Sunday, June 19

FIL -Satu-

SATU

            “MACAM mana sekarang ni?” tanya lelaki itu, wajah lelaki itu sudah merah padam entahkan menahan marahnya kat aku ataupun menahan daripada terik panas matahari.  Aku kalut, memang kalut yang amat.  Aku menggaru-garu kepala.  Aku tengok kesan yang melanggar keretanya dari belakang.  Aku lagilah serabut, dahlah kereta akupun kena sama ni, dan if kereta dia murah pun, pokai jugak aku nak bagi gantirugi kat dia ni.  Aku nak pengsan tau tak.. Memang bangkrap terus, botak kepala aku dibuatnya.  Kereta dia ni.. kereta lambang kuda berdiri tu tau tak.. Aku rasa macam nak menangis tau.. Mana aku nak cekau duit ni.  Aku langgar dengan lelaki kaya juta-juta ni.  Aku ni, kereta MyVi pun belum habis bayar lagi, dah langgar kereta cap kuda berdiri ni.  Adoi.. serabutnya otak aku ni!
            “Ermm..ermmm..,”
            “Cepatlah.. I want to settle it now.  I takde masa nak tunggu ermm you tu.  I nak tau, you sanggup bayar ke tak?” soalnya.  Aku ni tak taulah kenapa, aku terus ambil telefon bimbitku dan menekan entah nombor siapa.  Kenapalah hari ni aku panik semacam je ni???
            “You nak call siapa tu??”
            “Ermm.. polis?”
            “Polis?!”
            “Eh..bukan eh?  Saya call bombalah,”
            “Hello, there’s no fire in here!” balasnya sambil petik-petik jari kat depan muka aku.
            “But.. there’s a fire in your heart!” ketepek terus keluar dari mulutku secara tak sengaja.  Kyabongg!!  Memang otak aku dah mereng waktu ni.  Tiba-tiba aje ayat tu terkeluar dari mulut aku dengan secara tak sengaja.  Adoi, Mister Gojes-gostan, saya minta maaf banyak-banyak.  Tengkinganmu itulah yang membuatkan saya ter’merepek’. 
            “You ni, kan? Degree dari universiti mana you ambil ni?  Don’t try something stupid joke in here!” marahnya.
            “Nonsense! Mana ada orang panggil bomba nak padamkan api dalam hati!” bebel lelaki tu.  Aku tekan-tekan lagi, hah..abah.. call abah.. Pastu suruh abah cakap dengan mangkuk tak siap ni.
            “Assalamualaikum.. ermm.. abah.. tolong Cik Ja kejap.  Cik Ja… langgar kereta orang,” kataku, tapi bab kena langgar kereta mangkuk tak siap ni aku slow sikit. 
            “Apa langgar kereta orang?!  Kat mana?  Dengan kereta apa?” soal abah, tapi soalannya tu boleh diubah kepada jeritan jugaklah, sebab tercair jugak taik telinga aku kejap gara-gara abah terjerit tadi.
            “Kat depan KLCC.. dengan..dengan… kereta yang ade cop kuda berdiri tu..,” jawabku perlahan-lahan, tersekat-sekat pun ada jugak.
            “Apa?!  Ferrari..?!  Habis tu, kau ingat abah kau cop duit pakai kertas A4 ke??  Teruk sangat ke?”  jerit abah lagi.  Adoi.. tercair lagi taik telinga aku. 
            “Dia punya tak teruk sangat.. tapi Cik Ja punya yang teruk..,”
            “Kau yang langgar ke?”
            “Habis tu?  Takkanlah motor langgar dia pulak.. “
            “Apa nak jadi dengan kau ni?”
            “Jadi panik kejap, bah.  Kejap eh, Cik Ja passkan phone ni kat dia,”  kataku terus menghampiri mangkuk tak siap yang entah aku pun tak tahu pun nama dia.  Cermin mata hitam dia pun tak mau tanggalkan lagi.  Suka hati dialah. 
            “Awak.. cakap dengan abah saya, dia yang settlekan,” kataku lalu memberikan telefon bimbitku padanya.  Dia terus mengambil telefon bimbit aku dan entah apa yang mereka cecitekan aku malas nak ambil port.  Apa yang penting sekarang ni, kereta aku dengan kereta dia aje.  Adalah, lebih kurang 5 minit perbincangan tu dilakukan antara lelaki tu dengan abah. 
            Aku nampak juga lepas beberapa minit itu lelaki tu terus menghampiri aku semula dan memberikan semula telefon bimbit aku.  Dia terus masuk ke dalam keretanya tapi, entah apa yang diambilnya dari dalam kereta.  Agak terpinga-pinga jugak aku sebenarnya.  Kemudian, dia keluar semula.  Lelaki tu memegang sekeping kad.  Mungkin jugak business card dia. 
            “You just come to my office, when you feel free,” katanya.  Tu aje.  Dia terus aje masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju keretanya, meninggalkan aku dalam keadaan aku terpinga-pinga.  Apa.. dah jadi.. huikk.. musykil.. Ah.. otak aku memang dah serabut sebenarnya ni. 
******************************************************************************
            DAHLAH hari ni kena jumpa dengan client kat Le Meridien, otak tengah serabut dengan insiden yang dah terjadi kat aku tadi sebelum tiba ke hotel ni.  Hati pulak berkecamuk sebab memang dah lambat sampai ke hotel ni, habislah.. jatuh reputasi syarikat aku sikit gara-gara lambat.  Adoi… Terkocoh-kocoh jugak aku menuju ke lounge.  Ish…ish.. dan ish lagi. 
            Tengok rambut, okey, cun! Tengok baju, okey kemas.  Tengok beg, okey semua ada.  Tas tangan, briefcase yang nak kena bawak.  Kertas projek yang sepatutnya bukan aku yang bawak, tapi disuruh oleh Encik Ikmal dahpun aku bawak.  Bos aku tu, sengal je, bukan bidang aku pun disuruh jugak bawak.  Takpe, aku dah bawakkan.  Kasut.. okey, dah cun.  Apalagi, bergeraklah kita ke lounge. 
            Aku berjalan laju sebab aku dah tau sangat yang aku ni sebenarnya dah lambat.  Sepatutnya meeting tu pukul 10.30 pagi, tapi disebabkan kemalangan kecil tadi, aku terlajak setengah jam.  Aku ni bukanlah jenis yang tak tepati masa.  Boss aku tu pun sudah sedia maklum perangai aku macam mana.  Tapi, benda dah nak jadi, tak boleh nak buat apa.  Langkah aku makin lama semakin dekat dengan Encik Ikmal yang hensem, segak, bergaya, awek lalu semua pun cair tapi aku dapat cair sikit je.  Muka dia tak marah walaupun dia susah sikit nak tunjukkan muka marah dia tu.  Tapi, aku tau, dia agak bengang dengan aku kot. 
            “Maaf, boss.  Tadi ada satu peristiwa yang amat menakutkan dan membuatkan saya lemah semangat.  Perkara tersebut menyebabkan saya terlambat untuk datang ke sini,”
            “Straight to the point, sayang,” ucap Encik Ikmal.  Boss aku ni, memang suka ayat-ayat sayang-mayang ni, tapi aku langsung tak ambil kisah sangat pun ayat yang baru aje terpacul dari bibirnya tadi.  Dia memang suka gurau ala-ala manja dengan aku.  Tapi, hati aku sikitpun langsung tak ambil port sangat.  Takde macam sesetengah orang tu, bila lelaki cakap sayang aje kat dia, dia dah mula perasan yang lelaki tu suka kat dia.  Padahal, dia main-main je.  So, aku tak makan saman sangat pasal hal ni.
            “Saya accident tadi,” jawabku.  Bulat mata Encik Ikmal.  Terus aje belek-belek aku, pusing-pusing dari depan sampai belakang. 
            “Are you okay?  Takde apa-apa luka, kan?”
            “I’m very okay, boss.  But my baby not okay,” jawabku. 
            “Pity to ‘him’.  So, dah bawak dia pergi bengkel ke belum?”
            “Belum lagi, saya ingat saya nak pergi lepas lunch appointment ni.  So, client kita dah sampai ke belum?” tanyaku, ikutkan cuak jugak kalau-kalau client tu dah sampai kat lounge ni.
            “Memang dah sampai pun.  Tapi, dia pun macam you jugak, baru aje sampai.  Tapi, dia pergi gents kejap.  Takpe, you relaks dulu.  Take a breath for a while.  I tau you penat.  So, duduklah dulu, janganlah jadi Barbie doll pulak kat sini,” kata Encik Ikmal.  Ish.. boss aku ni boleh melawak jugak waktu-waktu aku tengah macam ni.  Aku pun ikut buat lawak yang bertambah bodoh pun dari dia jugaklah.  Aku ni memang sejak sekolah lagi memang aku suka melawak bodoh.  Takdelah bodoh mana, tapi sekadar buat hilang tension yang melanda kat otak tu adalah jugak. 
            Aku pun dudukla..kan.. Briefcase aku letak tepi.  Kertas projek aku letak kat atas meja, mujur juga masa tu takde kopi, kuih-muih yang terkeluar lagi.  Macam adalah pulak kuih-muih tu.  Huhuhu.. Tas tangan aku letak kat belakang.  Baru nak sandar, tiba-tiba aje seorang lelaki yang baru aje muncul entah dari mana tunjuk ke arahku.  Aku rasa, aku cam lelaki tu.  Dan…
            “Cik Ja??” tegur lelaki tu.  Aku bangun..
            “Kereta cop kuda berdiri?!”

            OMG.. Kenapa aku dipertemukan dengan lelaki ini sekali lagi.  Dan.. serius aku tak tau nama dia meskipun dia ada bagi business card dia kat aku.  Adoi.. kenapa aku jumpa dengan dia lagi ni??

3 comments:

Anonymous said...

haha! kuda berdiri. best2.

sinichies_girl88 said...

hahahaha
CIK JA....KUDA BERDIRI...
ermmm nama y clasic ehhehe
sambung lagi
:)

Iris said...

BABE! sangat best! keep it up!
:p

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template