Saturday, December 13

IPC - Satu

HANNAH ZAFIRA berlari laju pulang ke rumah.  Dalam hati sambil mengenggam sekeping kertas dan melemparkan senyuman paling manis, puas hati katanya!  Ternyata usahanya selama ini memang berbaloi-baloi! Selepas ini, tidak ada sesiapa yang akan memandang rendah pada keluarganya yang daif itu.  Hidup yang hanya mengharapkan lampu minyak tanah, tidur berhimpit-himpit, berkipaskan angin semula jadi, guna kayu api untuk masak.  Tiada itu semua selepas ini. 
Keputusan SPM baru saja keluar pada hari ini dan dia mendapat 12A+ untuk kesemua mata 12 mata pelajaran yang dia ambil.  Dia juga dinobatkan sebagai pelajar cemerlang, bukan saja di peringkat sekolah, malah untuk peringat daerah juga.  Sudah pasti ibu dan ayah gembira dengan keputusan ini.  Yang pasti, dia akan menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi serta menerima tawaran tempat pengajian sama ada IPTA, mahupun ke luar negara masih belum pasti lagi.  Tapi, andainya dia menerima tawaran untuk ke luar negara itu sudah bonus baginya!
Sebaik saja kakinya menjejakkan di halaman rumah usangnya, ramai yang berkerumun di dalam dan juga di luar rumah.  Hannah Zafira terpempan.  Kakinya membatu saja, langsung tidak bergerak.  Semua orang yang berada di situ, memandang ke arahnya.  Semuanya sayu.
Perlahan-lahan dia menggagahkan langkahnya untuk masuk ke dalam rumah. Kelihatan wajah tua ibu yang terduduk saja bersandarkan pada dinding kayu yang sudah hampir dimamah usia seiring dengan usianya.
            Slip keputusan peperiksaan yang digenggamnya dari tadi terlepas begitu saja, jatuh di atas lantai kayu dan pada masa yang sama angina yang sepoi-sepoi menampar tubuh kecil itu turut membawa keluar semula slip keputusan peperiksaan itu keluar dari rumah.  Keputusan SPM yang dibawanya tadi langsung tidak memberi apa-apa makna lagi.  Apa yang lebih terkesan kini adalah sekujur tubuh kaku yang terbaring di hadapannya kini ditutupi dengan kain putih.
            “Akak…,” panggil Hazira kepada Hannah Zafira yang berdiri kaku di hadapan pintu rumah mereka.  Hazira terus memeluk tubuh kakaknya itu erat dan terus menangis teresak-esak.
            “Ayah dah takde, kak.  Ayah dah takde,” ucap Hazira berulang kali. 
            Sedaya upaya Hannah Zafira melangkah kaki untuk menghampiri jenazah ayahnya itu untuk ditatapnya buat kali yang terakhir.  Seluruh keluarganya tahu, sejak ayahnya ditimpa kemalangan di tempat kerja lebih kurang empat tahun yang lalu, separuh tubuh ayah lumpuh, ditambah pula dengan penyakit buah pinggang yang dialami oleh ayah tidak lama selepas itu, menambahkan lagi penderitaaan ayahnya.
            “Ayah…Hannah baru nak bagi result SPM Hannah kat ayah.  Hannah dapat dapat 12A, ayah.  Hannah dah kotakan janji Hannah nak ubah keluarga kita ni.  Lepas ni, kita tak payah hidup miskin lagi, lepas ni kita buat rumah cantik-cantik.  Bawak ayah pergi jalan-jalan pergi bandar, pergi Cameron Highlands, pergi Langkawi, tempat-tempat yang ayah nak pergi tu.  Ayah…”
            Panggilan Hannah Zafira itu langsung tidak berbalas.  Ya, ayahnya kini memang sudah tiada lagi.  Tiada lagi gelak tawa yang kedengaran daripada lelaki yang sudah terbujur kaku di hadapannya kini. 
            “Akak, sudahlah tu,” pujuk Hazira dan menarik tubuh kakaknya itu jauh daripada jenazah ayah mereka serta berusaha untuk menenangkan kakaknya itu.  Dia tahu, memang kakaknya memang rapat benar dengan arwah ayah sejak dari dulu lagi.  Pernah juga dulu dia cemburukan dengan kakaknya itu kerana arwah ayah selalu memuji kakaknya itu dari segi akademik.  Memang dia akui, kakaknya berusaha keras untuk mencapai keputusan yang telah dikecapinya pada hari ini.  Namun, tidak sempat untuk dia tunjukkan pada arwah ayah tentang keputusan membanggakan itu.  Tekad kakaknya untuk mengubah hidup keluarga ini memang jelas kelihatan terpancar di wajahnya. 
            “Ibu… ayah tidur tu.  Cepatlah kejutkan dia, akak nak tunjukkan result SPM akak ni kat ayah.  Ibu…,” kata Hannah Zafira sebaik saja dia melepaskan pelukan adiknya, Hazira itu.  Dia menggoncang-goncangkan pula tubuh ibunya yang sudah tersandar di tepi almari berhampiran.  Ibunya hanya diam membisu di situ. 
            “Akak.. kena sabar banyak-banyak.  Ayah dah takde,” pujuk Hamraa pula yang menghampiri Hannah Zafira dan ibunya, Hasnah.  Hannah Zafira terus memeluk tubuh yang sudah layu di tepi almari.  Hannah Zafira mula menangis teresak-esak di sisi ibunya.
            “Ibu….” Panggil Hannah Zafira dan memeluk erat lengan ibunya.  Dia tahu ibunya kini perlukan kekuatan buat masa ini. 
            Tidak lama kemudian, telefon di rumah berdering, tiba-tiba sahaja.  Perlahan-lahan, Haikal yang baru saja menghabiskan ayat terakhir surah Yasin terus bangun dan mengangkat gagang telefon.
            “Hello, w..waalaikumussalam.  Ya.. betul, ni rumah Encik Suhaimi.  Ya.. Hazim abang saya.  Saya Haikal, adik Hazim….,” ucap Haikal.  Hannah Zafira hanya mendengar saja perbualan telefon adiknya itu, nampak seperti serius saja.
            “I..ibu…. T..telefon,” panggil Haikal dengan teragak-agak.  Entah siapa pula yang menelefon untuk ibunya pada waktu-waktu yang begini.
            Pantas ibu mengesat airmatanya dan terus bangun menghampiri Haikal yang sedang memegang gagang telefon.  Gagang telefon tersebut kemudiannya bertukar tangan.
            “Hello,” ucap ibu kepada pemanggil itu.
            “Hazim?  Ya.. dia anak saya.  Saya ibunya.”  Kurang daripada setengah minit, gagang itu terus terjatuh dari genggaman ibu, tubuh ibu terus rebah, kakinya bagai tidak mampu lagi untuk berdiri.  Kesemua anaknya menghampiri ibu yang sudah terduduk itu.

            “Ibu!” jerit Hannah Zafira yang baru saja mahu mengambil buku Yasin yang terletak di dalam bakul di atas meja berhampiran telefon.  Ibu terus rebah di situ juga dan tidak sedarkan diri.
******************************************************************************

            HUJAN renyai-renyai membasahi bumi.  Di saat itu juga talkin dibacakan oleh imam Haji Sufi dari masjid berhampiran untuk kedua-dua pusara.  Ayahnya, Suhaimi meninggal kerana komplikasi jantung, manakala abang Hazim meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, sewaktu perjalanan pulang ke sini untuk menziarahi arwah ayahnya.  Menurut polis, cuaca di lebuh raya ketika itu baru saja hujan, arwah Hazim yang menunggang motor pada ketika itu menunggang di tepi lebuh raya, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan dan membawanya dalam kadar kelajuan yang telah ditetapkan. 
Ia disebabkan oleh sebuah treler yang cuba memotong sebuah kenderaan di lorong kiri dan mungkin juga terlalu laju, pemandu treler tersebut tidak dapat mengawal pemanduannya ditambah lagi dengan keadaan jalan yang licin.  Treler tersebut akhirnya melanggar pembahagi jalan dan turut mengheret arwah Hazim yang cuba mengelak.  Namun, disebabkan kecederaan parah di bahagian dalaman dan tulang rusuknya telah menusuk ke bahagian jantung, arwah Hazim tidak dapat diselamatkan.  Pemandu kereta yang dipotong oleh pemandu treler itu juga cedera parah dan meninggal sebaik saja tiba di hospital. 
            Kini, suasana pilu menyelebungi seluruh keluarga Hannah Zafira.  Tiada apa yang boleh diungkapkan lagi buat masa ini.  Hanya mendengar talkin yang dibacakan oleh imam Haji Sufi sejak dari tadi. 
            Sebaik saja imam Haji Sufi menghabiskan ayat talkinnya yang terakhir, kesemua yang berada di situ terus mengaminkannya dan ahli keluarga jenazah mengambil air jirusan yang berada di hadapan Ibu yang masih lagi lemah dengan pemergian kedua-duanya.
            Ibu kemudian dipapah oleh Hannah Zafira untuk menjirus kedua-dua pusara ayah dan pusara Hazim.  Hannah Zafira mengambil jag yang berisi air dan bunga-bungaan.  Kini, Hamraa yang mengambil alih untuk memapah Ibu manakala Hannah Zafira membantu Ibu untuk menjirus air di pusara ayah dan Hazim.
Setelah selesai menjirus air di pusara ayah dan pusara Hazim, ibu kembali duduk.  Kakinya bagaikan lemah, tidak berdaya lagi untuk berdiri, apatah lagi untuk berjalan.  Ia terpaksa dipapah oleh anak-anaknya.
“Ibu, jom kita balik.  Baju ibu pun dah basah kena hujan, jom balik,” pujuk Hamraa untuk meminta Ibu bangun dan menggagahkan diri untuk berjalan pulang ke rumah. Ibu hanya mengikut kata-kata Hamraa walaupun ikutkan hatinya, ingin saja dia duduk di situ dan jika boleh sampai bila-bila. 

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template