Wednesday, August 11

Bab 3

SUDAH SEBULAN BERLALU. Setelah tempoh proses penghantaran surat kepada semua ahli keluarga arwah Ahmad Tajudin dua minggu yang lalu, seperti biasa dia perlu ke sana semula untuk menguruskan pembacaan wasiat tersebut.

“Penat je mak tengok kamu ni,” ucap Datin Latifah kepada anaknya yang baru sahaja pulang dari kerja.

“Ha’ah mak, banyak sangat kerja kena diselesaikan. Esok kena pergi tempat yang Iz pergi kampung yang Iz cakap dengan mak dulu,” jawab Faeiz sambil mengurutkan kepalanya.

“Kesiannya anak mak ni, pergilah berehat dulu,” kata Datin Latifah. Faiez menurut seakan bersetuju dengan cadangan ibunya, dia terus naik ke tingkat atas rumahnya itu dan masuk ke dalam bilik.

Selesai dia mandi dan menukar pakaian, Faeiz terus sahaja menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak, diselangi dengan bacaan al-Quran beberapa muka surat. Usai Solat Maghrib dan Isyak, dia tidak terus turun ke bawah seperti biasa, tetapi dia berbaring di atas katilnya sambil memikirkan apa yang ingin dilakukannya esok sebaik sahaja tiba di kampung itu semula. Lama dia berfikir tanpa dia sedari ibunya sudahpun masuk ke dalam biliknya.

“Iz,” panggil Datin Latifah. Panggilan itu sekaligus mengejutkannya dari baringya dan bingkas bangun dan duduk tepi katil.

“Eh, mak. Bila mak masuk? Tak dengar mak ketuk pintu pun,” tanya Faeiz sambil membetulkan posisi duduknya.

“Dah lama mak masuk. Dah lama mak ketuk pintu tu tapi tak jawab apa pun, jadi mak masuklah. Ni kenapa anak mak termenung jauh ni? Ingat kat Ilyana ke? Ataupun ingatkan orang lain?” soal Datin Latifah sambil tersenyum melihat anak terunanya itu. Faeiz pantas menggelengkan kepalanya.

“Hish, mak ni. Ke situ pulak perginya. Siapalah yang nakkan anak mak ni?” balas Faeiz merendah diri.

“Yelah tu, siapa yang tak nak anak mak ni. Ramai yang minat kat Iz tau. Iz je yang tak tau. Bukan takat Ilyana sorang je, ramai anak dara kawan mak tu berkenan sangat dengan kamu,” jawab Datin Latifah.

“Ye ke? Kiranya laku jugalah anak mak ni, eh? Kalau macam tu.. si Ilyana tu mana nak letak, mak?” balas Faeiz. ‘Hish, kalau dapat tau dek Ilyana mau jugak panjang telinga aku ni kena tarik!’ bisik hatinya sendirian.

“Ye lah, hensem macam ayah. Ayah dulu kan hensem, kalau tak, masakan mak boleh lekat dengan ayah ni. Dulu ramai jugak yang minat dengan ayah tau! Takpe, Iz. Satu tempat dah confirm untuk Ilyana, ada lagi 3 yang kosong,” sampuk Datuk Mutalib yang baru sahaja masuk bilik Faiez.

“Alah, awak tu yang terhegeh-hegeh nakkan saya. Dulu siap nyanyi depan orang ramai, konon-konon nak tunjukkan romantiklah tu. Entah lagu apa tah,” balas Datin Latifah mencebik. Kelakar juga bila melihat kedua orang tuanya masing-masing tidak mahu mengalah.

“Lagu Azuralah. Tapi saya tukar tajuk tu, tukar jadi nama awak,” jawab Datuk Mutalib. Faeiz tergelak besar.

“Tak sangka eh ayah boleh buat macam tu dekat mak,” kata Faeiz.

“Buat malu mak je masa tu, Iz,” balas Datin Latifah.

“Eleh, malu konon, lepas saya habis nyanyi lagu tu awak senyum-senyum kat saya,” balas Datuk Mutalib yang masih lagi belum mahu mengalah.

“Alah, dahlah tu mak, ayah. Yang penting sekarang mak dengan ayah dah kahwin, ada anak tiga orang pun,” kata Faeiz yang tidak mahu menyokong mana-mana pihak.

“Yelah, jomlah kita turun makan. Nanti dah sejuk baru makanan, tak sedap pulak,” ajak Datuk Mutalib. Mereka bertiga terus turun beriringan menuju ke ruang makan.







DIA kini tiba lagi di Kampung Terang buat kali yang kedua. Perasaan dia kali agak berbeza berbanding dengan tugasan-tugasan yang sudah acapkali dia lakukannya. Padahal pembacaan wasiat pada hari ini sudah terlalu rutin baginya sebagai seorang peguam, tapi entah mengapa untuk keluarga ini, dia rasakan bagai ada yang tidak kena.

Dia sendiri kurang pasti akan perasaannya yang lain dari yang lain dan sukar untuk dia ungkapkan.

“Assalamualaikum,” ucap Faeiz sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya di rumah keluarga Tahir itu buat kedua kalinya.

“Waalaikumussalam, Faeiz rupanya. Dah lama kami tunggu kamu datang. Duduklah dulu,” pelawa Kamelia dan terus masuk ke ruang dapur dan mengambil cawan. Dia dapat melihat terdapat tiga orang daripadanya belum pernah ditemuinya sebelum ini.

‘Mungkin inilah Cempaka dan Husni, seorang lagi itu mungkin juga suami Cempaka,’ bisiknya sendirian sambil memberi senyuman ketiga-tiga orang yang berada di hadapannya.

Cempaka kelihatan seperti menahan amarahnya, mungkinkah tidak sabar.

“Encik Faeiz, bila kita boleh mulakan pembacaan wasiat tu. Saya tak ada masalah nak tunggu-tunggu lagi. Saya sibuk, esok saya kena kerja luar daerah,” Cempaka bersuara sambil mengerling jam ditangannya sepanjang masa, menghitung waktu untuk pembacaan wasiat dimulakan.

“Tunggulah si Dania dulu. Dia tak balik lagi ni. Tunggulah kejap,” balas Tahir supaya adiknya itu menahan sabarnya.

“Tunggu..tunggu. Sampai bila nak tunggu budak tak guna tu. Dia tu dari kecik tak habis-habis nak menyusahkan orang. Gara-gara dia kerja orang semua terbengkalai, semata-mata nak tunggu dia. Along, ni dah pukul berapa, saya bukannya boleh lama-lama kat sini,” kata Cempaka nyata yang tidak selesa dengan jawapan abangnya itu.

“Betul tu Chik, Along ni tak habis-habis nak sebelahkan budak tu je. Along asyik kata kejap lagi, kejap lagi. Ni dah hampir dua jam kita tunggu dia, bunyi motor dia pun kita tak dengar. Tak payahlah tunggu dia, menyemak je,” sokong Erham.

“Kalau dia tak balik langsung macam mana? Entah-entah dia tu tak dapat apa-apa dari harta arwah abah tu,” kata Cempaka.

“Mestilah, kalau dah perangai macam setan, tak payah bagi apa-apa pun tak apa. Hidup pun menyusahkan orang je,” sambung Erham yang sangat menyokong kakaknya, Cempaka.

“Walau macam mana jahat sekalipun dia, dia tetap adik kita. Ingat tu. Yang kau maki-maki, kau kutuk-kutuk adik kau,” marah Tahir.

“Eeee...simpang malaikat empat puluh empat tak ingin Achik nak ada adik macam tu,” balas Cempaka. Tahir sudah mula berang dan cuba menahan marahnya. Ingin sahaja dia menampar adiknya.

“Ermm...walau macam mana sekalipun, cik Dania tetap kita kena tunggu sebab dia juga ada hak dalam wasiat arwah Encik Ahmad Tajudin,” kata Faeiz perlahan yang tidak mahu pertelingkahan itu terus berlanjutan sehinggalah Dania pulang dan sebaik sahaja selesai pembacaan wasiat itu.







“AH, Fed-uplah, fed-up! Achik nak balik! Dari pagi sampai petang macam ni pun tak balik lagi! Tak kira Achik nak balik jugak!” bentak Cempaka yang bangun dari tempat duduknya dan terus mengambil tas tangannya.

“Ha’ah, Andak pun dah tak sanggup nak tunggu lama lagi kat sini. Sakit hati! Jom Achik, kita balik,” ajak Erham yang turut bangun dari tempat duduknya juga.

“Walaupun saya orang luar, tapi Dania ni dah melampau. Dia langsung tak kisah pasal kita. Kalau ada masalah sekalipun, takkan tak boleh telefon ke rumah,” marah Husni.

“Jomlah, bang. Kita balik, tak tahan duduk sini lama-lama. Makin lama, makin panas,” sindir Cempaka yang pantas melangkah keluar dari rumah tersebut diikuti Erham dan Husni.

“Balik dulu Along, Angah. Assalamualaikum,” ucap Cempaka.

“Nanti kalau ada apa-apa hal, telefon Achik ke, Andak ke,” tambah Erham.

Mereka terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan rumah itu. Pada masa yang sama, Faeiz turut bangun dari tempatnya dan mengemaskan segala dokumen lalu dimasukkan semula ke dalam begnya.

“Nampaknya, pembacaan wasiat ni terpaksa saya tangguhkan lagi sampai satu masa yang akan saya tetapkan. Nanti saya hantar surat sekali lagi. Saya harap sangat yang kejadian sebegini takkan berulang lagi,” kata Faeiz.

“Saya juga nak minta maaf banyak-banyak bagi pihak keluarga saya kepada Faeiz sebab dah menyusahkan Faeiz. Macam-macam masalah pula yang timbul,” balas Kamelia sambil menunjukkan riak wajah kesal dan kecewa kerana tiada satu pun ahli keluarganya yang ingin bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tak pe lah, biarlah saya pulang dulu. Assalamualaikum,” ucap Faeiz lalu meninggalkan rumah itu. Dalam fikirannya hanya satu, pasti Dania berada di tempat itu.

Dia terus menghidupkan enjin keretanya, dan terus bergerak laju meninggalkan rumah Tahir itu dan menuju lokasi Dania.


--------



PERLAHAN-LAHAN dia berjalan, agar tidak diketahui oleh kumpulan tersebut akan kehadirannya. Ramai di antara mereka sudah pun berada di dunia yang direka sendiri oleh mereka, entah apalah agaknya yang mereka khayalkan itu tidak langsung dipandang oleh Faiez. Apa yang paling penting sekarang ini ialah dia harus menyelamatkan Dania dan membawa Dania pergi dari tempat hina itu.

Lama dia mencari jejak Dania, setelah hampir 15 minit berada di situ, dan matanya mencari-cari di manakah Dania, akhirnya dia ketemu juga Dania yang tersandar di tepi pokok yang agak tersorok dan agak sukar untuk dilihat oleh sesiapapun.

‘Pandai betul dia ambil port’ bisik Faeiz sendirian yang hampir-hampir tidak nampak Dania yang berada di tempat tersembunyi itu. Faeiz melangkah dengan pantas tetapi dengan senyap agar tidak diketahui oleh rakan-rakan Dania. Jika tersilap langkah pasti sesuatu yang tidak diingini bakal terjadi.

Sebaik tiba di tempat Dania, dia mengalihkan kesemua jarum dan pelbagai jenis dadah yang bersepah di situ, baunya sudah cukup tidak menyenangkan bagi Faeiz dan terasa loya tekaknya kerana tempat itu tidak ubah seperti tempat longgokan sampah. Perlahan-lahan dia mendukung Dania dan cuba lari dari situ.

“Woi! Siapa kau? Dari mana kau datang?” soalan yang datang daripada seseorang dari belakang Faeiz. Faeiz kaget, nyata kehadirannya dapat dihidu oleh rakan-rakan Dania. Perlahan-lahan Faeiz menoleh.

“Aku kawan dia, ada apa-apa masalah ke?” balas Faeiz. Dia cuba tabahkan semangatnya untuk berhadapan dengan rakan-rakan Dania. Mereka seolah-olah bukanlah dari kalangan yang mengambil dadah, tapi dari segi cara pemakaiannya, dan sikap mereka terhadap Faeiz, nampaknya mereka seperti kumpulan gangster.

“Aku pun kawan dia jugak. Ni diorang semua ni kawan dia jugak. Aku tak pernah tengok pun kau kat sini,” kata salah seorang lelaki yang bertubuh sedikit sasa sambil merenung pisaunya yang berkilat lalu dimasukkan ke dalam sarungnya. Mungkin inilah ketua kumpulannya. Lagaknya tidak ubah seperti seorang ketua.

“Macam nilah. Aku tak nak cari pasal dengan kau orang semua. Aku datang sini cuma nak ambil Dania bawak balik,” beritahu Faiez.

Kelihatan lelaki itu seperti kurang senang dengan kata-kata Faiez. Dia sudah mula menunjukkan reaksi yang negatif terhadap Faeiz.

“Kau tak payahlah nak tipu aku. Aku tak pernah jumpa kau pun sebelum ni, kau boleh kata yang kau ni kawan dia. Aku tak percaya. Kau ni siapa sebenarnya, hah?” tengking lelaki itu yang sudahpun tidak percaya dengan Faeiz, apatah lagi tidak pernah sekalipun dia melihat seseorang yang ingin mengambil bawa Dania pulang. Selalunya Dania akan pulang sendiri sebaik sahaja dia sedarkan diri. Dan tak pernah pula dia melihat rakan Dania seperti Faeiz selain mereka yang sentiasa berada di kawasan ‘gelap’ itu.

“Okey, kalau kau dah kata macam tu. Walau macam mana sekalipun kau nak buat kat aku, aku tetap nak bawa Dania balik,” tegas Faeiz dengan pendiriannya. Dia terus tidak mempedulikan kumpulan itu, dia rasa mereka bagaikan tidak wujud, dia terus sahaja mendukung Dania untuk dimasukkan ke dalam keretanya. Belumpun sempat dia bangun untuk melangkah, dia sudahpun dipukul dari belakang tapi hanya sekejap sebagai tanda amaran.

“Itu habuan kau sebab kau dah masuk tempat aku!” marah lelaki itu. Faeiz mengusap belakangnya yang sakit.

“Bila masa tempat ni jadi tempat kau hah? Aku tak nampak papan tanda yang tulis tempat ni, tempat kau?” perli Faeiz.

“Kau buat lawak, eh?!” tengking lelaki itu. Dia semakin bengang dengan Faeiz kerana kata-kata yang diucapkan oleh Faeiz tadi. Tanpa membuang masa dia terus memukul Faeiz dengan sekuat hatinya. Ia turut disertai oleh ahli-ahlinya yang lain yang terus memukul Faeiz. Faeiz cuba untuk melawan tetapi tidak berdaya kerana mereka terdiri daripada 5 orang termasuk ketuanya dan mereka terus memukul Faeiz tanpa henti sehinggalah Faeiz sudah longlai dan berada dalam keadaan separuh sedar.

Penglihatannya juga semakin lama semakin kabur dan terus kelam. Gelap. Di saat itu dia hanya mampu berfikir, dia tidak dapat menyelamatkan Dania dan membawa Dania keluar dari tempat itu.

0 comments:

 
|Saye,Dia,Mereka,Semua| Blogger Template by Ipietoon Blogger Template