Sunday, June 26

Bab 6


Farewell Miri


                Subuh menjengah lagi, aku bangun setelah alarm dari telefon bimbitku telah berbunyi tepat pada pukul 4.30 pagi.  Sebaik sahaja aku bangun, pantas sahaja aku mematikan semula alarm itu, aku tak nak alarm aku ni mengganggu Louisa dan Shera yang masih lagi tidur.  Shera tengah ABC, Louisa pulak, faham-faham dahlah.  Diorang malam tadi masuk bilik dalam pukul 1 pagi.  Memang bergembira sakan diorang ni.  Aku tengok aje muka diorang yang masih lagi lena diulit mimpi.  Mungkin penat tak hilang lagi tu. 
          Aku terus bangun dan mencapai tualaku, terus aje aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.  Setelah itu, aku mengambil wuduk untuk menunaikan tanggungjawab aku pada Maha Penciptaku.  Lama aku berteleku bersujud mengucapkan syukur pada-Nya kerana telah memberi peluang sekali lagi untuk menikmati hidup yang hanya sementara ini.  Setelah selesai, aku terus melipat kain telekung dan sejadah lalu aku masukkan ke dalam beg troliku.  Aku melipat lagi pakaian yang belum sempat aku lipat malam tadi dan terus sahaja aku masukkan semuanya ke dalam beg.  Begitu juga dengan peralatan mandi yang aku bawa, semualah kiranya ni. 
          Lega sudah semuanya dah dimasukkan, tapi aku tetap nak buat double chec, nak pastikan tak ada satu barang pun yang tertinggal.  Dalam bilik air, clean, dalam almari pun, dah habis aku sapu masuk dalam beg, kat laci, tepi meja, bawah katil semua aku check.  Setelah aku puas hati barulah aku kemas katil, tukar pakaian untuk berangkat ke lapangan terbang.   Pakaian yang aku pakai tadi aku masukkan juga dalam bagasi.  Barang-barang aku kini sudahpun bersih dan selamat masuk dalam beg.  Tinggal nak usung bawak turun ke bawah dan terus daftar keluar dari hotel ni.
          Kebetulan juga Shera dan Louisa baru bangun dari tidurnya.  Mereka berdua terus menghampiri aku dan seorang demi seorang memeluk aku.  Dahlah muka diorang aku rasa macam mamai lagi. Aku yakin diorang ni mamai lagi ni, ataupun mengigau ke..  Tapi tak!  Bila aku dengar esakan dari Shera, ternyata diorang ni bukan mamai ataupun mengigau.  Memang berat hati agaknya diorang nak lepaskan aku.  Ikutkan dalam benak aku ni sebenarnya aku tak sampai hati nak tinggalkan diorang ni, tapi masa memang betul mencemburui kami.  Aku terpaksa pulang ke tempat asalku.  Pulang semula ke Kuala Lumpur untuk kembali menjalani kehidupan yang asal.  Kehidupan lamaku, di samping keluarga yang tercinta.
          “Jaga diri kau baik-baik tau.  Nanti bila dah sampai KL, terus mesej aku,” pesan Louisa.
          “Kirim salam kat family kau, ye?  Mesti aku rindu kat kau nanti,”
          “Adoi.. janganlah macam ni.  Aku pun nak nangis jugak ni.  Hopefully relationship kita tak berakhir kat sini aje.  Selalu-selalulah contact aku, aku nak datang sini lagi pun bukannya boleh tiap-tiap minggu.  Tiket mahal,” balasku pula.  Ish.. air mata kami pun jatuh berderai-derai jugak.  Teman sebilik untuk seminggu ni terpaksa aku tinggalkan bersama memori yang pernah kami cipta bersama.
          “Korang pun, jaga diri baik-baik tau.  I will miss both of you.  Kalau duit korang banyak, datanglah turun KL, ek?  Boleh aku jadi tour leader korang,” tambahku lagi.  Aku terus aje mengangkat beg aku dan beg sandang yang aku bawa ni untuk keluar dari bilik hotel yang telah aku duduki lebih kurang seminggu ni.  Aku melambai, ucap selamat tinggal pada Louisa dan Shera.  Aduss.. lama-lama kalau kat sini boleh sebak.
          Aku perlu percepatkan langkahku memandangkan waktu berkumpul untuk separuh peserta dari Semenanjung pada pukul 7.30 pagi.  Jam di tanganku pula sudah 7.00 pagi.  Sebelum berkumpul, kami dibenarkan mengambil sarapan pagi terlebih dahulu sebelum dibahagi-bahagikan lagi dengan beberapa kumpulan.  Ada yang akan pulang ke Johor, ada yang ke Subang, ada yang ke KLIA dan tak kurang juga ada yang ke Kuantan, Bayan Lepas dan Alor Setar.
          Sementara menunggu pintu lif dibuka, aku dapat melihat kelibat Faizul turut sama berdiri bersebelahan denganku.  Aku tengok dia, dia pun tengok aku.  Aku alihkan pandanganku ke tempat lain.  Ish, macam segan je rasa nak tengok muka dia ni lama-lama. 
          “Rasa macam sekejap sangat kita jumpa,” tegurnya.  Aku menoleh, aku mengangguk perlahan. 
          “Nanti kalau ada masa, ada duit lebih turunlah KL,” jawabku.  Jawapan yang sama aku utarakan dengan Louisa dan Shera.
          “Tapi, lagi bagus kalau dapat transfer ke sana terus,” balas Faizul.  Hah.. balasan yang aku terima memang luar dari jangkaan aku.
          “Hah?” yang tu aje aku mampu terkeluar dari mulut aku sekarang ni.  Terpinga-pinga kejap.
          “Yelah.. tak payah lagi nak berjauhan.  Boleh jumpa kau selalu.  Hari-hari boleh jumpa kau.  Boleh nak gaduh-gaduh dengan kau,” jawab Faizul lagi.  Aku ketawa kecil.  Dan pintu lif terus terbuka, aku terus membawa masuk beg aku ke dalam perut lif.  Tapi, belum pun sempat aku nak capai beg aku, Faizul terlebih dahulu dah capai beg aku tu dan terus dia pegang, bawa masuk ke dalam perut lif. 
          “Haha.. kau nak sangat transfer ke Semenanjung ke?” tanyaku.  Dia ni, boleh pulak bergurau macam tu kat aku.  Aku taulah lepas ni dah tak dapat nak jumpa dengan aku lagi.  Lepas ni, dah tak ada orang nak cari pasal dengan kau lagi. 
          “Aku cakap betullah ni.  Serius, kalau boleh aku aje transfer ke KL.  Nak jumpa kau,” jawabnya, dia cuba nak yakinkan aku bahawa dia sebenarnya tak main-main dengan apa yang dia katakan waktu ni.  Aku diam.  Tapi sempat tersenyum.
          Akhirnya sampai juga ke lobi hotel ni.  Tapi, beg aku masih lagi Faizul yang bawa.  Dia terus aje membawanya sampai ke restoran lalu diletakkan di tepi meja yang kosong.  Aku pun letak jugak beg sandang aku kat meja tu jugak.
          “Takpe, kau duduk aje kat sini.  Kau nak makan apa?  Biar aku yang ambilkan,” pintanya yang memang seratus peratus dia tak nak bagi aku berjalan sana-sini kot.  Dia layan aku dah macam tuan puterilah pulak.  Terasa macam aku ni jadi awek dia pun ada jugak.  Hmm.. perasaan aku aje tu.  Jangan terlalu percaya sangat dengan dia ni.  Nanti, macam apa yang si tenuk aka Azwan tu dah buat kat aku. 
          “Bagi aku kuih-muih ajelah.  Tak boleh makan banyak-banyak sangat, nanti aku sakit perut tak berhenti nak pergi bilik kecik.  Lagi susah.   Journey aku ni dahlah jauh,” jawabku.  Dia hanya tersenyum mengangguk.
          “Badan kecik macam ni pun nak berdiet jugak ke?  Air?”
          “Bukanlah.. untuk mengelakkan diri daripada pergi bilik kecik sepanjang masa.  Aku risau kang air kat dalam kapal terbang tu habis pulak sebab aku asyik membuang je sepanjang masa,” selorohku.  Dia ketawa kecil.
          “Banyak aje alasan kau bagi, eh?  Aku pergi ambil dulu, kau duduk sini diam-diam, okey?” arahnya.  Aku tabik spring kat dia, tanda hormat dengan kesanggupan dia tu, dan sekaligus memang aku akan ikut arahan dia.  Aku duduk aje diam-diam kat meja ni sambil melihat dia dari jauh berjalan menghampiri meja buffet yang tersedia dengan pelbagai jenis sarapan yang tersedia di situ.
          Aku pun tak tahu apa maksud yang tersirat dalam diri dia sebenarnya.  Entah kenapa dia begitu baik pulak dengan aku hari ni.  Mungkin juga hari ni merupakan hari terakhir aku akan bersama dengannya.  Ala.. bukannya tak boleh jumpa pun lepas ni.  Kalau ada rezeki, duit banyak, boleh aje datang sini lagi ataupun dia ataupun kawan-kawan aku yang lain yang ada sekitar sini boleh aje datang ke Kuala Lumpur atau Semenanjung nak jenguk-jenguk ibu negara Malaysia yang indah permai ni.  Ehehehehehehe... nak suruh aku jadi tour leader diorang pun aku sanggup, kawan dari jauh tu... Bukannya selalu jumpa pun. 
          Macam dah terlalu lama pula aku termenung dan tanpa aku sedar Faizul sudah lama duduk berhadapan dengan aku.  Dia melambai-lambaikan tangannya saat lamunanku jauh merentasi Laut China Selatan.
          “Kau ni macam dah tak sabar nak balik KL je.  Jauh betul kau mengelamun tu,” ucap Faizul sambil menyuakan mulutnya dengan mihun goreng.  Matanya terus menghadap luar hotel yang dihiasi dengan pokok kelapa dan deru angin laut yang sekali-sekala menerpaku.  Bunyi ombak yang menghempas pantai juga turut kedengaran.  Aku mencubit sedikit demi sedikit kuih seri muka yang terhidang di hadapanku.  
          Kami masing-masing lebih banyak mendiamkan diri.  Lebih tertumpu pada makanan yang kami suakan ke dalam mulut.  Lagipun, tak ada apa yang ingin diborakkan buat masa ni.  Tidak lama kemudian, salah seorang pihak urusetia menghampiri meja kami.
          “Cik Intan Adira, van dah sampai kat depan.  Kita akan bertolak ke lapangan terbang dalam masa 15 minit lagi.  Habiskan sarapan dulu, nanti terus ke lobi,” arahnya.  Baki kuih yang tinggal tu, terpaksa jugalah aku tolakkan kat Faizul, suruh dia habiskan. 
          “Habiskanlah, ek,” pintaku.  Kuih yang diambil oleh Faizul tadi aku berikan semua kepadanya.  Ala.. takde banyak mana yang tinggal.  Hanya cucur badak dengan popia.  Aku sempat habiskan kuih seri muka dengan karipap sahaja.  Faizul hanya melihat wajahku sambil menghabiskan sisa-sisa terakhir mihun gorengnya.  Aku pula menghabiskan teh aku, perlahan-lahan aku tiup, panas pulak teh ni.  Sedikit demi sedikit aku minum. 
          Air aku akhirnya dah habis jugak.  Tapi, aku tetap juga menunggu Faizul habiskan makanan dan minuman dia terlebih dahulu.  Aku tetap menunggu dengan penuh sabar. 
          “Kenapa kau tengok aku mcam tu?” soal Faizul.  Aku tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda takde apa-apa yang tersirat pun dalam sanubari aku ni.
          “Lepas ni takkan jumpa kau lagi.  Kalau nak jumpa, mesti susah,” balasku.  Faizul menghabiskan sisa-sisa kopinya di dalam cawan itu.
          “Kan aku dah cakap dengan kau dulu.  Aku akan pindah ke Semenanjung, biar dekat sikit dengan kau.  Boleh selalu jumpa dengan kau, boleh gaduh-gaduh macam hari tu,” jawapannya tu seolah-olah nak beri aku keyakinan yang dia akan berpindah ke sana semata-mata untuk itu.  Cheh... entah apa-apa pulak aku rasa dia ni. 
          “Yelah tu...” balasku pula.  Dia hanya tersenyum.  Tak habis-habis dengan senyum.  Dah la muka tu.. cutelah jugak.  Cisss.. nak kasi aku cair konon.  Bertahan, Dira.. Bertahan.. Jangan terpedaya.
          “I will miss you.  Kau tunggu je kedatangan aku kat sana nanti,” ucapnya.  Sajalah tu, nak menyedapkan hati aku.  Aku langsung tak ambil port apa yang dia kata tu.  Aku terus bangun dari mejaku dan mengambil beg sandang serta beg troli.  Belum sempat nak ambil beg troli, Faizul terus merampas beg troli aku tu.  Tanpa sengaja, aku biarkan dia yang bawak beg aku tu sampailah ke lobi. 
          Sampai aje kat depan van, dia memberikan semula beg tu kat aku.  Aku berpandangan dengannya.  Takde pun aku nak ucapkan terima kasih kat dia sebab dia sanggup nak bawak beg aku ni sampai ke sini.  Dia pun balas senyuman yang paling manis kat aku, dan aku rasa itulah senyuman yang paling aku suka kot, dan takkan lupa punya dengan senyuman dia tu. 
          “Honestly, I will be missing you.  Take care,” ucapnya lembut.  Aduii.. romantik gila.  Eh... kejap-kejap.. bunyi macam ni dah macam orang ber’couple’ aje ni.  Ohh.. OMG.. Dira, jangan terus terpedaya dengan apa yang berlaku sekarang ni. 
          Aku terus sahaja masukkan beg aku dalam van dan masuk ke dalam perut van.  Dia masih lagi berdiri di hadapan pintu lobi itu sehinggalah van yang aku naiki itu bergerak keluar dari hotel itu.
          Otak aku pula tak habis-habis nak putarkan balik apa yang dah berlaku tadi.  Aku anggap perkara tu khayalan aku semata-mata.  Ishhh.. takde ke mananya tu.   Dalam perjalanan ke lapangan terbang, aku dapat satu mesej dari Faizul. 

          Percayalah apa yang aku katakan tadi.  I will be missing you.  Aku akan menyusul ke KL nanti.  143.


            Okey.. dah separuh kenyataan rasanya.  Memang betul-betul ni.  Aku akan simpan mesej ni.  Takkan buang, sebab ia bukannya mimpi.  

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template