Thursday, August 5

Bab Dua

TIARA Dalilah meletakkan semula kasutnya di rak kasut di hadapan rumah. Sambil berjalan longlai masuk ke dalam rumah, ditegur pula oleh abangnya yang sedang leka bermain Playstation 3 yang baru sahaja dibeli oleh Puan Madihah minggu lalu.

“Aku dengar tadi kau kena pakai terompah,” kata Yusri yang seolah-olah mengejeknya akibat didenda memakai terompah sepanjang hari di sekolah.


“Sukalah tu aku kena denda macam-macam dengan kawan kau yang sangat baik, berbudi pekerti tu. Spek mata dahlah tebal nak mampus, kaki bodek pulak tu,” marah Tiara Dalilah terhadap abangnya itu sambil membuka stokin sekolahnya.


“Salah kau jugak, bangun lambat. Entah mimpi apa kau malam tadi?” balas Yusri, matanya masih lagi tertancap pada skrin televisyen dan berbaring di atas sofa sambil tangannya ligat menekan joystick Playstation.


Geram pula dia melihat abangnya, pantas dia membaling stokin yang dipakainya tadi ke arah abangnya yang sedang leka bermain sambil berbaring itu. Dia terus lari naik ke atas masuk ke dalam biliknya


“Woi, busuk bacinlah! Tak guna punya adik. Siap kau kejap lagi,” ugut Yusri lalu membaling semula stokin itu ke arah adiknya tapi sempat dia menyelamatkan diri.


Tiara Dalilah menutup pintu dan meletakkan begnya di atas kerusi. Dia mencapai tualanya membersihkan dirinya sebelum menunaikan solat Zohor. Usai solat, dia turun semula ke bawah untuk menikmati hidangan tengah hari yang telahpun disediakan oleh Mak Kiah.


“Mak Kiah, abang mana?” soal Tiara Dalilah setelah dia menyedari bunyi permainan Playstation 3 sudah tidak didengarinya.


“Dia dah keluar dengan Shah tadi. Ulangkaji kat rumah Shah,” jawab Mak Kiah sambil menyendukkan nasi untuk Tiara Dalilah. Shah, atau lebih dikenali sebagai Shahrul Affendi, lelaki yang telah mendendanya pagi tadi akibat lewat ke sekolah itu merupakan rakan karib abangnya sejak mereka berada di Tingkatan 5 lagi. Mereka dimasukkan ke ke kelas yang sama, iaitu 5 Sains 2. Mereka kini sibuk mengulangkaji pelajarannya untuk peperiksaan STPMnya.
Meskipun minat abangnya itu terhadap permainan seperti Playstation mahupun permainan di komputer, pelajaran dia tak pernah sesekali dilupakan.


Masa belajar, dia akan belajar dengan sebaik mungkin. Masa bermain juga begitu. Pernah juga ditegur oleh Puan Madihah kerana menolak tawaran yang bagus dari universiti tempatan, namun ditolaknya mentah-mentah kerana keinginannya untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah yang sama adiknya bersekolah.


Tidak seperti Tiara Dalilah, dia sering sahaja berangan di dalam kelas. Kadang-kadang cita-citanya itu seolah-olah tidak masuk akal juga. Keinginannya untuk menjadi seorang artis semakin membuak-buak.

Entah mengapa anak perempuan Puan Madihah yang seorang ini tidak seperti abangnya yang tekun belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Pada awalnya, Puan Madihah begitu tegas dengan Tiara Dalilah kerana dia sering sahaja tidak serius di dalam kelas. Namun, semuanya berkurangan, biarpun Tiara Dalilah sering sahaja begitu, keputusan bagi setiap peperiksaannya masih memuaskan, tidak kurang juga hebatnya meskipun dia sering sahaja berangan, bermain-main di dalam kelas mahupun sering sahaja lewat ke sekolah.


Walaupun begitu, kerisauan itu tetap juga ada bagi seorang ibu yang inginkan anaknya berjaya dalam hidup. Keinginan anaknya yang mahu menjadi seorang artis membuatkan Puan Madihah bertambah risau, memandangkan kerjaya itu tidak bakal menjamin masa depannya kelak, disamping pendapatan yang sering diterima juga tidak tetap. Jika ada panggilan, barulah ada gajinya. Jika tidak, alamatnya makan mi segera sahajalah jawabnya.


“Mak Kiah join sekali, boringlah makan sorang-sorang,” ajak Tiara Dalilah. Mak Kiah menurut, kebetulan pula perutnya juga belum diisi dengan makanan. Mak Kiah menarik kerusi bersebelahan dengan Tiara Dalilah.


Mereka berbual antara satu sama lain, tidak ubah seperti ibu dan anak. Bagi Tiara Dalilah, Mak Kiah adalah ibu keduanya selepas Puan Madihah, dia sering berkongsi masalah dengan orang gajinya itu. Meskipun Mak Kiah orang gaji, namun tak pernah langsung dia anggap Mak Kiah dengan status pekerjaannya itu di rumah banglonya. Mak Kiah sudah dianggap keluarga baginya juga.


Tiara Dalilah masuk sahaja ke biliknya semula setelah perutnya sudahpun diisi penuh dengan makanan. Saat itu jugalah mesej di telefon bimbit Sony Ericsson W980i nya. Mesej dari Dayana rupanya.



Tia, jom kuar. Kt tmn kt rmh ko j.





TIARA Dalilah berbaring di atas papan gelungsur yang asalnya digunakan untuk kanak-kanak, tapi memandangkan tiada kanak-kanak di situ, dan kawasan taman permainan itu juga agak sunyi, dialah yang berkuasa.


‘Haha...gila kuasa aku!’


Sambil menyuapkan keropoh Chipster dimulutnya, serta membuka lagu kegemarannya di telefon bimbit. Dayana pula meniarap di hadapan Tiara Dalilah sambil membaca majalah Remaja.


“Aku tak fahamlah,” tiba-tiba sahaja Dayana bersuara. Dahinya ikut sama berkerut-kerut.


“Apa yang kau tak faham ni?” soal Tiara Dalilah sambil merenung ke langit. Mulutnya masih lagi menyuap Chipster yang dibelinya di kedai milik bapa Steven yang tidak jauh dari taman tersebut.


“Yelah, kau tengok ni. Kalau perempuan cun mesti dia kahwin, suami dia mesti tak hensem. Samalah kalau lelaki hensem, perempuan pulak tak cantik mana pun,” kata Dayana.


“Hek ele..tu pun kau nak peningkan. Pedulilah diorang tu. Kau ni, sibuk je. Eh, kalau dah namanya cinta tu, muka macam Os ke, macam Amat mata juling tu ke tak ke manalah,” balas Tiara Dalilah pula.


“Derr...kau ni bagilah contoh yang hensem sikit. Macam Fahrin Ahmad ke. Takpun yang paling dekat dengan kita tu. Cikgu Fauzan..ohh..hensemnye dia. Macam Fizo Omar,” tegah Dayana lalu terbayang-bayang wajah Cikgu Fauzan yang mengajar mereka Kesusateraan Melayu juga merangkap sebagai Guru Kelas Tingkatan mereka.


Jelak pula rasanya, rasa nak muntah pun ada. Tiara Dalilah sengaja menyepak Dayana sampai dia terguling ke atas rumput. Tidak habis-habis dengan angaunya dengan Cikgu Fauzan itu.


“Itu kau cakap hensem. Eeewww... dahlah selalu mengeksperimenkan aku. Dibuat boboy pun aku tak nak,” marah Tiara Dalilah.


“Ala...kau tu sebenarnya jealous dengan aku. Bak sini Chipster tu,” minta Dayana. Tiara Dalilah mencampakkan bungkusan tersebut kepada Dayana dan dia terus melarikan diri naik ke atas. Dia amat yakin Dayana akan mengejarnya.


Dayana menyeluk tangannya. Kosong. Dia menjengah, tiada satu pun yang tinggal untuknya.


“Hawau punye kawan, bungkusnya aje dia tinggalkan kat aku! Tia!” jerit Dayana dengan marah. Tiara Dalilah tergelak besar lalu melarikan diri dari Dayana. Dayana terus mengejarnya.


Namun larian Tiara Dalilah terhenti bila melihat sekumpulan yang seakan ingin mencari gaduh dengannya dan Dayana. Dayana yang mula perasan Tiara Dalilah turut berhenti sama mengejar. Mereka bersenjatakan pistol, pedang, parang. Muka bengis semacam. Sedangkan Tiara Dalilah dan Dayana tidak memiliki apa-apa senjata. Yang ada hanyalah basikal yang tersadai di belakang kumpulan yang dianggotai seramai 5 orang itu.


“Ni apahal pulak ni?” bisik Dayana kepada Tiara Dalilah. Tiara Dalilah menghenjutkan bahunya tanda tidak tahu. Apa masalah yang sudah ditimbulkannya sehingga kumpulan tersebut rasa tidak puas hati dengan Tiara Dalilah dan Dayana

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template