Saturday, August 13

FIL -Lima-

NASI lemak yang ada kat depan mata ni aku dok kuis-kuis aje dari tadi.  Bukan tak sedap, bukan juga aku dah kenyang.  Tapi, memikirkan kolesterol yang terlalu tinggi bila makan nasi lemak ni, terutamanya pada waktu pagi macam ni.  Doktor dah pesan kat aku, ambil cereal aje, ambil nesvita tu pun dah cukup.  Ikutkan macam tak lalu je nak makan nasi lemak ni, tapi… disebabkan orang lain yang belanja, dan dah takde makanan lain yang mampu untuk aku sebatkan, ini ajelah yang ada.  Ni pun, sikit aje aku ambil, sampai orang yang nak belanja tu siap suruh tambahlah lagi apa-apa yang patut, takkan nak makan sikit ni aje??  Aku diam ajelah.. buat pekakkan telinga.
“Kenapa kuis aje nasi lemak tu, makanlah.  Habiskan.. kejap lagi kita nak meeting,” pinta orang yang belanja aku tu.. ataupun lebih dikenali sebagai Raykal Asyraff tu.  Aku yang dari tadi tunduk aje tengok nasi lemak tu mendongak sedikit sama level dengan dia dan bagi senyuman yang nipis kat dia.  Aku tengah musykil dengan klien aku sorang ni, dia ni tak pernah makan beberapa hari ke?  Makan bukan main banyak, nama breakfast, tapi tak macam breakfast je aku tengok.  Mee goreng dia ambil, nasi lemak pun, bihun.. perghh.. kau ni makan ke mencekik??  Perut kau tu ada tangki ekstra ke?  Aku yang tengok kau makan ni pun dah terasa kenyang yang teramat, aku pula yang tak lalu nak makan. 
“Saya dah kenyanglah,” jawabku.  Aku menolak sedikit nasi lemak aku ni, lalu aku mengambil teh panas aku, lalu aku hirupnya sedikit demi sedikit sampailah habis.
            “Atau.. you segan makan dengan I ni?” tanyanya lagi.  Aku pantas menggelengkan kepala.  Cheee… nak buat apa nak segan dengan mangkuk tingkat tak siap ni.  Kau bukannya Lee Min Ho untuk aku segankan sangat. 
            “Bukan macam tula.. Memang saya tak boleh nak makan banyak apatah lagi waktu pagi-pagi macam ni.  Saya biasa makan nesvita, tu pun dah cukup,” jawabku.  Dia tersenyum sinis.  Aik..
            “Badan dah cekeding tak payahlah nak berdiet-diet sangat.  You kena makan banyak, barulah tak tumbang dek angin,” perlinya.  Amboi-amboi, tak sayang mulut nampak mangkuk tingkat tak siap ni!
            “Suka hati sayalah nak makan sikit ke, nak makan banyak ke?  Takkan nak paksa-paksa orang makan pulak.  Kalau saya muntah kat depan awak, awak sanggup ke?  Nak belanja, buat cara nak belanjalah, kalau tak nak belanja pun takpe.. Nampak sangat tak ikhlas,” bebelku lalu bangun dari tempat itu, kiranya nak keluar dari kedai makanlah ni. 
            “Ehh… eh.. suka hati tinggalkan aku sorang-sorang.  You!  Siapa nak bayar makanan you yang tak habis ni?” jerit Encik Raykal kat aku.  Aku dah agak sangat dah.. bukannya ikhlas sangat dia nak belanja aku pun.  Tengok, sekarang ni aku pulak yang kena hulur duit nak bayar makanan aku.  Dasar orang kaya kedekut tahi hidung masin!
            Aku patah balik dan keluar sekeping not RM10, lalu aku letakkan kat atas meja yang aku duduk bersama dengannya tadi. Aku terus sahaja keluar semula dari kedai itu dengan hati penuh rasa sebal, sengal,  kesal, bebal dan sekalian alamnya yang lain tanpa menoleh ke belakang langsung, lantak dialah nak buat apa dengan duit yang aku bagi tu.  Aku tak kisah sangatlah, tak luak mana pun setakat RM10 tu.  Tapi, ikutkan hati aku ni, memang terluak kot!  Sepuluh ringgit tu dah boleh beli macam-macam, 2-3 kali makan pun boleh aku beli tu. 
            “Hei, you!  Nak pergi mana tu?  Kereta kat sebelah sinilah!” jerit Encik Raykal lagi.  Peduli apa aku kereta dia kat hujung sini ke, sana ke, sekalipun terletak kat Kutub Utara pun aku tetap tak ingin nak naik kereta dia.  Semalam, salah dia tiba-tiba aje brek kecemasan di tengah-tengah jalan, tapi salahkan aku pulak.  Lepas tu, entah kenapalah ditakdirkan dia ni kawan baik bos aku, Encik Ikmal tu.  Boleh pulak masa tengah-tengah bincang macam tu, dok jeling-jeling aku.  Ingat aku tak nampak ke?  Aku terus saja melangkah kaki laju, jauh daripada mangkuk tingkat tak siap tu. 
            “Tak inginlah nak naik kereta yang konon-konon Fair Lady sangatlah tu.  Tak teruja mana pun, bukannya boleh terbang pun kereta tu!” kemain betul amarahku ni.  Tak boleh blah betul.  Entah kenapa aku nak meng’hangen’ je dengan mangkuk tingkat tak siap ni. 
            “You jangan lupa, briefcase you, semua dokumen yang you bawak untuk meeting nanti ada kat dalam kereta.  Kalau dah you kata macam tu, I just nak pesan, jalan elok-elok ajelah.  Okey,” jerit Encik Raykal.  Cisss… bukannya nak kejar aku ke apa, padahal dia yang mulakan dulu, ish.. suka sangat bagi aku berada dalam keadaan penuh rasa bersalah.  Aku hentakkan kaki dengan high heel yang aku pakai ni kat atas tar jalan.  Geram jugak rasanya.  Bukan rasa dah sebenarnya pun, dah membara-bara aje dah ni. 
            Terpaksa juga aku patah balik, kalau tak ingat pasal semua dokumen yang ada kat dalam briefcase yang aku bawak dan sudah sedia terletak dalam kereta dia tu, memang tak teringin langsung aku nak patah balik ke arahnya. 
            Entah macam mana dan apa yang aku tersepakkan aku hilang imbangan untuk kembali pada asal sebaik sahaja menghampiri kereta milik Encik Raykal.  Mungkin juga sebab high heel yang aku pakai ni.  Nyaris-nyaris tubuh aku yang tak seimbang ni nak menyembah terus ke atas tar jalan, aku tutup mata, tapi sempat disambut oleh seseorang.  Tangannya memaut pada pinggangku.
            Mata yang terpejam rapat tadi perlahan-lahan aku buka.  Siapalah yang jadi penyelamat aku daripada terus tercium kat tar jalan ni.  Terbeliak mataku dan Oh My God!  Si mangkuk tingkat tak siap yang jadi penyelamat aku rupa-rupanya!  Posisi kami berdua memang tak ubah nak menari Tango.  Cuma lagu tema macam Pendekar Bujang Lapok itu saja yang tak ada pada waktu ni, tapi terasa terngiang-ngiang pula di telinga di mana aku dan dia sedang cuba mengikut rentak lagu tersebut.  Pergh, bayangan maut betul!  Aku cuba menolak tubuhnya, tapi kudratku sebagai seorang wanita, manalah terdaya untuk mengatasi tenaganya yang lebih tu, dahlah dia ni makan lagi banyak daripada aku tadi, mesti tenaga dia banyak lagi ni.  Ala….

            Dia memberikan senyuman sinis padaku.  Dia terus perbetulkan posisi kami yang hampir-hampir membuatkan kami untuk lebih rapat, tapi dah posisi macam ni pun dah membuatkan aku rasa tak selesa langsung.  Aku pantas menjauhkan diri daripadanya, dia masih lagi tersenyum.  Dan aku rasa muka aku ni, dah habis merah tahan tahap keseganan yang paling maksima.  Aku terus aje masuk ke dalam keretanya, malas nak tengok muka dia atau beralih ke arah kanan walaupun sedikit.  Aku lebih rela tengok pokok, tiang elektrik, lampu isyarat, divider pun aku sanggup tengok. Ish.. memang malu tahap gaban ni sebenarnya ni!  Ish.. mana nak letak muka ni… 

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template