Sunday, July 10

Bab 8

Bukan Munyet Belanda Lagi Okey!

                Sejak kes dia meng’add’ aku dalam Facebook dan Yahoo Messenger aku, kami saling sahaja berbual antara satu sama lain.  Kalau tak sempat kat Yahoo Messenger, bukak kat Facebook.  Kadang-kadang bukak dua-dua sekali.  Ha ha ha..  Tapi, ada ajelah mende yang nak diborakkan.  Dari hobi, kegemaran apa sampailah ke tahap politik bagai.  Kadang-kadang siap bergaduh pasal rancangan realiti aje pun.  Tu.. yang program GangStarz tu.  Ha ha ha.. Tak puas hati antara satu sama lain. 
          Si Azie pun dah naik bosan tengok aku asyik berborak dengan si munyet belanda.. ops...!  Bukan munyet belanda lagi okey!  Dia ada nama jugak.  Dulu-dulu masa mula-mula kenal bolehlah panggil dia munyet belanda.  Sekarang, mana ada beb!  Nama dia Muhammad Faizul okey.  Panggil Faizul atau Zul sahaja.  Ehehehehehe...
          Azie memang dah muak dah tengok aku sebab aku asyik berborak dengan si Faizul aje.  Dia dah malas nak layan aku, dia kata adalah lebih baik dia melayan cerita 3 Idiots lakonan Aamir Khan dengan Kareena Kapoor itu.  Chet!
          Tapi, tulah hal.  Aku pun layan jugak movie tu walaupun zaman guling-guling atas tanah aku tu boleh kata agak lama jugak berlalu.  Tapi, filem ni tak ada guling-guling okey!  Mengisahkan tiga orang sahabat, Ranchodas Shamaldas Chanchad, Farhan Qureshi dan Raju Rastogi yang belajar di Imperial College of Engineering.  Hanya pelajar yang terpilih aje yang boleh masuk ke institusi tersebut.  Tapi yang kelakar tengok cerita ni masa Aamir Khan perkenal ‘ayat’ baru yang semua mencari ayat tu bagai nak rak. 
          Penat mencari satu patah perkataan mengenai perkataan tu pun tak ada.   Fahranrate dengan Prerajulisation.  Rupa-rupanya dia dah kenakan semua orang dengan gunakan 2 orang nama sahabatnya dalam perkataan tu.  Chet!  Patutlah cari bermacam-macam buku tak jumpa-jumpa.  Mati-mati diorang ingat si Rancho ni pakai buku tu buat cari perkataan tu.  Sengal jugak si Aamir Khan ni!  Nasib baik dia cepat lari daripada pengetua kolej.  Itupun nyaris-nyaris jugak nak kena buang kolej entah berapa kali.  Suka sangat mencabar pengarah kolej, tak lama lepastu, Raju dengan Farhan terus aje dapat surat yang dihantar terus ke rumah masing-masing suruh mak ayah diorang baca surat tu.  Surat tu berbunyi macam nilah..
         
          Pihak kami mendapati bahawa anak tuan/puan telah berkawan dengan pelajar yang tidak baik iaitu Ranchodas Shamaldas Chanchad.  Perkara ini sangat serius kerana ia boleh mengganggu pelajaran anak tuan/puan dan sekaligus boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka.  Oleh itu, pihak kolej dengan ini akan mengambil tindakan dengan sewajarnya dengan memindahkan anak tuan/puan ke bilik lain, demi kebaikan anak tuan/puan dan dapat mengulangkaji dengan baik tanpa ada anasir-anasir jahat. 

          Ha..ha.. lebih kuranglah bunyinya, aku tak dapat nak hafal semua, jadi banyak ayat tu aku yang tambah demi pemahaman semua orang.  Anasir jahat??  Ha.. ha.. ha.. memang tak boleh blah betul ayat tu. 
          Dalam keputusan yang telah dibuat tu, Raju aje yang mengikut arahan tu, dia berpindah ke bilik pelajar India jugak, tapi macam pe’el je sebab dia lahir kat Uganda, jadi bahasa Hindinya memang tak berapa fasih sangat, iaitu Chatur atau lebih dikenali sebagai Silencer.  Mau taknya, makan ubat pawang dari Bengal yang menyebabkan dia buang angin, lepastu dok salahkan orang lain. 

          Super_5:  BUZZ!
          Dira_Int:  Eh..sori..sori.. Tak perasan. 
          Super_5:  Tengah buat apa tu?
          Dira_Int:  Tengah tengok 3 Idiots.
          Super_5:  Filem ke?
          Dira_Int:  Yup!
          Super_5:  Siapa heroin?
          Dira_Int:  Haik?? 
          Super_5:  Tak boleh tanya ke?
          Dira_Int:   Bukan tak boleh.  Pelik soklannye tu.
          Super_5:  Mana ada peliklah.  Heroin pun pelakon jugak, kan?

Aku gelak-gelak aje.  Bukan aje takat gelak-gelak sebab tengok cerita 3 Idiots tu, tapi sebab baca YM dari Faizul ni pun ada jugak. 

          Dira_Int:  Kareena Kapoor.
          Super_5:  Haikk.. Laa... citer Hindustan ke?
          Dira_Int:  Yelah.. kenapa?
          Super_5:  Best sangat ke citer tu?
          Dira_Int:  Sebab bestlah aku tengok.  Kelakar giler siot!
          Super_5:  Nanti aku nak tengoklah.  Tapi nak tengok dengan kau!  Ahaks!
          Dira_Int:           Tengok ajelah sendiri, ngade-ngade pulak nak tengok dengan aku. 
                     Bukannya ada kat panggung wayang lagi dah...

Otak dia dah kureng kot hari ni.  Entah kenapa je dia ni macam tak betul je aku rasa.  Wayar kat otak dia terlilit kot, ha ha ha..  Aku masuk lagi Mister Potato dalam mulutku.  Rasa macam lama pulak aku menunggu dia jawab apa yang aku taip tadi.  Mataku kembali pandang ke arah televisyen.  Tak lama lepas tu berbunyi lagi YM aku.

          Super_5:  Intan...

Mataku tengok.  Tapi aku tak balas pun apa yang dia taip tu.  Takat panggil nama je buat apa.  Uhuk uhuk uhuk.. Aku tunggu aje lagi apa yang dia nak taip sangat.  Aku lihat dia tengah menaip mesej yang dia nak sampaikan.  Tapi, tak lama tu mesej yang berwarna biru dan berhuruf condong itu dah hilang.  Mantaklah.  Tiba-tiba dia Buzz aku lagi.  Tanganku kembali pada keyboard Lippy.

          Dira_Int:  Yup, I’m still here.. waiting...

Mataku kembali pada Lippy, sebab aku nampak mesej kaler biru tu ada lagi. 

          Super_5:  Rindulah...

Aaa... sudah... apa kes pulak dia ni?  Memang betul-betul otak dia dah masuk air kot malam ni.  Aku hanya tersenyum aje.  Mengong ke apa dia ni.

          Dira_Int:  Entah apa-apalah kau ni... Kau dah makan ubat ke belum ni?
          Super_5:  Belum.. sebab ubat tu jauh sangat.  Aku tak dapat nak capai.
          Dira_Int:  Cet... cakaplah malas nak pergi amik!  Tu pun susah ke nak cakap?
                     Weng-wenglah kau ni!
          Super_5:  Macam mana aku nak amik, sebab ubat tu ada dengan kau...

Lagi.... sudah...  Entah bila masa pulak aku ambil ubat dia ni.  Sakit apalah dia ni...

          Dira_Int:  Kau ni... dah start merepek dah ni...
          Super_5:  Taklah.. memanglah aku sakit.  Kau dah amik hati aku, tu yang
                     sakit tu. 

Meskipun jarak antara kami jauh merentasi Laut China Selatan, aku dapat merasakan getarannya, meskipun hanya menggunakan YM.  Lama aku tengok skrin Lippy ni.  Tak tau nak jawab apa.  Dia buzz lagi.  Aku buat bodoh je.  Tak nak layan sangat hati ni.  Tak lama lepas tu, telefon bimbit aku berbunyi nada dering Inconsolable, nada dering tu memang special untuk Faizul pun.  Takde orang lain.  Aku tengok skrin tu lama. 
          “Ring-ring telefon berdering,  Angkat ajelah jangan nak jeling-jeling,” jerit Azie yang sedang gosok baju kat bilik laundry yang memang tak jauh dari tempat aku duduk.  Eh..eh.. berbunyi pula minah ni.  Ish... laju betul jantung aku ni berdegup, tiba-tiba aje ni.  Aku terus tekan punat hijau kat telefon bimbit aku tu.  Aku diam, tak de pun bagi salam ke apa, sebab aku tau sangat siapa yang telefon. Yang aku agak selenga kejap, dia pun ikut diam jugak.  Dah... masing-masing diam, macam mana nak cakap?  Ah.. kebangangan sudah....
          “Kenapa diam aje ni?” soalnya padaku.  Lembutnya... halamak!  Tergoda aku meskipun aku jauh kat KL, dia kat Bintulu tu.  Kalau korang dengar pun, mesti cair.  Herkkk....
          “Hmmm... tak tau nak cakap apa.  Diam ajelah,” jawabku.  Mataku masih lagi tertumpu pada 3 Idiots.  Nak tengok skrin Lippy memanglah aku tak sanggup dah..
          “You know what, I miss you so much from bottom my heart.  Rindu aku nak gaduh dengan kau, bertekak-tekak dengan kau,” tambahnya lagi.  Ahh.. sudah... kata-katanya bisa mencairkan mana-mana awex ni.  Ilmu apa yang dia pakai.  Tapi, aku takkan sekali-kali lembut hati terus padanya.  Takkan, cukuplah apa yang aku terima dari si tenuk tak habis khatam tu. 
          “Zul, it’s been 2 months we’re going like this.  Aku hanya boleh anggap kau sebagai kawan aje.  Tak lebih dari tu,” jawabku perlahan, tak mau dengar dek Azie kang, tak pasal-pasal pulak dia buat muka OMG dia tu. 
          “It’s okay.  Aku boleh terima, tapi tak salahkan lepastu we’ll being together?  Aku tau maybe aku cakap terlalu awal, kita baru aje kenal.  Aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku ni aje.  It’s true, I’m missing you,” ujarnya.
          “Aku tak boleh cakap apa-apa, Zul.  Jangan terlalu mengharap sangat, Zul,” kataku. 
          “It’s okay, take your time, sayang,” balas Faizul.  Aduhhh... dia panggil aku sayang pulak! 
          “Zul, aku nak letak ni.  Kita chat lain kali, ek?” pintaku. 
          “Okay, sayang.  I love you,” balasnya lagi.
          “Assalamualaikum,”
          “Waalaikumussalam, nyte-nyte sayang,” balasnya.  Adusss... memang lembut gila suara dia dengan aku.  Memang dia ni nak buat aku cair je la.  Ish... lupakan!  Lupakan!  Layan 3 Idiots lagi best!

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template