Wednesday, June 29

FIL -Dua-

AKU masih lagi teringatkan peristiwa yang baru aje berlaku masa lunch appointment tadi.  Macam manalah aku boleh jumpa dengan lelaki tu sekali lagi.  Dah tu, suka sangat nak menyakat aku.  Dahlah aku masih lagi terkejut dengan accident dengan dia pagi tadi, lepastu boleh pulak dia jadi client untuk syarikat aku.  Ish.. Haru biru betul aku hari ni.   Kenapalah hari ni aku terpaksa menerima situasi yang begini rupa?  Dahlah tadi sampai naik merah tahap melampau muka aku ni nak tahan malu dah tak boleh.  Aku terpaksa diam aje, karang tiba-tiba terkeluar Incredible Hulk aku, tak pasal-pasal Encik Ikmal kata you are fired!  Ish.. mana boleh gitu, aku kan pekerja kesayangan dia.  Tak boleh macam tu.. tak boleh, tak boleh.
“You already know me, right?” tanya lelaki tu. 
            “Ha?  Excuse me?” aku buat-buat macam tak dengar ajelah ni!  Sound aku tetiba pulak nak trouble.  Sabar ajelah.
            “Never mind, I’m Raykal Asyraff,” sapanya padaku.  Boleh lagi nak menyapa aku lagi. Kau faham tak aku ni dah menggelabah mengalahkan cipan menggelabah tau tak?
            “Let me introduce you, she’s my PA actually, my Yasmeen Zalikha,” Encik Ikmal yang tolong perkenalkan aku.  Okey..okey.. terima kasih boss sayang, sayang lebih sikit sama boss.
            “Nice name.  Nice to meet you,” lelaki itu menghulurkan tangannya.  Aku menolak lembut, ish… bukan muhrim tu.  Dia pulak macam faham-faham je.  Tapi, kalau aku tengok muka dia balik tu, ala-ala playboy pun ada jugak.  Dia pun macam Encik Ikmal jugak, dan macam aku cakap tadi, aku langsung tak ambil port sangat.  Muka boleh jual kat majalah, muka tu jugaklah boleh perdayakan perempuan-perempuan yang ada kat muka bumi ni.  Sorry, aku takkan terpedaya dengan itu semua. 
            “Meen, he’s our client.  My bestfriend, actually dia baru aje balik dari States about 5 months.  He’s my junior actually.  Dia muda tiga tahun dari I.  Now he’s working at his father’s company.  Syarikat yang selalu bagi kita tender besar-besar tu.  Syarikat dialah!” jawab Encik Ikmal.  Ish.. biar betik Encik Ikmal ni cakap?  Takkanlah Mewah Holding tu syarikat mangkuk hayun yang ala-ala muka maxillian (mix) Omputih campur Korea campur Melayu ni?  Aku tengok Tan Sri Ali Akbar tu, biasa-biasa je, tapi putihlah.  Takdelah macam muka mangkuk hayun ni yang entah berapa banyak campur ni.  Mungkin mak dia orang Korea kot? 
            Entahlah, lantaklah dia anak campuran mana.  Aku angguk-angguk ajelah.  Angguk.. angguk.. Tapi boleh tahan jugak Raykal Asyraff ni, tapi macam aku cakap tadi.  Even Encik Ikmal yang memang pujaan ramai wanita termasuklah mak cik cleaner kat ofis aku tu, aku langsung tak tergoda, tak cair, tak macam ais batu.  Keras macam batu, even kena hujan asid pun takde apa-apa.  Macam takde perasaan je aku ni bila berhadapan dengan lelaki yang full package begini. 
            “Actually, Meen.  Kal ni kerja kat States dulu about 5 years, konon-konon nak timba pengalaman kat sana.  I ingat dia dah kahwin dengan minah salleh celup for that time period.  Study pun kat sana jugak.. bla..bla..bla..,”  bebel Encik Ikmal tentang latar belakang si mangkuk hayun ni.  Aku tadah aje telinga ni, tapi keluar balik ikut telinga kanan.  Malas nak ambil tau, memanglah bukan kena mengena dengan aku, tapi bos kesayangan aku ni, tak payahlah nak cerita masa ‘muda-muda’ dulu tu kat aku.  Cerita pasal tumpah airlah, cerita lari lintang-pukang sebab kena kejar dengan anjing.  Ish.. dah lari topik dan tujuan kita ke sini dah, Encik Ikmal oiii!!!
            Yelah.. Encik Ikmal merangkap boss aku ni, dah bakal nak jadi bujang terlajak, tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang.  Umur pun dah menganjak ke 35 tahun, tapi tak nampak sorang perempuan pun yang together dengan dia.  Aku pun dah bekerja dengan dia lebih kurang tiga tahun.  Apa yang tak boleh blah, dia siap pesan dengan aku ni.  Dia akan kahwin bila aku dah kahwin.  Aku tanya balik kat dia, kalau aku tak kahwin sampai 30 tahun macam mana?  Sebab target aku umur 30 tahun, kalau aku tak kahwin jugak, aku suruh mak carikan jodoh untuk aku.  Dan apa yang Encik Ikmal jawab, memang buat aku nak gelak berguling-guling je ni, ada pulak dia kata nak kahwin dengan aku.  Merepek ajelah boss aku sorang ni. 
            Sekarang umur aku baru menganjak ke 25 tahun.  Ada lagi lima tahun untuk capai target suruh mak carikan jodoh untuk aku tu.  Aku pun anggap Encik Ikmal ni cakap main-main je.  Tak maulah aku kahwin dengan dia, workaholic yang melampau.  Selagi belum pukul 11 malam, jangan harap dia akan balik rumah.  Kira, ofis tu dah jadi nombor satu.  Rumah sebenar dah jatuh ke nombor dua.  Kalau ada lagi 10 perkara yang ada dalam list kepala otak boss aku sorang ni, rumah tu dah jatuh ke tangga terakhir dahpun.  Masa lebih banyak kat pejabat je.  Kalau dia kahwin dengan aku, perghh.. memang aku akan pasang skandal kot!  Tak taulah….
            “So, kita proceed apa yang kita dah bincangkan last week.  Tutup cerita lama-lama tu,” pinta Raykal Asyraff.  Aku pun terus aje membentangkan kertas projek kat atas meja dan perbincangan pun bermula.  Tapi, memang hati aku tak tenang bila anak mata si Raykal Asyraff ni tak habis-habis nak pandang aku.  Apa kenalah dia ni?  Takkan masa accident tadi tak sempat pandang muka aku ni?  Ishh.. Ada apa-apa yang comot ke kat muka aku ni sampai dia nak tenung aku ni macam nak makan aku aje ni?? 
            Aku taulah aku ada buat salah kat dia, aku terlanggar kereta cap kuda berdiri dia tu, bukannya sengaja.  Tapi salah dia jugak masa tu sebenarnya, tiba-tiba aje dia berhenti mengejut, aku yang memang nak rushing, sempat jugak brek mengejut, siap berbunyi tayar aku tu dan bau getah dari tayar tu sebab brek mengejut tu.  Nasib baik baby aku yang teruk, kalau dengan aku-aku sekali yang teruk, memang takde kat Le Meridien nilah jawabnya.  Sah-sahlah aku kat katil, berbalut sana-sini, pakai pun baju putih, dengan wayar-wayar kat badan.  Huishhh… mintak-mintak dijauhkan, tak mahulah hendaknya.
            Dan aku terus berfikir dan berfikir, entah sampai ke mana aku pergi berfikir, entah-entah Somalia, Uganda, ataupun Mexico.  Dan.. ketepek!  Adoi.. siapa pulak membaling kena muka aku ni.  Aku ambil dan ciss, kain buruk yang telah menepek kat muka aku ni.
            “Berangan je kerja kau.  Dah sampai mana?”
            “Uganda kot,”
            “Kau ni, bab-bab merepek memang bagi kat kau aje, kan?  Ke.. kau teringat kat mamat yang kau langgar tu?” tanya Jepah kat aku. 
            “Ish.. takde maknanya aku nak ingat kat dia!” kataku, eleh.. pandai bona Cik Ja sorang ni membongak.  Padahal.. memang ingat kat mangkuk yang bernama Raykal Asyraff itu.
            “Macam mana dengan baby aku tu?”
            “Tak boleh siap hari nilah, der…”
            “Habis tu, bila boleh siap?  Aku tak sampai hati nak tinggalkan baby aku ni lama-lama kat kau,”
            “Hish… baby kau aje.  Kereta je pun, cuba bagi nama baby tu kat aku, ke?  Sejuk sikit hati aku ni nak siapkan kereta kau tu,” kata Jepah.  Eh..eh.. poyo pulak tiang letrik ni.  Dahlah keding, ish!  Perasan beno! 
            Si Jepah ni memang kawan aku sejak sekolah menengah lagi, dia tak macam aku.  Dia malas dah nak sambung belajar, jadi dia ambil keputusan untuk buka bengkel macam sekarang ni.  Tapi, pada masa yang sama, dia ni pun mat rempit jugak!  Hemmm… memang takkan lari kot.  Aku tengok kat cerita KL Menjerit pun sama jugak.  Entah bilalah dia nak sedar diri, aku pun tak taulah. 
            “Buat apa nak panggil baby dengan kau.  Buang masa aku je,” kataku lalu memberikan semula kain kotor yang penuh dengan minyak hitam dan segala macam minyak yang dah melekat kat kain tu dekat dia semula.
            “Aku tak boleh siapkan hari ni, lagipun kau datang pun dah pukul berapa.  Kau datang waktu aku dah nak tutup kedai.  Dahlah malam ni aku nak pergi race.  Lusa bolehlah siap.  Nak ambil barang lagi, nanti kalau dah siap, aku roger kaulah,” beritahu Jepah.  Aku terus bangun.
            “Ish.. kau ni.. tak habis-habis dengan race.  Kang aku panggil tok misai suruh buat roadblock satu KL dengan Selangor ni baru kau tau,” ugutku.  Aku menepuk-nepuk punggungku, kot-kot ada kotoran habuk pulak.  Aku mengambil semua barang yang ada kat dalam kereta aku.  Bukannya banyak manapun, setakat briefcase dengan fail-fail dokumen yang baru aku punggah dari pejabat untuk buat kat rumah. 
            “Ish.. Ja.. kau ni janganlah kejam sangat!  Tu periuk nasi aku tu.  Kau sanggup ke nak tengok kawan baik kau ni masuk lokap?  Gara-gara mulut kau ni, baby kau ni tersadai berminggu-minggu, baru kau tau!” marah Jepah. 

            “Yelah, yelah.  Takde maknanya aku nak memanggil tok misai pun.  Ikut suka kaulah nak buat apa, itu hal kau.  Aku dah banyak kali pesan kat kau.  Aku tak jaminlah untuk kerja malam kau tu.  Okeylah, kalau macam tu, aku balik dulu.  Jaga baby aku baik-baik,” kataku.  Terus melangkah longlai sambil memandang sayu ke arah baby aku itu.  Lalu aku mengusap-usapnya.  Aku terus keluar dari bengkel Jepah dan pulang ke rumah.  Satu lagi masalah akan timbul, nak tak nak esok aku kena gerak naik bas ataupun teksilah nampaknya.

1 comments:

Juju said...

cpt smbg nye...best...aishiteru....

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template