Saturday, August 7

Bab 3



APA korang buat kat tempat kitorang ni??” soal salah seorang ahli tersebut ke arah Tiara Dalilah. Tiara Dalilah mencebik.

“Ceh, sejak bila tempat ni jadi tempat korang pulak? Ni tempat awam, suka hatilah aku nak buat apa,” balas Tiara Dalilah dengan penuh lagak. Mana tidaknya, taman ini adalah taman awam, sesiapa sahaja boleh gunakan tidak kira dari remaja sehinggalah golongan tua.

Dayana menyembunyikan dirinya dari belakang Tiara Dalilah. Takut pula melihat muka bengis kelima-lima orang tersebut. Dari tadi menarik-narik baju Tiara Dalilah supaya mereka pulang dengan segera.

“Weh, jomlah balik. Kang mak bapak diorang datang, naya kita, Tia,” bisik Dayana. Tiara Dalilah pelik dengan semangat Dayang yang kian goyah.

“Derr... apa yang kau nak takutkan. Diorang ni budak kecik jelah! Yang kau tarik-tarik baju aku ni kenapa? Adoi! Takat pistol mainan, pedang, parang plastik, apa kau nak takut sangat,” marah Tiara Dalilah.

“Jadi, korang tak nak pergi dari sinilah?!” kata-kata salah seorang ahli kumpulan tersebut tidak ubah seperti mengugut.

“Memang kitorang tak nak pergi. Korang nak buat apa?” balas Tiara Dalilah. Dia langsung tidak takut dengan ugutan itu. Apa yang mahu ditakutkan sama budak-budak hingusan ini? Pasti selepas ini mereka semua akan merengek menangis.

“Serang!!!” jerit ketua kumpulan tersebut. Tiara Dalilah sudah lama bersedia menerima serangan daripada kumpulan kanak-kanak tersebut. Mereka memulakan serangan ke arah Tiara Dalilah. Pelbagai bunyi yang didengarnya, hampir saja dia mahu tergelak. Bunyi pistol mainan yang kedengaran itu membuatkan dia terkenang sewaktu dia kecil-kecil dahulu.

Pantas dia merampas semua senjata kanak-kanak tersebut. Dia mematahkan pistol mainan sehingga terbelah dua dengan menggunakan pehanya. Pedang dan parang mainan pula dibengkokkan satu demi satu. Kanak-kanak itu semua tergamam. Diam seketika setelah semua senjata mereka dirampas dan telah dipatahkan dan dibengkokkan oleh Tiara Dalilah.

“Hah ada lagi? Mana? Mana?” balas Tiara Dalilah dengan nada lagaknya. Kanak-kanak itu terus berlalu sambil menangis. Sudah dia mengagaknya. Tiara Dalilah kini puas.

“Tia, masalahlah kau kalau mak bapak diorang datang,” kata Dayana yang mula rasa tidak sedap hati. Tiara Dalilah hanya diam. Mereka melangkah menuju ke tempat letak basikal yang mereka letak tadi.

“Hoi!” jerit suara yang garau dari belakang. Mereka menoleh.

“Berani kau cari pasal dengan anak aku ye. Mana mak bapak kau?!” jerit seorang lelaki, nyata bapa kepada salah seorang kanak-kanak itu. Tersentap Tiara Dalilah dan Dayana.

“Lari weh, lari!” arah Tiara Dalilah lalu merembat basikalnya dan terus mengayuh sekuat yang mungkin agak tidak dikejar dek lelaki itu.

“Kenapa lari?! Ha..tak guna! Takut ke?!” jerit lelaki itu lagi. Tiara Dalilah dan Dayana terus hilang dari pandangan lelaki itu.


TIARA DALILAH dan Dayana terus menghempaskan basikalnya di tempat letak kereta, manakala mereka terduduk kurang 1 meter dari tempat basikal yang mereka letakkan. Termengah-mengah dibuatnya, mereka mengayuh basikal dengan laju tadi, supaya lelaki tersebut tidak mengejar mereka sampai ke rumah.

“Tu lah kau, nak cari pasal dengan budak. Sekali dia pergi panggil bapak dia datang daa...” marah Dayana.

“Hek eleh..yang budak tu pun satu. Nak sangat cari pasal dengan kita. Taman tu untuk semua orang, bukan untuk diorang je,” balas Tiara Dalilah yang masih mahu menegakkan apa yang sepatutnya dia pertahankan.

“Tia! Kamu dah balik ke?” tanya Mak Kiah dari dalam rumah. Tiara Dalilah dan Dayana menoleh ke arah belakang. Mak Kiah berada di muka pintu sekarang ini.

“Ha’ah. Ada apa Mak Kiah panggil Tia ni?” soal Tiara Dalilah.

“Kamu tak pergi kelas pinano ke?” soal Mak Kiah. Kelas pinano? Alamak, lupa!

“Ish, dah lambat dah ni! Kenapa Mak Kiah tak cakap awal-awal,” kata Tiara Dalilah lalu pantas bangun dan mengambil barang di dalam rumah. Pantas dia keluar semula dan mencapai basikalnya. Dayana kehairanan.

“Kelas pinano? Ape tu?” tanya Dayana.

“Pianolah! Okeylah, aku pergi dulu. Pergi dulu Mak Kiah!” jawab Tiara Dalilah terus keluar semula dari rumah.

“Hmm..suka sangat lambat pergi mana-mana,” ngomel Mak Kiah sambil menggelengkan kepalanya.

“Mak Kiah, Dian balik dulu tau!” pinta Dayana lalu mencapai juga basikalnya dan terus pulang ke rumahnya yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari rumah Tiara Dalilah.


‘ARGHHH...tensionnya asyik-asyik lagu Beethoven, Schubert, Mozart!’ jerit hati kecilnya. Terus sahaja dia melepaskan geramnya. Tiba-tiba sahaja Cikgu Sara memukulnya dengan buku skor muziknya.

“Apa awak merepek ni!!!” tengking Cikgu Sarah. Tiara Dalilah mengusap-usap kelapanya dek kena pukul oleh Cikgu Sarah dengan buku tersebut.

“Adess..cikgu..janganlah cepuk saya. Saya boringlah asyik main lagu yang sama je,” kata Tiara Dalilah. Sakitnya masih lagi terasa.

“Habis tu, awak nak mainkan lagu apa?” soal Cikgu Sara.

“Lagu modenlah sikit,” kata Tiara Dalilah.

“Hmm..mainkanlah. Kalau dah awak nak main lagu moden,” arah Cikgu Sara. Dengan hati yang gembiranya, Tiara Dalilah bersedia. Cikgu Sara mendengar, cuba mengecam apakah tajuk lagi tersebut. Tapi, dia tak dapat, lagu apa yang dia mainkan ni?

“Mo..mo..Moja-moja mojami cha-n..Moja moja morino, moja moja san-choume...” nyanyi Tiara Dalilah dengan riangnya. Cikgu Sara terpinga-pinga. Tidak mampu untuk berkata apa. Ini ke lagu moden yang dia kata?! Cikgu Sara memukul Tiara Dalilah lagi.

“Sudah!!! Ini bukan lagu moden! No more modern song such this thing! Go back to Beethoven and other classical song!” tengking Cikgu Sara.

Lain yang aku suruh, lain pulak yang dia mainkan. Tak faham aku dengan budak sorang ni!

‘Ingat kepala aku ni kepala anak patung ke? Huh! Patutlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin’ ngomel Tiara Dalilah dalam hati mengenangkan usia Cikgu Sara yang sudahpun meningkat ke usia 36 tahun, tapi masih belum berkahwin hingga sekarang.

2 comments:

nexx said...

hehe... teringat zaman skolahx... :P

Sya.Ryanna said...

nexx: hehe..msti kamu mcm Tia jugak ye..hoho..
XP
thx 4 spporting Aku Nak Glamour
=))

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template