Tuesday, July 19

FIL -Empat-

BANGUNLAH secepat mana sekalipun, arakian juga… eh.. arakian juga aku pakai ni??  Pergghhh.. tak boleh blah ayat yang aku pakai ni, sekali keluar jugak ayat sastera aku yang dah lama jugak aku tinggalkan.  Tak kisahlah kau bangun sebelum Subuh sekalipun, konon-konon nak keluar awal sangat, konon-konon tak nak menyusahkan orang lain dok jemput kau nak pergi kerja.. dalam erti kata lain, bos kau sendirilah… tapi kalau dah sezarah daripada asap bas ataupun teksi pun takde, apa yang kau nak kata. 
            Ehem..ehem.. sebenarnya nak mengata kat diri aku sendiri.  Yelah.. dari matahari belum start kerja lagi, sampailah matahari dah masuk syifnya, sampai sekarang aku dok tercongok kat depan bus stop ni.  Bayangkanlah, selepas Subuh aku berkejar-kejar nak ke sini, semata-mata tak nak tertinggal dek bas, tambah tak mahu terlambat sampai ke pejabat.  Alih-alih, harapan tinggal harapanlah.  Harapan kini dah lebur untuk menjadi pekerja contoh kat syarikat untuk bulan ni.  Mesti Encik Ikmal sedih ni.  Dahlah datang lambat, ish…
            Adoi.. adoi.. dan adoi lagi.. Jam dah menunjukkan tepat 8.30 pagi.  Tapi kelibat satu teksi pun aku tak nampak langsung! Bas lagilah, jangan harap.   Pukul 9.30 pagi nanti aku ada meeting.  Ish.. sempat ke ni?  Nak redah jam lagi, aku dari tadi asyik mengerling ke arah jam tangan.  Kepala ni dah berserabut dengan bermacam-macam benda.  Aku tak tau kenapa dengan perkhidmatan awam pada hari ni, langsung tak ada.  Takkan mogok pulak, gara-gara aku terpaksa menggunakan khidmat mereka??
            Dari tadi aku tak habis-habis tengok jam tangan.  Rasa sebal pun ada juga waktu ni.  Aku rasa, nak aje aku yang takeover drive bas atau teksi waktu ni.  Cheee.. ingat aku tak boleh bawak ke?? Orang yang dah biasa guna perkhidmatan awam kat kawasan rumah aku ni dah mula membebel-bebel yang bukan-bukan… Yelah.. menunggu hampir 2 jam kot!  Tapi satu bayang bas atau teksi pun takde. 
            “Tak pernah-pernah mike mogok cenggini..?”
            “Ateh… deme idok hati dan perasaan awok ni?  Ikut suke deme je nak datang pukui berapa?  Awat, awok ni takde koje lain nak menunggu deme.  Awok ni.. kang bos awok pecat awok, ade deme mau bertanggungjawab??” perghh.. ‘pok cik’ sorang ni.. namanya Jimbet.. Aku pun tak tau dari mana datang perkataan tu.  Tapi bebudak selalu panggil dia Jimbet. 
Dia ni memang pure orang bandar Kuala Lumpur.  Tapi entah macam mana boleh terjebak mengikut loghat Perak ‘mike-deme’ ni.  Kalau betul tatabahasa dia ni, boleh la juge aku nak terima.. Ni.. tunggang-terbalik je aku dengarnya..  Memang tak salah lagi.. Memang dia kipas-susah-mati Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Usop Wilcha ni.  Tu yang terikut-ikut agaknya tu.  Jimbet, budak sekolah lagi.  Tapi, itulaaa…. sekolah lagi jauh-jauh nun di sana.  Ada yang dekat tak payah pakai public transport, nak jugak sekolah jauh-jauh, katanya nak berdikari..  nak naik bas awam.  Berdikarilah sangat kau ni Jimbet uiii.. bila dah waktu macam ni, mulalah menggelabah.
            “Saman aje!”
            “Tak payah saman.. kite bako je bas deme!” jerit lagi sorang.  Pergh.. yang lain pun ikut sekali bersorak nak pegi mem’bako’ public transport ni!  Tak padan betullah bebudak ni!  Aku pun tak habis-habis tengok jam tangan ni.  Serabut pulak otak aku, Encik Ikmal macam poyo je kata nak jemput aku bagailah, tapi sampai sekarang, jangan kata batang hidung, kelibat kereta dia yang made by Ford Fiesta tu langsung tak nampak.  Cakap tak seruba bikin betul boss aku sorang ni!  Satu pun tak boleh pakai, tapi buat masa nilah.  Sebelum-sebelum ni aku percayalah juga.  Tapi tak semua pun yang aku percaya. 
            Telefon bimbitku berbunyi lagu Dan Bila Esok kedengaran, hah… boss aku ni.  Baru aje mengata dia kejap tadi, dah telefon aku.  Bagus betul.
            “Haluu…,”
            “Hello, Yasmeen.  I’m sorry tak dapat pick you kat rumah sebab I pun sekarang traffic jam kat area Jalan Damansara ni.  Jam pun dah pukul berapa ni, sorry but I have to.  But, I dah suruh kawan I, yang juga merangkap klien kita nanti ambil you.  It’s okay, sebab dia pun akan terus ke office kita.  Klien yang kita jumpa semalam kat Le Meridien tu, Raykal.  Dia pakai Fair Lady warna putih.  I suruh dia ambil you sebab rumah dia dengan rumah you sehala and rumah dia pun dekat je dengan rumah you.  Is it okay, kan?  Okaylah, kita jumpa kat office, ya?” ujar Encik Ikmal. 
            Aku tak sempat nak kata apa-apa, walau untuk satu patah perkataan.  Tak menyempat-nyempat dia terus aje letak telefon.  Hawau punya bos, sabo ajelah!  Nasib baik dia bukan boss besau, kalau boss besau, tak taulah aku nak kata apa.   Tak menyempat aku nak tengok habis skrin telefon bimbit aku ni, aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang betul-betul berhenti di hadapanku.  Ish.. buat aku terkejut ajelah kereta ni.  Aku ni, manalah tau sangat Fair Lady tu macam mana, tengok depan-depan pun tak pernah. 
            Aku tengok ajelah kereta, apehal pulaklah ni.  Ikutkan sebenarnya memanglah kereta kat depan aku sekarang ni berwarna putih pun, tapi aku tak pernah nak ambil tau apa jenama kereta ni.  Tak pernah tengok pun kereta ni, aku buat dek ajelah.  Mataku kembali mengalih ke kanan, tunggulah mana-mana yang patut.  Bas ke, teksi ke ataupun Fair Lady yang Encik Ikmal katakan tadi. 
            Seketika kemudian, pemandu yang dari dalam kereta putih yang kat depan aku ni keluar.  Pakai cermin mata hitam, sekali imbas aku macam dapat cam orangnya.  Tapi, tak mungkinlah dia.  Ish… Buat kurang pandai… Buat kurang pandai…  Sekali lelaki tu bagi senyum kat aku, tak mau pandang dia dah!  Ish… Kalau tengok lama-lama nanti cair pulak aku kat sini.  Lelaki itu terus aje menghampiri aku. 
            “Cik Ja…” panggilnya.  Ish.. macam mana dia boleh tahu nama panggilan aku kat rumah ni?  Selain keluarga aku, saudara-mara ajelah yang tahu panggilan tu.  Yang lain semua panggil aku Yasmeen ataupun Meen.  Kecuali… hah.. lelaki yang pakai kereta cap kuda berdiri tu yang dapat tangkap nama tu.  Lelaki naik kereta cap kuda berdiri tu.. tak lain tak bukan ialah Raykal Asyraff!  Dan… Encik Ikmal pun ada mention nama tu jugak kat aku. 
            “Cik Ja…,” panggil lelaki itu lagi.  Aku menoleh.. ya! Lelaki tu dah tanggalkan cermin mata dia pun!  Tak salah lagi.. dialah Raykal Asyraff!  Aduiii….
            “Jom I hantar you pergi office.  Kita dah lambat ni.  Jom, sayang,” ucapnya.  Boleh pulak berjangkit penyakit sayang-mayang Encik Ikmal tu kat dia ni!  Ish…. Dahlah bebudak si Jimbet tu tak habis dok mengusha aku dengan Raykal Asyraff ni.  Dan yang tak boleh tahan tu, dia ambil briefcase yang aku pegang ni, lalu diletaknya kat tempat duduk penumpang belakang.  Dia kemudian terus aje menarik tangan aku sekali sebenarnya, ish… suka-suka hati aje dia ni dok pegang tangan aku ni!
            Kemudian, dia terus bukakan pintu kereta untuk aku.  Dia masih lagi tersenyum.  Aku macam terpinga-pinga aje.  Sebenarnya aku dok fikir banyak benda, mesti ada CNN tak berbayar akan tebarkan berita terbaru ni kat satu taman tentang aku dengan seorang lelaki yang hensem yang tak boleh blah ni pegi kerja naik kereta Fair Lady.  Perghh.. mesti tersebar luas ni!
            Aku terus masuk ajelah kereta dia ni.  Kedengaran lagu-lagu Korea yang berkumandang.  Ish.. apesal pulak lagu Korea ni memanjang, sekali baru aku perasan, dia cucuk pendrive rupanya.  Aku tengok kat display yang dekat-dekat dengan dashboard kereta ni, nak tengok apa tajuk lagu ni.  Ohh.. My Everything by Lee Min Ho!  Perghh…skandal aku tu.  Memang aku minat kat dia habis-habisan dengan mangkuk Korea ni, sejak cerita Boys Over Flower punya pasallah pun. 
            “Erm.. betul ke Lee Min Ho yang nyanyi lagu ni?” soalku. 
            “Betullah Lee Min Ho yang nyanyi.  Kenapa?” balasnya pula.  Tak sangka pulak lelaki yang ala-ala maskulin macam dia ni layan lagu Korea yang lelakinya boleh tahan hensem jugak termasuklah Lee Min Ho ini.  Ohh.. Lee Min Ho.. tak sangka kau nyanyi lagu ni.. aku terus bertambah cintan dengan kau.  Oh.. tidakkkk… Lee Min Ho.. kalaulah kau ada kat sini, kau nyanyikan lagu ni untuk aku.  Hanya untuk aku.. alangkah bahagianya hidup aku..  Lee Min Ho…Saranghae!
            Eh.. ehh.. jangan berangan lebih sangat, kau jangan lupa pulak lelaki yang dok kat sebelah kau tu bukan Lee Min Ho.  Bukan…!  Dia adalah Raykal Asyraff.  Nanti kau terlebih-lebih mendayu-dayu dengar lagu Lee Min Ho ni, tak pasal-pasal kau ingat mangkuk sebelah kau Lee Min Ho.  Wake up Yasmeen Zalikha!
“Tak ada apa-apa,” jawabku.  Hik..hik.. nasib baik aku boleh kawal diri, gila sangat aku ni dengan Lee Min Ho ni.. susah beno rasanya. 
“You minat Lee Min Ho, ek?” tanyanya pula.  Aku diam tanpa memberikan sebarang jawapan.  Dia hanya tersenyum.  Aku malas nak tengok muka dia, daripada aku tengok muka dia, lebih baik aku tengok kat luar.
“Hello, Mal.  Aku dah ambil dia, kejap lagi kami sampai.  Apa?  Ohh.. postpone pulak ke?  Oh.. kau still stuck kat situ lagi?  Ohh.. it’s okay.. Yup.. Okay..okay.. bye,” aku curi-curi dengarlah jugak.  Tapi malas nak menyampuk. 
            “Meeting kita pagi ni kena postpone ke pukul 11 pagi.  Ikmal pun still stuck kat Damansara, ada accident lori dengan kereta katanya.  Tak boleh nak bergerak langsung, so he need to find another alternative.  Ikmal ada pesan dengan I, bawa you pergi breakfast dulu.  If you don’t mind?” cadangnya.  Tapi, asalnya cadangan Encik Ikmal pun. 
            “Up to you,” balasku ringkas. 
            “No.. up to you actually,” balasnya pula.  Haiksss.. aku pulak?  Dah Encik Ikmal yang mengarahkan untuk berbuat demikian, aku ikut ajelah.
            “Saya ni hanya menurut perintah, apa yang bos saya kata, saya ikut ajelah.  Asalkan tak lebih daripada seorang pekerja dengan majikannya dan sebagai seorang kawan,” kataku. 

            “Okay, kita pergi breakfast dulu,” ajak Raykal Asyraff.   Menurut ajelah dengan bakal ‘boss kedua’ ni.  Hu hu hu… 

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template