Saturday, December 6

Falling in Love with You... Again

LOCENG bernada ‘Wake up’ aku matikan.  Hari ini hari pertama puasa, kena bangun lebih awal daripada biasanya.  Jam baru menunjukkan empat pagi.  Mata masih menahan mengantuknya, namun aku kena gagahkan juga.   Mata yang layu memandang pada baby cot sejauh lima kaki dari katilku.  Masih lagi lena penghuni baby cot tu walaupun ada nada dering sebentar tadi.  Orang di sebelahku juga sama.  Hurmm.. lagilah, senyaring-nyaring tangisan si penghuni baby cot tu walau sudah diletakkan bersebelahan pun masih tetap lena.  Tidur mati! 
Aku mengalihkan tangan yang memeluk pinggangku dari belakang.  Dia mendengus perlahan.  Aku duduk di tepi katil sambil menyanggul rambut dan menguap.  Aku terus bangun dan bergerak keluar dari bilik tidur untuk menyiapkan makanan untuk sahur pertama di bulan Ramadhan ni.
            Untuk hari pertama bagi bulan Ramadhan kali ni, biarlah yang ala kadar saja, tak mahu terlalu berat.  Tahun ini juga buat pertama kalinya Haikal Firash akan berpuasa penuh, menyertai kakaknya, Kaisara Aisyah yang sudahpun berpuasa penuh sejak dua tahun yang lalu.  Tinggal Mikail Amsyar saja memandangkan si kecil ini baru saja menjengah ke angka tiga tahun.
            Selalunya, waktu sahur begini suamiku lebih suka menjamah kurma dan segelas susu sebagai pembekal tenaganya.  Jadi, aku sudah sediakan dua item itu hanya untuk dia.  Bagi aku, Kaisara dan Haikal aku sediakan makanan yang berbeza sedikit, mana boleh samakan makanan si Raykal tu dengan kami bertiga.
            Selesai memasak dan hidangkan makanan, barulah aku naik semula ke atas dan mengejutkan kesemua ahli keluargaku seorang demi seorang.  Waktu ni, jam sudah menunjukkan pada angka 4.45 pagi.  Aku pergi kejutkan Raykal terlebih dahulu sebab lepas tu aku boleh suruh dia tolong bangunkan Haikal pula dan aku kejutkan Kaisara.
            “Abang, bangun.  Sahur, hari ni kan hari pertama puasa,” panggilku dengan perlahan, aku menepuk lengan sasa lelaki itu.  Dia sudah menggeliat, tapi mata masih lagi terpejam.
            “Kejaplah, sayang.  Kita baring dulu kejap,” pintanya.  Dia mengubah posisi tidurnya dengan menelentang pula.  Dalam matanya yang masih lagi terpejam rapat, tangannya masih tetap nakal mencapai tanganku.  Cuba menarikku berbaring semula di sebelahnya.
            “Abang.  Dah nak dekat pukul lima pagi ni, nanti dah masuk imsak, dah tak sempat nak sahur,” jelasku padanya.  Tak boleh nak bermalas sangat macam waktu bukan di bulan puasa.
            “Five minutes, sayang.  Nak peluk,” rayunya lagi, konon-konon nak bagi aku cair lagilah tu.  Takde maknanya, okey!  Dok melayan aje bapak budak ni, tak pasal-pasal puasa entah ke mana, sahur pun entah ke mana.  Silap hari bulan, tak bersahurlah jawabnya.
            “Nah peluk abang!” jawabku sambil membaling bantal tepat ke muka dia.  Hahaha!  Nampak dah muka cemberut manja tak hengat dia tu.  Perasan mudalah sangat, padahal, hurmmm…
            “Eiiii.. nak bermesra-mesraan pun tak boleh.” Raykal dah merajuk.  Buruknya orang tua merajuk.  Kadang-kadang aku rasa laki aku ni macam tak sedar je yang umur dia menjengah ‘BMW 4 Series’.
            “Nanti lambat sahur, tak sempat!  Lepas ni abang kejutkan Ekal, tahun ni, tahun pertama dia puasa,” tegasku padanya. 
            Aku terus bangun meninggalkan Raykal yang terkulat di atas katil.  Aku keluar dari bilik tidur kami dan masuk ke dalam bilik tidur Kaisara.  Perlahan aku duduk di tepi katil kepunyaan Kaisara dan menepuk lengannya perlahan. 
            “Kakak, bangun, sahur.  Hari ni kan pertama puasa?  Kakak nak puasa penuh tak?”
            Baru menepuk lengannya dua ke tiga kali, pantas saja Kaisara membukakan kelopak matanya.  Alhamdulillah, anak aku yang sorang ni memang tak susah nak dibangunkan.
            “Hari ni first day puasa ke, ibu?” tanya Kaisara sambil menggosok-gosokkan matanya.  Suaranya pun masih lagi serak-serak basah.
            “Haah, jom bangun.  Kita sahur, basuh muka, gosok gigi, lepas tu turun bawah.  Hari ni Ekal pun start puasa,” ajakku.  Aku berikan lagi dia semangat yang adik dia akan turut sama bersahur dengan kami semua.
            “Okey, ibu,” jawab Kaisara dengan semangat dan mengukir senyumannya.  Baru nampak bertenaga bila adiknya akan berpuasa sekali. 
            “Jangan tidur balik,” arahku.
            “Yeeee…,” panjang betul jawapan Kaisara.  Aku tersenyum sendirian.  Aku pun terus turun ke bawah menuju ke ruang makan, nampak Haikal yang masih lagi tersengguk-sengguk di atas meja menahan mengantuknya.  Pertama kali puasalah katakan.  Raykal pula menghadap kaca televisyen, kebetulan pula ada Piala Dunia FIFA, ada team kegemaran dia yang sedang bermain, Amerika Syarikat dengan Perancis.  Heh.. jangkaan aku, mestilah Perancis! 
            “Abang, jom sahur.  Nanti dah masuk waktu imsak pulak.  Tak usah ditengok bola tu.  Perancis yang menang,” jawabku dengan rasa tidak bersalah. 
            Raykal menjeling maut kat aku.  Aku hanya balas sengihan sinis tahap dewaku.  Dah nampak telinga dia tu berasap-asap, terbakar dari dalam.  Sabar ajelah Raykal ni, dapat bini macam aku ni haa..  Ekekekekek!

            Seperti rutin pada bulan puasa, kami sekeluarga akan menunggu sehingga waktu Subuh yang akan berkumandang kurang daripada setengah jam lagi dari sekarang.  

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template