Saturday, July 23

Bab 7

YUSRY duduk di atas pangkin sambil membaca komik milik Cikgu Fauzan.  Majalah Ujang tu!  Walaupun majalah komik itu edisi yang terdahulu, terasa terlalu lama dia tidak melayan majalah komik itu, rindu dia nak baca katak puru, tapi yang paling dia akan ingat dan takkan lupa komik bersiri Aku, Dia dan Volkswagen.  Memang kegemaran dia tu.  Terasa nyaman, tenang saja kawasan kampung Mak Kiah ni, hilang semua serabut dalam kepala ni bila memikirkan peperiksaan STPMnya yang akan bermula serentak sama dengan adiknya, Tiara Dalilah.  Tapi, tak macam adik dia yang sorang ni, macam takde peperiksaan besar je kat dalam otak dia tu.  Hari-hari dok berangan nak jadi artislah, jadi itulah, jadi inilah.  Berangan jelah.. tak habis-habis.
                Tiara Dalilah yang berada di sebelah abangnya sudahpun baring menelentang menghadap langit yang disinari bulan dan bintang-bintang yang bertaburan di seluruhnya.
                Selesai sudah Yusry membaca majalah komik itu, dia meletakkan majalah itu di tepi.  Dia kemudian mengambil gitar miliknya itu lalu diberikan kepada adiknya yang berada di sebelahnya.
                “Nah, kau kasi belasah satu ke dua lagu.  Bosan pulak rasanya malam-malam macam ni,” arah Yusry.  Tiara Dalilah bangun dari baringnya, lambat-lambat dia mengambil gitar milik abangnya itu.  Matanya malas melihat tali-tali gitar itu lalu dibunyikannya dengan penuh malas dan bunyi sumbang. 
                “Malasla.....,” jawab Tiara Dalilah sambil menongkat dagunya pada gitar itu.  Matanya dipejamkan, mungkin mengantuk sudah matanya meskipun jam baru sahaja menunjukkan 9 malam. 
                “Nyanyi sikit je.  Dah lama tak dengar kau menyanyi.  Suara kau kan sedap,” pujuk Yusry.  Perghhh.. bukan main bodek siap belai-membelai lagi ni.  Nasib baik kau abang aku. 
                “Yelah.. yelah.. lagu apa ni?” tanya Tiara Dalilah, tangannya sudahpun sedia pada kod gitarnya.  Tinggal tunggu jawapan dari abangnya tu nak buat permintaan lagu kat dia aje kejap lagi ni.
                “Oh bulan satu,” jawab Yusry.  Hah.. itu ajelah lagu yang disuruhnya.  Dah takde lagu lain rasanya kalau gitar ni dah dipegang oleh adiknya yang sorang ni.  Lagu Dan Sebenarnya dari Yuna bertukar tajuk jadi Oh Bulan oleh abangnya yang tak berapa nak sengal tu.  Tiara Dalilah terus bersedia dengan kod lagu itu.  Terus aje.. jrenggg...
                “Oh.. bulan... oh... bulan... Oh bulan...... Oh..oh... oh... ,” itulah permulaan lagu yang diubah sedikit oleh Tiara Dalilah.
                “Oh... bulan.... Oh...bu...lan...,” sambung Tiara Dalilah lagi.  Haisherhhh... dari tadi Oh Bulan aje ni.  Mana pulak komik yang aku baca tadi.
                “Oh.. buuu.. adeh!” tiba-tiba sahaja abangnya membaling komik yang dibacanya ke kepala si adik. 
                “Dari tadinya oh bulan.. oh bulan.. oh bulan.. rangkap lain takde ke?” marah Yusry.  Ape kejadah la adik aku sorang ni. 
                “Sabola.. baru nak touch-up intro, dah kena baling.  Baru nak sambung ni...,” ngomel Tiara Dalilah.  Dia sambung lagi memetik gitarnya. 
                “Oh bulan.. enggan melayan diriku lagi... Pabila, airmata membasahi pipi.   Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku.  Pabila, kau bersama yang lain,” nyanyi Tiara Dalilah.  Memang suara adik aku ni sedap, mengalahkan Yuna.  Boleh buat aku tertidur terus kat pangkin ni. 
                “Ha.. sambung..sambung,” arah Yusry lagi.  Dia yakin adiknya tu masih lagi leka dengan petikan gitarnya itu tanpa menyedari ada lagi seorang sedang menghampiri mereka. 
                “Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta, yang masih bersemadi untukmu.  Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu, kau juga merindui aku,” sambung Tiara Dalilah lagi.
                “Kesian... siapalah yang dok merindu dengan kau tu, ek?  Malang betul nasib orang tu bercinta dengan kau.. ha..ha.. ha..,” perli Yusry pada adiknya.  Tiara Dalilah menjeling sinis pada abangnya itu.  Ishh.. ade yang nak pelangkung dengan gitar kejap lagi nih!  Kejap.. kau tunggulah.. Ish.. Belumpun sempat dia nak mengangkat gitar itu, konon-konon nak ketuk-ketuk kepala abangnya itu, Cikgu Fauzan yang datang entah dari mana sudahpun menghampiri mereka berdua di atas pangkin itu.  Ishh.. tak jadi nak pukul abang aku yang sengal ni.
                “Kalau saya yang rindu kat Tia , macam mana pulak??  Boleh diterima tak?” soal Cikgu Fauzan.  Ish... mau terbeliak dua pasang biji mata adik-beradik itu bila mendengar soalan yang baru sahaja dikemukakan oleh cikgunya itu. 
“Oh.. My... God!  Betul ke ni cikgu?  Hot news!  Hot news!” jerit Yusry sambil mengipas-ngipas dengan tangannya. 
                Tiara Dalilah membalas jelingan sinis pada Cikgu Fauzan pula.  Ish.. nak kena makan ke cikgu aku sorang ni?!  Cikgu Fauzan terus sahaja duduk bersebelahan dengan Tiara Dalilah.   Terus sahaja Yusry bangun dari tempat duduknya di pangkin itu.
                “Okeylah, cikgu.  Tiba-tiba hari ni nak tidur awal pulak, penat sangat kot naik bas hari ni.  Hmmm... Okeylah, saya masuk dalam dulu, tak nak kacau orang nak ‘berkasih-sayang’ ni.  Da....,” ucap Yusry sambil menggeliatkan badannya, bukannya tak tau, Yusry sebenarnya sengaja berbuat begitu.  Tiara Dalilah pun ingin mengikut abangnya dari belakang, tapi ditahan oleh Cikgu Fauzan.
                “Tia, cikgu ada benda yang nak beritahu kat Tia ni,” ucap Cikgu Fauzan.  Langkah Yusry sudahpun jauh ke hadapan dan sudahpun menghampiri ke muka pintu rumah kampung milik Mak Kiah dengan Cikgu Fauzan.  Sudah pasti dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Cikgu Fauzan sebentar tadi.
                “Takpelah cikgu.  Esok-esok pun cikgu boleh cakap benda yang penting tu.  Hari ni penat sangatlah cikgu.  Saya masuk dalam dulu.  Malam-malam macam ni tak boleh duduk lama sangat kat luar, nanti kena embun.  Okey.. tata,” jawab Tiara Dalilah sambil membawa gitar milik abangnya itu sekali berlari masuk ke dalam rumah.
                Ishh...mintak simpang...  Tiara Dalilah terus sahaja melulu masuk ke dalam rumah tanpa melihat langsung Cikgu Fauzan yang termangu di atas pangkin.  Cikgu Fauzan hanya tersenyum melihat gelagat anak murid kesayangannya itu, kemudian dia mendepakan tangannya dan berbaring di pangkin yang beratapkan langit malam yang dihiasi bintang-bintang yang bertaburan dan bulan sebagai lampunya.  Dia tersenyum sendirian.

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template