Thursday, August 5

Bab Prolog



DANIA, saya sebenarnya nak cakap sesuatu dengan awak,” katanya. Dania hanya mendengar tapi pandangannya terus dilontar jauh menikmati keindahan tasik yang berada di hadapannya itu. Tenang, setenang jiwanya sekarang.

“Dania, awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” tanyanya terasa bagaikan dia berkata dengan benda bukan hidup.

“Dengarlah! Cepatlah cakap!” kata Dania sambil merenung ke arah lelaki yang berada di sebelahnya. Fokusnya agak sedikit terganggu apabila lelaki itu bertanya dengan nada yang agak keras.

“Saya...saya..,” kata lelaki itu dengan tersekat-sekat. Lelaki itu tunduk.

“Saya..saya..nak cakap apa ni? Sejak bila pula jadi gagap ni?” soal Dania.

“Sudi tak awak jadi teman sehidup semati saya? Sampai ke akhir hayat saya,” kata lelaki itu. Dania diam. Ligat otaknya berfikir mencari jawapan.

“Belum masanya. Sukar untuk saya memberi jawapan dan menerima awak buat masa ni. Awak kena faham dengan keadaan saya sekarang,” kata Dania dengan lembut. Dia menunduk. Wajahnya kelihatan sugul. Lelaki itu turut tunduk bersama.

“Saya faham keadaan awak, Nia. Sudah terlalu faham. Tapi peristiwa yang menimpa awak dulu tu sudah lama berlalu. Berikan saya sedikit ruang dalam hati awak untuk menerima saya. Pedulilah apa orang nak kata pada awak,” kata lelaki itu dengan hasrat untuk meyakinkan Dania.

“Saya sanggup terima awak walaupun keadaan awak macam ni. Saya berjanji tidak akan lakukan perkara yang sama dengan orang yang awak cintakan dulu,” kata lelaki itu.

“Jangan terlalu mengharapkan pada janji, awak. Nanti janji itu hanya memakan diri awak. Janji hanya tinggal janji. Dan janji itulah yang kelak buat awak rasa menyesal seumur hidup awak sebab awak tak boleh tunaikan janji yang awak katakan sekarang ini,” kata Dania dan bingkas bangun dari bangku itu.

“Dania,” panggil lelaki itu.

“Saya tak boleh jadi isteri yang baik untuk awak. Saya juga tak mampu untuk jadi ibu yang mithali untuk anak-anak awak nanti,” balas Dania.

“Insya-Allah saya akan bimbing awak dengan sebaiknya, Nia. Tolong, Nia. Berikanlah saya peluang sekali untuk lakukan semuanya untuk awak. Lagipun, saya tak mahu kehilangan awak. Bertemu dengan awak buat kali pertama pada waktu itu, sudah cukup memberi makna yang besar dalam hidup saya, Nia,” kata lelaki itu lagi. Dania diam kaku. Air mata hangatnya jatuh ke pipi.

“Saya sanggup tunggu awak, Nia. Saya hanya sayangkan awak dan saya tak mahu kehilangan awak. Sampai bila-bila,” kata lelaki itu.

‘Saya juga sayangkan awak. Tapi...’

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template