Sunday, June 5

Bab 5

Yang berlalu biarlah berlalu




          MEMANGLAH aku akui sejak kes kena denda selama 4 hari berturut-turut termasuk hari ni, aku semakin rapat dengan munyet belanda.  Dia takdelah jahat macam yang sangkakan.  Kadang-kadang dia kelakar jugak.  Ehehehe... jangan salah tafsir pulak!  Lama-lama, marah aku kat dia dah berkurangan pulak.  Dia pun sama.  Tak sangka pulak kami boleh jadi satu kepala jugak! 
          Tapi tak lama aje lagi aku akan pulang semula ke Kuala Lumpur setelah hampir seminggu aku berkursus di bumi Miri ini.  Segala apa yang dipelajari sepanjang aku berkursus ini perlu aku praktikkan sebaik aje aku pulang ke Kuala Lumpur.  Tapi, rasanya tak banyak pun yang aku pelajari jika dibandingkan dengan yang lain-lain disebabkan aku kena denda punya pasal.  Aku juga yakin mungkin dalam masa sebulan lagi nama aku akan naik lagi untuk berkursus lagi, tapi tak tahulah kena campak ke mana pula.  Dah attitude teruk gila kat sini, mesti kena panggil lagi.  Aku memang dah bersedia aje, terima aje qada’ dan qadar.  Balik-balik mesti kena sembur.  Hu hu hu....
          Lebih kurang dalam 2 hari lagi aku akan pulang semula ke Semenanjung.  Confirmlah di hari-hari terakhir kursus ni pasti ada macam-macam aktiviti yang terlalu padat untuk kami semua habiskan.  Petang ni pihak penganjur adakan sukaneka mengikut kumpulan yang ditetapkan sejak hari pertama lagi. 
          Yang seronoknya, sukaneka pada kali ni buat kat tepi pantai.  Ho ho ho.. memang bestlah jawabnya!  Selama kat Miri ni, inilah kali pertama aku pergi pantainya.  Baru hari ni dapat jejakkan kaki ke pantai di Miri ni.  Jadinya, aktiviti sukaneka kami diadakan di sini.  Tapi yang tak bestnya, setiap kali kena ada sukan yang perlu berpasangan, aku mesti kena dengan si Munyet Belanda.  Mau tidaknya, si Louisa terang-terang sudah dengan Farah, begitu jugak si Zack dengan Asyraf.  Terpaksalah aku terima hakikat dengan terima si Munyet Belanda ni sebagai pasangan aku sepanjang aktiviti sukaneka ni berlangsung.  Nak buat macam mana, dah kena pasangan tu diambil dalam kumpulan jugak.  Kalau dia bagi kebenaran boleh aje berpasangan dengan peserta yang lain, tak payah ikut kumpulan punya pasal, dah lama aku amik Shera jadi pasangan aku.   Hmmm.. redha ajela...
          Yang paling tak boleh blah, aku rasalah, aku terpaksa berpasangan dengan dia bila ada satu game ni memaksa semua yang berpasangan ni kena ikat sebelah kaki bersama dengan pasangan tu jugak, kemudian kami kena berjalan sepantas yang mungkin untuk sampai ke garisan penamat.  Waktu ni yang paling aku tak suka sangat sebenarnya.  Mana tidaknya, 2 kali aku dengan dia jatuh.  Sekali dia berada atas badan aku, sekali lagi bila dah hampir dengan garisan penamat, kami jatuh lagi.  Dan kali ni, aku pula di atas badan dia.  Ish..ish.. buat alkisah romantik pulak aku rasa.  Tak pasal-pasal nama kami berdua naik, kena sebut masa aktiviti tu masih lagi berlangsung.
          Yelah, tak seimbang, masing-masing nak jalan cepat, memanglah jatuh.  Takkan terbang pulak!  Geram pulak aku rasalah kan.. kan.. kan..


          MALAM kebudayaan berakhir dengan jayanya.  Masih lagi banyak masa yang perlu diluangkan sebelum majlis berakhir pada pukul 11.30 malam.  Tiba-tiba aje ada idea tak berapa nak gila sangat oleh pihak penganjur.  Boleh pulak dia kata malam ni kita bersuka-ria, malam gonjeng-gonjeng.  Sementara nak tunggu pukul 11.30 malam, masing-masing dah berpakat nak adakan karaoke, main petiklah nama siapa-siapa.  Yang penting suara sedap.  Entah apa-apa ajelah diorang ni.  Takpe, yang penting aku tak kena sudah.  Aku dengar ajelah diorang menyanyi.  Ada yang sedap, ada yang macam-macam.  Kang ada pulak yang kecik hati.  Ha ha ha..  tapi yang macam-macam tu lah yang best sebenarnya.  Walaupun tak dapat hadiah pun, tapi sekurang-kurangnya dapat jugak menghilangkan tekanan.  Aku leka tengok gelagat mereka yang berkaraoke ni, macam-macam gaya ada.  Siap melayan dangdut pun sanggup jugak ni!  Lagu SMSlah, lagu Wulan Merindulah, Cintaku 100%lah, ish ish ish. 
          Habis aje satu turn, tak salah aku si Zack yang nyanyi.  Lagu rock kapak pulak tu, tak boleh blah jugak si Zack ni, melayan jugak dia nyanyi Bunga Angkasa tu.  Perghhh... tak boleh blah!  Dengan sengau-sengaunya, ha ha ha...
          Tak lama lepastu, tiba-tiba aje aku terdengar nama aku kena panggil, bukan takat tu aje.  Nama si Faizul pun naik jugak.  Ah.. sudah, apahal pulak ni?  Jangan kata nak suruh kitorang karaoke jugak!  Menggeletar jugak nak nyanyi, yela.. suara aku ni suara katak aje.  Katak pun lagi sedap suaranya nak panggil hujan.  Ngaaa... Diorang dah sibuk-sibuk memanggil nama kami berdua suruh naik ke atas pentas.  Aku seganlah rasanya.  Tiba-tiba pulak terasa segan, waktu bergaduh dengan si Faizul dulu tak hengat dunia langsung.  Depan pihak urusetia lagi tu!  Boleh aje aku bergaduh dengan dia.  Gilerlah!
          Tapi, bila malam ni pulak, tiba-tiba je shame-shame aku datang.  Mereka dari tadi memanggil-manggil namaku dan Faizul.  Haiksss.. nak tak nak, kuturutkan sahaja hati ini.  Dengan kaki yang berat macam kena letak dengan simen, ku langkahi juga.  Mikrofon kini sudah ada di tangan, begitu juga dengan Faizul.  Tak tahu nak nyanyi lagu apa ni?
          “Nak nyanyi lagu apa ni?” bisikku pada Faizul.  Faizul hanya menjungkitkan bahunya, tanda tidak tahu. 
          “Korang nak kami nyanyi lagu apa ni?” tanya Faizul pada rakan-rakan kami dengan menggunakan mikrofon. 
          “My Heart!” jerit satu kumpulan yang berada di belakang.  Yang lain pun turut menyokong.  Ah.. sudah.. takkan nak nyanyi lagu tu pulak.  Ada ke??
          “My Heart!  My Heart!  My Heart!” jerit mereka berulang kali.  Haiksss.. terpaksalah kami turutkan aje permintaan mereka ni.  Kami terus mengambil lagu My Heart, nyanyian oleh Acha Septriasa dan Irwansyah.  Apalagi, dialah yang start nyanyi dulu.
          “Di sini, kau dan aku terbiasa bersama.  Menjalani kasih sayang, bahagiaku denganmu,” rangkap pertama telah dinyanyikan oleh Faizul terus sahaja disorak oleh para peserta yang menjalani kursus tersebut.  Sedap jugak suara si Faizul ni rupa-rupanya.  Tidak henti-henti mereka nak mengusik kami.  Masuk pula rangkap kedua, iaitu rangkap aku.
          “Pernahkah kau menguntai hari paling indah?  Kuukir nama kita berdua, di sini syurga kita.  Bila kita mencintai yang lain, mungkinkah hati ini akan tegar?” nyanyiku.  Masuk sahaja baris yang seterusnya, kami terus menyanyi bersama.
          “Sebisa mungkin, tak akan pernah sayangku akan hilang.  If we love somebody could we be this strong.  I will fight to win our love will conquer all.  Wouldn’t risk my love, even just one night, our love will stay in my heart....  My heart,” ucap kami berdua, terus sahaja kembali bersorak.  Aduss... aku dah malu-malu tahap gaban aku rasa. 
          Faizul yang berada kat sebelah aku hanya memandang aku yang dah malu-malu ni.  Kau boleh pulak pandang aku macam tu, lagilah aku malu.  Boleh pulak senyum kat aku mamat ni.  Ishhh.. ada jugak yang nak kena tampo lelaju dengan aku.  Lagilah orang syak kita ni macam dah couple. 
          Kami terus sahaja menyambung nyanyian kami sehingga akhir.  Kami diberi tepukan gemuruh.  Aduh, aku dah tak tau berapa inci tebal muka aku ni.  Malu, aku rasa dah merah padam muka aku ni sebab tahan malu.  Bukan apa, dahlah kena nyanyi lagu My Heart, si Faizul pulak treat aku macam aku ni awek dia je.  Ish..ish..ish..
          Aku terus sahaja mengambil beg yang ada pada kerusi dudukku tadi dan berjalan menuju ke tepi pantai.  Bukan aku seorang sahaja yang berada di pantai yang menghadap hotel yang kami duduki sekarang ini.  Ramai yang berada di situ ingin mengambil angin laut malam.  Yelah, orang macam aku ni, ambil angin dari asap kereta bolehlah.  Susah nak dapat suasana yang macam ni kat KL.  Rasa tenang aje bila aku berada di sini.  Hilang segala kekusutan yang melanda dalam fikiran aku sekarang ni.  Aku tersenyum puas meskipun kes tadi masih lagi belum hilang dalam kotak memori aku.  Malu tu tetap juga ada, itu yang aku lari ke tepi pantai ni. 
          Tanpa aku sedari, Faizul turut mengekori aku dari belakang.  Entah bila masa pulak dia ni ikut aku, aku pun tak tau.  Sampailah aku berada di tepi pokok kelapa yang menghadap bilik hotel aku, barulah aku perasan yang dia berada di belakangku.
          “Hisshhh.. kau ni.  Dah macam stalker aku je,” kataku.  Dia masih sempat lagi tersenyum.  Aku pun ikut tersenyum jugaklah.  Masing-masing diam, tak tau nak mulakan apa.  Tak tau nak cakap apa.  Mataku hanya fokus kepada satu perkara, menghadap laut. 
          “Sedap suara kau.  Tak tau pulak suara kau tu sebenarnya sedap,” jawab Faizul.  Ish, memuji pulak dia ni.
          “Hmmm.. suara kau pun apa kurangnya.  Tak sangka pulak kau pandai nyanyi,” balasku pula.  Kami diam lagi.  Aku tak tau kenapa dengan perasaan aku kali ni.  Jantungku tiba-tiba saja berdegup kencang tatkala aku berhadapan dengan Faizul.  Sebolehnya aku ingin melarikan pandangan mataku daripada melihat wajah Faizul.  Aku tak taulah kenapa.  Perasaan ni begitu lain sewaktu aku masih lagi berhubungan dengan Azwan.  Lain sangat. 
          Aku tak pernah rasa perasaan macam ni sewaktu aku masih lagi bersama dengan Azwan.  Aku memandang lagi ke arah laut.  Meskipun gelap, namun aku dapat merasai udara angin laut itu serta bunyi hempasan ombak ke pantai.  Terasa begitu nyaman.  Segala masalah hilang begitu sahaja dengan sekelip mata. 
          “Esok, kau dah nak bertolak balik, kan?” soalan pertama dikemukakan oleh Faizul.  Aku menoleh ke arahnya sekejap dan kembali pandang ke arah laut.  Aku mengangguk perlahan.
          “Kau.. dah packing barang ke?” soal Faizul lagi.
          “Belum lagi,” jawabku ringkas. 
          “Belum lagi?!  Habis bila pulak kau nak packing barang?” balas Faizul.  Risau pulak dia ni.  Macamlah dia boleh tolong aku packing barang.  Macamlah jugak boleh masuk dalam bilik hotel aku, kang tak pasal-pasal je balik dapat title baru..  Ngaaa....
          “Nantilah dulu.  Nak ambil angin dulu kat sini.  Dah nak seminggu aku kat sini, tapi aku tak pernah ambil angin laut macam ni,” jawabku. 
          “Ermm.. Intan..,” panggilnya.  Aku yang pada awalnya macam tak berapa nak kisah sangat, macam aku yang cakap dulu.  Kebanyakan orang yang aku kenal akan panggil aku dengan nama Dira ataupun Adira.  Sebab nama kakak aku yang lain pun bermula daripada Intan juga.  Macam Along, namanya Intan Aqilah, nama penuh Achik pulak Intan Ashira.
          Sekali-sekala... eh bukan sekali-sekala pun.  Dah nama pun duduk kat tepi laut, dah tentu angin laut kuat, rambut ni dah macam iklan syampu Pantene, terbang-terbang pulak.  Sabo je la..    
          “Aku nak minta maaf kat kau apa yang aku dah buat kat kau sepanjang minggu ni.  Aku takde niat pun nak sakitkan hati kau.  Aku harap... hubungan kita takkan berakhir macam tu aje.  Jangan lupakan aku kat sini,” balas Faizul.  Lain macam je cakap ni.  Aku hanya tersenyum. 
          “Insya-Allah, aku takkan lupakan kau.  Aku pun nak minta maaf kat kau sebab suka cari pasal dengan kau,” kataku pula. 
          “Bukan kau yang salah.  Aku yang selalu mulakan hal dengan kau.  Kalau tak sebab kita kena denda, aku rasa sampai sekarang kita tetap bergaduh,” balasnya.  Aku hanya tersenyum, takde nak kata apa-apapun.  Dan.. huwargghhh... perghh.. air mata dah mengalir.. Nampak sangat aku ni dah stok mengantuk aje da..  Aku terus pusing dan ingin masuk semula ke dalam hotel.
          “Kau dah nak naik bilik ke?” tanyanya lagi. 
          “Iyela.. mata aku pun dah mengantuk.  Barang pun belum packing lagi.  Esok flight aku berlepas pagi,” jawabku lalu melangkah masuk ke dalam hotel.
          “Intan!” panggil Faizul lagi.  Ish..memanggil lagi dia ni, mata aku dah mengantuk ni, baju pun tak kemas lagi.  Dengan penuh ketoyaan aku pusing ke arahnya semula. 
          “Tidur nanti mimpikan aku, ye?” pintanya.  Herkk.. apa punya pesanan yang bagi kat aku ni.  Aku hanya senyum takde gula kat dia, terus aje aku masuk ke dalam hotel.  Pada masa yang sama, sempat juga aku mengerling ke arah kawan-kawan satu seminar dengan aku yang masih lagi penuh di kawasan majis penutupan tadi.  Diorang ni masih lagi belum insaf lagi, tak sedar diri lagi agaknya yang esok dah nak berangkat pulang.  Si Zack.. wah.. memang dasar tak sedar diri lagi dia tu, tak habis lagi melalak dia.  Kali ni dia nyanyi lagu Mahligai Syahdu selepas lagu Mahakarya Cinta, Fantasia Bulan Madu, dan entah berapa lagu lagi dia belasah untuk malam ni aje.  Biasalah, bakat yang dah kena rendam. 
          Aku terus tekan punat lif dan masuk ke dalam perutnya dan menekan butang 5, di mana bilik yang aku menginap sekarang ni dan merupakan malam terakhir aku menginap di bilik tersebut.  Sampai-sampai aje, aku terus merebahkan tubuhku di atas katil dan terus je... Zzzzzzzzzzz.......

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template