala adiknya itu. Hampir-hampir saja Tiara Dalilah terjatuh dari tempat duduknya.


“Woi apa tidak-tidak ni, ha?!” jerit salah seorang penumpang di dalam bas tersebut.


“Woi, orang nak tidolah!” marah lagi seorang.


“Woi, diam boleh tak!”


“Woi, bisinglah!”


Habis kecoh satu bas itu dek kerana jeritan Tiara Dalilah tadi. Semua penumpang hampir-hampir saja bergaduh antara satu sama lain. Masing-masing membaling benda yang boleh dirasakan boleh dibaling dan kosong. Tak kiralah ia botol mineral kosong, tisu, kulit pisang mahupun kulit durian. Janji tidak mencederakan orang lain dengan serius. Kang tak pasal-pasal ada yang kena saman berjuta-juta.


Pelik juga tu, ada jugak yang makan durian kat dalam bas ni. Tapi, macam mana tak ada bau pulak. Ke...memang penumpang tu awal-awal lagi dah bawak sparepart bile ada time-time macam ni?


Macam tak boleh masuk akal je, tapi itulah yang Tiara Dalilah nampak di mata kepalanya sendiri, kulit durian dah pun selamat mendarat betul-betul tepi tempat duduknya, dan yang agak tragis, tak ada siapa yang terkena cucukan kulit durian yang dibaling tu! Mesti diorang dah pro dalam bab baling-membaling ni! Mungkin juga, orang yang membaling ni dah biasa membuat onar bila ada kes-kes macam ni, mesti nak sediakan sparepart yang ada. Nasib mereka agak boleh tahan, sebab orang tu guna sparepart yang agak tak boleh blah jugak..kulit durian yang dibaling selamat landing kat tempat lalu-lalang dan tak ada sorang pun yang tercedera dek terkena kulit durian.


“Sorry..sorry...” pinta Tiara Dalilah kepada semua penumpang. Ada juga yang seperti tidak puas hati.


‘Aduhh...malunya aku. Kenapa aku menjerit-jerit pulak kat dalam bas ni’ ngomelnya sendirian. Pantas dia menarik sweaternya tutup sampai ke kepala. Malu bukan main kepalang gamaknya.


“Kau ni kenapa, ha? Asyik tidur, mimpi, mesti nak mengigau. Kalau tak mengigau sekali sekala tu tak boleh ke?” marah Yusri yang berada di sebelahnya.


“Dah nak mimpi dengan mengigau, nak buat macam mana lagi. Bukan aku yang mintak nak mimpi sambil mengigau,” balas Tiara Dalilah. Abangnya mencebik, banyaklah mimpi dia tu!


“Apa yang ko mimpi sampai kata tidak-tidak neh? Bingit tau telinga aku ko menjerit cenggitu!” marah Yusri. Nak tido pun tak senang! Pening-pening lalat aku dibuatnya sekarang ni. Dahlah perjalanan nak ke kampung Mak Kiah jauh lagi.


“Mimpi kawan ko lah! Ada plak dia jadi balak aku. Lepastu, ala-ala Fizo Omar tu pun tetiba je interframe, boleh pulak jadi kekasih gelap aku? Tu yang aku tak boleh terima tu..” jawab Tiara Dalilah. Yusri cuba tahan gelak, tapi akhirnya tersembur jugak.


“Aku betul-betullah ni. Aku mimpi diorang tu!” marah Tiara Dalilah, macam tak puas hati je tengok abangnya boleh gelak sebegitu rupa.


“Kau ni, kan... Banyak berangan tau. Nak jadi artislah. Nak jadi glamourlah. Nak jadi itulah, jadi inilah. Sampai Shah dengan Cikgu Fauzan pun kau boleh berangan. Ish..ish..ish.. Kau ni suke kat diorang ke?”


“Hish! Mati hidup balikpun aku tak nak lah!”


“Hahahaha... kau jangan cakap besar. Sekali mimpi kau tu tetiba jadi kenyataan, padan muka ko..,” kata Yusri sambil tergelak. Ah..malas aku nak layan abang aku seko ni. Aku sambung tido lagi baik. Terlajak sampai Singapore pun aku sanggup. Janji tak dengar bebel abang ni.


Perjalanan mereka baru saja melalui Port Dickson, masih lagi jauh perjalanan mereka. Masih ada lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Pontian, Johor. Tidola..tidolaa..mimplah yang best-best sikit..Yang best...krohhhh.....

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template